Rabu, 10 November 2010

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Lagi Video Penjelasan Isu banjir di Kedah

Posted: 09 Nov 2010 11:37 PM PST

Temubual bersama Dato' Phahrolrazi Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,Kerja Raya,Pembangunan Luar Bandar,Membasmi Kemiskinan


Susulan Isu Fitnah Bah di kedah

Posted: 09 Nov 2010 01:12 PM PST

sama-sama saksikan


Khurafat..Syirik..Biar Video dan Gambar Berbicara

Posted: 09 Nov 2010 12:56 PM PST

Penasihat Agama, MB Perak bertaraf Exco pergi ke mana???

Latar Belakang


Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa oleh kerana sokongan orang Melayu telah kembali meningkat terhadap kerajaan BN, PAS terpaksa menggunakan cara lama mereka iaitu memainkan agama sebagai isu untuk menarik semula sokongan itu.

Dakwanya, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung amalan khurafat yang didakwa dilakukannya ketika upacara meletak ancak di tiang seri rumah semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu.

"Mereka menggunakan agama untuk menyerang saya. Mereka memainkan agama sebagai isu kerana mereka tahu sokongan orang Melayu kembali kuat kepada kerajaan BN...Saya tidak pernah mempertikaikan pandangan Mufti, berbeza dengan mereka yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik," katanya.




 Teguran PAS

22 Oktober lalu, Dewan Pemuda Pas mendesak Harussani memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara meletak ancak pada tiang seri rumah yang mana amalan itu bertentangan dengan akidah Islam.

Pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong, Zamri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. 

Menurut PAS upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," kata ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan.




 Saksikan video ni




Tiada ulasan: