Sabtu, 18 Disember 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Malaysia vs Vietnam

Posted: 17 Dec 2010 11:59 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Seperti yang kita ketahui, player Vietnam tak cukup. Player utama diorang la. Tapi sebenarnya, player Malaysia pun bukan yang pes eleben. Terutama pertahanan. Rita Rudaini dan Zamani Misbah enjured la plak. Defend seken eleben, alhamdulillah semakin matang, walau kucar kacir dek 3 player Selangor masa mula2 nak serasi pes game lawan Indon dulu.

[1]

Walau Amri dan Safee tajam menjaringkan gol dalam AFF Kawasaki ni, gua harap Sultangopal kekal menurunkan Norshahrul. Kerana pada gua, inilah jentera serangan yang banyak menjana idea, berkemampuan ala2 Messi membelah pertahanan lawan.

So, as penyudah kepada kelicikan Norshahrul, hanya perlu ambil antara 2 player. Sama ada Amri atau Safee. Kalau masuk ketiga3, akan wujud faktor lebihan posisi dan tatkala diserang, ianya akan mengganggu defend seperti game lawan Indon.

Harap2 Sultangopal baca blog gua. Hua3...

[2]

Tengah Malaysia, terlalu bergantung kepada Shafiq. Kalau Sultangopal masih kekalkan status quo kekuatan tengah Malaysia, dan Malaysia bertemu Indonesia di perlawan akhir, gua ramal, Indonesia akan menjadi juara. Mungkin 2-0.

Jika Malaysia mengikat 0-0 sehingga penentuan penalty, gua harap Norshahrul diletakkan sebagai penyepak pertama. Ini cerita kalau final Indon vs Malaysia la..

[3]

Gua lebih minat kalau Sultangopal meletakkan Norshahrul bersama Safee sebagai serangan. Kerana kedua-dua pemain ini jenis 'langgar'. Dan tak berlakon macam C. Ronaldo. Kalau Sultangopal mahu bertahan di gelanggang Vietnam bermati-matian dengan kelebihan 2 gol, gua ingat, letak Safee sekor sahaja sebagai striker. Bila dah minit ke 88, keluarkan Safee dan masukkan Norshahrul.

Ini bagi mengurangkan risiko Norshahrul injured di final. Safee kalau injured, Malaysia ada Amri. Kalau Amri sakit perut time final, panggil jer AbangBotak Licin.

[4]

Untuk final, dalam tajuk penentuan sepakan penalty, gua harap Rajagopal dapat memberikan butiran hitam putih sasaran bola yang perlu disepak player. Sebagai contoh :

Player 1 : Norshahrul : Perlu menyepak bola ke arah kiri atas gawang gol.
Player 2 : Safee : Perlu menyepak bola ke arah Kanan atas gawang gol.
Dan seterusnya.

Ini bagi mengurangkan tekanan dan bebanan terhadap player. Kesemua hasilnya, sama ada berjaya ditampan gol lawan atau tidak, jurulatih yang tanggung kerana berada di atas kertas. Hitam dan Putih. Syarat tambahan, jangan bagitau mana2 orang la, terutama ahli UMNO. Kompom bocor.

Begitu juga gol keeper. Perlu ada butiran atas kertas, hitam dan putih, mahu layangkan badan di mana. Tapi gua syorkankan, mengikut ilmu kebarangkalian matematik, Fahmi hanya melayangkan badan di satu arah sahaja dalam 5 kali fasa tendangan pertama.

Jika berlanjutan ke fasa kedua, dah tak boleh buat dah. Kena ramal sendiri atau ikut kertas yang disign oleh Sultangopal.

Pada gua, penalty yang diselamatkan gol lawan adalah normal. Tetapi penalty yang keluar terus dari pintu gol adalah celaka, dan wajar dikutuk.

[5]

Penutupnya, gua ucapkan selamat maju jaya kepada player Malaysia. Main dengan penug semangat. Jangan bimbang, kalau kalah. Gua janji takan maki lu orang. Gua maki seltan-seltan nirrojim tertentu dan kaum kerabatnya sahaja. Ngeee...

Rakan2 gua, sila isi kredit anda untuk upacara memaki Seltan nirrojim malam ni. Hua3...

Sertai ‘Kita Bersaudara’, lawan 1Malaysia(Israel)!

Posted: 17 Dec 2010 09:28 PM PST


LAPORAN | PAS hari ini melancarkan kempen "Kita Bersaudara" untuk mengajak rakyat menolak politik perkauman yang ditiupkan Barisan Nasional, khususnya Umno di pilihan raya umum ke-13 kelak.
Kempen semula anjuran bersama Sekretariat Kita Bersaudara dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa itu turut menganjurkan mini karnival "Sua Kasih" ala-ala karnival Jom Heboh atau Sua Rasa di Tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.



Aiman Athirah Al-Jundi selaku pengarah program memberitahu, kempen terbaru itu dilancarkan demi menghadapi kempen 1Malaysia yang dipopularkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak April tahun lalu.

"Sebenarnya sekretariat Kita Bersaudara ini ditubuhkan lebih awal dari (pelancaran) 1Malaysia, iaitu pada Disember 2008, mini karnival ini (Sua Kasih) sahaja pertama kali diadakan pada 9 Januari tahun depan.
"Kempen 'Kita Bersaudara' ini untuk lawan (kempen) '1Malaysia' yang menggalakkan perkauman, pemimpin-pemimpinnya mengajak orang Melayu sokong perkauman serta melarang atau menakutkan orang bukan Islam dari mendekati keadilan Islam dengan pelbagai larangan yang sebenarnya tidak ada pun dalam syarak.

"Mini karnival ini walaupun kecil tetapi masej 'Kita Bersaudara' sebenarnya besar untuk seluruh rakyat (iaitu) kepentingan menolak politik perkauman, kepentingan rakyat bersatu menolak amalan rasuah, hidup dalam suasana saling mengasihi sesama manusia tidak kira warna kulit, taraf hidup dan kepercayaan.

"Kempen 'Kita Bersaudara' membawa masej yang jelas untuk seluruh raykat supaya percaya bahawa mereka masing-masing perlu bersatu mengubah masa depan kepimpinan negara," ujar Aiman ketika dihubungi Wartawan.



Terdapat pelbagai program menghiasi mini karnival tersebut, antaranya Eksplorasi Minda Remaja, iaitu program pertandingan fotografi dan melengkapkan slogan 'Kita Bersaudara yang menjanjikan hadiah berupa wang tunai dan percutian tiga hari dua malam di kawasan peranginan yang akan diumumkan kemudian.
Karnival mini tersebut turut dihiasi dengan pelbagai gerai pameran dan jualan untuk peniaga yang mahu mengembangan prospek peniagaan atau industri kecil masing-masing.

Melalui Pusat Khitmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali turut membuka gazebo kesihatan. Pusat mini kesihatan ini akan melancarkan kempen derma darah dan organ selain membuka kaunter perubatan secara Islam kenadalian Pusat Perubatan Islam Darul Syifa'.

Dalam mini karnival itu juga akan dilancarkan Lelong Amal. Koleksi peribadi pimpinan Pakatan Rakyat khususnya milik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilelong untuk menampung dana tabung penerangan dan dakwah sekretariat "Kita Bersaudara".
Tidak ketinggalan adalah acara mewarna dan melukis yang melibatkan kanak-kanak bersama-sama kartunis Ronasinar.

Dalam karnival sehari itu juga turut menyaksikan acara pentas seperti sesi deklamasi sajak, majlis perasmian dan pelancara logi baru 'Kita Bersaudara', pelancaran skuad dakwah 'Kita Bersaudara', persembahan dikir barat serta aksi gendang 3 budaya.

Makluman lanjut mengenai program tersebut boleh dilayari di blog 'Kita Bersaudara', http://kitabersaudara2011.blogspot.com atau menghubungi sekretariat – 0192076759 atau 0192852723..

"Dengan slogan 'kita bersaudara' dan program-program menarik dalam mini karnival ini, kita yakin mampu memangkin atau menggembling kesedaran rakyat untuk mencipta suatu masa depan yang lebih sejahtera dan maju secara bersama tanpa politik perkauman," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: