WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang
- BUKAN SINGKIR...DISIPLIN KAN ANGGOTA PARTI
- Amaran Kit Siang Pakatan boleh hilang Selangor di PRU-13
| Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang Posted: 28 Nov 2010 06:13 PM PST Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'. Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu."Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja, "Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang, "Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya. Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi. Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013. Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd. |
| BUKAN SINGKIR...DISIPLIN KAN ANGGOTA PARTI Posted: 28 Nov 2010 02:34 PM PST Timbalan Presiden PKR yang baru, Azmin Ali berkata beliau tidak pernah menyebut untuk menyingkirkan pihak tertentu selepas kongres PKR berakhir, seperti yang dilaporkan media. "Ia bukan proses untuk witch hunting. Apa yang dibincangkan dalam kongres ini, yang berlegar di kalangan ahli parti adalah (bagi) memastikan kepimpinan baru ini mempunyai semangat untuk mendisplinkan pemimpin dan ahli. "Ini adalah perkara penting untuk memastikan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya selepas kongres parti itu berakhir lewat petang ini. Pada 22 November lalu, media melaporkan, Azmin berikrar untuk membersihkan PKR daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam. Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin - ketika itu masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR yang akan tamat hari ini. Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik MBPJ - tempat kongres berlangsung - Azmin berkata, kepimpinan baru juga akan memastikan setiap aduan yang diberikan akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan. Beliau yang juga ahli parlimen Gombak yakin kepimpinan baru yang dipilih akan memberikan komitmen dan kesetiaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Sehubungan itu, mengulas pasukan baru Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmin mengharapkan sumbangan dan idea daripada naib presiden baru yang dipilih. Sementara itu, beliau juga berkata akan mengadakan hubungan lebih erat dengan kumpulan lain dan penulis blog untuk memastikan kesedaran tentang hak rakyat dapat dibela. |
| Posted: 27 Nov 2010 11:43 PM PST http://live.tvsnews.net/ |
| Amaran Kit Siang Pakatan boleh hilang Selangor di PRU-13 Posted: 27 Nov 2010 11:19 PM PST Amaran Kit Siang Pakatan boleh hilang Selangor di PRU-13 TERKINI @ 12:35:35 PM 28-11-2010 November 28, 2010
Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan. "Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?" kata Lim (gambar) ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini. "Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. Lim memberikan amaran ini di sebalik persaingan sengit antara kem diketuai oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dan kem pimpinan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim. Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999. "Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri," kata Lim. "Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN," kata beliau. Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang. Kata beliau, baru-baru ini selepas pilihan raya kecil serentak Galas dan Batu Sapi, Dr Mahathir memberitahu bahawa BN berupaya untuk menawan satu atau dua negeri daripada penguasaan PR atas alasan pembangkang berada dalam kelam-kabut tetapi BN tidak mampu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen. Kata Lim, bukan sesuatu yang rahsia satu dua negeri yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebenarnya merujuk kepada Selangor. Malah dalam ucapannya, Lim juga mengulangi seruan Yong agar semua pihak merapatkan kerjasama untuk memastikan PR boleh mengekalkan kuasa di negeri Selangor. Lim juga meminta perwakilan menghantar mesej perpaduan dan memastikan kemenangan ahli-ahli DAP yang berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor pada pemilihan parti hari ini. "Mesej itu akan tercalar jika pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak menerima mandat dan sokongan penuh daripada konvensyen," katanya. Bagaimanapun beliau memberikan jaminan bahawa calon-calon yang tewas akan terus diberikan peranan dalam parti. Pemimpin parti peringkat Perak dua minggu lalu menyaksikan kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu habis oleh kumpulan Ngeh-Nga. Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menawarkan Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, jawatan naib pengerusi negeri itu tetapi ditolak. Kedua-dua Selangor dan Perak mempunyai cawangan terbanyak dan ahli teramai dalam DAP. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.
"Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.
Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.
Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
PETALING JAYA, 28 Nov — Lim Kit Siang memberi DAP Selangor amaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan