Rabu, 17 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KELUAR PARTI BERLAKU DI DALAM MANA-MANA PARTI, APAKAH SEBABNYA?

Posted: 17 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TULISAN seorang rakan saya Batu Api di dalam blognya, saya bersetuju bahawa perlu difikir mengapa dan sebab apa ada mereka yang ternama keluar dari PKR. Cuma, bersyukur kerana Justify Fullmereka yang keluar dari PKR setakat ini bukan dari mereka yang berpengaruh besar atau memegang jawatan tinggi di dalam parti.

Walau sekecil manapun jawatan atau kedudukan mereka di dalam parti, sudah sewajarnya dikaji mengapa mereka keluar dari PKR. Menjadi kebiasaan di dalam parti politik, ada yang berjuang ikhlas dan ada yang berjuang kerana sesuatu. Jika ada yang ikhlas pun, mungkin tiada ketahanan diri atau sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka keluar dari parti. Begitu juga PAS yang lebih senior dari PKR, mereka bukan sahaja menghadapi masalah seperti yang PKR hadapi bahkan lebih dahsyat di mana Presiden mereka sendiri ada yang keluar parti. Naib Presiden PAS juga ada yang keluar dari parti dan menyeberang masuk Umno. Bahkan, ada yang duduk di dalam Dewan Ulamak PAS turut keluar parti. Mengapa ini berlaku?

Maka, apa yang berlaku di dalam PKR sekarang telah awal berlaku di dalam PAS, sebaliknya PAS tidak hancur bahkan bertambah baik dan kukuh. Bukan kita tidak mengakui kelemahan di dalam parti samada PKR atau PAS, tetapi tindakan mereka yang keluar parti kerana kelemahan parti yang tidak melibatkan dasar ini boleh dipertikaikan. Jika diambil kira keluarnya beberapa ramai dari PKR menunjukkan PKR itu teruk sangat, tentulah PAS boleh dianggap teruk juga suatu ketika dahulu.

Apa yang kelihatan seolah-olah PKR begitu banyak yang keluar parti hanyalah kerana mereka yang keluar parti itu terdiri dari mereka yang ternama walaupun tidak berpengaruh besar. Mereka terdiri daripada beberapa Wakil Rakyat yang DS Anwar sendiri akui kesilapannya tersalah memilih calon. Termasuk juga calon yang di`rokmen' sendiri oleh pemimpin PAS tetapi melompat juga. Di Perak, melompatnya mereka jelas bukan kerana tidak suka kepada PKR tetapi semua tahu kisah di Perak termasuk pemimpin PAS perak sendiri lebih arif mengapa mereka melompat.

Kisah melompatnya Zahrain di P.Pinang, kisah ini juga semua tahu bukan kerana beliau tidak menyenangi kepimpian PKR. Pemimpin DAP di P.Pinang dan PAS P.Pinang pun tahu mengapa Zahrain keluar parti. YB Zul Kulim Bandar baru dipecat semata-mata PKR ingin menjaga maruah MP PAS. Tindakan YB Zul Kulim yang membuat laporan Polis terhadap YB Khalid Samad ternyata membelakangkan semangat kerjasama di dalam PR. Itu pun bukan kerana YB Zul tidak berkenan dengan kepimpinan PKR. Kisah-kisah kemudiannya yang keluar dari mulut YB Zul Kulim tidak boleh diterima kerana semua mereka yang melompat juga akan menuduh PKR bermacam-macam tuduhan. Di dalam PAS juga, Naib Presidennya yang keluar parti masuk Umno tidak pernah mendakwa PAS itu parti yang baik.

Seorang `ulamak Umno yang Kasyaf' dari Kelantan baru-baru ini menyebut apa tentang Mursyidul Am PAS? Bukankah dulu beliau tokoh PAS yang terkenal juga? Ini lah juga yang berlaku di dalam PKR. Ini bermakna, PAS juga telah menjadi mangsa mereka yang keluar atau dipecat dari PAS lebih awal dari apa yang PKR alami sekarang.

Kisah Zaid Ibrahim ini tidak perlu saya ulas lagi. Sudah terlalu banyak tulisan saya tentang Zaid. Hujah mengapa suatu ketika kita memujinya dan di masa yang lain kita mengejinya. Adakah kita perlu memuji seseorang dengan satu kebaikan yang dia buat tetapi berdiam diri atau terus memujinya dengan kesalahan yang dia buat? Tentulah bila beliau melakukan kebaikan, kita perlu akui kebaikannya tetapi apabila beliau sanggup mengeji pemimpin partinya sendiri malahan menunjukkan egonya maka kita mesti terus memujinya? Bukankah PAS juga menyanjung Us Nakhaie Ahmad sehingga ke tahap memilih beliau sebagai Naib Presiden PAS, tetapi apabila beliau memasuki Umno, mengapa PAS tidak menyanjung tindakannya?

Jika PAS sebuah parti yang dianggap dihuni oleh golongan agama, pemimpinnya dari golongan Ulamak boleh berlaku seperti ini, maka apa hairannya dengan PKR sebuah parti baru yang amat ditakuti oleh Umno ini? Siapa boleh menafikan terdapatnya Wakil Rakyat dari PKR keluar parti kerana sesuatu? Satu kes rasuah seks di Perak hilang begitu sahaja setelah yang dituduh keluar parti.

Apa yang penting, PKR harus terus diperkasakan dan menyelesaikan segala masalah dengan baik. Mereka yang merasa tidak boleh bertahan di dalam PKR, mereka boleh keluar dan jangan menanti sehingga dipecat atau berbuat sesuatu untuk minta dipecat. Mustahil PKR boleh memuaskan semua pihak sebagaimana PAS juga tidak boleh memuaskan semua pihak sewaktu Muktamar atau pemilihan PAS.

Setiap ahli perlu patuhi keputusan parti walaupun tidak memuaskan hatinya sebagaimana YB Khalid Samad mematuhi keputusan JK Disiplin Parti PAS yang menjatuhkan hukuman ke atasnya walaupun beliau tidak berpuas hati. Jika Zaid boleh mengikuti cara YB Khalid Samad, tentulah baik untuknya dan parti.

Akhirnya, saya ingin mengatakan kepada rakan saya Batu Api, beloau tidak perlu bersoal jawab dengan saya sekiranya saya berpuas hati dengan pandangannya. Sebagai contoh, di dalam tulisan saya tentang seorang penulis yang keluar dari PKR dan telah menyertai PAS menulis tentang pemilihan di dalam PKR, saudara Batu Api telah mengulas tulisan saya dengan memperbetulkan tanggapan saya itu. Saya tidak lagi mengulas atau menjawab tulisan Batu Api bekaitan isu tersebut kerana saya merasakan pandangannya boleh saya terima./wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - PERLUKAH PEMILIHAN DILAKUKAN SEMATA-MATA ADANYA DAKWAAN?

Posted: 17 Nov 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI hari ini melaporkan, "Naib Presiden PKR Mustaffa Kamili Ayub hari ini mengulangi desakan supaya pemilihan PKR ditangguhkan kerana kelompongan dalam pengurusan pemilihan parti itu didakwa masih berterusan. Katanya, terdapat beberapa aduan tambahan sedang dibuat, termasuk oleh beberapa calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memfailkan kes khusus untuk disiasat" (Malaysiakini).

Perlu diakui bukan mudah untuk melaksanakan keadilan yang boleh memberi puas hati kepada semua pihak, apatah lagi di dalam merealisasikan pemilihan bentuk baru `Satu Ahli Satu Undi' yang cuba diamalkan oleh PKR. Adakah kita perlu melakukan `U-Turn' (meminjam kata Sam) kepada cara lama yang sebiji seperti Umno itu? Walaupun kepimpinan berulangkali memberi jaminan bahawa pemilihan kali ini akan cuba dilaksanakan setulus mungkin dan segala dakwaan akan disiasat berdasar bukti yang ada, namun masih juga ada kesangsian diperkatakan.

JPP yang merupakan badan penting perlaksanaan pemilihan ini juga turut menerima beberapa laporan dan mungkin juga menerima beberapa bukti tentang berlakunya salah laku sepanjang proses pemilihan kali ini telah berjanji untuk mengambil tindakan seperti yang mereka kehendaki, namun masih juga tidak boleh memuaskan hati beberapa pihak. Malahan, JPP sendiri dituduh terbabit bersubahat melakukan penipuan dan berat sebelah. Habis, bagaimana?
Perlukah kita menjemput `Malaikat' untuk menyempurnakan proses pemilihan di dalam PKR?

Ada cadangan supaya badan berkecuali dilantik menguruskan pemilihan kali ini. Ada yang mencadangkan agar PAS atau DAP dilantik menjadi badan bebas itu. Secara teorinya, itu satu idea yang bagus. Tetapi kita juga sedia maklum di dalam pemilihan parti mereka pun terdapatnya rasa ketidakpuasan hati ahli-ahli mereka. Di dalam Muktamar dan pemilihan kepimpinan PAS sebelum ini, bukan tiada kritikan atau luahan tidak puas hati tentang pemilihan di dalam parti yang dianggap parti `ustaz dan ulamak' itu. Ini bermakna, mereka juga tidak lari dari anggapan sedemikian. Habis, apa yang perlu dilakukan?

Saya merasakan PKR mesti lebih peka terhadap segala pandangan di dalam parti, bukan sahaja oleh pihak yang mendakwa berlakunya penipuan tetapi pandangan mereka yang percaya kepada proses pemilihan ini juga mesti diambil kira. Tiada seorang pun boleh memberi jaminan pemilihan kai ini suci dari segala bentuk kelemahan. Seperti kata salah seorang calon Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah, apa yang dihadapi sekarang adalah `kelemahan' bukannya `penipuan'. Harus diingat, banyak dakwaan menyebut bahawa YB Nurul Izzah bahkan Presiden PKR sendiri didakwa `tidak suka' kepada YB Azmin salah seorang calon Timbalan Presiden PKR yang didakwa `perancang' segala penipuan yang berlaku.

Benarkah `kelemahan' itu termasuk di dalam kategori `penipuan'? Sudah tentu tidak. Kelemahan tetap ada di mana-mana dan ianya perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Penipuan pula adalah satu cara yang amat bersalahan dari segi undang-undang dan moral. Jika terbukti ada penipuan dilakukan, maka parti bukan sahaja harus menyiasat tetapi wajib mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat. Mungkin ada di antara anggota JPP terlibat, mungkin wakil atau ejen yang dilantik oleh JPP terlibat, mungkin juga ejen calon atau jentera kempen mereka yang terlibat. Dan, lebih berat lagi jika calon itu sendiri terlibat.

Tidak mustahil penipuan berlaku tanpa diketahui oleh calon itu sendiri walaupun tujuan penipuan itu adalah untuk memenangkan calon berkenaan. Boleh masuk akal juga, jika jentera kempen calon itu gagal melaksanakan tugas mereka lantas menuduh pihak yang menguruskan pemilihan tidak berlaku adil. Jika ini berlaku, bererti pihak yang mendakwa ada penipuan itu lah sebenarnya menipu. Ini juga mesti disiasat dan diambil tindakan kerana menyebabkan kesusahan atau cuba mensabotaj parti.

Sekali lagi kita berharap agar PKR peka kepada apa yang berlaku. Saya merasakan tiada masalah bagi calon yang bertanding untuk menerima keputusan parti agar pemilihan semula perlu dilakukan sekiranya terbukti jelas adanya salah laku dan penipuan. Tetapi, sekiranya pemilihan semula terpaksa diadakan semata-mata adanya dakwaaan, maka saya percaya sampai kiamat pun pemilihan tidak boleh dilakukan./wfauzdin.blogspot.com

`RUMAH' DATO NALLA KOSONG, ZAID BOLEH MENUMPANG

Posted: 17 Nov 2010 05:00 PM PST

Oleh: Mandor

ZAID merasa mahu keluar dari PKR, tetapi lebih suka jika Anwar (PKR) pecat beliau. Apa kes ni Zaid? Putar belit kamu tak habis-habis. Jika sudah berniat nak keluar, keluar sajalah. Takkan nak tunggu orang halau pula. Mahu raih simpati ke? Ada ke yang simpati dengan kaki putar belit?

Sedap mulut kamu berkata meluat dengan Anwar, tetapi masih melekat kaki kamu di dalam parti yang dipimpin oleh Anwar. Tidak malukah kamu Zaid jika orang berkata kamu ini `pengecut', mahu buat keputusan sendiri pun tak boleh? Macam ini mahu ganti Anwar pimpin PKR?

Kalau dah meluat dengan `tuan rumah', keluar sajalah dari rumah. Buat apa tunggu `tuan rumah' nak halau kamu, nanti kamu malu besar dengan jiran-jiran. Jadi, moleklah kamu lompat saja dari rumah tersebut. Mungkin Dato Nalla boleh kasi kamu kediamannya yang sekarang ni tak berpenghuni itu untuk kamu duduk. Mungkin juga Dato Nalla boleh kasi kamu jadi Presiden partinya seumur hidup. /mandor.blogspot.com

SETELAH SEMUANYA GAGAL, TV 3 MULA KOREK CERITA LAMA

Posted: 17 Nov 2010 07:26 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA sudah kehabisan modal, akhirnya TV 3 di dalam Buletin Utamanya kembali menyiarkan kenyataan tokoh DAP, Karpal Singh yang suatu ketika meminya DS Anwar berundur dari memimpin PR. Aku sendiri pun dah naik lupa kisah silam itu, tetapi TV 3 masih mengingatinya. TV 3 bukan tidak tahu hubungan tokoh DAP itu sekarang dengan Ketua Umum PKR amat rapat sekarang sehinggakan beliau dilantik oleh DS Anwar sebagai Ketua Peguambelanya di dalam kes fitnah Liwat II.

Hubungan ini tentulah tidak menyenangkan Umno, dan umum mengetahui TV3 tidak akan membiarkan Umno susah hati. Begitu juga hubungan DS Anwar dengan pemimpin PAS seperti Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS. Maka, TV3 terpaksa melakukan banyak `kerja syaitan' untuk menjadikan hubungan mereka ini renggang.

Usaha TV3 untuk memecah belahkan ahli-ahli PKR dengan isu Zaid Ibrahim ternyata gagal. Kebijaksanaan DS Anwar menghadapi usaha giat TV3 ini menyebabkan media pencacai dan murahan ini bankrap idea. Tiada jalan lain, kisah-kisah lama akan dimainkan semula asalkan setiap Buletin Utamanya mesti diisi dengan slot `memburukkan DS Anwar dan PKR'.

Tidak ramai rakyat yang bodoh lagi untuk menerima apa yang disiarkan di dalam TV3 ini. Jika dilihat semenjak zaman berzaman TV3 memburukkan DS Anwar, secara lojiknya DS Anwar sudah lama tersungkur dari arena politik tanahair. DS Anwar bukan seperti Pak Lah, jauh seperti Almarhum Tun Ghafar yang tersungkur di arena politik hasil daripada propaganda media. TV3 silap memilih sasaran seperti juga Zaid silap untuk berdepan dengan DS Anwar./wfauzdin.bogspot.com

Tiada ulasan: