Khamis, 4 November 2010

SharpShooter

SharpShooter


Keputusan terkini di Galas dan Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 03:17 AM PDT

Keputusan Di Batu Sapi

Tronglit BN menang dengan majoriti 556,
Sekong BN menang dengan majority 477

Keputusan di Galas

1 - Pas
2 - BN

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bertia hairan fitnah Kit Siang

Posted: 04 Nov 2010 01:45 AM PDT

Berita Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah membuat kesilapan dalam laporan mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang melabelkan "Umno kafir" pada satu kempen di Galas yang beliau sendiri tidak hadir.

Akhbar harian milik Umno itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan "Umno orang kafir" demi mempengaruhi pengundi kaum Melayu pada pilihan raya kecil DUN Galas yang sedang berlangsung.

Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang," kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini.

Dalam notis ralat itu, Pengarang Berita Harian turut menyuarakan rasa kesal ekoran laporan tidak tepat yang dirujuk kepada Lim sebagai berkata.

"Kesilapan dikesali — Pengarang," kata notis itu lagi.

Semalam, DAP menyifatkan laporan yang disiarkan Berita Harian kelmarin sebagai tuduhan palsu.

Dalam kenyataannya di lobi Parlimen, Lim menegaskan bahawa beliau tidak berada di pentas ceramah Sungai Terah, Gua Musang seperti yang dituduh Berita Harian dan Ali.

Beliau juga menafikan dakwaan Ali kononnya cuba mencampuri urusan masyarakat Islam dengan menuduh "Umno orang kafir" seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Penafian Lim itu dibuat selepas wakil Pemuda Umno Putrajaya Hishamudin Yahaya membuat satu laporan polis ke atasnya kelmarin.

Ekoran itu, Lim turut mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman ke atas Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka.

"Yah, saya melihat permintaan maaf (tersebut), saya tidak tahu bagaimana mereka (Berita Harian) boleh tersalah lapor seperti itu, terutama Ketua Menteri Melaka.

"Kami akan membuat sidang akhbar kemudian untuk memberitahu tindakan susulan kami," kata Lim.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 pagi agen umno galas wang

Posted: 04 Nov 2010 01:39 AM PDT

Wartawan Kita

GUA MUSANG, 4 Nov: Pengundi di Dun Galas awal malam tadi dikejutkan dengan kedatangan agen-agen yang dipercayai Umno membawa bungkusan makanan dan wang ketika mereka sedang enak tidur.

Seorang penduduk di RPT Sungai Terah memberitahu kumpulan agen Umno datang membawa makanan dengan mengetuk pintu rumah penduduk antara jam 2 hingga 3 pagi.

Katanya bungkusan makanan itu dibawa dengan kenderaan dan diedar ke rumah-rumah setiap penduduk ketika mereka sedang tidur.

"Saya terkejut dengan bunyi bising yang berlaku. Apabila mengintai dari tingkat dilihat beberapa petugas membawa bungkusan makanan turun naik ke rumah penduduk.

"Tetapi mereka tidak datang ke rumah saya, cuma pergi ke rumah jiran-jiran saya," katanya ketika ditemui selepas beliau bersama suami membuang undi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mohamad Fa-iz Petra di sini, pagi tadi.

Seorang penduduk Cina di Kampung Baharu juga memberitahu ada agen yang membawa bungkusan makanan menemui penduduk sekitar jam 3 pagi tadi.

Katanya, kehadiran agen itu tidak dijangka memandangkan ramai petugas PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidur.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tidak ada petugas kita yang dapat memantau pergerakan agen Umno membawa makanan ke rumah penduduk ketika awal pagi," katanya.

Malfrel bantah

Sementara itu, jurucakap Mafrel berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak mengamalkan kaedah biasa membilang undi di tempat mengundi membabitkan pusat mengundi Orang Asal sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Beliau berkata, sepatutnya pembilangan undi dilakukan di tempat mengundi terlebih dahulu sebelum dibawa ke tempat penjumlahan di Pusat Sivik, Gua Musang menggunakan perkhidmatan helikopter.

"Peraturan dibuat SPR itu boleh mendedahkan kepada penyelewengan kerana undi belum dikira ketika dibawa ke tempat penjumlahan.

"Kami akan menghantar nota bantahan kerana peraturan tersebut boleh mengundangkan ruang penyelewengan memandangkan tiada wakil –wakil dari parti yang bertanding ketika peti dibawa ke pusat penjumlahan di Dewan Sivik," katanya ketika ditemui di sini.

Sukarelawan Mafrel diketuai Dr Abdul Halim Yusof memantau pilihan raya tersebut biar pun kurang mendapat kerjasama SPR.

Semalam PAS menghantar memorandum bantahan terhadap SPR kerana mahu membilangkan undi terlebih dahulu di tempat pengundian sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Di mana Ku Li?

Sepanjang kempen sehingga tengahari ini bilangan petugas dan perayu PAS jauh mengatasi kehadiran perayu undi BN.

Malah di daerah mengundi Sungai Terah hanya kelihatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Adun Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid dan beberapa penyokong Umno dari Jeli. Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Namun media tidak dapat mengesan di manakah pengarah jentera BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sedangkan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, Tian Chua.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pengundi hantu di Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 01:34 AM PDT

SANDAKAN 4 Nov - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya apabila Ketua Tempat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Karamunting membenarkan seorang wanita yang dipercayai pengundi hantu untuk membuang undi di pusat pengundian tersebut.

Menurut Ketua Daerah Mengundi KEADILAN Karamunting di Bokara, Mohd Fareez Kamarul Intidzam, pengundi hantu itu membawa kad pengenalan yang menunjukkan beliau dilahirkan pada tahun 1938 iaitu berusia 72 tahun tetapi mempunyai raut wajah seorang wanita yang berumur awal 30-an.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai 'Misbah Sulaiman' mempunyai kad pengenalan bernombor 380203-12-5388 cuba mengundi di Saluran 1 tetapi menghilangkan diri setelah identiti beliau terdedah.

"Persoalannya bagaimana wanita tersebut boleh bolos di kaunter semakan SPR dan kemudiannya KTM juga seolah-olah menutup mata sebelah terhadap kehadiran pengundi hantu tersebut. Kalau benar dia pengundi kenapa mesti lari apabila kita mahu bertanyakan kepada beliau?

"Kita tuntut SPR akan lebih telus dan berhati-hati bagi memastikan tidak ada lagi kejadian seperti ini berlaku.

"Ini baru satu insiden cubaan membenarkan pengundi hantu masuk ke pusat pengundian untuk menbuang undi, bagaimana pula kes-kes yang lain?," kata Mohd Fareez.

Bantahan tersebut telah dibuat oleh salah seorang Agen Pengundian dan Pengira Undi (Paca), Latifah Varshy Ibrahim setelah menyedari percubaan mengundi oleh individu tersebut.

Beliau juga membangkitkan tentang penggunaan buku daftar mengundi yang berbeza antara apa yang gunapakai oleh SPR dan salinan yang diberi kepada parti yang bertanding.

"Kita dapati dalam buku daftar pengundi yang diberikan SPR terdapat beberapa halaman yang hilang. Apabila kami periksa dengan salinan yang ada pada SPR, halaman yang hilang itu mengandungi nama pengundi yang mempunyai nombor kada pengenalan baru seolah-olah baru
semalam kad pengenalan di keluarkan," jelas beliau lagi.

Sementara itu wakil calon, James Lim Ching Ding berkata Ketua JDM KEADILAN Jalan Sibuga telal bantahan apabila calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin didapati berbual dengan KTM di Sekolah Kebangsaan Agama Sandakan.

"Paca kita di situ telah memberitahu calon BN bahawa beliau telah melanggar peraturan pilihan raya dan pihak KEADILAN, BN dan SPR telah sama-sama menandatangani surat bantahan," jelas Lim.

Proses pengundian pada pilihan raya kecil P185 Batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi tadi secara keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Peratus keluar undi rendah di Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 01:30 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3923SANDAKAN 4 Nov - Peratusan keluar mengundi yang agak rendah hari ini di Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi mencerminkan undi protes pengundi Melayu dan Cina di kawasan tersebut.

Sehingga pukul 1.00 tengahari tadi hanya 41 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi telah keluar mengundi dan jumlah ini dijangka mungkin tidak melepasi 50 peratus setelah semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5.00 petang.

Parlimen Batu Sapi mempunyai 12 daerah mengundi (DM) dengan 45 saluran mengundi.

Menurut wakil calon, James Lim Ching Ding berkata peratusan keluar mengundi yang rendah disebabkan ramai pengundi Melayu dan Cina tidak mahu mengundi calon BN dan masih membuat keputusan samada memilih antara calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

"Nampaknya pengundi sudah membuat keputusan tidak mengundi BN dan masih menimbangakan antara KEADILAN dan Sapp. Selalunya dalam mana-mana pilihan raya sekiranya peratusan keluar mengundi adalah tinggi di kubu kuat BN, calon BN kemungkinan besar akan menang tapi di Batu Sapi keadaannya agak ganjil menandakan undi tidak pergi kepada BN," jelas James Lim.

Maklumat tidak rasmi yang diperolehi daripada Jabatan Pilihan Raya Pusat KEADILAN di Bandar Ramai-Rami mengatakan peratusan yang keluar mengundi tertinggi di catat di pusat mengundi SK Pulau Timbang di dalam DM Tronlit iaitu sebanyak 73 peratus atau 717 daripada 984 pengundi.

Selain itu DM Sekong mencatat peratusan keluar mengundi setinggi 55 peratus 429 daripada 785 pengundi.

DM Kg Gas pula mencatat 41 peratus atau 1,097 daripada 2,701 pengundi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kertas undi tiada logo

Posted: 04 Nov 2010 01:09 AM PDT

Harakahdaily
GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.

Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

"Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," katanya ketika ditemui di sini.

Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain.

"Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR," katanya.

Menurut beliau setakat ini pihaknya menerima dua aduan mengenai masalah terbabit dan salah satu daripadanya telah dilaporkan kepada pihak polis.

Ia terdiri daripada satu kertas undi di unit peti undi Sungai Terah serta UPU Kampung Baru.

"Tindakan yang terdekat, kita telah meminta kepada pihak polling agent untuk membuat bantahan bertulis mengenai kes tersebut," ujarnya.

Kempen solo

Sementara itu, para pengguna jalanraya Gua Musang - Kota Bharu sangat tertarik dengan cara penunggang basikal ini berkempen untuk PAS.

(Gambar: Kempen solo berbasikal)

Beliau dilihat memasang dua bendera besar PAS pada basikalnya dan bergerak ke seluruh kawasan pilihan raya dan jalan raya utama di sekitar Gua Musang.

Ketika ditemui oleh wakil Harakahdaily, penunggang ini berkata, beliau sangat marah kepada Umno dan BN yang membawa masuk ramai pengundi luar ke Gua Musang.

Ketika ditanya, bagaimana dia tahu mengenainya, penunggang ini berkata, "Saya kenal mereko dan sapa-sapa (orang) bersama dia."



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gambar-gambar hari mengundi dan kempen di Batu Sapi

Posted: 03 Nov 2010 10:18 PM PDT























* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gambar-gambar hari mengundi di Galas

Posted: 03 Nov 2010 09:04 PM PDT

Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi.

11.57am
Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.



Gambar-gambar sekitar hari pengundian di Galas..semoga kemenangan berpihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat...takbir...

















* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Melayu P.Pinang semakin terpinggir....?

Posted: 03 Nov 2010 08:10 PM PDT


Melayu Pulau Pinang semakin dipinggir
Oleh - Haji Ramlan Haji Husain

Setiausaha Kehormat Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS)

Nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang perlu dijadikan pengajaran pemimpin Melayu Pakatan Rakyat. Perjuangan terhadap agama dan bangsa mesti diutamakan bukan diremehkan. Jangan jadi bisu mempertahankan agama dan buta membela maruah bangsa. Sedarlah pemimpin agar tidak terus bersifat kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung semata-mata menjaga hati rakan pakatan sehingga maruah agama dan bangsa di tanah air sendiri tergadai.

Kebelakangan ini semakin kuat kedengaran cerita mengenai strategi terancang digerakkan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk meminggirkan penduduk Melayu di bahagian pulau ke tanah seberang. Strategi terancang ini sebenarnya sudah lama kedengaran. Kita boleh lihat dengan nasib penduduk Melayu di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang sudah berusia hampir 100 tahun kini beralih tangan apabila diserahkan kepada pemaju perumahan yang akan membangunkan kampung itu dengan projek rumah mewah yang tidak mungkin mampu dimiliki orang Melayu Pulau Pinang. Jika ada pun, jumlahnya boleh dikira dengan jari. Berita lanjut di sini.

Bagi menjawab persoalan itu Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata tindakan Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mempolitikkan isu pendidikan dan merupakan propaganda yang bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau turut bercadang menghantar surat tuntutan terus kepada Kementerian Pendidikan atau Pendidikan Tinggi bagi membentuk Jawatan Kuasa Muafakat Pendidikan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai salah satu hub pendidikan di negara ini.

YY9"Saya menyambut baik jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong di mana kerjasama penuh akan diberikan oleh kerajaan berhubung cadangan menjadikan Balik Pulau sebagai hub pendidikan.

"Saya juga mengambil kesempatan ini selepas isu tersebut menjadi kontroversi dalam isu pengambilan tanah dan tuduhan yang mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memangsakan masyarakat Melayu di kawasan itu hanyalah fitnah semata-mata.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah isu pengambilan tanah di Kuala Upeh, Balik Pulau telah dibuat oleh pihak pentadbiran tanah menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 7 Oktober lepas.

Dalam kenyataan akhbar tersebut telah menjelaskan tanah yang diambil dimiliki pihak swasta iaitu Gin Toh Holding Sdn Bhd.

"Apa yang berlaku, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebenarnya telah menyelamatkannya tanah masyarakat Melayu yang terpinggir di Balik Pulau.

"Saya mahu perkara ini dijelaskan sekali lagi kerana apa yang paling Pakatan Rakyat terkilan selepas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Fuad Zakarshi yang mendakwa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ingin membina sebuah universiti daripada Singapura yang jelas bertentangan dengan Ka Siong yang memberikan jawapan lebih kepada semangat 1 Malaysia.

"Ini merupakan propaganda jahat Umno dan Perkasa mempolitikkan isu pendidikan kerana kalau betul Universiti Nanyang yang mahu dibina di situ, ianya adalah satu universiti yang baik," tegas Yusmadi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji jawapan Dr Wee yang dilihat memberikan jawapan yang memberikan manfaat kepada pembangunan pendidikan penduduk luar bandar, khususnya.

"Agenda hub pendidikan adalah agenda melangkaui mana-mana parti politik, saya juga berharap perkara ini bukan hanya retorik politik di mana agenda tidak parokial dan rasis sebalik benar-benar membangunkan agenda pendidikan," tegas beliau dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Isnin lepas.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar ulangi janjinya

Posted: 03 Nov 2010 08:00 PM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

DSC_0839SANDAKAN 3 Nov - Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata sekiranya Pakatan Rakyat diamanahkan untuk menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak keesokkan harinya.

Anwar menegaskan ini bukan janji manis atau cakap kerana sebagai bekas Menteri Kewangan yang memegang jawatan itu selama lapan tahun, beliau tahu keuntungan hasil pendapatan mampu menampung keputusan yang bakal dilaksanakan itu.

"Saya tahu di mana wang disimpan, keuntungan Petronas sahaja melebihi RM70 bilion setahun, malah royalti minyak Sabah mencecah RM1.2 bilion tetapi harga minyak tetap dinaikkan tanpa ada belas kasihan kepada rakyat bawahan. Minyak banyak tapi harga naik.

"Adalah mustahil Umno-BN mengatakan tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat miskin sampai jeti dan jambatan roboh di Batu Sapi. Kita berjanji sekiranya kita tubuh kerajaan di Putrajaya kita merubah semuanya ini dalam tempoh dua tahun," tegas Anwar di hadapan lebih 1,000 penduduk Kampung Bahagia yang merupakan kubu kuat BN.

Atas dasar ini Anwar berkata beliau terus melawan Umno-BN yang mengabaikan derita rakyat serta mengkayakan kroni dan kaum kerabat mereka.

Beliau memberitahu hadirin jentera umno sedang membuat lawatan sambil mengedarkan 'hadiah' menjelang pembuangan pada 4 November.

"Itulah Umno, dia datang terhegeh-hegeh beri hadiah dan duit, kemudian minta mengundi kita mereka. Apa dia ingat kita kuli, hamba dia? Kita rakyat merdeka.

"Bila mereka (umno) datang beri beras, ambil! Dia beri zink satu, minta sepuluh! Dia bagi wang, ambil! Bila masa mengundi nanti, ingat, pangkah KEADILAN!" kata beliau diikuti sorakan hangat dari penduduk.

Menegaskan pendirian beliau, Anwar berkata Umno-BN melalui jentera kerajaan telah mencuba sedaya-upaya untuk menghalang perjuangan beliau.

"Umno-BN takut dengan saya kerana perjuangan saya membela rakyat. Dia mahu tangkap, biar dia tangkap. Dia pukul, memang dia pukul saya. Dia telanjang, biar! Dia penjarakan saya, tak apa tetapi bila saya keluar penjara, lawan tetap lawan!" tegas beliau diikuti sorakan meriah.

Ceramah Anwar diteruskan dengan lawatan ke Kampung Bokara dengan sambutan kira-kira 200 penduduk menunggu di sebuah rumah penduduk tempatan.

"Jika kita berjaya menang Putrajaya, insya Allah dalam masa dua tahun kita akan rubah Sabah," tegas beliau lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Janji Ansari

Posted: 03 Nov 2010 07:41 PM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

CSC_1380SANDAKAN 3 Nov - Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah, akan menjadikan perjuangan menuntut gaji minima RM1,500 sebulan untuk setiap pekerja di kawasan tersebut sebagai salah satu agenda beliau sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil Di Dewan Rakyat.

Isu kemiskinan dijangka akan menjadi salah satu isu penting yang bakal dibangkitkan dalam Parlimen jika Ansari dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada hari pengundian esok.

Sehubungan itu Ansari yang juga seorang peguam terkenal di Sabah juga akan mengusahakan program yang bersesuaian untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar rakyat di kawasan Batu Sapi.

Langkah ini terkandung dalam kerangka 10 tindakan segera beliau sebaik sahaja dipilih sebagai ahli parlimen.

Agenda beliau lain di Batu Sapi termasuk:

1. mengadakan kediaman tetap beliau di Sandakan.

2. mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat yang dibuka setiap hari dengan kemudahan telefon dan lain-lain kemudahan.

3. meneruskan khidmat rawatan doktor secara percuma di kawasan terpencil.

4. meneruskan khidmat guaman percuma kepada pengundi yang teraniaya dan terancam.

5. meneruskan lawatan ke semua kawasan penempatan dan kampung untukberjumpa semua rakyat dan mengenal pasti masalah mereka.

6.mengumpul data anak-anak tercicir persekolahan dan mengusahakan mereka berpeluang meneruskan pelajaran dalam aliran perdana sehingga ke peringkat universiti.

7. menganjurkan program pembangunan masyarakat - keluarga, rumah d an pembaikan persekitaran.

8. memastikan Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan tanggungjawab dengan menyediakan tapak-tapak niaga yang sesuai, tersusun dan bersih.

"Sejak dari alam remaja saya telah ditanam dengan jiwa prihatin kepada kesusahan dan penderitaan orang lain oleh ahli keluarga dan NGO yang saya ceburi sehinggalah ke peringkat universiti.

"Saya percaya rekod saya dalam membela rakyat di kawasan ini sejak permulaan kerjaya saya sebagai majistret pada tahun 1978-79 lagi. Saya bersyukur kerana telah diberi kesempatan oleh Tuhan untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat di sini termasuk menyelamatkan seorang insan dari dihukum mati di tali gantung," kata Ansari dalam mesej rayuannya kepada pengundi Batu Sapi.

Ansari berjanji beliau akan terus memperjuangkan matlamat Dasar Autonomi Untuk Sabah dan isu royalti minyak sebanyak 20 peratus menjadi kenyataan.

"Sesungguhnya perjuangan menegakkan keadilan di negara kita tanpa mengira kedudukan agama dan kaum adalah tugas yang amat berat. Ia hanya dapat dilaksanakan menerusi Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

b-end rasuah saat akhir di Batu Sapi

Posted: 03 Nov 2010 08:54 AM PDT



Usaha terdesak terakhir b-end di Batu Sapi bagai sapi terputus tali. Untuk menang, b-end sanggup menyogok 30 ribu keping zink kepada pengundi Batu Sapi. Semua penduduk di Batu Sapi akan mendapat zink tersebut sekiranya mereka mempunyai slip pengundian sahaja.

Ini tidak rasuah sebab b-end yang buat tetapi jika Pakatan Rakyat buat pasti ini di namakan rasuah politik. Seperti mana yang kita sedia maklum, 500 juta duit kapal selam itu komisyen bukan rasuah tetapi jika beri kepada polis RM50, itu rasuah namanya.

1 Malaysia tetapi tidak sama undang-undangnya, untuk orang atasan lain, untuk rakyat marhaen lain pula undang-undangnya.



Manakala warga emas di Batu Sapi pula dijanjikan akan mendapat RM100 seorang. Maka berduyun-duyunlah warga emas beratur untuk dapat duit raya RM100. Ini juga tidak rasuah sebab b-end yang bagi tetapi jika Pakatan Rakyat beri, ini di namakan rasuah politik.

Kesian warga emas, ada yang pengsan sebab beratur terlalu lama tetapi malang, akhirnya duit pula tidak ada, penyamun tarbus sudah samun di tengah jalan agaknya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Zakat rasuah, RM100 boleh tapi sayang tertipu...

Posted: 03 Nov 2010 03:37 AM PDT

Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi. Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.

Barisan itu sejak pagi tadi dikatakan hampir tidak bergerak namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka. Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik. "Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?" soalnya.

Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan. Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu. Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.

Beberapa pekerja parti MCA juga kemudian turun dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada bayaran akan dibuat. Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas. Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah. "Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku," marah seorang penjual daging.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: