Khamis, 9 Disember 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Adakah Hadi menipu bila mendakwa UG hanya di zaman Paklah?

Posted: 09 Dec 2010 12:37 AM PST

Selain Sej4heven, gua nak rakam jawapan pembaca dulu. Soalan hitam putihnya. Tanpa bunga dan tanpa taman.

Adakah Hadi menipu bila mengatakan UG hanya di zaman Paklah?

A. Ya. Hadi menipu.
B. Tidak. Hadi tidak menipu. Dia ulama dan mustahil menipu.

Selamat merakamkan jawapan anda dalam kapsul masa ini.

Apa muslihat Khir Toyo didakwa?

Posted: 09 Dec 2010 12:17 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

1. Mungkin Taib Mahmud berkeras dengan Najib untuk tidak berundur. Sedangkan APCO memberi amaran petanda kemenangan DAP di Sibu adalah berpunca sikap jelek rakyat terhadap kekayaan Taib Mahmud. Menjelang PRS nanti, dakwaan yang dikenakan terhadap Khir Toyo, mungkin boleh dibaca sebagai amaran kepada Taib Mahmud seandainya, BN tumbang di Sarawak sebagaimana BN tumbang di Selangor.

2. Terdapat pergolakan yang berlaku pada UMNO Selangor. Team reform vs team konvensional. Di mana, pembaharuan transformasi adalah penting bagi mengembalikan kepercayaan rakyat Selangor kepada UMNO. Dengan mendakwa Khir, sudah cukup melumpuhkan team konvensional. Selangor adalah lubuk emas kepada perbelanjaan mewah UMNO.

3. Melarikan tekanan yang dihadapi UMNO akan isu dasar penswastaan celaka air milik rakyat kepada kumpulan kapitalis. Khir Toyo didakwa sejurus selepas MB Selangor berjaya mencetuskan gelombang bantahan.

4. Arahan TDM kepada Najib supaya mengecilkan persaingan terhadap Mukhriz untuk PAU akan datang. Serangan TDM memang berbisa. Ianya terbukti akan kekalahan Paklah dan sentimen anti Khairy yang berjaya dibentuk TDM dalam tempoh 4 tahun.

Apa pun, gua ramal, Khir Toyo akan selamat dengan hukuman apabila memeterai perjanjian tidak melawan kembali UMNO secara terbuka.

Tiada ulasan: