Rabu, 1 Disember 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kenapa Allah tidak sunnahkan demokrasi undi?

Posted: 01 Dec 2010 02:43 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Selama ini gua berada dalam kelompok pertengahan. Bukan niat gua nak menghina mana-mana pihak, tapi gua nak share satu perkara dengan lu orang dalam N3 kali ini.

Lebih sebulan gua duduk dalam sektor Pengawal Keselamatan. Percaya atau tidak, setuju atau tidak, sektor seperti ini majoriti diisi oleh kelompok rendah. 6 rakan sekerja, 2 darinya tidak boleh menulis.

Makluman 1.

Gua dan rakan share beli TV 15". Sorang RM20, selebihnya disponsor oleh bos. Satu hari, gua lupa hari apa, kat TV3 ada satu rancangan bernama KES. Rancangan sejarah. Pasal tebusan penjara pudu yang pertama, pasal P. Kalimuthu yang kedua. So, gua minat dan tonton la.

Tapi dapat bantahan. Diorang lebih suka tengok rancangan menyanyi TV1. Aduss.... tak boleh masuk gua. Hahaha. Kena plak acara nyanyi P. Ramlee palsu atau muzik klasik. Nyaris2, gua bunuh diri ketika menerima hakikat tersebut.

Makluman 2.

Expo Cheng Ho hangat time tu kat KB. Ketika gua buka mulut ajak member gua pergi, satu rakan sekerja buka mulut begini :

"Rama ore maroh expo tu." Ayat lebih kurang la.

"Apsal plak?" Gua tanya balik.

"Sepatutnya expo tu buatla kat KL."

Gua terdiam tak tahu nak cakap apa. Nak tepuk dahi pun takda selera. Bila kebanyakan rakan sekerja membincangkan perkara itu, baru gua tanya begini :

"Mu kalau kawin, nak buat bekwoh kat rumah sendiri ke, kat rumah orang kat KL?"

Pengajaran yang dibincangkan.

Ianya membuatkan gua berfikir dan terus berfikir. Sektor bawahan seperti Pengawal Keselamatan, car wash, dobi, orang kampung, buruh lebih ramai. Jika kita belajar dari sunnah alam yang Allah create ni, nyamuk lebih ramai dari katak, katak lebih ramai dari ular. Kelompok bodoh lebih ramai dari kelompok sederhana, kelompok sederhana lebih ramai dari cerdik.

Jadi, apakah sebab itu, Allah tidak sunnahkan hak memilih pemimpin diberikan secara terbuka? Di mana kelompok manusia bodoh adalah teramai sekali dalam sistem Allah ini?

Renungan.

Majoriti golongan miskin gua pecahkan kepada 2 sebagai pembolehubah untuk renungan.

1. Generasi pertama yang miskin, tetapi generasi keduanya bangkit. Contoh Prof Agus, Halim Yazid.

2. Generasi pertama yang miskin, dan terus miskin bagi generasi seterusnya.

Cuba kita perhatikan majoriti kawasan perumahan kelompok bawahan.Di mana, gua percaya kebanyakan mereka dari kumpulan 2. Kawasan rumah flat termiskin contohnya, kawasan penempatan rumah panjang golongan miskin contohnya. Kawasan kampung, estet dan Felda contohnya.

Pasti indeks jenayah di tempat tersebut tinggi. Yang anak2 hisap dadah. Yang bohsia. Yang tak habis sekolah. Gangsterisme, etc. Manakala, indeks jenayah rendah di tempat2 golongan pertengahan dan mewah. Adakah mereka semua itu disunnahkan Allah untuk hak memilih pemimpin?

Manusia bodoh lebih ramai. Dan penentu diambil dari kelompok yang ramai.

Tiada ulasan: