Jumaat, 19 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ZAID - PKR, KAHWIN KONTRAK ATAU ADA MUSLIHAT?

Posted: 18 Nov 2010 11:30 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Dato Zaid memilih 16 Dis ini sebagai tarikh beliau keluar dari PKR? Di dalam FMT disebut, mungkin beliau ingin `menyindir' plan 16 Sept yang dicita-citakan oleh DS Anwar bagi menubuhkan kerajaan baru. Lebih penting lagi, Zaid tentunya ada muslihat mengapa beliau menangguhkan begitu lama untuk keluar dari PKR yang beliau sendiri anggap parti Anwar itu.

Amat menghairankan, Zaid begitu takut untuk mengambil pendirian tegas untuk keluar serta merta dari PKR. Apa yang beliau tunggu dari PKR sebelum tarikh tersebut? Adakah beliau masih tidak berpuas hati atau tidak mempunyai masa yang cukup untuk `menjahanam'kan PKR dari dalam? Sebab itu, maka beliau tangguhkan dahulu niat yang sudah ada untuk keluar parti? Alangkah buruknya niat dihati Zaid umpama suami atau isteri yang baru berkahwin, tetapi telah menetapkan tarikh untuk berpisah. Zaid dan PKR boleh dikatakan `kahwin kontrak' selama ini.

Nampaknya beberapa orang yang telah melompat dari PKR sebelum ini lebih berani dari Zaid. Zaid rupanya bukan anak jantan, memang wajar dan tepat beliau melompat keluar dari gelanggang pertarungan Timbalan Presiden PKR. PKR tidak perlu orang penikus seperti Zaid yang tidak pernah tegas dengan keputusannya sendiri. Jika beliau tegas dengan keputusannya, hari ini Zaid sudah berambus dari PKR.

Zaid Ibrahim mungkin mengharapkan PKR mengadakan pemilihan semula akibat desakan dan tekanan dari beberapa golongan minoriti di dalam PKR. Beliau juga mungkin berharap mahkamah akan berbuat sesuatu agar PKR diharamkan, atau setidak-tidaknya pemilihan terpaksa diadakan semula. Apabila ini berlaku, Zaid masih boleh menyertai pertandingan semula kerana beliau masih ahli parti sebelum 16 Dis ini. Atau, Zaid masih mengharapkan PKR memecat beliau serta merta dan beliau boleh menuding jari kepada PKR selepas itu.

Saya berharap PKR tidak melayani segala `mainan' penikus seperti Zaid. Sudah sampai masanya PKR mengambil tindakan tegas dan pecat Zaid serta merta. Biarpun tindakan itu nanti dilihat mematuhi kehendak Zaid, tetapi PKR mesti tegas kerana isu ini akan dijadikan pengajaran terhadap semua ahli PKR di masa akan datang. Mana mungkin PKR harus menyimpan Zaid yang secara terbuka menyebut tarikh bila beliau akan keluar dari PKR.

PKR harus meneliti kenyataan Zaid sebelum ini. Adakah kenyataan demi kenyataan beliau yang memburukkan parti tidak menjadi satu kesalahan? Adakah tidak menjadi suatu kesalahan di dalam PKR apabila seseorang yang masih menjadi ahli menyebut untuk keluar dari parti dan akan menubuhkan parti baru? Bukankah cita-cita dan niat yang diluahkan secara terbuka untuk menubuhkan parti baru adalah sebagai bukti tiadanya kesetiaan terhadap parti? PKR mesti tegas menghadapi orang seperti ini. Jangan biarkan penyakit yang dibawa oleh Zaid akan menular ke dalam parti.

Plan 16 Sept Anwar adalah plan yang baik kerana cita-cita untuk menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan Bn adalah cita-cita yang baik. Masalah berjaya atau tidak, itu masalah lain sebagaimana PAS juga pernah bercita-cita untuk menawan Terengganu di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, namun belum sampai masanya PAS menawan Terengganu. Namun, cita-cita itu amat baik dan perlu diteruskan. Apa yang boleh dibanggakan, plan 16 Sept oleh Anwar berjaya menjadikan Umno/Bn huru-hara seketika dan terjadilah peristiwa beberapa MP dari Bn melancung ke Taiwan. Anwar juga telah menerangkan secara fakta di dalam Parlimen mengapa plan ini gagal. Adakah bercita-cita atau meletakkan sasaran tetapi gagal merupakan suatu penipuan?

Berbeza dengan 16 Dis yang ditetapkan oleh Zaid. Tarikh tersebut jelas menunjukkan beliau tiada keberanian untuk melaksanakan apa yang beliau percaya. Jika beliau merasakan beliau lebih baik berada di luar PKR, mengapa yang baik itu perlu ditangguhkan? 16 Dis adalah melambangkan saat kejatuhan Zaid. Zaid mempunyai hak untuk keluar dari parti begitu juga untuk menubuhkan parti baru, masalahnya mengapa tidak sekarang setelah beliau amat yakin bahawa PKR tidak lagi sesuai buat dirinya? Mengapa 16 Dis? Tentu ada sesuatu yang Zaid rancangkan dan hanya Zaid sahaja yang tahu.

Sekali lagi, PKR mesti merealisasikan hasrat Zaid untuk keluar parti dengan segera. Jika Zaid lembab untuk mengambil keputusan yang dianggap terbaik buat dirinya itu, parti boleh membantunya dengan mengeluarkan Zaid lebih awal agar parti barunya lebih awal ditubuhkan./wfauzdin.blogspot.com

ANALISIS ASTRO AWANI - ZAID MERAPU SAMPAI LUPA BANYAK PERKARA

Posted: 18 Nov 2010 10:15 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BERBELIT lagi lidah Zaid di dalam rancangan Analisis Astro Awani semalam. Beliau menyatakan tiada perancangan menubuhkan parti baru. Betul ke tiada perancangan? Bukankah kita disajikan di dalam kebanyakan media termasuk media yang semakin disukai oleh Zaid sendiri melaporkan Zaid akan menubuhkan parti baru? Jika berita itu tidak benar, selaku orang yang mempunyai Syarikat Guaman ternama, Zaid mesti menyaman media berkenaan.

Beliau juga berbohong apabila menyebut SUA PKR, Saifuddin Nasation akan mendedahkan kemudian parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Zaid nanti. Apa yang Saifuddin katakan adalah beliau tahu ada parti yang telah pun disusun organisasinya tetapi beliau tidak mahu menyebut parti berkenaan. Bukan Saifuddin berkata akan dedahkan kemudian. Zaid masih berbohong.

Jika benar sekali pun Saifuddin ada berkata seperti yang Zaid dakwa itu, mengapa kali ini Zaid mahukan bukti dari Saifuddin? Di mana bukti beliau mendakwa pemilihan di dalam PKR adalah satu penipuan dan telah diatur?

Sekurang-kurangnya Sdr Mustafa Kamil berani membawa memorandum dan berjumpa berdepan dengan Presiden PKR serta JPP, mengapa Zaid tidak mahu berbuat sedemikian? Jadi, jangan salahkan orang lain jika orang menggelarnya sebagai pengecut.

Beliau turut menyebut di dalam rancangan tersebut, beliau berada di dalam Umno dan tidak pernah digantung. Benarkah? Siapakah yang digantung oleh Umno akibat politik wang dahulu? Sepanjang rancangan di Astro tersebut, tiada `point' langsung untuk Zaid sabitkan PKR tidak demokratik. Seandainya Astro berani menjemput pula DS Anwar atau Presiden PKR atau Ketua JPP sendiri untuk ditemubual selepas ini, sudah pasti Zaid akan di`telanjang'kan. Tetapi, sudah menjadi kelaziman media yang ada, hanya cerita dari mulut Zaid disiarkan dan pihak yang dituduh oleh Zaid tidak akan diberi peluang untuk menjawab.

Kenyataan Zaid bahawa kita mesti jujur dan bercakap benar, sebenarnya menimpa ke atas wajahnya sendiri. Tidakkah Zaid seawal masuk PKR, berulangkali menyebut tidak mahu merebut jawatan tinggi di dalam parti. Akhirnya? Dengan berbagai syarat dikemukakan, Zaid masuk juga bertanding. Sekejap diletakkan syarat ke atas TS Khalid Ibrahim, kemudian bertukar syarat kepada Nurul Izzah. Itu yang dimaksudkan jujur oleh Zaid?

Sebenarnya, Zaid sudah merasakan saat beliau menjadi Almarhum `Ghafar Baba' sudah tiba. Bukan orang lain yang menjadikannya begitu, tetapi beliau sendiri kerana kerakusan dan ego beliau yang tidak boleh dipadamkan. Elok sahaja Zaid tubuhkan parti baru dan jika boleh jangan menggunakan nama `Keadilan' kerana inginkan berkat nama itu. Binalah kekuatan sendiri untuk berjuang bukan dengan cara menumpang tuah./wfauzdin.blogspot.com

RAPAT UMUM 19 NOV - MEDIA TUDUH, ANWAR JAWAB

Posted: 18 Nov 2010 08:00 PM PST

Oleh: Mandor

Di sebalik PKR dikatakan berdepan dengan berbagai kemelut yang dibesarkan oleh media haprak, Ketua Umum PKR terus komitmen dengan perjuangan membela rakyat dan tidak melayani sebarang propaganda jahat mereka. Propaganda jahat ini tidak akan mendapat hasil sekiranya semua ahli dan penyokong PKR kenal satu persatu media haprak yang ada di dalam negara kita ini.

Pada 19 November 2010, bermula jam 8 mlm bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam satu Rapat Perdana akan dianjurkan oleh PKR bersama Ketua Umum DS Anwar Ibrahim sebagai pemidato utama.

Kehadiran semua amat dialu-alukan untuk membuktikan kepada Umno bahawa PKR tetap boleh bersatu walaupun menghadapi suasana pemilihan parti tersebut. Mungkin di malam itu nanti DS Anwar akan menghuraikan apakah sebenar yang berlaku di dalam parti ini dan apakah tujuan media haprak tersebut mempromosikan pemilihan parti saban hari dan waktu. Sila hebahkan melalui Face Book atau blog anda. /mandor.blogspot.com

KENYATAAN BIADAP DARI SI TUA NYANYUK

Posted: 18 Nov 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT malang bagi MCA kerana mempunyai Presiden yang terlalu bodoh. Chua Soi Lek masih tidak sedar bahawa beliau berada di bumi Malaysia yang di dalam Perlembagaannya menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

Orang tua nyanyuk ini mungkin tidak tahu apa-apa tentang adat, kebudayaan dan jauh sekali kepercayaan agama masyarakat di negara ini. Sebab itulah, tidak hairan jika beliau mempunyai skandal seks yang melampau sebelum ini. Tetapi, mahu tidak mahu kita terpaksa terima orang tua ini sebagai pemimpin bagi MCA kerana itu pilihan MCA.

Chua Soi Lek mempertikaikan mengapa kedai-kedai di Kelantan, khususnya di Kota Bharu ditutup sempena Hari Raya Korban. Di Kota Bharu, masyarakat kaum Cina tidak pernah mempersoalkan hari sambutan dan ibadah bagi Umat Islam, bahkan mereka menghormatinya tetapi datang orang tua nyanyuk ini mempertikaikan sambutan Hari Raya Korban.

Di mana suara Perkasa, Pewaris, Pemuda Umno Kelantan, `Ularmak' Muda dan juga `ularmak gila kasyaf' di Kelantan itu? Mana `kasyaf' kamu dengan kelakuan pemimpin MCA yang kamu puja-puja ini? Sudah bisukah semuanya? Perkasa, Presidennya berada di bumi Kelantan, di mana suaranya? Jika sakit pun, masakan tiada seorang pun yang sihat dan mempunyai mulut di dalam Perkasa?

Di bawah, laporan Harakahdaily memaparkan sikap biadap orang tua keparat itu;

Kedai Tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha
Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

"Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu," soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

"Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke," cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

HARI INI DUA PERISTIWA MENARIK YANG KITA NANTI-NANTIKAN AKAN BERLAKU

Posted: 18 Nov 2010 07:50 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini (Jumaat) diberitakan satu sidang akhbar oleh Zaid Ibrahim akan diadakan di rumah beliau. Tentunya isu berkenaan pemilihan di dalam PKR serta kemungkinan besar Zaid akan mengumumkan dirinya sendiri terkeluar dari PKR serta akan memperkenalkan parti barunya.

Satu detik yang tidak bersejarah, tetapi itulah detik-detik yang amat dinantikan oleh majoriti ahii-ahli dan penyokong PKR. Keinginannya untuk `menguji' Anwar tokoh yang amat tidak disukainya sekarang agar Anwar mengambil tindakan memecat beliau dari parti tidak kesampaian. Anwar tidak sezalim yang Zaid sangka, akhirnya Zaid `menzalimi' dirinya sendiri. Segala-galanya, InsyaAllah, akan terbukti esok.

Satu lagi peristiwa menarik, pada malam nanti pula, di MBSA, Shah Alam, Anwar akan menyampaikan amanat penting buat semua ahli PKR. Kemelut di dalam PKR dilihat semakin dingin apabila Zaid kini berada di tepi pintu PKR menuju ke tangga keluar. `Pergi tidak dijemput, keluar tidak dihalau'./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR YAKIN PARTI BARU ZAID AKAN CEPAT DILULUSKAN

Posted: 18 Nov 2010 06:00 AM PST

Anwar: Zaid bebas tinggalkan PKR
Nov 18, 10
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya secara terbuka membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana menimbulkan masalah dalam parti itu yang telah memberikannya pelbagai peluang dan keistimewaan.

NONEBercakap kepada pemberita di kediamannya di Cherok To' Kun, Pulau Pinang, Anwar berkata Zaid bebas untuk berundur dari PKR dan berhak mendirikan parti baru yang dicadang dinamakan 'Keadilan Baru'.

Menurut Anwar zaid merayu diterima masuk ke parti itu apabila beliau meninggalkan Umno pada 2008. Katanya, Zaid kemudian memohon peranan sebagai pemimpin dalam parti itu.

"Beliau juga minta dijadikan calon untuk Hulu Selangor (pilihan raya kecil parlimen) meskipun mendapat tentangan dari cabang yang membawa bantahan mereka kepada presiden.

NONE"Tetapi kami tetap berinya peluang dan apabila beliau kalah di Hulu Selangor, kita berinya peluang mempin PKR Wilayah Persekutuan," kata Anwar.

Ketua pembangkang itu juga secara sinis berkata beliau jangkakan Zaid tidak akan menghadapi banyak karenah dalam mendaftarkan parti barunya itu kerana akan mendapat restu Umno.

"Kita tidak akan dapatnya (kelulusan segera) tetapi mereka yang disukai oleh Umno boleh. Seperti mana PERKASA dapat," katanya.

Ditanya sama ada Zaid perlu atau boleh terus berperanan sebagai penyelaras PKR, Anwar berkata Zaid sebenarnya tidak pernah dilantik ke jawatan berkenaan.

"Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh.

NONEMenurut Anwar, PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara itu tetapi media masih menggunakannya.

"Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya," kata Anwar./Malaysiakini

REFORMIS BERJASA BERKATA, "BERAPA AZMIN BAYAR KAU ?"

Posted: 18 Nov 2010 02:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

Aku ada menulis tentang surat terbuka kepada DS Anwar dari seorang rakan `reformis' yang teramat banyak jasanya kepada Ketua Umum PKR itu. Tajuk artikel aku itu adalah `Surat Terbuka Buat Anwar - Mengapa Perlu Ungkit Jasa Lampau'.

Apabila artikel aku itu disiarkan di dalam Tranungkite, maka ada ulasan atau komen di bawah artikel itu dari seorang pembaca menggunakan nama jamilkucing. Beliau memberi komen yang sangat cantik sebagai reformis berjasa seperti berikut: "Sudahlah bacul kenapa tak berani sebut nama aku, berapa azmin bayar kau."

Dia mendakwa saya bacul. Ok lah, itu saya terima kerana saya bukan seorang reformis yang berjasa dan suka menghitung jasa. Dia bertanya, berapa Azmin bayar saya? Jika saya beritahu Azmin telah bayar saya setiap satu huruf yang saya tulis saya diberi upah RM 1 juta. Adakah beliau percaya? Jika tidak percaya, terpulanglah. Jika saya bertanya pula berapa upah beliau pula untuk memburukkan Azmin? Jika beliau berkata tiada upah satu sen pun, maka saya percaya sebab beliau adalah reformis yang ikhlas membantu parti.

Di dalam satu komennya yang lain, beliau berkata Anwar `memuji' tulisannya itu melalui SMS. Di antara lain, Anwar berkata "cantik tulisan kamu, Jamil". Mungkin ada yang berpendapat perkataan `cantik' tulisan beliau yang disebut oleh Anwar bagaikan sindiran, tetapi bagi saya itu sudah cukup bagus bagi seorang reformis yang banyak jasa kepada Anwar, kerana di dalam surat terbukanya beliau ada menyebut Anwar tidak membalas banyak SMS darinya. Nah, sekarang Anwar sudah pun membalasnya bahkan `memuji'nya pula. Jadi, Anwar telah menunaikan kehendak seorang reformis yang banyak jasanya ini. Tahniah buat si reformis.

Di akhir komen beliau, beliau menggelarkan saya anjing. Itu pun saya boleh terima kerana gelaran dari seorang manusia tidak membawa ke mana. Apa yang penting, saya tahu dan insaf di luar sana banyak pejuang-pejuang yang ikhlas berjuang tanpa menyebut setiap jasa-jasanya. Bahkan, ada yang sehingga mati tidak dapat berjumpa dengan Anwar jauh sekali mengharapkan menerima SMS dari Anwar. Biar Allah sahaja yang membalas jasa-jasa mereka yang ikhlas ini.

Mungkin di masa akan datang, saya juga ingin menyenaraikan jasa-jasa saya kepada Azmin tetapi saya akan menunggu apabila Azmin menjadi PM nanti. /wfauzdin.blogspot.com

EZAM SESUMPAH RUGI MASUK UMNO AWAL SANGAT

Posted: 18 Nov 2010 01:00 AM PST

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

AWAL lagi sudah dijangka bahawa akan muncul Ezam `raja sesumpah' untuk menyanjung Zaid Ibrahim, walaupun Zaid sehingga kini `pengecut' untuk keluar dari PKR. Seperti biasa, raja sesumpah ini pasti `mati' jika tidak menyebut nama DS Anwar. Maka, raja sesumpah tanpa bukti dan hujah mendakwa DS Anwar penipu dan Zaid Ibrahim hebat.

`Penjilat' Najib yang dapat `Senatak' (Senator Katak) ini mendakwa PKR kehilangan Zaid Ibrahim. Benarkah PKR akan rugi atau kehilangan yang amat berharga jika Zaid keluar parti? Ya, kita akan kehilangan seorang tokoh yang gilakan kuasa dan itu kita akui.

Nampaknya Ezam raja sesumpah sudah tidak mampu lagi mencari modal baru untuk mengkritik segala dasar yang dibawa oleh PR. Ceramahnya di Selangor amat menyedihkan walaupun sudah dua siri program `Selamatkan Selangor' dijalankan. Semakin banyak Ezam raja sesumpah berceramah di Selangor, maka semakin pecah tembelang apa yang telah Umno lakukan di Selangor bertahun-tahun dahulu.

Malang sekali, Ezam raja sesumpah telah menyertai Umno. Jika tidak, Zaid ada pilihan untuk melantik Ezam raja sesumpah ini menjadi Ketua Pemuda di dalam parti barunya yang bakal ditubuhkan nanti. Saya ingin mencadangkan susunan jawatan di dalam parti baru Zaid nanti;

Presiden - Tentu lah Zaid.
Timbalan Presiden - Dato Nalla (beliau mesti bubarkan parti beliau yang sudah tidak bernyawa itu)
Naib Presiden - YB Zahrain, YB Zul Kulim, YB Chee Keong
Ketua Pemuda - Jenapala (yang dipecat dari PKR)
Ketua Wanita - Minah `Ronggeng' (pernah jadi calon bebas yang hilang deposit)

Itu adalah bayangan yang saya fikirkan baik untuk Zaid fikirkan. Jika Zaid berhasrat untuk mengambil raja katak Berahim Ali Pasir Mas, saya rasa Zaid terpaksa berani bertanding untuk jawatan Presiden parti barunya itu. Ini adalah kerana mustahil raja katak mahu berada di bawah ketiak Zaid.

Mudah-mudahan Zaid cepat buat keputusan untuk keluar dari PKR. Kepada Ezam raja sesumpah, berusahalah lebih gigih lagi untuk menyerang DS Anwar. Buat DS Anwar pula, syabas kerana tidak melayani `budak' yang suka bermain `kotak' ini kerana tanpa DS Anwar layan pun, Ezam raja sesumpah tersungkur dengan sendirinya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: