Khamis, 25 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERCEMARKAH KONGRES KEADILAN KALI INI ?

Posted: 25 Nov 2010 07:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA jam sahaja lagi Kongres PKR akan berlangsung. Sepatutnya kongres ini adalah tempat berhimpun bagi menyatukan hati semua ahli PKR dari semua peringkat dan ianya disambut seolah-olah menyambut perayaan besar di dalam parti. Mungkinkah impian ini terlaksana?

Saya amat simpati apabila membaca tulisan seorang pejuang muda di dalam blognya di sini. Nada tulisan seperti merayu dan memohon agar pimpinan parti dapat mendengar luahan mereka. Tidak perlu lagi saya sebutkan apa yang mereka mahu dan perjuangkan kerana saya telah banyak menyiar dan mengulas isi hati mereka kepada parti.

Tidak terbayang oleh kita bagaimana sayangnya mereka kepada parti ini. Mereka tidak mengambil jalan sepertimana jalan yang dilalui oleh Zaid Ibrahim walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka ini mempunyai pemikiran yang sama dengan Zaid. Bezanya, Zaid menggunakan jalan yang salah lagi sesat. Mereka tidak. Mereka akur dengan kehendak parti agar menyuarakan segala masalah, teguran, cadangan atau kritikan melalui saluran yang sah lagi halal. Namun, apakah parti menghargainya?

Saya petik sebahagian dari tulisan yang terdapat di dalam blognya itu.

"Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010." (edyesdotcom)

Adakah sampai ke peringkat ini parti mahu mereka bertindak? Jangan salahkan mereka jika ianya dilakukan semata-mata untuk mencelikkan pimpinan parti yang mungkin `terlelap' seketika. Jangan cuba gelar mereka `pengkhianat' sekiranya mereka terpaksa lakukan ini semua. Tepuk dada, tanyalah hati yang jujur mengapa golongan muda ini terpaksa melakukan tindakan yang sudah pasti mereka sendiri kurang seronok untuk melakukannya. Mengapa?

Mereka bukan orang `upahan' Zaid, jauh sekali orang upahan Umno atau pun Jenapala. Mereka adalah pendukung PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah bersama Ketua Umum yang amat mereka sanjungi. Tentu tidak seronok kita melihat di dalam Kongress ini nanti `uniform' kita berbeza antara biru laut dan hitam. Sekali lagi tanpa dijemput, pihak media pencacai ini akan `kenyang' dengan laporan yang mereka saksikan pada kongres ini nanti. Sekali lagi, jangan salahkan mereka.

Mereka tidak minta banyak, mereka tidak minta projek atau minta jadi calon Pilihanraya Umum akan datang. Mereka cuma mahu parti siasat dan ambil tindakan dengan adil atas segala laporan yang mereka telah kemukakan. Jika parti telah bertindak, parti mesti dedahkan hasil siasatan tersebut dan jangan dipendamkan. Saya penuh yakin, kesemua mereka akan berpuas hati jika parti berjaya membuktikan bahawa tiada salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan yang telah dijalankan.

Mereka bukan protes kelemahan proses pemilihan kerana mereka akur bahawa kelemahan itu tetap wujud memandangkan pemilihan format ini pertama kali diadakan. Apa yang mereka desak dan pohon adalah siasatan ke atas dakwaan berlakunya salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan kali ini, itu sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

KONGRES PKR - NURUL IZZAH BAWA SUARA TERTINDAS ?

Posted: 25 Nov 2010 05:00 PM PST

Kongres PKR: Rumah tak siap pahat berbunyi?

Nov 25, 10 1:36pm

Selepas sebulan pemilihan yang penuh 'kontroversi', kongres tahunan PKR mulai esok dijangka menjadi ibarat 'rumah siap pahat berbunyi'.

pkr congress agm kota baru 300510 crowdSemua mata kini tertumpu sama ada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berjaya menteramkan kemarahan sebilangan anggota parti, sekali gus memulihkan perpaduannya demi menghadapai pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, perwakilan dijangka menyentuh soal keperluan parti kembali kepada agenda asal.

Bagaimanapun, sama ada wujud ejek-mengejek sesama 2,460 perwakilan berhubung isu 'pengkhianat' atau 'kuda Trojan' (musuh dalam selimut) yang sering dibangkitkan pemimpin kanannya, Tian berpendapat politiking dalaman sudah tamat.

hulu selangor by-election voting day 250410 tian chua"Politik biasanya berlaku sebelum kongres. Jadi bila tiba saatnya berkongres, politik itu saudah tamat dan kita kena hadapi realiti," katanya sambil mengharapkan perwakilan boleh menunjukkan kematangan mereka.

Kata Tian (kiri), seperti biasa, mood optimis akan mewarnai atmosfera di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tempat mereka bersidang.

Sementara itu, pemerhatii politik berpendapat, pertembungan antara penyokong tegar Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim – yang bertembung pada awal persaingan kerusi timbalan presiden – tidak dapat dielakkan.

Perwakilan tak mampu disekat

Bagaimanapun, bagi Azmin – yang menang bergaya sebagai timbalan presiden – tidak sahaja menghadapi pengikut setia Zaid.

"Mereka tidak semestinya pro-Zaid. (Tetapi) masih ramai antara perwakilan yang tidak sukakan Azmin. Saya rasa Azmin pun turut dihentam," kata sumber parti.

azlan"Sudah tentu mereka diingatkan tidak fokus pada personaliti, sebaliknya lihat pada gambaran lebih besar. Tetapi jika perwakilan tetap mahu mengkritik pemimpin tertentu, tiada yang mampu menyekatnya."

Sementara itu, sebagai parti pertama di Malaysia yang menghadakan pemilihan langsung kali pertama, pelbagai aduan salah laku dan salah tadbir muncul.

Isu ini dipandang berat oleh tokoh-tokoh yang bertanding, terutamanya oleh 'kem bukan Azmin' seperti Zaid dan Mustaffa Kamil Ayub.

Malah Isnin lalu, laporan calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang diserahkan kepada presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini tersebar meluas di internet.

NONEBagi pemerhati politik ini, sudah tentu isu itu sukar dianggap telah selesai.

Golongan yang tidak berpuas hati ini hanya bergantung harap pada anak sulung Anwar Nurul Izzah Anwar ,yang mana beliau dijadual menjadi salah seorang pembahasnya.

Ini kerana ahli parlimen Lembah Pantai pernah hadir ke program membincangkan aduan salah laku dan salah tadbir pemilihan yang dianjurkan oleh Badrul Hisham sebelum ini.

Masih belum diketahui beliau akan terlibat membahaskan usul apa, tetapi beliau pastinya ingin keluar daripada bayang-bayang bapanya, apatah lagi setelah dikatakan mendapat undi terbanyak untuk kerusi naib presiden./Malaysiakini

BOLEHKAH PAS MENERAJUI PR?

Posted: 25 Nov 2010 11:54 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di dalam PKR nampaknya ada harapan untuk penyelesaian memandangkan setakat ini kesemua mereka yang bertanding termasuk yang mungkin tewas baru-baru ini telah menggunakan akal yang bijak menangani masalah yang berlaku. Tiada yang memburukkan parti atau pemimpin setakat ini setelah berambusnya Zaid dari PKR.

Tahniah penyokong Zaid, syabas juga buat penyokong Sdr Mustafa Kamil dan Chegu Bard. Mereka telah menggunakan segala saluran yang ada untuk menegur dan memperbetulkan parti. Apa jua hasilnya, kita doakan semoga PKR terus mantap dan terus mara bersama PR ke Putrajaya, InsyaAllah.

Apabila berlakunya kemelut PKR yang diperbesarkan oleh media haprak, maka ada segelintir dari kita yang mencadangkan agar PR diberi peluang untuk diterajui oleh PAS. Ada asasnya cadangan ini dibuat memandangkan situasi yang berlaku, tambahan pula PAS kini giat di dalam mempromosikan parti tersebut sebagai parti yang bakal menggantikan Umno. Menggantikan Umno bukan bermakna meneruskan dasar atau budaya Umno, tetapi sebagai parti pilihan bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Satu cadangan yang baik dan patut dipertimbangkan semasak-masaknya.

Saya cuma tidak bersetuju jika alasan PAS menerajui PR semata-mata kerana kemelut yang dihadapi oleh PKR atau masalah yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Alasan ini tidak kukuh untuk menjadi faktor mengapa PAS perlu memimpin PKR. Pada saya, pemimpin PAS boleh menggantikan DS Anwar sekiranya pemimpin itu dilihat mempunyai ketokohan, wibawa dan mempunyai intelektual yang tinggi sehingga dihormati oleh rakan-rakan di dalam PR. Sekarang, dari segi disiplin jemaah, PAS jauh meninggalkan PKR kerana zaman pemimpin dan ahli yang keluar dari PAS telah lama berlalu. PAS banyak belajar dari peristiwa itu sebagaimana PKR baru belajar mengenainya.

Disiplin ahli yang kuat dan jitu dari PAS merupakan salah satu faktor untuk kita yakin dan percaya PAS boleh memimpin PR. Walau bagaimanapun, terdapat faktor yang lebih besar perlu dilihat oleh PAS. Adakah PAS boleh meyakinkan rakannya seperti DAP untuk menerima pemimpin PAS sebagai ketua? Bagi PKR, pada pendapat saya ahli-ahli di kalangan Melayu dan berugama Islam mungkin tiada masalah menerima pemimpin PAS sebagai peneraju PR. Cuma, mungkin masih ada di kalangan pemimpin atau ahli yang terdiri dari Non Muslim agak sukar menerimanya.

Justeru itu, PAS mulai sekarang mesti lebih bijak mendekati golongan ini. Pemimpin PAS mesti membuktikan segala tindak tanduk mereka tidak mendatangkan keraguan kepada rakan di dalam PR. Tentulah ada di kalangan mereka ini gusar sekiranya PAS menerajui PR, kesempatan ini akan digunakan oleh PAS untuk mendekati Umno. Bagi saya, mustahil PAS akan bertindak sedemikian kerana sehingga kini PAS tidak pernah mengkhianati rakan mereka. Tetapi, mungkin tidak kepada beberapa pemimpin di dalam DAP dan PKR.

Faktor penting juga, pemimpin yang boleh menerajui PR ini mestilah tokoh yang bukan sahaja ternama di dalam negeri, tetapi ternama juga di luar negara. Kebijaksanaan dan kepintaran di dalam mengatur strategi politik juga amat penting sebagai peneraju PR. DS Anwar telah berjaya menyatukan PAS dan DAP dan memimpin PR dengan stategi yang baik serta berkesan. Walaupun DS Anwar tidak sempurna mana, namun kejayaannya itu banyak membantu PR keseluruhannya.

Seandainya DS Anwar perlu diganti, sudah tentu kita mahu melihat penggantinya kalau tidak dapat melebihi ketokohannya sekurang-kurangnya berjaya menyamai kepimpinannya. Saya akur sekarang ini DS Anwar diasak sedemikian rupa, sudah tentulah di peringkat usia beliau yang semakin tua sedikit sebanyak `stamina'nya berkurangan.

Maka, amat baik juga jika cadangan untuk memberi laluan kepada PAS memimpin PR difikirkan semasak-masaknya. Siapakah tokoh PAS itu? Bagi saya tidak kira siapa pun asalkan mempunyai ketokohan, kebijaksanaan dan mempunyai pandangan yang jauh dan tajam dengan situasi politik di negara ini. Pendek kata, mestilah lebih hebat dari yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

TERCEMARKAH KONGRES KEADILAN KALI INI ?

Posted: 25 Nov 2010 09:21 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA jam sahaja lagi Kongres PKR akan berlangsung. Sepatutnya kongres ini adalah tempat berhimpun bagi menyatukan hati semua ahli PKR dari semua peringkat dan ianya disambut seolah-olah menyambut perayaan besar di dalam parti. Mungkinkah impian ini terlaksana?

Saya amat simpati apabila membaca tulisan seorang pejuang muda di dalam blognya di sini. Nada tulisan seperti merayu dan memohon agar pimpinan parti dapat mendengar luahan mereka. Tidak perlu lagi saya sebutkan apa yang mereka mahu dan perjuangkan kerana saya telah banyak menyiar dan mengulas isi hati mereka kepada parti.

Tidak terbayang oleh kita bagaimana sayangnya mereka kepada parti ini. Mereka tidak mengambil jalan sepertimana jalan yang dilalui oleh Zaid Ibrahim walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka ini mempunyai pemikiran yang sama dengan Zaid. Bezanya, Zaid menggunakan jalan yang salah lagi sesat. Mereka tidak. Mereka akur dengan kehendak parti agar menyuarakan segala masalah, teguran, cadangan atau kritikan melalui saluran yang sah lagi halal. Namun, apakah parti menghargainya?

Saya petik sebahagian dari tulisan yang terdapat di dalam blognya itu.

"Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010." (edyesdotcom)

Adakah sampai ke peringkat ini parti mahu mereka bertindak? Jangan salahkan mereka jika ianya dilakukan semata-mata untuk mencelikkan pimpinan parti yang mungkin `terlelap' seketika. Jangan cuba gelar mereka `pengkhianat' sekiranya mereka terpaksa lakukan ini semua. Tepuk dada, tanyalah hati yang jujur mengapa golongan muda ini terpaksa melakukan tindakan yang sudah pasti mereka sendiri kurang seronok untuk melakukannya. Mengapa?

Mereka bukan orang `upahan' Zaid, jauh sekali orang upahan Umno atau pun Jenapala. Mereka adalah pendukung PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah bersama Ketua Umum yang amat mereka sanjungi. Tentu tidak seronok kita melihat di dalam Kongress ini nanti `uniform' kita berbeza antara biru laut dan hitam. Sekali lagi tanpa dijemput, pihak media pencacai ini akan `kenyang' dengan laporan yang mereka saksikan pada kongres ini nanti. Sekali lagi, jangan salahkan mereka.

Mereka tidak minta banyak, mereka tidak minta projek atau minta jadi calon Pilihanraya Umum akan datang. Mereka cuma mahu parti siasat dan ambil tindakan dengan adil atas segala laporan yang mereka telah kemukakan. Jika parti telah bertindak, parti mesti dedahkan hasil siasatan tersebut dan jangan dipendamkan. Saya penuh yakin, kesemua mereka akan berpuas hati jika parti berjaya membuktikan bahawa tiada salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan yang telah dijalankan.

Mereka bukan protes kelemahan proses pemilihan kerana mereka akur bahawa kelemahan itu tetap wujud memandangkan pemilihan format ini pertama kali diadakan. Apa yang mereka desak dan pohon adalah siasatan ke atas dakwaan berlakunya salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan kali ini, itu sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

MINTA HARAKAH MOHON MAAF ?, SORRY LAH OK

Posted: 25 Nov 2010 05:00 AM PST

Harakah tidak perlu mohon maaf

SHAH ALAM, 24 Nov – Pengarang lidah rasmi PAS Harakah, Taufek Yahya memberitahu pihaknya yakin tidak ada kepentingan bagi akhbar Harakah memohon maaf kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad kerana memutarbelitkan fakta seperti yang diminta oleh ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan.

Laporan yang disiarkan Harakah bertarikh 15 November lalu adalah benar dan bersandarkan fakta, ujar beliau. "Kalau dilaporkan itu benar, apa kepentingan Harakah untuk minta maaf." "Pada saya apa yang diucapkan, itulah yang dilaporkan. Lagipun program itu dihadiri ratusan orang. Dan setakat ini tidak ada pula kita mendapat bantahan daripada peserta seminar itu sendiri atau lain-lain ahli panel mengatakan laporan itu tidak tepat," ujar Taufek.

Bernama hari ini melaporkan, Farid meminta akhbar berpengaruh pembangkang itu untuk meminta maaf berhubung laporan berjudul "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian" dalam forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas. Seraya beliau memberikan tempoh 14 hari kepada Harakah berbuat demikian, sebelum tindakan perundangan diambil.

Bagaimanapun, menurut Taufek, tindakan Farid itu mungkin ada kaitannya dengan tekanan yang diterimanya dari kepimpinan Umno negeri berikutan tindakan mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa di negeri itu. "ADUN Pulau Betong itu juga rasanya membuat komen mungkin setelah mendapat teguran atau tekanan daripada pemimpin pemimpin Umno negeri. "Kalau itu merupakan satu pengakuan, apa yang hendak dipertikaikan sendiri oleh ADUN Pulau Betong itu," soal Taufek yang hairan dengan tindakan Farid itu.

Tambah Taufek lagi, apa relevannya Farid mengambil masa yang lama untuk 'mengesan' laporan Harakah yang dikatakan memutar belit kenyataannya. "Kalau berita itu tidak benar, mengapa beliau mengambil masa yang lama bagi ADUN Pulau Betong itu untuk mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dilaporkan oleh Harakah. "Buat masa ini kita masih bertegas mengatakan bahawa apa yang dilaporkan itu benar," ujarnya lagi.

Taufek turut mengingatkan Farid bahawa laporan yang disiarkan oleh Harakah berdasarkan kepada apa yang diperkatakan oleh Farid dalam forum yang dihadiri ratusan orang dan bukannya dipetik dari mana-mana. "Kalau laporan itu tidak tepat dan terbukti laporan itu tidak tepat, mereka boleh menafikan dan kita boleh menyiarkan penafian itu. Tetapi kalau apa yang dilaporkan itu benar, mereka harus menerimanya lah," tambah Taufek lagi.

Harakah dalam keluaran 15 November itu turut melaporkan Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang./TVNews

MENYANGKAL TUDUHAN KE ATAS DR SYED HUSIN ALI

Posted: 25 Nov 2010 01:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK dan syabas buat Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa `pengkhianat' di dalam parti adalah sampah sarap yang mesti dibuang dari parti. Terhindarnya sampah sarap ini nanti, maka InsyaAllah, parti lebih baik. Siapakah `pengkhianat @ sampah' yang dimaksudkan oleh beliau? Perkataan yang mudah sebegini pun ada yang tidak faham.

Di dalam kenyataannya, sedikitpun beliau tidak menyebut bahawa pengkritik parti itu adalah pengkhianat yang dipanggil sampah. Pengkritik lain, pengkhianat pun lain, Jauh bezanya. PKR parti yang sering dikritik dari dalam dan luar. Sehingga kini pun, masih ramai anggota parti yang mengkritik parti tanpa menggunakan `lidah syaitan' iaitu media milik Umno/Bn, dan mereka bukanlah pengkhianat atau sampah yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden PKR itu.

Pengkhianat dan mereka yang bergelar sampah itu adalah mereka yang menggunakan saluran `haram' yang disepakati oleh semua pimpinan PR sebagai media yang tidak boleh diguna pakai langsung untuk menyuarakan kritikan ke atas parti. Utusan Malaysia atau TV 3 umpamanya, adakah pernah media seperti ini menyanjung walau sedikitpun apa yang PR telah buat? Tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Syed Husin Ali, bahawa pengkhianat patut keluar atau dibuang jauh-jauh dari parti kerana mereka bersekongkol dengan `musuh' parti.

Sekiranya kita mahu kritik parti tanpa menggunakan saluran haram tersebut, tiada masalah asalkan apa yang dikritik itu untuk kebaikan parti. Apakah menghina bekas Presiden PRM serta ahli-ahli PRM yang bergabung dengan PKR itu satu kritikan untuk kebaikan parti? Jika parti boleh menerima kemasukan kesemua ahli PRM untuk digabungkan bersama PKR, hanya beberapa kerat yang tidak bersetuju maka terpulanglah samada untuk terus bersama parti atau keluar sahaja dari parti. Buat apa perlu diulas kisah gabungan PRM ke dalam PKR? Mengapa diperlekehkan Dr Syed Husin dengan mengatakan beliau tidak pernah menang pilihanraya? Itu kritikan terbaikkah?

Apakah PKR perlu hidup dengan `geng-geng reformasi' sahaja tanpa ada usaha untuk memperluaskannya? Berapa ramai orang-orang kuat dari kumpulan reformasi dahulu tiada masalah dan boleh menerima gabungan PRM dengan PKR. Walaupun mungkin ada yang membantah, namun keputusan parti menerima gabungan itu ternyata bijak. Cuma, mereka yang merasa `tertinggal' atau ada tujuan lain sahaja yang sanggup mengungkit penggabungan ini.

Justeru itu, amat cetek fahaman sesiapa yang menganggap kenyataan Dr Syed Husin Ali itu adalah satu kenyataan biadab. Sila beri hujah apa yang biadabnya kenyataan itu, tetapi sebelum kemukakan hujah baca balik apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden PKR tersebut.

Sekali lagi, tahniah dan syabas buat Dr Syed Husin Ali yang masih komited terhadap parti walaupun jangkamasa beliau sebagai Timbalan Presiden PKR tinggal beberapa hari lagi. Pedulikan kata-kata mereka yang sentiasa mencari salah orang lain tanpa sedar kesilapan sendiri itu biarpun mereka menggelar dirinya pejuang reformasi yang terlalu banyak jasanya. Mungkinkah tulisan saya kali ini juga mendapat `bayaran' dari tokoh yang tidak bertanding ini? Wallahu Aklam. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: