Isnin, 15 November 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SELAMAT HARI RAYA

Posted: 15 Nov 2010 08:04 PM PST




UCAPAN DARI TUKAR TIUB



nota:
pelapur, penulis, juru gambar
penjaga teknikal
dan tim sidang pengarang tukar tiub
mengucapkan selamat hari raya haji

untuk yang balik kampong
berhati hati dijalan raya

untuk yang nak makan daging
berhati hati dengan kesehatan

untuk yang tak pergi ke mana-mana
ambil buku dan baca - sehari lima
muka surat hasilnya sebulan sebuah buku
setahun 12 buah buku - sepanjang
hidup banyak buku yang telah dibaca?


nota:
malas membaca
ada peluang kena tipu oleh khir toyo
kalau malas membaca ada peluang kena
tipu oleh azmin padang tembaga kah kah kah


WASPADA - BETUL KE ATAU SCAM ?

Posted: 15 Nov 2010 07:38 PM PST




FILEM BOGGIE JATUH CINTA



nota:
kita wajib berwaspada
dengan warga nigeria
bukan kerana kulit mereka
tapi kerana perangai mereka
dimana di afrika sendiri
negara berjaga jaga dengan warga nigeria kah kah kah








MALAYSIA JADI LOKASI PENGGAMBARAN FILEM NIGERIA
– minsider

Filem pertama Nigeria yang memilih Malaysia sebagai lokasi penggambarannya berjudul "Most Wanted Queens", dilancarkan di sini hari ini.

Penerbit eksekutifnya Henry Cesh berkata pembikinan filem itu turut dijayakan oleh para pelajar Nigeria yang menuntut di Malaysia sebagai pelakon.

"Selepas membuat penyelidikan pasaran selama enam bulan, kami dapati permintaan terhadap filem Nigeria yang dihasilkan di luar negara meningkat dengan ketara," katanya pada majlis pelancaran itu yang disempurnakan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Maglin Dennis D'Cruz.

Cesh berkata filem berkenaan juga akan diedarkan di negara lain dan pihaknya sedang mencari penaja untuk tujuan itu.

D'Cruz berkata beliau berharap lebih banyak anak muda melibatkan diri dalam industri perfileman di negara ini.

"Ini akan memberi peluang kepada anak muda yang memiliki bakat serta minat dalam bidang lakonan memperoleh profesion atau kerjaya dalam industri perfileman," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… PELIK… NIGERIA DAN MALAYSIA CAUCA SAMA… LANSKAP SAMA… kah kah kah..

kah kah kah…. KELAPA SAWIT BERASAL DARI NEGERIA… kah kah kah..

kah kah kah… AGAKNYA APA SCAM YANG SEDANG DI RANCANG…. kah kah kah….

kah kah kah… NAK BAWAK KREW MASUK…. kah kah kah..

nota:
notastyle="font-style:italic;">kelmarin tt minum kopi
dichangkat bukit bintang
untuk pertama kali telah nama tiga minah hitam
pakai rambut blode palsu duduk menebeng
depan kedai tok arab.

apakah ini sebahagian dari talent dari
filem ini ? kah kah kah


nota:
kita pernah dengar filem dari mali
filem dari bukina faso
filem dari senegal
afrika selatan
filem dari ghana
malah festival filem yang unggul
di afrika ialah ouagadougou bukina faso
tapi dari nigeria ?
kah kah kah


MENTERI YANG BERANI

Posted: 15 Nov 2010 10:35 AM PST



ANAK DARA SUNTI BELASAN TAHUN





nota:
anak dara sunti belasan tahun
memang ramai peminat
terutama di melaka
kah kah kah







60 PERATUS RAKYAT MALAYSIA GEMUK : MENTERI
- melayau

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MENTERI INI CUKUP BERANI… kah kah kah..

kah kah kah … BERANI BERCAKAP BENAR KERANA RAKYAT… kah kah kah…

woit… NAK TAHU APA MAKNA CAKAP MENTERI INI?.... kah kah kah..

woit…. NAK TAHU KENAPA BANYAK RAKYAT GEMOK?…. kah kah kah…

kah kah kah… MENTERI INI PERLI ROSMAH MANSOOOR YANG GEDEBAB…. kah kah kah..

kah kah kah… GEMOK LAGI HOTOK… GEDEBAB LAGI GEDUMPAK…. kah kah kah..

kah kah kah… SYABAS PAK MENTERI !.... HEBAT !.... THE BEST !.... kah kah kah…

kah kah kah... KALAU TERUS BERANI MACAM INI... BOLEH JADI PM... kah kah kah

nota:
awas!
jaga jaga!
bik mama akan menyerang kah kah kah

SEMUA DI JEMPUT MINUM KOPI PETANG INI

Posted: 15 Nov 2010 09:52 AM PST




SELAMAT HARI JADI




nota:
makan kueh dan minum kopi
tal alan ini pun tak boleh
kalau tak boleh ... terok
sangatlah negara ini kah kah kah




ANTI MENARA 100 TINGKAT ANJURAN KEK HARI JADI HARI INI - mkini

Sebuah laman sesawang di Facebook yang didedikasikan untuk mendapatkan sejuta peminat bagi menentang pembinaan sebuah menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan akan menyambut genap sebulan ia ditubuhkan hari ini.

Pentadbir halaman itu menggesa orang ramai supaya berkumpul di enam lokasi di seluruh Malaysia untuk menjamah sepotong kek dan 'meraikan' kejayaan laman itu setakat ini.

"Kami raikannya kerana rakyat biasa Malaysia, bererti bukan pemimpin politik atau NGO, buat pertama kali menganjurkan satu bantahan besar-besaran secara teratur. Jika laman itu boleh dipertimbangkan - mewakili suara ramai yang menentang projek gergasi yang tidak popular dan tiada justifikasi.

"Ini bukan projek mega yang pertama tetapi ini adalah pertama kali projek mega menghadapi rintangan dari bawah. Tiada mega projek dari sekarang boleh dibina tanpa mengambil pendapat awam. Atas sebab itu, kita raikannya," tulis pentadbir laman yang tidak mahu dikenali itu.

Lima lokasi itu adalah di pancutan air di KLCC dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur; Dataran pidato di esplanade, Pulau Pinang; Coffee Bean di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, Secret Recipe di Lunas, Kedah dan McDonalds di Kampar.

Peserta dijangka akan berada di lokasi tersebut secara bersemuka untuk dua jam dan secara simbolik menjamah sepotong kek yang dibawa oleh masing-masing.

NOTA:
semua warga sudah bosan dengan projek mega
semua warga di jemput untuk tunjukkan bantahan
sila berkumpul minum kopi dan makan kueh di:

KUALA LUMPUR:
1. KAWASAN LAPANG STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR (5pm-8pm)
2. DEPAN PANCUTAN AIR DI KLCC (6pm-8pm)


KEDAH:
3. KEDAI KOPI SECRET RECIPE NO 5 JALAN SAUJANA ALOR STAR KEDAH (7pm-10pm)

PERAK:
4. McDOGAL KAMPAR (8pm-11pm)

PULAU PINANG:

5. SUDUT PIDATO , ESPLANADE PULAU PINANG (8.30-9.30pm)

SABAH:
6. COFFEE BEAN WISAMA MERDEKA , KOTA KINABALUu (9pm-10.30pm)

SINGAPURA:
7. HAN"S CAFÉ , CITY HALL SINGAPORE (6pm-8pm)

AMERIKA :
8. PANERA BREAD ON KATY FREEWAY (1-!)) WESR HOUSTAN, TEXAS, US (11.30 am waktu tempatan)

nota:
tak cukup info sila buka laman : http://www.facebook.com/NoMegaTower

RAKYAT DIDAHULUKAN BUKAN DI TIPUKAN

Posted: 15 Nov 2010 09:44 AM PST




BANJIR DI ALOR STAR



nota:
jangan korek korek korek
sampai kawasan tertimbus
ini salah satu dari punca
aliran air tersekat







ARAH HENTI LANDASAN BERKEMBAR DEMI RAKYAT – harakah daily

Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan MMC Gamuda menghentikan serta merta pembinaan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerana lebih sayangkan rakyat yang berkemungkinan besar terpaksa mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bagaimana pun arahan itu akan ditarik balik jika syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mengorek laluan air serta membayar pampasan kepada rakyat yang ditenggelami air.

Baginya, kepentingan rakyat perlu diutamakan daripada syarikat kroni Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kerja pembinaan tanpa membina sebarang laluan untuk air mengalir dengan baik.

"Biarpun saya dihentam oleh orang yang berkepentingan dalam projek berkenaan biarkanlah sebab bagi saya dan kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat. Buat apa pembangunan yang berlipat kali ganda tapi rakyat merana kerana terpaksa tanggung kesan pembangunan terbabit," jelasnya.

Beliau tidak menafikan terpaksa berhadapan dengan kritikan termasuk pimpinan BN ekoran arahan itu walhal mereka sepatutnya mengambil iktibar kejadian banjir teruk dalam sejarah Kedah baru-baru ini yang berpunca daripada halangan timbunan yang tinggi tanpa ada saluran air keluar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

nota:
ini baru kerajaan yang mendahulukan rakyat
bukan kerajaan yang mendahulukan kontrek kroni
bukan kerajaan yang dahulukan rajagopal
iniah kerajaan yang tak perllu slogan tapi melakukan dasar pro rakyat
bukan hanya cakap tapi rakyat bukan didahulukan
rakyat di korbnkan kah kah kah


WARGA KERDAU MENUNGGU BERITA BAIK

Posted: 15 Nov 2010 01:55 AM PST




KALAU LEPAS APRIL TAK MASUK KIRA





ADUN KERDAU SEMAIN STABIL
- melayau


TEMERLOH 15 Nov. – Keadaan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang dimasukkan ke hospital di sini untuk kali kedua kerana masalah darah tinggi baru-baru ini, kini semakin stabil.

Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas),Dr. Bahari Awang Ngah berkata, sejak dirawat di hospital itu, Zaharuddin semakin sihat dan akan dibenarkan keluar bila-bila masa.

NOTA:
tidak adalah pengorbanan yang paling dimuliakan
untuk para adun dan para yb
lihat bagaimana waraga di galas mendapat pasir bertimbun
rumah baru akan siap
orang asli dapat sekolah dan rumah
jalan diturap
anak anak dapat komputer riba
semuanya kerana pengorbanan seorang adun

lihat pula di batu sapi
berapa banyak yang warga terima

malah dengan tetiba orang sabah di hornati
cerita-cerota tentang halangan mereka
menggunakan kalimah mereka menjadi senyap
inilah kerana pengorbanan seorang yb.

syabas para yb
inilah pengirban yang ditunggu
lakulan lah sebelum bulan april tahun depan
pengorban selepas tidak boleh lagi diguna pakai

i.e : nak mati mati sekarang kah kah kah
kalau tidak diharapkan akan sehat walafiat
dan kesehatan bertambah baik.


MENTERI CUKUP BANGANG !

Posted: 14 Nov 2010 10:56 PM PST




INI KAPITALIS




nota:
kapitalis tak ada bangsa
kapitalis tak ada agama
kapitalis tak ada negara
kapitalis hanya menyembah satu tuhan
tuhan kapitalis ialah keuntungan maksima !


KERAJAAN KESAL HARGA BARANGAN DINAIKKAN SEMASA BANJIR - mkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan peniaga menaikkan harga barang keperluan semasa banjir melanda Kedah baru-baru ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata tindakan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berganda tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan rakyat di negeri ini sedang menghadapi kesusahan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI KENYATAAN CUKUP GILA…. kah kah kah..

kah kah kah… KERAJAAN KESAL HARGA NAIK KERANA DI NAIKKN WAKTU BANJIR…. kah kah kah..

woit… ERTINYA KALAU WAKTU TAK BANJIR OKAY?.... kah kah kah..

woit.. KALAU TAK BANJIR NAIK HARGA KERAJAAN TAK AKAN KESAL... kah kah kah

woit… KEPALA BANA PUNYA MALAON…. kah kah kah..

woit… CAKAP IKUT IDUNG … TAK FIKIR LANGSUNG…. kah kah kah..

woit… KERJA KAPITALIS MESTILAH CARI UNTUNG…. BANGANG !... kah kah kah..

kah kah kah… MASA TITANIC NAK TENGGELAM.. . RAMAI TOWKAY JUAL PELAMPONG…. kah kah kah..

kah kah kah… DI PADANG PASIR …. RAMAI TOK ARAB JUAL AIR…. kah kah kah…

kah kah kah… NAK TAHU DI MANA PERNIAGAAN DADAH TERMAHAL…. kah kah kah..

woit… BUKAN DI KELAB… TAPI DI PUSAT SERENTI DAN DI PENJARA…. kah kah kah…

woit… INI KERJA KAPITALIS…. MENANGGUK DI AIR KEROH… kah kah kaj…

Tiada ulasan: