Isnin, 6 Disember 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Selagi Dana Politik Umno Belum Terisi

Posted: 05 Dec 2010 09:27 AM PST

Tarikh pilihan raya umum akan datang, menurut seorang teman, tidak perlu didebatkan. Memang selamanya, selagi sistem sedia ada dikekalkan, ia menjadi kelebihan buat parti pemerintah, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Dan prosedur itu sebenarnya tidaklah sangat mencacatkan proses demokrasi, malah dalam keadaan tertentu boleh menguntungkan rakyat. Hayat sesebuah kerajaan boleh dipendekkan tanpa terikat dengan tempoh masa tertentu.

"Yang penting, parti-parti politik harus sentiasa mengkoreksi diri, menilai prestasi, mengambil berat persepsi pengundi. Dan sebaik-baiknya, terutama ketika penggal pemerintahan sudah melewati separuh masa kedua, lakukanlah kajian separuh penggal.

"Jangan remehkan kritikan pesaing, ambil berat rasa tak puas hati rakyat walaupun dalam isu yang nampak kecil, dan cuba selesaikan," tambahnya, mengulas kolum saya sebelum ini.

"Usah lupa menghidu dan mengesan strategi licik-jahat Umno, yang akan mengerah dan mengeksploitasi apa juga sumber dan kemudahan kerajaan. Taktik lama memperalatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mustahil akan digunakan kembali, mungkin dalam pendekatan berbeda," tegasnya, dengan nada serius dan bersungguh-sungguh.

Beliau ternyata risau jika pengalaman lampau, terutama membabitkan senarai daftar pemilih, yang memeritkan pembangkang tidak diambil iktibar.

Rakan saya itu, bekas wartawan berpengalaman, sempat menegur: "Masih ada pemimpin Pakatan Rakyat, malah yang bertaraf ahli Parlimen mahupun Adun, apatah lagi di peringkat ketua kawasan atau bahagian parti, seperti bermentaliti pembangkang lagi. Pembabitan mereka dalam komuniti setempat kurang menonjol. Ada yang semacam malu-malu lagi untuk ke depan menggerakkan masyarakat."

Membicarakan hal sama, seorang lagi kawan, yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok Umno Selangor, menelefon saya: "Aku yakin, Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Dana atau tabung Umno masih kosong. Belum diisi secukupnya bagi membeli undi rakyat. Mereka perlu masa lebih panjang untuk lancar projek besar dan raih wang panas."

"Mudah saja," katanya, "Umno-BN perlukan duit sehingga ribuan juta ringgit untuk gerakkan jentera kempennya. Duit itu ada dalam projek-projek kerajaan yang kosnya sengaja ditinggikan berkali ganda."

"Bukankah sekarang banyak projek dibuat secara tender terbuka?" pintas saya, nampak sangat macam soalan bodoh.

"Bila pula Najib jadi bodoh macam tu? Semenjak zaman Pak Lah, yang janjikan ketelusan itu pun, banyak projek mega diuruskan secara rundingan terus. Lutfi, bukankah kau juga yang selalu sebut, Umno dan rasuah itu kembar siam yang tak boleh dipisahkan? Hang masih ingat kes Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yackob? Masa SPRM serbu pangsapuri dia di Butterworth, ada wang tunai lebih RM2 juta," jawabnya lancar.

"Itu kes kecil yang kebetulan terbongkar. Banyak lagi duit politik Umno yang terkumpul secara senyap dan diuruskan dengan begitu sistematik, tetapi tidak pernah dikesan," tambah beliau, sambil berjanji akan menjelaskan modus operandinya kepada saya.

"Kau tahu, kebanyakan dana politik Umno ini diuruskan secara rasmi, bukan lagi
di bawah meja? Malah dalam proses rundingan tender dan penentuan harga, peruntukan untuk dana politik Umno ini disebut secara jelas!" sambungnya.

Pakatan Rakyat, meskipun turut menguasai sumber dan kemudahan di empat negeri, tentunya tidak bersedia terjebak dalam perangkap politik wang yang terbukti telah menjerumuskan Umno-BN selama ini.

Rasuah politik jika sudah dimulakan pasti tidak akan menemui titik nokhtahnya. Ia terkepung dalam "lingkaran syaitan", wabaknya segera berjangkit dan boleh menikam diri.

Dipercayai majoriti rakyat tidak mudah lagi tersilau dengan umpan murahan itu. Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri, Najib Razak, seperti terkejut mengapa bantuan kerajaan pusat yang dihulurkan kepada golongan tidak berkemampuan jarang dihargai sedangkan pakej bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lebih kecil nilainya sering disebut-sebut.

Najib dan pemimpin BN tidak perlu pening kepala mencari jawapannya. Kunci kata adalah keikhlasan dan ketelusan. Bersainglah secara sihat untuk menabur bakti dan jangan rendahkan daya intelektual rakyat.

Saya sukar melupakan dialog seorang pemandu teksi warga emas, dalam perjalanan mendapatkan rawatan susulan di HUKM, Cheras. "Pilihan raya akan datang, jangan sokong BN tau! Mereka rampas duit kita RM1,000, tapi dia derma hanya RM10 dan sembang kuat untuk beritahu semua orang," ujarnya, dalam nada sedikit lucu tetapi jelas bukan bergurau.

Selang beberapa minggu kemudian, pemandu teksi lain turut berkongsi idea yang hampir sama!

Rakyat dapat memahami bagaimana sesebuah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dilihat gagal menjalankan tugas memenuhi amanah dengan lebih efektif kerana kekangan yang dikenakan kerajaan pusat, terutama dari segi peruntukan kewangan dan projek pembangunan.

Konsep federalisme memang menggariskan dengan jelas dalam Perlembagaan tentang senarai negeri dan pusat, namun ada sebahagiannya tidak dihormati pemimpin kerajaan pusat, atau dilaksanakan secara tidak adil kepada negeri yang diperintah Pakatan.

Namun demikian, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan usaha berterusan mengotakan janji seperti diungkapkan dalam manifesto pilihan raya. Wakil rakyat bersama pemimpin parti mesti bersikap proaktif di tengah masyarakat, menjadi penggerak di medan depan.

Rakyat mahu melihat perbedaan dan nasib mereka dibela. Mereka sudah muak dan jelak dengan stail kehidupan majoriti YB Umno-BN. Elemen politik baru perlu dipraktikkan.

Gaya politik baru yang muncul pada 1999 dan menyerlah ketika pilihan raya umum ke-12 bukan lagi fenomena sementara atau sekadar bermusim. Ia semakin merata dan mula menyelinap ke segala pelosok tanahair.

Peningkatan tahap pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, terutama dengan pembudayaan ruang siber di kalangan masyarakat, telah mempercepatkan lagi proses pendemokrasian dan kematangan berpolitik rakyatnya, termasuk di negara kita.

Terdapat pengkaji yang melihat gaya politik baru ini "tenggelam dan timbul" dalam tiga pilihan raya umum terdekat, iaitu muncul pada 1999, tenggelam pada 2004 dan kembali timbul pada 2008.

Justeru, ada yang bimbang, dalam pilihan raya seterusnya ia akan tenggelam semula. Mungkin gaya lama yang sarat dengan sentimen perkauman, politik adu-domba, retorik "keselamatan dan pembangunan" dominan kembali?

Soalnya, apakah aktivis dan penggerak Pakatan Rakyat hanya menunggu "nasib baik" dalam pusingan seterusnya itu, tanpa berusaha keras dan tersusun bagi mempengaruhi budaya politik masyarakat Malaysia?

Ini berikutan budaya dan tradisi masyarakat bukanlah sesuatu yang bersifat tegar, sebaliknya ia adalah lebih bersifat fleksibel iaitu ia boleh dicipta, diubahsuai, diubahsuai semula dan malah boleh dihapuskan.

Menurut Kamus Sains Politik (DBP), istilah budaya politik ditakrifkan sebagai: "Sifat dan oreintasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang."

Manakala ada sarjana yang mendefinisikan sosialisasi politik sebagai cara atau kaedah kita menerima norma, nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan. Ia suatu proses yang berterusan, bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup, bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Proses sosialisasi politik dicorakkan oleh peranan keluarga dan juga masyarakat dari pelbagai status dan kelas, selain alam pendidikan yang mempunyai impak besar. Kuasa baru dalam dunia sosialisasi politik ialah media alternatif atau ruang siber. Ia seterusnya mencetuskan ruang awam yang membuka laluan kepada perdebatan sihat tanpa saringan yang mengongkong. Media tradisi sudah kehilangan sengatnya. Kawalan maklumat tidak berkesan lagi.

Saya mahu menekankan bahawa persaingan politik dan gerakan mengembangkan pengaruh semakin terbuka di negara ini. Sepatutnya tiada pihak yang berasa rendah diri dan tertinggal jauh di belakang.

Fenomena BN menang percuma sebelum bertanding sudah berlalu. "Padang permainan" menjadi semakin rata. Meskipun proses pilihan raya masih tempang dan perlu dilakukan perubahan menyeluruh melalui tuntutan lebih agresif, namun penguasaan BN tidak sekebal mana. Sentimen perkauman bukan lagi senjata ajaib untuk menumpaskan pembangkang.

Terpulang kepada setiap "peserta" untuk melakukan persiapan sebaiknya. Jika ada masalah menghimpit, pasti tersedia jalan keluar. Yang penting adalah daya kreatif dan tekun mencari formula penyelesaian.

Harus diingat, propaganda keterlaluan media yang memperbodohkan audien, seperti terbukti menimpa BN pada 2008, hanya memakan tuan. Promosi berlebihan, yang cuba menutup salahlaku dan penyelewengan, boleh menimbulkan dampak negatif.

Namun begitu, media baru masih terbatas jangkauannya, lagipun ia bukan lagi monopoli golongan "reformasi". Mendemokrasikan maklumat perlu melalui pelbagai kaedah yang inovatif. Amat malang jika segalanya tersangkut dan terbantut pada sistem penyampaian yang bercelaru dan tidak efisyen. Dengan itu persepsi rakyat terus gagal untuk diperbetulkan.

Tidak seperti jentera Umno-BN yang cukup bergantung kepada wang, sehingga Najib tidak akan mencadangkan pembubaran Parlimen selagi dana politik belum terisi sepenuhnya, bagaimanapun bagi Pakatan, tanpa peruntukan yang memadai, ia juga boleh merencatkan laluan ke Putrajaya.

Misi menggantikan sebuah kerajaan yang bertapak lebih 50 tahun - apatah lagi dalam kedudukan yang hegemonik seperti BN - menuntut persiapan serapinya. Pengalaman perit memerintah beberapa kerajaan negeri, yang sentiasa ditindas kerajaan pusat, sudah cukup untuk menggerakkan persediaan itu.

Yang lebih diharapkan ialah perubahan pada sikap, mentaliti, tanggapan dan budaya politik setiap pendokong Pakatan bagi memikul tanggungjawab lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang.

~Ahmad Lutfi Othman~

Siapa sebenarnya High Income

Posted: 05 Dec 2010 09:25 AM PST

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika Melayu Pulau Pinang rata-rata masih bekerja sebagai operator kilang dan tidak mampu memiliki 'landed property' dan 'luxurious condo' di Pulau Pinang.

Akibat daripada strategi halus masyarakat developer di Pulau Pinang sejak pemerintahan parti Gerakan di Pulau Pinang.

Kerajaan BN jangan dok sebut pasal HIGH INCOME lagi..walhal hakikat dan realiti Malaysia ini rata rata ekonomi daerah dan negeri disemarakkan oleh KAKITANGAN KERAJAAN. Ambil contoh PERLIS dan BALING. Kalau tiada agensi kerajaan, ingat ekonomi tempatan di situ boleh hidup?

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika rata-rata agensi yang ditubuhkan untuk membantu menyemarakkan ekonomi gagal melaksanakan tujuan asas penubuhan mereka iaitu 'creation of real job'.

Tidak dinafikan banyak 'proposal' telah dihantar, tetapi mana implementasinya. Kita bukan hidup di alam fantasi. Kita hidup di alam realiti. Berapa banyak sebenarnya 'real job' telah dihasilkan daripada projek projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA dan projek projek syarikat MSC Malaysia?

Kerana data-data yang diberikan oleh MIDA, MDEC dan MOHR, semuanya adalah berdasarkan 'propose job'. Kita rakyat mahu 'REAL JOB'.

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika jaringan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi 'disconnected' di antara satu sama lain. Malah lebih teruk, sampai bila abang, pakcik serta makcik pemandu teksi kerja siang dan malam tetapi permit mereka masih dimiliki oleh syarikat-syarikat yang terang-terang dimiliki oleh kuasa-kuasa yang berpengaruh di dalam kancah politik negara. Jika benar prihatin, bagi permit direct kepada semua cabby. Tak perlu ada syarikat-syarikat lagi.

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika syarikat-syarikat tempatan dianaktirikan di dalam permohonan untuk mendapatkan geran dan bantuan daripada kerajaan. Sedangkan syarikat asing yang rata-rata polisi mereka lebih menguntungkan 'expatriate' daripada pekerja tempatan.

Sebagai contoh, gaji seorang expatriate dengan skilset yang sama, adalah dua kali ganda lebih daripada rakyat tempatan. Malah, persoalan yang timbul dan tidak terjawab sampai kini, agensi mana yang memantau 'transfer technology' dan 'transfer of skill' daripada seorang 'expat' kepada pekerja tempatan. Sekarang bukan tahun 70-an lagi.

Jangan bagi alasan kata tiada pekerja tempatan. Sudah berapa banyak wang dibelanjakan oleh kerajaan dari tahun 90-an sehingga 2010 di dalam aspek 'training and development'. Setiap kali belanjawan, aspek ini yang diberikan penekanan.

Tetapi, sehingga kini, masalah ini masih berlarutan. Kenapa? Kerana jawapannya adalah semua agensi kerajaan lepas tangan. MITI kata MOHR. MOHR kata SIRIM. SIRIM kata MIDA. MIDA kata MOSTI. MOSTI kata MDEC . MDEC kata MIDA. Akhir sekali, yang kenyang EXPATRIATE juga. Siapa yang high income kat sini yang cuba diwujudkan? Expat ka local?

Akhir kalam, wahai PEMANDU dan ahli fikir kerajaan Malaysia, jangan terlalu asyik dengan 'high income' on paper, tetapi realitinya , kedai-kedai di Kuala Lumpur saban hari dikuasai oleh para peniaga Bangladesh, Indonesia, India dan Korea dan masih banyak jawatan-jawatan di dalam syarikat MNC yang sebenarnya boleh diisi oleh rakyat tempatan. Malaysia Boleh ma....

~jafrul jaafar~

UMNO Busuk dan Membusuki

Posted: 05 Dec 2010 09:22 AM PST

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan Umno yang memanipulasi kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ibarat sampah busuk berbau hanyir.

Beliau berkata, propaganda yang dimainkan media milik Umno itu menunjukkan mereka berhadapan situasi tenat dan tidak ada harapan untuk dipulihkan lagi.

"Permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulupun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno," katanya dalam kenyataan media kepada Keadilan Daily.

Sin Chew Daily pada 27 November lalu memutarbelit kenyataan Anwar dengan menyiarkan tajuk laporan wawancara bersama Anwar "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" manakala Utusan Malaysia keesokannya turut menyiarkan laporan yang sama.

Menurut Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan mengadakan sebarang perbincangan mengenai perkara ini.

"Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Aziz turut mengingatkan rakyat di negara ini khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara?


Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.
Apa yang penting menurut Nik Aziz adalah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" kata Nik Aziz.

Tegas Menteri Besar itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.

Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim Sependapat Dengan Wan Azizah

Posted: 05 Dec 2010 09:20 AM PST

Pemimpin dan parti politik wajar menimba ilmu pengetahuan khususnya mengenai sejarah Malaysia jika mahu mengupas isu ketuanan Melayu secara jujur, kata pakar sejarah, Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim.

Beliau menegaskan istilah 'Ketuanan Melayu' tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan pihak yang wajib tidak harus menyembunyikan fakta sejarah kerana ia bakal memberikan kesan buruk kepada rakyat.

"Sepatutnya dari awal lagi sudah dijelaskan apa maksudnya Ketuanan Melayu. Itu tidak berlaku dan sekarang orang sudah mula bergaduh. Saya cuba jelaskan dalam sejarah, memang istilah itu tak pernah digunakan (dalam perlembagaan).

Jadi, kalau ada orang yang masih kata (Ketuanan Melayu) itu masih relevan, kita nak tahulah, dan bolehkah kita gunakan sejarah untuk menyokong apa yang disebutkan," Dr Khoo berkata demikian selepas siaran langsung rancangan fokus berita 'Ketuanan Melayu' di TV Selangor hari ini.

Isu Ketuanan Melayu sekali lagi dipergunakan oleh Umno untuk membidas PKR apabila Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pemimpin Umno menggunakan slogan itu untuk memperkayakan diri dan kroni tetapi terus meminggirkan masyarakat Melayu umum yang masih terjebak dalam kemiskinan dan kemunduran.

Pemimpin Umno dan Perkasa mendakwa kenyataan Wan Azizah itu kononnya mencabuli Perlembagaan dan mengkhianati Istana.

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun mahukan Wan Azizah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana membuat kenyataan itu.

Professor Emeritus Dr Khoo menegaskan keperluan pemimpin politik berhujah menggunakan logik dan bukan emosi dalam menengahkan isu-isu Ketuanan Melayu kerana ia boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat.

"Kita perlu sentiasa menggunakan logik bukan emosi. Saya sangat takut kalau kita selalu menggunakan emosi bila bercakap dengan orang ramai, orang ramai biasanya tidak faham. Itu sangat merbahaya.

"Saya rasa mereka nak mengelirukan rakyat supaya rakyat sentiasa menyokong mereka. Saya rasa itu pendekatan yang tidak baiknya, ia mengorbankan kepentingan negara," jelasnya.

Professor Emeritus Dr Khoo adalah tokoh akademik dan pakar sejarah yang mempunyai pengalaman luas dalam sejarah Malaysia dan terlibat dalam penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970.

Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terima bonus

Posted: 05 Dec 2010 09:09 AM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

"Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

"Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta," katanya.

Surat KM P.Pinang kepada PM

Posted: 05 Dec 2010 09:07 AM PST

"...Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya ingin menyampaikan hasrat dan minat Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan untuk membeli dan mengambilalih Penang Port. Kami amat menyokong penuh pengumuman yang dibuat Yang Amat Berhormat Dato' Sri bahawa setiap penswataan utama dan penganugerahan projek akan dilaksanakan dengan telus dan terbuka menerusi Tender Antarabangsa untuk memaksimumkan hasil, yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyertainya...."

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Yang Amat Berrhormat Dato' Sri,

HASRAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG UNTUK PENGAMBILALIHAN ATAU PENSWASTAAN PENANG PORT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas kepada Yang Amat Berhormat selaku Menteri Kewangan Malaysia, dengan ini ingin menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri di atas minat ke atas Penang Port Sdn Bhd (Penang Port). Merujuk kepada laporan media, baru-baru ini Kementerian Kewangan telah menerima kertas cadangan daripada pihak sektor swasta untuk mengambilalih dan membeli Penang Port, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

2. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya ingin menyampaikan hasrat dan minat Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan untuk membeli dan mengambilalih Penang Port. Kami amat menyokong penuh pengumuman yang dibuat Yang Amat Berhormat Dato' Sri bahawa setiap penswataan utama dan penganugerahan projek akan dilaksanakan dengan telus dan terbuka menerusi Tender Antarabangsa untuk memaksimumkan hasil, yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyertainya.

3. Penang Port adalah aset strategik utama kepada pertumbuhan ekonomi bahagian utara Malaysia yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta hasil cukai Negara. Pelabuhan yang berdaya maju dan moden amatlah diperlukan untuk menambah baik perkhidmatan akhir dan perantara seperti logistik dan perkhidmatan pelabuhan sebagai sebuah hab untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Sumatra Utara dan Selatan Thailand. Ianya juga dapat memanfaatkan kedudukannya yang hampir dengan populasi Islam yang terbesar dan kedua terbesar masing-masing di Indonesia dan China untuk menyediakan sebuah hab pengilangan halal bersepadu, dengan pemprosesan secara langsung dari pengilang pembuatan, logistik hinggalah ke peringkat penghantaran mutakhir.

4. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya dalam pembelian Penang Port, kami akan membawa masuk rakan teknologi asing dan tempatan, khasnya Melayu Pulau Pinang tempatan, untuk mengendali pelabuhan tersebut dan kemudahannya ke tahap bertaraf antarabangsa. Jika perlu, kami akan menawarkan ekuiti kepada rakan teknologi asing pada harga pasaran. Pemilikan ekuiti akan mencipta suatu jajaran kepentingan yang selari antara semua pihak agar pengurusan pelabuhan dapat dibuat dengan cara bertaraf antarabangsa. Kami telah mengenal pasti beberapa rakan strategik kelas dunia dan tempatan tetapi akan meneruskannya melalui proses tender terbuka untuk menggalakkan ketelusan dan mendapatkan urus niaga terbaik. Sejajar dengan nama baik dan semangat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri akan turut menawarkan ekuiti kepada Kerajaan Persekutuan (tentunya pada harga diskaun yang bersesuaian daripada harga terbitan pembekal teknologi asing).

5. Di samping itu, kami juga ingin mencadangkan agar diwujudkan satu Lembaga Penasihat yang terdiri daripada pelbagai tokoh terkemuka daripada Malaysia dan juga antarabangsa yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan, keupayaan dan kelayakan di dalam pengurusan pelabuhan, perdagangan antarabangsa dan logistik. Lembaga Penasihat ini akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri bersama-sama dengan wakil daripada Kerajaan Negeri.

6. Di bawah pemilikan baru ini, Penang Port akan mengguna pakai tatacara urus tadbir yang bertaraf antarabangsa selaras dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) serta pengurusan tender terbuka untuk semua kelulusan projek dan perolehan dalam usaha untuk mendapatkan nilai terbaik. Seiring dengan Lembaga Penasihat, ini akan mengekalkan "checks and balances" di dalam Penang Port.

7. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjangkakan pulangan yang berterusan melalui pelbagai pelaburan ekonomi yang berhubungkait dengan Penang Port. Pulangan ini akan disalurkan semula untuk pembangunan strategik dan lain-lain projek sosial yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan pembasmian kemiskinan untuk meningkatkan taraf hidup dan menjana kemakmuran rakyat Pulau Pinang.

8. Sekiranya Yang Amat Berhormat Dato' Sri ingin mendapatkan sebarang butiran lanjut, saya amat berbesar hati untuk membuat pembentangan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri mengikut kelapangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri untuk menggariskan sepenuhnya struktur, strategi dan mekanisma rancangan Kerajaan Negeri untuk Penang Port. Sekiranya diberi kebenaran untuk menyertai mana-mana jualan Penang Port, Kerajaan Negeri percaya bahawa Yang Amat Berhormat Dato' Sri akan memberi sokongan sepenuhnya ke atas inisiatif Kerajaan Negeri ke arah penjanaan ekonomi yang mampan dalam jangka sederhana dan panjang, yang boleh disalurkan semula kepada pembangunan strategik dan projek sosial bagi menambah baikkan kehidupan rakyat Pulau Pinang.

9. Malah, ini bukan sahaja seiringan dengan program transformasi ekonomi Yang Amat Berhormat Dato' Sri, malahan ianya juga sejajar dengan wawasan Yang Amat Berhormat Dato' Sri untuk menyatukan semua rakyat Malaysia ke arah satu entiti ekonomi dan politi politik.

Sekian, terima kasih.

"CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS"



LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

BN gagal pecahkan PAS dengan DAP

Posted: 05 Dec 2010 09:05 AM PST

Hubungan kerjasama yang bertambah erat antara PAS dan DAP hari ini berjaya memecahkan tembok yang sekian lama dibina Umno-BN untuk memisahkan kelompok utama bangsa Melayu dan Cina di negara ini. Ini kerana, sejak 50 tahun yang lalu Umno-BN lah yang telah membina tembok itu untuk memisahkan kedua-dua kaum tersebut.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, apa yang berlaku sekarang, hubungan intim PAS-DAP sangat dicemburui bahkan ditakuti oleh Umno BN sehingga mereka cuba menanam sentimen dan menakut-nakutkan kaum Melayu.

"Inilah yang menjadi ketakutan Umno-BN terhadap hubungan PAS dan DAP yang berjaya memenangi orang bukan Islam. Orang Melayu dan Cina bergabung memecahkan tembok yang dibina oleh Umno sekian lama," katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelas Mahfuz, apabila Umno-BN berdepan dengan orang Melayu mereka akan mencanangkan DAP akan mengetui Pakatan Rakyat jika parti itu berjaya memerintah dan begitulah sebaliknya.

"Umno-BN jadikan DAP seperti 'lembaga hitam' untuk menimbulkan ketakutan orang Melayu, sekali gus menjejaskan masa depan kaum itu.

"Apabila Umno pergi kepada orang Cina, mereka akan kata yang akan 'lead' kerajaan adalah PAS yang dikatakan radikal dan ekstrem Islam 'potong sana potong sini'," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Tegasnya, politik Umno-BN inilah yang harus disedari rakyat pelbagai kaum khususnya masyarakat Melayu, agar mereka tidak terjebak dengan dakyah kononnya negara akan 'terjual' jika DAP berkuasa.

"Saya anggap bahawa lagu ini adalah lagu lama dan senikata yang cuba diperbaharui tidak berjaya untuk memancing undi orang Melayu yang sudah meluat kepada Umno," ujarnya.

Justeru kata Mahfuz, inilah hakikat yang menunjukkan bagaimana orang Melayu perlu ada kesedaran dengan tipu muslihat Umno-BN kerana selama-lamanya parti kebangsaan Melayu itu cukup cemas jika DAP boleh bekerjasama erat dengan PAS.

~Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam~

SYABAS Boleh BLAHHHH

Posted: 05 Dec 2010 09:01 AM PST

Air adalah anugerah Allah, bukan untuk mengaut keuntungan melampau!

Orang kata, akhir zaman nanti, perang besar akan berlaku kerana isu air. Bukan isu sempadan, bukan isu milik tanah, bukan isu meluaskan empayar, tetapi isu mendapatkan air bersih. Itu orang katalah, bukan ayam yang kata.

Nampak gaya perang akhir zaman ini akan bermula di Selangor. Negeriku tempat hamba dibesarkan. Mereka yang akan berperang nanti adalah antara kerajaan negeri yang dipilih rakyat dengan syarikat swasta yang kapitalis menggunakan sumber air untuk keuntungan perut sendiri.

Ramai manusia yang tidak perasan akan hal ini. Terutama kepada makcik pakcik di kampung. Di belah hulu, di belah kuala. Sesiapa yang berada di dunia maya, perkara ini telah menjadi sebutan dan ratipan setiap blogger membuat catatan baru, termasuklah hamba.

Isu yang hamba hendak ketengahkan ini bukannya isu kecil. Tetapi ianya satu isu besar dimana sebuah syarikat yang bernama SYABAS dengan satu tindakan yang zalim terhadap rakyat, akan menaikkan harga air sebanyak 37%. Harga air seliter serupa Singapura.

Apakah justifikasi syarikat kapitalis ini menaikkan harga air sedemikian rupa. Adakah kerana air di Selangor boleh diminum tanpa perlu dimasakkan? Adakah air di Selangor boleh diminum oleh pengguna terus keluar dari paip? Adakah piawaian air di Selangor adalah serupa seperti air yang dikeluarkan oleh negara Eropah dan Amerika Syarikat? Semuanya tidak! Malah kadang-kadang air yang diberikan Syabas bercampur dengan karat!

Oleh itu, mengapa Melayu-Melayu yang mentadbir SYABAS itu semuanya bertindak zalim cap ayam terhadap warga Selangor dan Kuala Lumpur? Adakah mereka ini jenis manusia yang tiada hati dan tidak berperasaan. Hanya tergila-gilakan keuntungan berlipat kali ganda atas kesusahan orang lain. Mengapa ada jenis Melayu seperti ini?

Sepatutnya GAPS yang akal tempurung itu menyarankan Sultan Selangor menghalau SYABAS keluar dari Selangor, bukannya Anwar Ibrahim. SYABASlah satu syarikat swasta yang jahat menggunakan air untuk kepentingan perut masing-masing.

KELUARKAN SYABAS DARI BUMI SELANGOR!

~sahabat~

Politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO

Posted: 05 Dec 2010 08:57 AM PST

Aku tahu benar rasa keperitan kerana miskin semenjak kecil lagi. Ibu yang mengajar otak durianku erti kemiskinan. Ibu mengopek udang. Kakak mengopek udang. Aku satu-satunya anak jantan "keluarga tanpa ayah" juga mengopek udang.

Di tempat perempuan mengopek udang dan berbicara panjang lebar mengenai politik kehidupan harian dan politik suami isteri, aku seekor jantan wujud tanpa disedari untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ibuku menurunkan kromosom X yang terlampau berpengaruh terhadap rupa wajahku. Maka mengalirlah di seluruh susuk tubuhku keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu gelanggang kewanitaan yang hanya aku sedar kemudian hari.

Kromosom X yang diturunkan oleh ibu kepada aku bukan sahaja mengubah cara aku menguruskan rambut otak durianku, tetapi yang paling berharga buat diriku ialah cara bagaimana aku mengharungi, merasai dan memahami kemiskinan sebelum aku sempat membaca karya Edward Said yang membuka mataku terhadap wacana orientalisme.

Jangan kita menghakimi kemiskinan orang Melayu dengan kaca mata orientalisme sehingga terpedaya dengan mentaliti pemikiran kolonialis lampau dan masa kini. Lebih kurang begitulah salah satu dimensi penafsiranku terhadap teguran Allahyarham Syed Hussein Alatas yang meskipun pada satu ketika dahulu berderingan kuat dari jauh tetapi kini semakin sepi dan lembut suaranya.

Siapakah "kolonialis masa kini" dalam konteks politik kemiskinan domestik hari ini? Bacalah paparan berita media perdana saban hari. Perhatikanlah senarai syarikat yang mendapat projek besar setiap kali pengumuman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

Telitilah ke mana perginya hasil ekonomi negara setiap tahun Belanjawan Negara diumumkan oleh Menteri Kewangan. Kebarangkalian kumpulan-kumpulan orang yang sama mendapat projek besar terlalu tinggi.

Secara ringkas, dalam kalangan kumpulan tersebut, ada yang bergelar "kelompok Umnoputra", ada juga yang bergelar "kelompok GLC", yakni mereka yang berselindung di sebalik syarikat kerajaan berkaitan kerajaan.

Kumpulan-kumpulan sedemikianlah yang berbicara kuat mengenai pembasmian kemiskinan. Bahawa Dasar Ekonomi Baru masih diperlukan bagi mencapai objektif kerajaan berdasarkan statistik kerajaan mengenai kadar kemiskinan di Malaysia seperti berikut:

Pembasmian Kemiskinan Yang Telah Dilakukan Kerajaan BN

Tahun Peratus (%)
1970 52.4
1988 17.3
1990 16.5
1999 7.5
2002 5.1

Bahawa Model Ekonomi Baru wajar dilihat sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru kerana Kerajaan Persekutuan yang kononnya prihatin terhadap kemiskinan rakyat akan meneruskan projek dan program yang dapat membantu dan menaik taraf status golongan rakyat dalam kategori 40% berpendapatan rendah.

Tidak cukup setakat retorik mengaitkan politik kemiskinan dengan program ekonomi yang sebenarnya lebih menguntungkan sekumpulan "kelompok Umnoputra" dan "kelompok GLC". Kelompok-kelompok elit seumpama yang kononnya prihatin dengan kemiskinan rakyat bawahan acap kali mengaitkan "Ketuanan Melayu UMNO" dengan politik kemiskinan. Bahawa "Ketuanan Melayu UMNO" merupakan pembela orang Melayu maka akan membawa penyelesaian kepada kemiskinan orang Melayu.

Ironisnya, siapakah yang menghakimi kemiskinan Orang Melayu dengan kaca mata orientalisme tetapi bertopengkan Dasar Ekonomi Baru dan "Ketuanan Melayu UMNO" yang pada satu ketika dahulu berniat baik tetapi hari ini bercampur-adukkan dengan budaya "rent-seeking" yang terlalu "embedded" dalam sanubari Melayu UMNO?

Oleh kerana tidak berupaya menjalani proses transformasi diri secara yang berimpak, maka "kelompok Umnoputra" terus-menerus membawa wacana "Ketuanan Melayu UMNO" ke seluruh pelosok desa dan berbicara tanpa segan silu mengenai politik kemiskinan.

Tetapi yang jarang-jarang sekali dianalisi dalam mesej politik kemiskinan seumpama ialah: Pertahankan "Ketuanan Melayu UMNO" maka dipertahankan kepentingan "kelompok Umnoputra".

Pertahankan kesinambungan politik kemiskinan ala-Dasar Ekonomi Baru meskipun dalam penjelmaan terbaru seperti Model Ekonomi Baru maka dipertahankan kepentingan "kelompok Umnoputra".

Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Program transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?

Syarikat Jerman, LFoundry menempatkan dan melabur lima loji Fabrikasi Wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan permulaan RM214 juta dan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion.

Pemborong dan pengusaha peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd melabur RM1 bilion bagi membuka 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun.

St Regis, jenama antarabangsa dalam bidang hospitaliti bertaraf enam bintang membina hotel 208 bilik dan 160 unit kediaman di KL Sentral membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.

Syarikat perkhidmatan medan minyak, Schlumberger membuka hab perkhidmatan, Eastern Hemisphere Global Financial Services Hub di Bandar Utama, Petaling Jaya bagi menarik 100 syarikat multinasional untuk menempatkan operasi di Lembah Klang menjelang 2020.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi konsesi 25 tahun kepada syarikat pembinaan dan infrastruktur, WCT Bhd untuk membina dan mengendalikan operasi kompleks integrasi di Terminal Tambang Murah (KLIA2), Sepang bernilai RM486 juta.

Syarikat pelaburan Asia Barat, Mubadala bekerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Premium Renewable Energy Sdn Bhd akan membina lima loji minyak bio dalam tempoh lima tahun dengan kos loji pertama RM124 juta di Lahad Datu, Sabah.

Asia e-University dilantik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Universiti Gateway untuk pembangunan pembelajaran dalam talian dan jarak jauh antarabangsa dijangka menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) RM341 juta.

Genting Berhad membina Johor Premium Outlets di Genting Indahpura merangkumi hotel, taman rekreasi air antarabangsa dan pusat beli-belah besar membabitkan pelaburan RM150 juta.

Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri) ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.

Jika aku orang Melayu yang hidup papa dan merana, setiap kali aku membaca berita atau mendengar pembesar politik berbicara mengenai kewajaran kelangsungan Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu pada abad ke-21, akan ku dapatkan segera pembesar suara, menghadapkannya ke arah akhbar atau pembesar politik tersebut, lalu aku memekik dengan kuat sekali:

Hentikanlah ketaksuban berpolitik yang kononnya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu dengan menggadaikan maruah orang Melayu. Melayu bermaruah tidak lahir dalam konteks politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO.

Melayu bermaruah akan lahir dalam konteks baru Ketuanan Rakyat yang berjiwa rakyat dan berpaksikan keperluan golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Pemimpin UMNO hakis kedaulatan Raja-Raja Melayu

Posted: 05 Dec 2010 08:49 AM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi peringatan kepada pemimpin Umno Barisan Nasional untuk tidak lagi mempergunakan institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik dan menyeru rakyat bersama-sama mendukung prinsip Raja Berpelembagaan.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana bimbang pemimpin kerajaan kebelakangan ini telah mengulangi tindakan pemimpin terdahulu dengan melanggar Peruntukan Perlembagaan yakni membelakangi kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Khalid berkata, penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini bermula akibat tindakan pemerintahan terdahulu sehingga berlakunya Krisis Perlembagaan 1983.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam, 29 November lalu.
Walhal, Khalid berkata, menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan: "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja".

"Walaubagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5)," jelas beliau.

Tambah Khalid, insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993 sehingga mencetuskan kekecohan apabila sekali lagi pemimpin negara 'mengusik' institusi Raja-Raja Melayu dengan mencadangkan pindaan kepada Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan dihapuskan.

Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh jentera kerajaan 'secara biadap' termasuk media massa telah dimanipulasi secukupnya bagi memaparkan cerita-cerita yang memburukkan peribadi Raja-Raja Melayu sekaligus mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi berkenaan.

"Pemerintah ketika itu, menggunakan kuasa rakyat terutama orang Melayu, supaya bersama-sama mendesak malah 'memaksa' Raja-Raja Melayu supaya segera menerima pindaan Perlembagaan yang menghapuskan beberapa keistimewaaan Raja-Raja Melayu yang sudah diwarisi sejak ratusan tahun," katanya.

Khalid sehubungan itu menyeru seluruh rakyat memupuk kecintaan ke atas lima prinsip Rukun Negara yang turut mengandungi prinsip Kesetian Kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berpelembagaan.

"Patik tidak dapat mengelakkan diri dari teringat peranan 'si kitul' di dalam sejarah Melayu lama. Adakah 'si kitul' moden ini akan kembali memperalatkan Raja atau Sultan demi kepentingan politik mereka?" ujar Khalid yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong

Posted: 05 Dec 2010 08:47 AM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

"Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

"Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat," kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

"Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian," tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

"Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi," katanya.

~MK~

Mana Penting Kehambaan Melayu atau ketuanan Allah?

Posted: 05 Dec 2010 08:45 AM PST

Sehari dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut.

Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti Umno. Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi.

Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.

Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut.

Berebut-rebut menjadi hamba

Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah.

Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain, kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat.

Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama.

Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih.

Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia. Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid.

Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti Umno, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.

Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain.

Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki.

Animal Right

Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right.

Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup.

Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia.

Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.

Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu.

Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology. Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia.

Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka.

Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka.

Kita semuannya hamba

Mereka semua lupa bahawa Tuhan bukan mereka yang menciptakan alam semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil.

Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya. Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil.

Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya.

Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak.

Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.

Semua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya.

~MK~

Ketuanan Melayu sanggah Islam

Posted: 05 Dec 2010 08:42 AM PST

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

"Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam," katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

Katanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

"Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia", katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

"Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Memetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)".

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)".

Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

~MK~

Peguam UMNgOk cadang tahan Wan Azizah ikut ISA

Posted: 05 Dec 2010 08:38 AM PST

Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus "dibakulsampahkan" adalah satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

Katanya, oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan ia disambut pemimpin daripada badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga pakar perundangan, beliau menyarankan supaya ISA diguna pakai dalam menangani isu itu.

"ISA perlu dilakukan terhadap pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini," katanya dalam wawancara dengan Umno-online.com.

Beliau berkata, apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, beliau menyokong penuh cadangan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Dr Wan Azizah berikutan kenyataan itu.

"Bagi saya, kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berhubung kenyataan Dr Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.

Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152, 153 atau 181.

Artikel 152 ialah berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya daripada segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Maka, dengan ini satu laporan polis dengan mengatakan bahawasanya satu kenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawah seksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Dr Wan Azizah ialah kenyataannya bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperti mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya, melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.

Perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi presidennya.

"Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini," katanya.

Beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawal selia pertubuhan politik dan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR diambil tindakan.

"Malah, Umno sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebal," katanya.

~Bernama~

Kandungan memo air kepada Agong

Posted: 05 Dec 2010 08:28 AM PST

Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Rintihan Rakyat Kepada Agong

Posted: 05 Dec 2010 08:26 AM PST

Kerajaan negeri Selangor semalam berjaya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengambilalihan industri air oleh Kerajaan Selangor dari syarikat konsesi yang telah tertangguh lebih dua tahun lalu.

Penyerahan dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa anggota exco kerajaan negeri kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman yang menerimanya bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Memorandum tersebut antara lain memohon Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan agar hak air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri juga mahu Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik untuk mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Memorandum itu juga turut ditandatangani 150,000 rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mahu hak pengurusan air dikembalikan semula kepada kerajaan negeri.

Terdahulu berucap kepada 15, 000 peserta himpunan di Masjid Negara, Khalid menyatakan himpunan hari ini adalah suara rakyat negeri yang membantah kenaikan harga air oleh Syabas.

Rakyat Selangor, tegasnya menentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kepura-puraan pihak berkenaan dalam isu air.

Kerajaan negeri jelasnya mengambil pendirian menentang kaenaikan tarif air oleh Syabas kerana menyedari kos sara hidup rakyat yang meningkat berbanding pendapatan yang diperolehi mereka.

Ianya juga bagi menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesusahan rakyat.

"Dengan ini kami rakyat dan kerajaan negeri Selangor berkumpul merakfak sembah kepada Duli Tuanku untuk menyampaikan rasa hati kami terhadap isu penswastaan semula air di Selangor," ujarnya ketika berucap di perkarangan Masjid Negara, sebentar tadi.

Lebih 150,000 tanda tangan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berjaya dikumpul dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan negeri juga katanya mahu Tuanku menyokong semangat Akta Industri Air 2006 yang menyatakan hak air perlu diserahkan kepada kerajaan negeri.

Perjanjian konsesi 2004 antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan Syabas juga katanya perlu dilihat semula ekoran Syabas didakwa tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

Beliau juga mendakwa pengurusan air Selangor wajar diserahkan kepada kerajaan negeri bagi menghapuskan kronisme.

"Persepsi rakyat, kerajaan dilihat lebih mengutamakan syarikat swasta akibat amalan kronisma demi kepentingan pihak tertentu.

"Dalam masa sama rakyat disusahkan," katanya.

Dalam pada itu, Khalid juga kesal dengan pihak polis yang tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman diadakan sehingga berlaku tangkapan melebihi 50 orang.

"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

~MK~

Polis tak tunai janji

Posted: 05 Dec 2010 08:25 AM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara semalam.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata menteri besar.
Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.

Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

~MK~

Presiden dan SU PSM antara ditahan polis

Posted: 05 Dec 2010 08:21 AM PST

Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha agungnya, S Aruthcelvan antara tiga orang yang ditahan kerana didapati memakai baju merah. Mereka ditahan pada kira-kira jam 11.30 pagi di sekitar KL Sentral.

Ketika ditemui, Nasir memberitahu Malaysiakini

"Saya tak pasti (ditahan). Polis halang saya (bergerak) sebab pakai baju merah."

Apabila dihubungi setengah jam kemudiannya, Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara mengesahkan mereka ditahan dan dibawa ke balai polis PGA Cheras.

"Mereka kata ianya perhimpunan haram. Tapi kami hanya tiga orang sahaja," katanya.

Dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara memberitahu semua mereka yang ditahan di KL Sentral dibebaskan setelah sejam setengah.
Katanya, polis juga tidak merekodkan sebarang kenyataan malah menghantar mereka kembali ke KL Sentaral.

Sementara itu, polis mengadakan sekatan jalan raya ekoran rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan di Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah kenaikan kadar bayaran air.

Manakala di Stadium Merdeka, kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) berhimpun mulai jam 11.50 pagi tadi.

Polis kemudiannya mengarahkan mereka bersurai. Kemudian selepas berunding dengan polis, mereka menaiki dua kenderaan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mendakwa penyelewengan Kerajaan Selangor.

Sementara itu, di tempat lain di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor, sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri protes kenaikan harga air dan penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Penganjurnya sebelum ini berkata, mereka akan berarak dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Menurut bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin, beberapa orang 'marsyal' telah ditahan. Beliau menggesa peserta lain supaya bertenang dan meneruskan perjalanan mereka ke Masjid Negara.

Menurut Twitter ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng SAN, seorang jurugambar TV Selangor turut ditahan.

~MK~

48 penyokong baju merah ditangkap

Posted: 05 Dec 2010 08:19 AM PST

Seramai 48 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' perkarangan dan dalam Masjid Negara ketika polis bertindak menyuraikan ribuan penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.

Ketika mengesahkan jumlah tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, semua yang ditahan itu adalah orang dewasa. Antara mereka, kelihatan seorang pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Amin Ahmad dibawa dengan sebuah trak bersama yang lain.

"Manakala seorang wakil rakyat ditahan polis pagi semalam telah pun dibebaskan," katanya dipercayai merujuk kepada ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu negara, beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis PGA Cheras. Menurutnya, pihak polis telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim jam 10.20 pagi tadi meminta supaya jangan berarak ke Istana Negara.

Pihak polis juga, katanya, akan memberi bantuan untuk menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

'Sepatutnya contohi Gaps'

Zulkefli berkata, sebuah lagi kumpulan, Ggasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.00 pagi dan berjaya menyerahkan memorandum pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Pada jam 2.05 petang, polis mengiringi menteri besar Selangor itu bersama 10 anggota delegasinya untuk menyerahkan memorandum tersebut. Zulkefli juga menyuarakan rasa sedih dan kesalnya kerana penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara tidak bersurai sejurus selepas diarahkan.

"Kita permudahkan perjalanan mereka (baju merah) untuk hantar demo. Tetapi mereka tidak hargai dan kata kita berat sebelah. Saya kesal.

"Kita beri peluang pada kedua-dua belah pihak. Kita tengok Gaps, dia ikut cakap kita. Pihak Gaps setuju bila dibenarkan berhimpun dalam kumpulan kecil dan kemudian menyerahkan memorandum dan tiada perarakan ke istana.

"Itulah yang sepatutnya perlu dicontohi," kata Zulkefli.

Menurutnya, pada jam 3.05 petang, pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Dihantar kembali ke masjid negara

Sementara itu, Zulkefli berkata, jalan-jalan yang ditutup di sekitar Masjid Negara akan dibuka secara berperingkat. Sebelum itu, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, mereka yang ditahan itu dibawa menaiki dua trak polis.

Mereka ditahan selepas kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian. Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.

Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.

Sementara itu, difahamkan kesemua yang ditahan kini dalam proses dibawa kembali ke masjid negara, tempat mereka ditahan.

~MK~

Peserta Demo Tuntut Hak Rakyat Ditangkap

Posted: 05 Dec 2010 08:17 AM PST

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.

Katanya, para peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.

Tambahnya, mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi hanya tidak mempunyai permit sahaja.

Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di London yang boleh mengadakan himpunan secara aman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa kesal dengan pihak polis yang menangkap peserta himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas itu.

Beliau beserta Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari turut mengadakan perbincangan dengan pihak polis supaya tidak terus menahan para peserta sebagaimana yang dijanjikan.

"Tetapi sangat malang apabila polis menggunakan kekerasan menahan pseserta himpunan," ujarnya.

Menurutnya, pihak polis memberi jaminan akan membebaskan mereka yang ditahan dan tidak akan menangkap peserta yang mahu bersurai sekitar jam 3.30 petang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor akan membawa usul pada persidangan Dewan Rakyat nanti berhubung penangkapan peserta himpunan aman itu.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mempersoalkan tindakan polis menahan peserta kerana pada awalnya berjanji memberikan kerjasama.

Beliau kesal kerana polis sedia memberi kerjasama kepada peserta himpunan untuk berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa polis bahawa memberi kerjasama kerana pihak Istana Negara sedia menunggu rombongan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pihak polis mengikut arahan siapa di sebalik penangkap yang dilakukan itu.

Menurut Suaram, sekitar 70 orang ditahan pada himpunan aman itu yang difahamkan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dan Cheras.

~harakah~

Rakyat Tuntut Hak Polis Pula Halang

Posted: 05 Dec 2010 08:10 AM PST

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong baju merah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka. Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan dan berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air di hadapan stesen lama KTM. Manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut. Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemudiannya, penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.

Khalid kemudiannya menyerahkan memorandum serta 150,000 tandatangan kepada wakil Istana Negara. Menurut exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, pihak polis tidak membenarkan mereka mengambil gambar.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, polis mengarahkan kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang masih berhimpun di Masjid Negara supaya bersurai. Apabila mereka tidak bergerak, kira-kira 300 anggota polis bergerak ke arah masjid untuk menyuraikan mereka.

Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi semalam. Sehingga jam 1 tengahari semalam, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Angka itu bertambah sehingga 7,000 orang sebelum berselerak sedikit demi sedikit apabila disembur meriam air dan gas pemedih mata bertalu-talu. Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'. Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Kumpulan berbaju merah itu mula bersurai kira-kira 3.30 petang tadi setelah diberikan jaminan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh bahawa semua yagn ditahan akan dibebaskan.

"Saya berjanji tidak ada sesiapa yang ditangkap sekiranya tuan-tuan beredar secara sukarela dan aman," katanya melalui pembesar suara milik kumpulan baju merah.

Dr Zulkefly dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut memainkan peranan menenangkan dan menyuraikan peserta perhimpunan itu.

~MK~

Jika Awang Adek Ada Bukti Sila Buktikan

Posted: 05 Dec 2010 08:06 AM PST

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang mendakwa sejumlah RM10 juta wang negeri dibelanja bagi kegunaan Ekspo Cheng Ho yang diadakan baru-baru ini.

Husam berharap Awang Adek dapat membuktikan sejumlah wang tersebut dan sekiranya ia tidak dapat dibuktikan beliau akan mengambil tindakan seterusnya.

"Saya hairan macam mana dia dapat angka tersebut dan bagi pihak kerajaan penganjuran ekspo tersebut amat berjaya dan adalah jahil sekiranya beliau mengatakan hanya sebagai pameran sejarah semata-mata dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negeri," ujar beliau.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis Pecah Tanah Dataran Rakyat di Bandar Baru Tunjong yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Konvensyen Kelantatan Trade Centre hari ini.

Beliau juga berkata kedatangan Setiausaha Agung Asean, Dr Surin membuktikan kejayaan Ekspo Cheng Ho dan begitu juga kedatangan pelbagai lapisan pedangan dari negara China dan pendedahan media asing khususnya dari negara China membolehkan Kelantan dikenali ramai dan akan menarik pelabur dari benua tersebut.

Sementara itu, Tuan Guru berharap pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjung dapat menamakan satu jalan dalam bandar tersebut dengan nama 'Jalan Haji Cheng Ho' bagi meraikan hubungan baik antara masyarakat Islam Kelantan dan masyarakat Cina Islam dan bukan Islam.

Dataran Rakyat yang berkeluasan 6.591 ekar bagi pembinaan sejumlah 460 unit lot-lot bangunan perniagaan, pihak pemaju turut menyediakan proses pembiayaan skim pembiayaan mudah bagi Bumiputera dalam mendapatkan lot-lot bangunan tersebut.

~harakah~

Rakyat 'didahulukan' atau 'dahulu kena'

Posted: 05 Dec 2010 07:50 AM PST

Kerajaan sepatutnya mempunyai pilihan lain selain menaikkan harga barangan keperluan rakyat sekalipun beralasan mengurangkan tanggungan subsidi negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, tindakan terbaru kerajaan BN menaikkan harga petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula, tidak membuktikan 'rakyat didahulukan', tetapi 'rakyat yang dahulu kena'.

Katanya, rakyat yang tidak bersalah sentiasa menjadi mangsa keadaan, sedangkan kerajaan pula boros dan membazir dalam mengurus perbelanjaan wang negara.

"Negara kita begitu banyak sekali kes-kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara.

"Jika ini situasinya, maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan sewajarnya bertindak sebagai payung kepada rakyat, dan mencari jalan untuk mengurangkan bebanan mereka bukan memangsakan mereka.

"Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa, maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara.

"Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna," katanya lagi.

Turut dipersoal, sama ada kerajaan sebenarnya memang merancang menaikkan harga minyak kerana mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya.

"Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan Umno dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara.

Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat.

"Kalau boleh saya tanya soalan nakal, saya nak tanya, kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu?

"Habis duit buat main jet di Langkawi? Maaf, saja saja jer tanya kerana sedar soalan ini agak nakal," katanya.

~harakahdaily~

Siapa Gadai MELAYU Sebenarnya?

Posted: 30 Nov 2010 11:20 PM PST

Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir orang Melayu yang tidak berasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Tanah Melayu menjadi Malaysia, Sultan Selangor kena tanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Umnolah, takkan Pas pula yang menukarnya. Bahasa Melayu menjadi bahasa Malaysia, takkan PKR pula yang menukarnya.



Warisan Melayu menjadi warisan Malaysia. Utusan Melayu menjadi Utusan Malaysia. Semuanya kena tanya Umnolah. Yang tinggal hanyalah Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan baju Melayu. Lambat laun ditukarnya juga.

Ketuanan Melayu, ini tak akan diubahnya Umno, pasal Umno buat umpan pilihanraya.

~ek-ele~

Tiada ulasan: