ALHUSSEYN |
| Kalau jumpa muka ini, bolehlah ludahkan! Posted: 28 Dec 2010 02:23 PM PST Beberapa hari yang lepas, seorang kawan dari Umno bertanyakan saya tentang heboh diperkatakan di Internet tentang Adun Selinsing ditangkap buat maksiat dengan isteri orang dalam koc keretapi.Entahlah, jawab saya, kerana saya dah lama tak jengok-jengok Internet dan berjanji akan menyelidiknya. Rupa-rupanya, cerita itu bersumber daripada situkang fitnah – Papa Gomo (gambar). Tolong ludahkan mukanya dengan kahak-kahak sekali! Kickdefella pula tumpang sekaki dengan menulis antaranya : Video ceramah oleh bekas anggota pasukan keselamatan Menteri Besar Kelantan bernama Ustaz Saidi adalah antara video tempatan terhangat di youtube masakini. Di dalam video tersebut Ustaz Saidi mengaku telah menangkap Saipul Bahrin yang hanya berseluar dalam sedang bersama seorang guru yang merupakan isteri orang, di dalam bilik di koc kelas pertama. Menurut Ustaz Saidi lagi, guru tersebut hanya bertuala warna merah. Setelah menangkap YB Ustaz Saipul, Saidi menyerahkannya kepada Nik Aziz untuk diambil tindakan. Bagaimanapun Saidi kecewa bila Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Mursyidul Am PAS dilaporkan sehari kemudian memaklumkan bahawa "Allah Ta'Ala dah maafkan Ustaz Saipul". Banyak persoalan yang timbul disini, pertama, kenapa Ust saipul dibawa kepada TGNA ? Sepatutnya bawalah kepada mana-mana Pegawai Pencegah Maksiat Majlis Agama Islam Kelantan untuk dakwaan. Kedua, takkanlah pintu koc itu tidak berkunci dan begitu mudah orang luar menceroboh masuk kedalamnya. Dan ketiga, tiada bukti yang kukuh seperti gambar dan sebagainya.Ingatkan video itu ada memaparkan adegan lucah, rupa-rupanya hanya fitnah sahaja.Lihat videonya di sini Dan amat terbukti sekali pembohongan tersebut bila saya menjengok laman ini.Memang Papa Gomo tukang fitnah itu kantoi kali ini. |
| Posted: 28 Dec 2010 07:10 AM PST Macamana tidak?, tiba-tiba Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno dilantik sebagai Pengerusi Felda! Bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Najib tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.; kalau tidak masakan seorang yang dikenali sebagai ikon rasuah boleh dilantik ke jawatan tersebut. Isa telah didapati bersalah kerana rasuah politik (bagi duit untuk mendapatkan undi) dan telah di gantung keahlian selama enam (6) tahun.Isa bernasib baik kerana hukumannya dikurangkan kepada tiga (3) tahun sahaja selepas merayu.Isa, besar kemungkinanya terpaksa merengkok dalam penjara entah berapa tahun lamanya kalau kes rasuahnya itu di bawa ke BPR (sekarang SPRM). SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan. Desas desus mengatakan ini semua kerana Najib terhutang budi dengan Isa Samad yang pernah menolongnya sewaktu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan seorang penyanyi terkenal tanah air |
| You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Beberapa hari yang lepas, seorang kawan dari Umno bertanyakan saya tentang heboh diperkatakan di Internet tentang Adun Selinsing ditangkap buat maksiat dengan isteri orang dalam koc keretapi.
Isa telah didapati bersalah kerana rasuah politik (bagi duit untuk mendapatkan undi) dan telah di gantung keahlian selama enam (6) tahun.Isa bernasib baik kerana hukumannya dikurangkan kepada tiga (3) tahun sahaja selepas merayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan