AdukaTaruna |
Posted: 02 Dec 2010 09:31 AM PST Oleh : AdukaTaruna Ah sudah.... gua bukan ahli agama bai... mana yang agak2 gua memberontak jer gua tulis. Tak paksa pun lu terima. Takda pun gua tampar kepala lu ala2 pengkid then lari nyorok bawah ketiak polis kalau lu tak terima pemberontakan pendapat gua. Gua kena lokap ada la. Hua3.... So, sesiapa yang boleh bantu tu, meh sini bantu. Gua pun boleh tumpang belajar. Soalan 1 tu, gua rasa dan main agak jer, selagi maksud lu adalah sama, lantak la sama ada ada 'asyhadu' atau takda. Bersaksi atau naik saksi tu sama jer maksud dengan mengakui. Yang lu lurus bendul ikut terjemahan pundek Dewan Bahasa Dan Pustaka wat per? Walau lu tak pernah lihat Allah, tapi lu menyaksikan akan kewujudan Allah. Still keliru ikut DBP, lu tukar la yang lu mengakui kewujudan Allah dalam pelbagai bukti yang wujud. Bab Muhammad saw turut bersaksi tu, gua ingat baginda just ikut format supaya ummatnya selamat dalam format. Walau Muhammad saw tak perlu solat sampai bengkak kaki untuk masuk syurga, tapi dia still gak solat sampai bengkak kaki. Allah pun ikut format yang Dia sendiri buat. Allah tolak doa Muhammad yang meminta ummat dia tidak berpecah-belah. Format dan sunnah alam itu kan hak milik Allah. Bab soalan 2 tu plak.... gua rasa dan main agak jer, itu corak penyampaian bergantung pada situasi semasa. Masa time zaman kemaruk dengan syair2 dan sastera, Allah turun wahyu dalam bentuk puitis yang superb. Itu yang pertama. Yang kedua Allah tu dalam bahasa Arab. Kalau terjemah ikut DBP, bermaksud tuhan. Some time terjemah Allah kepada tuhan, some time tak terjemah. Terus guna Allah. So, mesti lu ingat Allah adalah nama khas, dan tuhan adalah nama am. "Saya kelirulah. Kejap lembu, kejap cow." "Saya ada seekor lembu. Bernama Cow." Sama la tu bro. harap boleh membantu. Sambil baca bantu dari rakan lain plak. Kemudian bab kami plak. Kami tu mungkin maksud Allah ialah kerajaan Dia. Aku pula ialah ayat direct. Takda cakap2 pindah. Dia pula adalah ayat pindah. Seni penjelasan yang Allah sendiri tahu rahsianya. Wallaualam. |
Posted: 02 Dec 2010 08:56 AM PST Oleh : AdukaTaruna Ditanya mengenai pilihan raya umum akan datang berikutan petanda-petanda awal tersebut, Najib berkata: "Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat... biasalah." Lepas gua bagi 15 dalil PRU13 jatuh pada 2011, kita peroleh satu lagi mungkin dalil yang lebih spesifik. UMNO tangguh pemilihan selama 18 bulan. Setahun lebih tu bai. Sampai pertengahan 2012. Mandat plak berakhir Mei 2013. Lama lagi tu. Jadi, gua tafsir begini. Mungkin Israel mencaturkan begini. Penangguhan PAU selama 18 bulan ialah stanby dalam stanby. Mandat Sarawak berakhir pada Julai. Dan dalam kekalutan dan kecemasan UMNO mahu menggantikan Ketua Menteri Sarawak setelah tewas Sibu, Taib Mahmud terus berdegil dan mengumumkan mendapat ilham memanggil PRS pada Mac 2011. Mungkin penangguhan PAU oleh Israel selama 18 bulan ada kaitan dengan ini. PRU13 dan PRS akan diadakan berasingan. Jika PRS menyaksikan kemenangan selesa kepada BN, maka, pada waktu sekejap itu juga PRU13 akan diumumkan. Jika PRS menyaksikan kemenangan kurang selesa apatah lagi kalah, UMNO mempunyai sehingga pertengahan 2012 untuk cool down the tsunami. Mak aih.. cane plak gua bleh spiping nih? Ke guane gu? Tajuk lain. Negara spesis cerdik dah lama takwim pilihanraya. Negara spesis bongok, punyalah kelam-kabut. |
Posted: 02 Dec 2010 07:56 AM PST Oleh : AdukaTaruna Latar belakang sebenar cerita gua sembunyikan atas sebab tertentu. Suatu hari, dari asbab seorang manusia, gua bertemu dengan seorang lagi manusia lain. Dan kini menjadi rakan. Insyaallah. Gua nak share dengan lu orang. Macam biasa, setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah. "Aduka, I nak tanya U satu soalan. tapi, kalau U sensitif, I minta maaf. Kita cakap soal lain." "Insyaallah.. teruskan. Pada saya, semakin sensitif seseorang tu, semakin primitif dia." (Sensitif yang terus nak mengamok la maksud gua. Terpaksa gak gua buat nota kaki. Hua3..) "Islam claim tuhan Allah itu adil, but, pernahkah U terfikir, tuhan Allah yang lahirkan kami sebagai bukan Islam. Dan kami masuk neraka. Beruntunglah manusia yang Allah lahirkan sebagai Islam. Adil ke kalau macam tu?" Ah.. sudah... gua kena jadik ulama la plak. Mampos. Bismillahirrohmanirrohim. Allahummaftah alaina, hikmataka... baca doa penerang hati gua bai. Seb baik gua masih hafal time mengaji mukaddam dengan Ustaz Yunus dulu. Hua3.... Releks2... walau tahap mana pun gelabah, muka mesti control hensem. "Sebenarnya U tanya soalan pada orang yang salah ni. Takperla.. I cuba jawab, tapi U kena semak dengan ustaz nanti..." "I sudah tanya banyak orang la.. Aduka.." Aaaa.... mampos.... Lancarkanlah lidah gua Ya Allah. Kalau Lu nak izinkan gua memalukan diri gua sendiri takper lagi Ya Allah. Tapi janganlah benarkan gua memalukan agama Lu. "Begini sir.... panjang penjelasan ni. Kalau U boleh dengarlah." "Eh.. can.. can.." (Ayat yang gua taip semula mungkin lebih tersusun dari berhujah secara live pada waktu itu.) "Definasi adil pada takrifan terhad manusia tak sama dengan definasi adil oleh Allah. Kalau ianya seperti yang U dakwa, sepatutnya Allah tidak beri peluang manusia hidup di dunia. Allah cipta I as muslim, then tanpa hidup kat dunia, dia terus masukkan I ke dalam syurga. Allah cipta U as non muslim, then terus masuk neraka. Sepatutnya, kalau ikut teori U, Allah akan buat sistem begitulah. Tinggalkan itu dahulu. Kita pergi kepada boleh atau tidak Allah berbuat begitu? Sudah pasti boleh. Sebab Dia adalah creator. Dia nak buat nyamuk, dan nyamuk pula lebih hina dari katak, dimakan oleh katak... adakah itu hujah kita mengatakan Allah tidak adil? Sebab Dia adalah pencipta, dia berhak. Masuk semula dalam persoalan tadi... dalam Islam, ada satu golongan yang dinamakan Golongan Fitrah. Manusia ini adalah manusia yang tidak mendapat wahyu, risalah, pengetahuan, penglihatan atau bau-bau Islam sedikit pun. Mereka diampunkan Allah." "Eh... baru dengar." "Pertama, mungkin bab ini tidak dianggap basic oleh orang yang U tanya, sir. Keduanya, khilaf banyak sangat. Khilaf ni, perbezaan takrifan terhadap catitan kitab. Pada I, sir ikutlah pendapat yang paling rasional. Tak perlu taksub dan terikat kepada kumpulan-kumpulan pentafsir. Ada group pentafsir A, ada group pentafsir B." Pastu tu gua teringat satu story yang gua baca dalam blog ISA. "Ada satu kisah sir. bla bla bla....(baca cerita di sini. Gua carik balik guna pakcik google.)" "Then, Nabi Muhammad kata, nanti, di mahkamah sana, mahkamah Allah di hari kiamat menurut ajaran Islam la... ada yang memberi hujah yang berkaitan dengan persoalan ini. Orang pekak. Dia dakwa, memang ada penerima risalah mengenai agama Allah, tetapi cacat untuk mendengar. Kalau manusia itu dari zaman sekarang ni, mungkin hujah itu boleh dimatikan. Apa yang penting ialah hak dibicarakan, hak mengeluarkan hujah, walau Allah sudah tahu setiap zarah kejadian, tetapi Allah tetap mengikut format alam yang Dia cipta sendiri. Termasuk kisah Lim tadi, dia berhak mendakwa kepada muslim yang berhampiran atas kecuaian dalam kewajipan menyampaikan risalah. Soal Allah terima atau tidak soal lain. Tapi kita bicara tentang soal keadilan yang Sir faham, dan keadilan menurut Islam. Kecuaian itu pula boleh datang dalam pelbagai bentuk. Akhlak misalnya. Melayu dilihat Islam oleh non muslim. Tapi tidak menepati janji, rasuah, mundur dalam ekonomi, penagih dadah teramai, perogol anak sendiri... juga mungkin boleh dijadikan hujah akan penolakan risalah Allah oleh non muslim ketika di dunia. Sekali lagi, soal Allah terima atau tidak, wallahualam. Kalau kita analisa sejarah Islam, terdapat 3 pembolehubah asbab kepada hidayah. Memang benar, hidayah itu milik Allah, tapi Allah kata, manusia perlu berubah, baru Allah ubah. Sebelum itu, ini konsep yang perlu faham juga. Kalau kita usaha untuk kaya, Allah akan ubah kita jadi kaya. Penentu mutlak Allah. Asbab usaha. Dan dalam konsep ini, sudah pasti Allah boleh untuk menjadikan kita kaya tanpa usaha dan tak kaya-kaya walau berusaha. Kita usaha untuk mati dengan terjun dari tingkat 18, maka Allah ubahlah kita menjadi mati. Tapi bolehkah Allah jadikan kita tidak mati walau terjun dari tingkat 18? Semudah kun fayakun. Allah kata jadi, maka jadilah. Masuk balik bab 3 pembolehubah asbab kepada hidayah itu ialah : Pertama : Hujah. Kedua : Akhlak. Ketiga : Trend dan baka Mereka yang mendapat hidayah melalui hujah pasti menjadi star. Antara yang memeluk Islam melalui hujah ialah sahabat2 nabi, dari jahil dan jahat kepada star. Kalau zaman sekarang, kita boleh melihat Cat Steven. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan