Isnin, 15 November 2010

SharpShooter

SharpShooter


TV3 dihalau, benarkah Chegubard mahu parti Keadilan diharamkan?

Posted: 15 Nov 2010 01:08 AM PST



TV3 dihalau dari membuat liputan pemilihan Keadilan Cabang Petaling Jaya Selatan. Eloklah tu sebab TV3 adalah tali barut umno dan tukang putar belit laporan Keadilan dan Pakatan Rakyat.

Sudah 12 tahun Tv3 kerjanya melaporkan yang buruk dan fitnah sahaja tentang Keadilan dan Pakatan Rakyat manakala umno dan b-end sahajalah yang terbaik tambah-tambah lagi bila tiba musim pilihanraya.

Hidup anda akan lebih sihat tanpa TV3.



Dalam TV Selangor, Calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang mempertahankan jawatan semalam telah mengeluarkan kenyataan tentang suara akar umbi "Rapat anak muda Keadilan" yang mahu pemilihan ditangguhkan sementara waktu.

Katanya "kita mesti pilih pemimpin kerana waktu 6 bulan itu telah tamat kecualilah jika pihak-pihak ini mahu parti Keadilan diharamkan." Kenyaataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini telah mengundang kontroversi.

Adakah benar anak muda tersebut mahu parti Keadilan diharamkan sedangkan jelas perhimpunan Rapat anak muda itu bertemakan "selamatkan Keadilan".

Sebelum itu kemelut pemilihan Keadilan 2010 telah menyebabkan calon Timbalan Presiden Mustaffa Kamil Ayub telah menghantar memorandum manakala 6 Resolusi rapat anak muda telah disampaikan sendiri oleh Chegbard bersama Dato' Fauzi kepada Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah.

Enam resolusi yang dikemukakan Rapat Anak Muda PKR merangkumi;

1. Media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan

2. Pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod

ke arah memperkasa anggota dan rakyat.

3. Rapat anak muda memperakui bahawa pemilihan parti kali ini mempunyai banyak masalah.

4. Parti mesti dengan segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat.

5. Memutuskan agar semua calon dan/atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan dan/atau menarik diri daripada bertanding berikutan krisis yang melanda.

6. Atas sifatnya sebagai seorang tokoh yang disegani dan tidak bertanding, Rapat Anak Muda bersetuju agar Fauzi menjadi jurucakap dan membawa resolusi ini untuk diserahkan kepada Presiden parti.

Kumpulan tersebut yang diwakili calon Ketua Angkatan Muda (AMK) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) bersama Dato' Fauzi telah mengadakan pertemuan dengan Wan Azizah serta ahli Biro Politik iaitu Bendahari PKR William Leong dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr Mohd Noor Manuty.

Akhirnya buat kali pertama Kak Wan telah bersuara tentang isu pemilihan dan berjanji akan semak dan siasat serta akan ambil tindakan tanpa pilih kasih. Hanya Kak Wan sahaja harapan sandaran diletakkan oleh pencinta dan pendukung Parti Keadilan Rakyat yang boleh berbuat sesuatu untuk selamatkan dan meredakan keadaan.



Benarkah dakwaan Shamsul Iskandar bahawa Chegubard dan rapat anak muda serta Mustaffa kamil Ayub mahu menangguhkan pemilihan kerana mahu haramkan Parti Keadilan Rakyat?

Ikuti malam ini penjelasan Chegubard yang akan muncul di Astro Awani 501 dalam "Sudut Pandang" bertajuk "Pemilihan Parti Keadilan" jam 10 malam secara langsung.

Terkini...Shamsul Iskandar juga akan muncul bersama Chegubard malam ini di Astro Awani. Pasti akan bertambah menarik. Anak muda berjiwa besar.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Akhirnya...Zaid akan pergi jua...

Posted: 15 Nov 2010 12:58 AM PST


Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.

"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi," tulis Zaid di blognya petang ini.

Katanya, "semuanya akan dijelaskan" apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.

Sebelum ini, desas desus dan khabar angin bahawa Zaid akan meninggalkan Keadilan sudahpun bertiup kencang.

Zaid dalam portal berita miliknya - Free Malaysia Today berkata beliau telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.

"Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.

"Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum Keadilan) Anwar (Ibrahim) pecat saya.

"Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi," katanya.

Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan Keadilan yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

Adalah dipercayai bidasan terbaru, naib presiden Keadilan, Azmin Ali pada Jumaat lalu ada berkaitan dengan keputusan Zaid untuk meninggalkan parti itu.

Rosakkan reformasi

Berucap pada penyokongnya di sebuah ceramah di Shah Alam, Azmin berkata zaid tidak boleh dibiarkan "merosakkan perjuangan reformasi".

"Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita," Azmin dilaporkan berkata.

Tanpa menamakan Zaid dalam bidasannya, Azmin berkata pemimpin berkenaan tidak pernah menyertai protes jalanan dan belum pernah ditangkap dan justeru, tidak akan memahami apa erti reformasi sebenar.

Dalam perkembangan berkaitan, The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Keadilan

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka," katanya kepada akhbar itu.

Zaid, yang menyertai Keadilan pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini.

"Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti," katanya.

Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden Keadilan minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.

Tak lama lagi

Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin Keadilan, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di Keadilan.

Dalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan Keadilan dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan "Keadilan baru" jika dipecat dari Keadilan.

Bagimanapun, menurut sumber yang rapat dengan Zaid, kemungkinan besar ahli politik yang 'maverick' itu disalah petik bahawa beliau telah meninggalkan parti itu.

Ketika dihubungi pagi ini, sumber itu berkata Zaid akan membuat penjelasan hari ini di blognya.

Zaid kini dilaporkan berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Zaid tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.

"Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi," katanya menerusi SMS.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Luka Wakil Rakyat DAP ...

Posted: 15 Nov 2010 12:40 AM PST

Bekas timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran melahirkan rasa terkejut dengan kekalahannya dan beberapa pemimpin lain yang kaitkan dengan kumpulannya pada pemilihan parti peringkat negeri semalam.

"Ia adalah hari yang paling menyakitkan hati," kata ahli parlimen Ipoh Barat di blognya pagi ini.

Menurut Kulasegaran, "penyembelihan beberapa sekutu yang berkemampuan, komited dan berdedikasi" yang bertanding menentang calon-calon yang "tidak mempunyai latar rekod, tidak dikenali di dalam dan juga luar parti" adalah sesuatu yang amat perit.

"Terdapat persoalan mengenai kelayakan kira-kira 50 bahagian yang menghantar 350 perwakilan ke konvensyen parti negeri dan ini pasti menimbulkan keraguan sama ada pemenang mempunyai hak menuntut kemenangan moral," katanya.

"Keputusan itu amat mengejutkan kerana beberapa pemumpin berkebolehan dan berdedikasi seperti saudara Thomas Su, saudara Seah Long Peng dan saudara Frankie Wong dikalahkan dengan teruk," katanya.

Meskipun Kulasegaran berkata beliau menerima kekalahan itu tetapi ia sesuatu yang perit dan sukar dilupakan.

Kenyataannya itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada beliau dan pemimpin lain dalam kumpulannya akan menerima tawaran oleh pasukan yang menang yang diketuai oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming untuk membawa mereka bersama ke pimpinan DAP Perak.

Kulasegaran dan bekas naib pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang kalah pada pemilihan semalam telah ditawarkan jawatan naib pengerusi.

"Saya telah memainkan peranan saya dan tawarkan diri untuk berdamai tetapi sedih untuk mengatakan bahawa usaha pempin atasan parti telah gagal kerana kejayaan mereka memerlukan kesanggupan kedua-dua pihak untuk bekerjasama untuk kepentingan bersama," katanya.

Namun kata Kulasegaran, maklum balas dan pandangan daripada pemimpin lain dan juga penyokong akar umbi dan penyokong akan diambil sebelum memutusakan untuk menerima atau menolak tawaran yang dibuat oleh Ngeh dan Nga.

"Antara faktor yang saya akan ambil kira adalah untuk menentukan bagaimana cara terbaik untuk saya berperanan dengan efektif dalam politik negeri."


Barisan kepimpinan baru DAP Perak:


Pengerusi
- Ngeh Khoo Ham

Timbalan pengerusi
- V Sivakumar

Naib pengerusi - M Kulasegaran and A Sivanesan

Setiausaha
- Nga Kor Ming

Penolong setiausaha - Ong Boon Piow

Bendahari - Lim Pek Har

Setiausaha kerja - Teh Hock Kee

Penolong setiausaha kerja - A Sivasubramaniam

Ketua publisiti - Wong Kah Woh

Penolong ketua publisiti - Yong Choo Kiong

Ketua pendidikan politik - Teh Kok Lim


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...

Posted: 15 Nov 2010 12:25 AM PST

PAS menolak pelawaan terbaru Umno agar menyertai Barisan Nasional (BN), perikatan yang ia pernah anggotai empat dekad lalu, atas alasan "tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam."

Sebaliknya, PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

"PAS tidak akan bersama dengan BN, sebaliknya (akan) terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti.

"Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang mementingkan 'perutisme' sahaja," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menjawab pelawaan rakan sejawatannya dari Umno Datuk Ahmad Maslan kepada parti itu semalam.

Dilihat merujuk kepada peristiwa 1970-an, kata Idris, PAS tidak mahu bersama lagi dengan sebuah parti yang menjadikan perjuangan sebagai "batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa."

PAS pernah menerima jemputan BN untuk menyertainya pada awal 1970-an tetapi kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

PAS menyifatkan ia tidak ditendang keluar oleh BN selepas perikatan itu menjadi kuat menjelang pilihan raya umum 1978.

The Malaysian Insider semalam melaporkan Umno terus mengajak PAS agar bersama parti teras BN itu daripada hanya bercita-cita mahu menggantikannya atau memintanya supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah menurut Ahmad, yang juga timbalan menteri, kedudukan PAS akan lebih baik jika ia bersama BN daripada terus berganding dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam PR.

"Keadilan dan DAP itu hanya membebankan PAS.

"PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama Keadilan dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS," kata Ahmad semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Suara dan pandangan agar Umno-PAS terus kedengaran sejak selepas pilihan raya umum 2008 yang mana PAS bersama DAP dan Keadilan menafikan kedudukan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan selepas pentadbiran lima negeri jatuh ke tangan PR.

Sehubungan itu, Ahmad juga mengingatkan PAS supaya mengkaji dahulu kedudukan mereka dalam PR dan Parlimen sebelum membuat keputusan untuk menggantikan parti Melayu terbesar itu.

Malah, Ahmad berkata Umno-BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara sambil menjelaskan pilihan raya umum ke-13 masih belum diketahui bila akan diadakan.

Ahmad memberikan saranan itu menjawab kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Umno-BN harus berundur secara hormat jika kalah dalam pilihan raya umum.

Menjawab pelawaan Ahmad, Idris juga menegaskan, PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai ideologi jelas dan mempunyai kepimpinan berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara bagi membentuk landskap baru dalam politik negara.

Malah katanya, PAS menganggap "cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad."

Justeru soal beliau, apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang.

"Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa.

"Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah, contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air," katanya.

Negara baru sahaja menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah iaitu awal bulan lalu.

Justeru, kata Idris, PAS tidak akan mengizinkan Umno mengkhianati rakyat untuk separuh abad yang kedua pula.

"(Oleh itu) PAS wajib ganti Umno," katanya.

Idris mendakwa Umno hanya boleh hidup dengan 3M iaitu wang, jentera kerajaan dan media.

"Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3M, maka Umno akan berkubur begitu sahaja," katanya lagi.

Idris juga berkata, PAS akan terus bersama PR, yang dibentuk pada 2008, kerana ia adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia agak muda.

"Umno dengan kekuatan media perdana yang berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui PR, kes banjir di Kedah adalah satu contoh," katanya lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sultan Kedah dukacita...

Posted: 14 Nov 2010 11:51 PM PST

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dukacita kerana ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir yang melanda negeri ini dua minggu lalu.

Baginda bertitah, terdapat suara sumbang yang tidak menghargai pengorbanan Kerajan Negeri dan semua pihak yang terlibat membantu mangsa banjir.

"Beta simpati terhadap 60,240 mangsa banjir dan berasa sedih atas kerosakan harta benda, tanaman, ternakan dan kemudahan awam yang dialami setiap mangsa. Beta harap semua mangsa banjir bersabar dengan ujian ini," titahnya ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, semalam.

Tuanku Abdul Halim turut merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan sukarela dan semua pihak yang bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini berdepan dengan bencana banjir.

"Kerjasama dan bantuan yang dihulurkan jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum ketika menghadapi bencana," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut menggesa semua wakil rakyat menyumbang dan menjana idea baru bagi membolehkan ekonomi dan pembangunan negeri terus berkembang secara holistik dan pesat.

"Beta menyeru semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan tidak alpa dan berasa selesa dengan kemudahan yang dinikmati. Usaha secara berterusan perlu dibuat bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam mengurus aspek pentadbiran dan kewangan jabatan masing-masing," titah baginda.

Baginda mahu amalan berbelanja secara berhemah diutamakan dan dijadikan teras bagi mengawal pembaziran dalam perbelanjaan.

"Beta mahu usaha meningkatkan kutipan hasil Negeri digiatkan di samping meneroka punca-punca hasil yang baru," titah Tuanku Abdul Halim.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS persoal motif kenyataan Zaid

Posted: 14 Nov 2010 11:05 PM PST

Pas mempersoalkan motif sebenar kenyataan bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim bahawa pemimpin Pas perlu mengetuai Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kenyataan yang menyebut nama beliau sebagai antara calon pemimpin yang berkebolehan memimpin PR, tidak seharusnya dikeluarkan Zaid.

Menurutnya, berdasarkan masalah terkini Zaid dalam Keadilan, kenyataan seperti itu boleh menimbulkan tanda tanya apakah hasrat sebenar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Kenyataan ini tidak perlu dikeluarkan sekarang kerana ia boleh dianggap sebagai usaha untuk melaga-lagakan parti komponen PR.

"Dalam PR, tidak kira siapa pun, kami bersama DAP dan Keadilan akan memimpin secara kolektif bukannya secara individu ataupun satu parti sahaja. Itu yang diterapkan pimpinan PR," katanya.

Beliau mengulas temu ramah Zaid bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memaparkan tajuk 'pemimpin Pas perlu terajui Pakatan', kelmarin.

Khalid berkata, sesiapa pun mengetuai PR perlulah ada majoriti kerusi yang banyak dan Pas bukanlah parti yang menepati ciri tersebut.

Menurutnya, pandangan rakyat juga perlu diambil kira dalam konteks siapa perlu memimpin PR, dan Pas berharap sokongan rakyat tetap meningkat tanpa mengira siapa yang memimpin PR pada masa hadapan.

"Kita berharap rakyat masih menerima Pas dan memberi undi yang banyak dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam temu bual itu, Zaid turut menyebut nama-nama seperti Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahit Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad sebagai calon yang sesuai untuk memimpin PR.

Zaid memberi pendapat bahawa Pas perlu menerajui PR kerana mempunyai keupayaan membina keyakinan rakyat dan keluar daripada aura Keadilan dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemimpin umno pengkhianat bangsa

Posted: 14 Nov 2010 06:57 PM PST

JELUTONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad mengakui Umno menjadi punca tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang tergadai dan terhakis.

Beliau membuat pengakuan itu dalam satu forum bertajuk "Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah penyelesaiannya?

Oleh itu Farid menyarankan supaya rakyat khususnya orang Melayu "menutup buku" kesalahan dan kelemahan kepimpinan Umno negeri itu sehingga mengakibatkan penghakisan tanah milik Melayu.

Dua ahli panel dalam forum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid membidas saranan yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagi mereka istilah "tutup buku" tidak wajar digunakan sebaliknya episod mengecewakan itu patut dijadikan iktibar oleh orang Melayu dalam memilih pemimpin mereka.

Sehubungan itu, mereka menyarankan agar kelalaian dan sikap tidak beramanah Umno sewaktu berkuasa di Pulau Pinang dijelaskan dengan teliti agar generasi muda boleh mengenal pasti parti mana yang telah merosakkan bangsa sendiri.

"Sekarang bukan masanya buat kajian bahkan kena menyedari kenapa boleh berlaku begitu. Walhal ketika Umno berkuasa dan menjadi Timbalan Ketua Menteri serta memegang exco tanah tetapi tidak mampu berbuat apa-apa dalam urusan tanah," ujar Mujahid.

Pemimpin Umno pengkhianat bangsa

Azmi pula berkata, "orang Melayu lebih gemar kepada wang ringgit yang ditawarkan ekoran mainan orang tengah yang terdiri daripada kepimpinan politik Melayu yang kadang-kadang bercakap isu penghakisan tanah tetapi dalam masa yang sama mereka adalah pengkhianat."

Di forum yang sama, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Dato' Seri Yusuf Latiff mendedahkan satu persatu sikap pentingkan diri pemimpin Umno yang asyik mencari nama, tanpa memikirkan kerja kuat mereka selama ini merugikan perjuanggan mempertahankan tanah orang Melayu.

Beliau mengambil contoh Koperasi Tunas Muda yang dahulunya begitu aktif menjaga kepentingan tanah orang Melayu tetapi kini memberi peluang kepada kaum lain terutamanya dari segi usahasama pembangunan.

"Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Koperasi Nusantara, dan banyak lagi koperasi yang diterajui oleh Umno berkubur kerana sikap tidak amanah," tegas beliau.

Walaupun pernah menerajui koperasi, Yusuf kurang senang dengan matlamat koperasi kini yang disifatkan lebih berorientasikan keuntungan dan tidak lagi berfungsi menghalang penghakisan tanah orang Melayu di semua daerah Pulau Pinang khasnya di Barat Daya dan Timur Laut bahagian pulau.

- harakah



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Chegubard bidas Zaid Ibrahim kata Keadilan sesat.

Posted: 14 Nov 2010 03:29 AM PST



Chegubard bersama Dato Fauzi telah bertemu dengan Presiden Dato' Seri Wan Azizah petang kelmarin untuk mengantar 6 resolusi "rapat Anak Muda". Pertemuan itu akhirnya membuatkan Presiden parti bersuara buat kali pertama sejak isu pemilihan ditimbulkan.

Chegubard menegaskan beliau tidak bermaksud membuat ugutan kepada Presiden dan parti tetapi beliau mahu tindakan segera diambil bukan lagi akan cuba...akan ambil tindakan.. akan jalankan siasatan dan sebagainya.

"Persoalannya ialah kami minta mesti ada tindakan.." tegas Chegubard.

Dalam masa yang sama Chegubard juga telah membidas Zaid Ibrahim, katanya "Apa yang Zaid buat itu benar-benar salah. saya tidak bersetuju langsung dengan tindakan Zaid. Tindakan Zaid itu tidak betul..banyak kenyataan kenyatannya tidak betul..tidak betul dalam hal yang terlalu melampau..."

" Zaid perlu menggunakan sepenuhnya ruang dalam parti untuk memperbaiki keadaan..perlu menghantar aduan..perlu bertemu..perlu buat rapat dengan anggota.." tambahnya lagi.

Hari ini Zaid sekali lagi telah menyembah Utusan Meloya yang dianggap olah Keadilan dan Pakatan rakyat sebagai "toilet paper" untuk meluahkan rasa derita jiwanya di sini. Tindakan ini sekali lagi tidak betul dan Zaid sepatutnya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Zaid dalam wawancara bersama Utusan Meloya di kediamannya di Tropicana Golf & Country Club, Damansara Jumaat lalu berkata "Kalau kita berjuang bersama kumpulan yang sesat kita pun nanti sama macam mereka, nak letak mana prinsip perjuangan kita. Bagi saya yang penting soal prinsip."

Inilah juga bahana hasrat Anwar cuba memperkuatkan Keadilan dengan membawa masuk atau membenarkan kemasukan sesiapa saja tanpa menilai latar belakang serta kesesuaian mereka dengan aspirasi dan perjuangannya selepas itu meletakkannya di tempat tertinggi parti.

Anwar perlu ingat sejarahnya yang sudah pun menjadi orang kesayangan Dr. Mahathir apabila Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 dan pada tahun berikutnya berpakat dengan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dalam pemilihan parti.

Musa kalah dan Ku Li tidak menang. Ku Li bawa kes ke mahkamah dan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah. Dalam perebutan mendaftarkan semula Umno, Ku Li kalah lagi dan akhirnya keluar untuk menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Jika Anwar belajar daripada pengalaman Dr. Mahathir dan mahu terus menerajui Keadilan dan melihat parti terus relevan kepada Pakatan rakyat, Anwar tidak ada jalan lain melainkan terpaksa bertindak tegas bukannya menjadi kempen manager Azmin.

Anwar perlu belajar daripada peristiwa lalu. Kalau Anwar sedar dan belajar, tentulah Anwar lebih berhati-hati sebelum menanam modal yang besar mengalu-alukan kemasukan Zaid ke dalam Keadilan. Siapa yang membawa masuk dan menatangnya "bagai minyak yang penuh" kemasukan Zaid Ibrahim? sudah pasti Anwar bin Ibrahim.

Anwar..bertindaklah..ubah sebelum parah....ubah demi maruah.....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: