WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SAHIH ZAID AKAN TINGGALKAN PKR, TAPI MAHU TUNGGU KENA HALAU DULU?
- ZAID BOLEH SERTAI PAS TETAPI BUKAN ZAID YANG ADA SEKARANG
- NAIB PRESIDEN PKR - DUA TOKOH WANITA DI DALAM `TOP FOUR'
- AZMIN MAHU SELANGOR BANTU IKS SECARA SERIUS
- ZAID SEMAKIN HAMPIR IGAUAN UNTUK MENJADI `GHAFAR BABA' ?
- SUDAH ADA PARTI BARU, ADAKAH ITU PARTI ZAID ?
| SAHIH ZAID AKAN TINGGALKAN PKR, TAPI MAHU TUNGGU KENA HALAU DULU? Posted: 15 Nov 2010 10:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MAHU keluar atau tidak, wahai ZAID? Di dalam berita yang dilaporkan di dalam Malaysiakini semalam, Zaid dikatakan sememangnya ingin keluar dari PKR. Tetapi, beliau lebih suka jika DS Anwar pecat beliau. Apa punya orang seperti ini? Jika mahu keluar dan meluat kepada pemimpin yang ada di dalam PKR, buat lah keputusan sendiri, mengapa perlu tunggu kena pecat? Ingin raih simpati? Bak kata Anwar, "Jika saya umumkan keluar dari PKR hari ini, esok Umno akan buat `majlis korban' awal". Saya pula berpendapat, jika Zaid umumkan keluar dari PKR hari ini, hari ini juga ramai di kalangan ahli-ahli PKR akan `gantung pisang' dan buat kenduri besar. Di dalam kenyataanya, beliau meluat dengan Anwar kerana Anwar adalah perosak kepada PKR. Tidak mengapa lah Zaid berkata begitu kerana beliau baru `sehari dua' berada di dalam PKR. Mungkin beliau sangka Anwar baru seminggu memimpin PKR. Semasa Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, PKR bangkit dari satu kerusi Parlimen dan merampas beberapa kerusi dari Umno/Bn sehingga berjaya menawan Selangor. Ketika itu kebangkitan PKR mengejutkan Umno. Mungkin Zaid ingat waktu itu Anwar tiada di dalam PKR lagi. Apabila Zaid masuk PKR, dia merasa Anwar pun baru masuk sepertinya dan sebab itulah dia mendakwa Anwar perosak PKR. Siapa perosak sebenarnya? Saya hairan mengapa Zaid yang kununnya berprinsip dan berani, begitu takut untuk buat keputusan yang beliau sendiri yakin dengan keputusannya. Beliau yakin PKR telah dirosakkan oleh Anwar dan beliau mengakui akan keluar dari PKR, mengapa tidak keluar sekarang? Mengapa perlu menunggu parti menghalaunya? Kita masuk rumah orang, dilayan dengan baik, diberi tidur di bilik istimewa, diterima sebagai ahli keluarga tuan rumah, kemudiannya kita `berak' merata-rata di dalam rumah tersebut. Kita maki hamun tuan rumah, dan saban hari kita menjerit-jerit menyebut untuk lari dari rumah berkenaan, mengapa kita perlu tunggu sampai tuan rumah halau kita? Itu kerja orang gila. Hanya orang gila sahaja yang kita perlu panggil Polis untuk menghalaunya keluar dari rumah kita. Masakan Zaid sudah gila?/wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| ZAID BOLEH SERTAI PAS TETAPI BUKAN ZAID YANG ADA SEKARANG Posted: 15 Nov 2010 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS SAYA menyokong sepenuhnya kenyataan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub berkaitan isu Dato Zaid Ibrahim. Naib Presiden PAS itu menyatakan bahawa Zaid Ibrahim berhak untuk memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya, tetapi samada PAS menerima atau menolaknya terletak di tangan PAS setelah meneliti dari semua aspek. Mungkin Zaid Ibrahim merasakan beliau sudah tidak secucuk dengan PKR, memandangkan DS Anwar dan YB Azmin masih tetap ingin setia bersama perjuangan PKR. Hanya dua makhluk ini lah yang membuatkan Zaid bercita-cita untuk menubuhkan parti baru. Melainkan jika DS Anwar dan Azmin bersedia berundur dan menyerahkan `leher' PKR kepadanya untuk di`sembelih'. Sekiranya beliau tidak berminat dengan DAP, Umno juga awal-awal lagi tidak mahu menerima seorang yang pentingkan diri sendiri, sudah tentu PAS termasuk di dalam perkiraan Zaid seandainya beliau membatalkan hasratnya untuk menubuhkan parti baru. Saya bersyukur sekiranya PAS dipilih oleh Zaid menjadi wadah perjuangannya kerana beliau akan mendapat tarbiyyah di dalam PAS nanti bagaimana untuk menjaga adab berjemaah dan menghormati pemimpin. Tidak semua yang memasuki PAS boleh menjadi pemimpin yang baik, contohnya seperti Zul Kulim Bandar Baru yang berada di dalam PAS kemudiannya masuk PKR, keluar PKR dan kini langsung `bertelanjang' tanpa parti. Tetapi masih ramai pemimpin yang ditarbiyyah oleh PAS mampu menjadi pemimpin yang baik serta berakhlak tinggi. Mungkin ada di kalangan PAS merasa bimbang seandainya Zaid menyertai PAS, dikhuatiri Zaid akan `menghalau' Tuan Guru Hj Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz keluar dari PAS pula dan beliau berkata beliau layak menjadi Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS. Kebimbangan itu mungkin berasas tetapi saya berpendapat Zaid tidak mungkin akan berbuat demikian. Di dalam PAS majoriti bukan kuasa mutlak, tetapi majoriti di dalam PAS mestilah diperakui oleh Majlis Syura Ulamak. Ini membuktikan PAS meletakkan hukum Islam sebagai hukum tertinggi di dalam membuat keputusan. Adakah Zaid bersedia untuk menerima dasar PAS itu? Saya yakin, sekiranya Zaid sudah berada di dalam PAS, beliau pasti akur dengan segala dasar PAS. Seandainya beliau masih mengekalkan cara pemikirannya seperti sekarang, Zaid pasti akan ketinggalan di dalam PAS. Usahkan untuk menjadi Presiden PAS, untuk menjadi Wakil Rakyat sahaja PAS meletakkan syarat yang amat ketat agar setiap Wakil Rakyat PAS dilihat bermoral dan berakhlak. Mereka yang merokok tidak akan dicalonkan oleh PAS, apatah lagi mereka yang berkekalan melakukan dosa-dosa besar yang lain. Zaid perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum menyertai PAS. Saya bimbang setelah beliau menyertai PAS, apabila beliau ingin merebut sebarang jawatan di dalam PAS akan timbul pula nanti PAS menipu dan pilih kasih di dalam pemilihan setelah mendapati dirinya tidak mendapat sokongan. Ertinya, Zaid mesti berubah. Zaid boleh sertai PAS, tetapi bukan Zaid yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| NAIB PRESIDEN PKR - DUA TOKOH WANITA DI DALAM `TOP FOUR' Posted: 15 Nov 2010 06:00 PM PST
Nurul Izzah Anwar mengekalkan kedudukannya di tempat teratas bagi jawatan naid presiden PKR dengan mengutip 11,042 undi dengan pengundian hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Beliau diikuti rapat oleh pengarah strategi PKR, Tian Chua (9,524 undi), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (7,878) dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman (7,448) berada di kedudukan nombor tiga dan empat. Keputusan rasmi itu adalah selepas ahli PKR di Selangor - negeri dengan jumlah ahli parti tertinggi mengundi pada hujung minggu lalu. Bagi jawatan timbalan presiden - Azmin Ali mendahului Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti lebih 11 ribu undi setelah Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan mengumumkan meninggalkan PKR hari ini. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata selepas selesai 165 cabang, Azmin mendapat 14,751 undi, manakala Mustaffa mendapat 3,401.
Beliau mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini. Bagi jawatan Ketua AMK, penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin mendapat 3,981undi, manakala Badrul Hisham Shahrin mendapat 3,273 undi. Bagi jawatan timbalan ketua AMK, ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendapat 3,908, manakala ADUN Teja Chang Lih Kang mendapat 3,054 undi. Bagi jawatan ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendapat 4,510. Manakala dua pencabarnya Suraya Sudin mendapat 1,181 undi dan Animah Ferrar mendapat 967 undi. Bagi jawatan timbalan ketua Wanita pula, exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail mendapat 5,167 undi, manakala Asmah Abdul Kadir memperolehi 1,126 undi. Pada sidang media itu juga, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata perjalanan proses pemilihan 165 cabang berakhir hujung berjalan dengan lancar. Malah, beliau juga berharap baki 57 cabang lagi juga akan berlangsung seperti yang diharapkan. "Saya menggesa anggota parti keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab (minggu hadapan)," katanya. Ditanya mengenai peratusan pengundian yang berakhir sejak semalam, Saifuddin berkata sebanyak 8.4 peratus daripada keseluruhan anggota telah keluar mengundi. PKR mendakwa mempunyai 400,000 anggota parti di seluruh negara. Saifuddin juga menolak andaian bahawa keputusan Zaid Ibrahim menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden telah mengurangkan peratusan pengundian. "Sewaktu beliau beliau bertanding, peratusan keluar mengundi 7 hingga 8 peratus. Selepas beliau menarik diri, begitu juga (peratusan itu). "Jadi tidak ada peratusan signifikan membenarkan andaian itu," katanya./Malaysiakini | ||||||
| AZMIN MAHU SELANGOR BANTU IKS SECARA SERIUS Posted: 15 Nov 2010 05:00 PM PST
Seorang anggota penyokong kerajaan negeri berkata peruntukan berjumlah RM2 juta bagi pembangunan usahawan industri kecil sederhana (IKS) di Selangor bagi 2011 adalah amat kecil.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata IKS di Selangor perlu dibangunkan kerana ia mampu menjana sumber pendapatan bagi Selangor. Peranan IKS di dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah negara telah terbukti sebagaimana di Korea Selatan dan Taiwan, katanya semasa membahaskan Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2011 di sidang Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. Jika kerajaan negeri betul-betul serius untuk membangunkan IKS, beliau berkata peruntukan untuk membangunkan sektor itu perlu ditingkatkan, katanya. Azmin juga berkata takrifan IKS yang diguna pakai oleh kerajaan negeri perlu diperluaskan daripada industri kampung kepada industri maklumat dan perkhidmatan. - Bernama | ||||||
| ZAID SEMAKIN HAMPIR IGAUAN UNTUK MENJADI `GHAFAR BABA' ? Posted: 15 Nov 2010 01:46 PM PST Zaid, Bisu Sajalah Mulut! Oleh Hj Azizi Hj Abdullah Secara peribadi saya rasa bukan saya seorang yang meluat dengan perangai Zaid Ibrahim. Zaid sepatutnya tidak jadi Zaid sekarang. Zaid sepatutnya jadi seperti Zaid ketika dia diserang sewaktu menjadi calon PKR di Ulu Selangor dulu, yang penuh sopan, tawaduk, rendah diri sehingga ketika itu nama Zaid melonjak dan dihormati. Dengan ketawadukannya ketika itu Zaid dapat mententeramkan dirinya sendiri dan PKR, penyokong, walaupun isu beliau dengan arak sebelumnya tersangat berat hendak ditangkisSayang Zaid bertukar hanya kerana kononnya 'prinsip.' Saya tertanya-tanya perangai yang sebegini datangnya dari mana? Untuk apa seseorang masuk sesuatu parti politik kemudiannya apabila secara prinsip tidak setuju, dijadikan parti politik dan pemimpin sebagai tempat hentam dan perlekeh. Prinsip bukan tempikan dan bercakap, tapi sikap! Dalam Malaysia orang politik seperti ini ada dua tapi berlainan cara dan berlainan sebab. Pertama YB Zulkifli Nordin yang terumbang ambing kritikannya seperti mencari tapak baru tapi takut dibayangi ' hantu ' politik itu sendiri. Manakala Zaid menganggap semua hal, semua perkara, semua benda, semua dasar dalam politik yang diceburinya, beliau sahaja yang betul. Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu. PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid. Bagi Zaid jika semua betul dalam PKR, pada Zaid ada yang tak betul sehinggalah beliau berada di atas untuk memberitahu, inilah yang betul. Zaid yang belum berhenti menyerang kepimpinan PKR dan orang-orang 'khusus' kelihatan seperti orang yang memukul dan mencakar dada kerana marah sedangkan kesan cakar dan tumbukan itu ke dadanya sendiri. Yang terbaik bagi PKR ialah tidak menyambut tepukan dan cakaran itu. Ketua Umumnya bersikap seperti tidak dengar apa pun. Diharap sehingga Zaid keluar dari PKR nanti seperti yang diakui dalam Malayskini 15 Nov 2010, PKR tidak akan meratap berhiba sebaliknya buatlah kenduri pulut kuning dengan sepanduk 'Sayonara.' Mustahil Zaid akan bersama DAP tetapi kemungkinan bersama Pas jika Zaid masih ingin bermain politik berprinsipnya. Bagaimana pun Pas diharap tidaklah seghairah Ketua Umum PKR menyanjung kehebatan Zaid ketika itu kerana Pas melihat yang orang yang bertaqwa sahaja yang patut menyertai, bukan orang yang berprinsip sendiri http://aziziabdullah.blogspot.com | ||||||
| SUDAH ADA PARTI BARU, ADAKAH ITU PARTI ZAID ? Posted: 15 Nov 2010 12:31 PM PST
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan terus bergerak ke hadapan walaupun tanpa penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar daripada parti.
Saifuddin berkata, keadaan ini terbukti melalui sokongan rakyat terhadap parti itu dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini. Katanya, pada tahun 1999, parti itu mendapat 789 ribu undi, manakala 2004 memperolehi lebih 400 ribu undi, sementara pada 2008, PKR mendapat 1.5 juta undi. "(Oleh itu) tanpa atau dengan Datuk Zaid Ibrahim, rekod kita itu menceritakan tentang keindahan parti (ini)...Sila daftar (menjadi) ahli parti kami," kata Saifuddin yang disambut dengan ketawa kecil kira-kira 20 pemberita. Bercakap kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin berkata, tindakan Zaid untuk berundur daripada PKR juga tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu.
"Anggota akan terus berjuang dengan PKR. Saya ucapkan selamat berjaya (kepada Zaid). "Untuk parti, kita akan terus mara ke hadapan," katanya dan menambah, beliau belum menerima surat rasmi daripada Zaid yang mengumumkan niat untuk berundur daripada parti itu pagi ini. Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai penubuhan sebuah "parti Keadilan baru" oleh Zaid, Saifuddin menyifatkan tindakan itu sebagai satu perkembangan baik kepada politik negara. "Tetapi saya tidak mahu mendedahkan parti apakah itu dan saya dapat tahu bahawa Zaid telah pun meletakkan orang-orangnya dalam parti baru itu," dakwanya seperti dilaporkan Bernama. Zaid yang juga bekas menteri kabinat menyertai PKR pada Jun tahun lalu selepas meninggalkan parti Umno./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan