SharpShooter |
- Benarkah Zaid agen umno?
- Rosmah pemangku PM?
- Silap Data ..Azmin pula di atas
- Chegubard dan Zaid Ibrahim mendahului dan wabak sokong "ABA" merebak
- Chegubard berjaya memintas Shamsul Iskandar di hari ketiga
- Talian hayat b-end di Telok Ayer Tawar ditambah
- umno perlu jelaskan RM2.3 bilion duit judi
| Posted: 01 Nov 2010 02:30 AM PDT Dari Mat Saman Kati - Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi. 1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman? Apa pula manifesto BA+DAP? 1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan. Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP. Itu sebelum menang. Bila dah menang? Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap? Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji. Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti? Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin. Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja. Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah. Sambung di sini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 01 Nov 2010 12:57 AM PDT
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Silap Data ..Azmin pula di atas Posted: 31 Oct 2010 11:46 PM PDT Keputusan rasmi kali ketiga dikeluarkan hari ini termasuk penjelasan pada sidang media menunjukkan Naib Presiden Azmin Ali pula mendahului saingan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat. Selepas menyaksikan situasi peratusan keluar mengundi yang rendah sepanjang tiga hari pertama, pemilihan kali pertama menggunakan sistem pemilihan langsung ini berhadapan kesilapan keputusan rasmi awal. Azmin, Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Datuk Zaid Ibrahim diumumkan hanya menerima 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Naib Presiden Keadilan, mengumpulkan 1,149 undi. Mengumumkan perkara itu tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan. "Ia kesilapan manusia," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat keadilan di sini hari ini. Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga sejak pagi tadi. Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051. Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi. Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 menjadi 1,271. Sharpshooter - Mengapa sampai perlu buat sidang media? Keputusan di sebelah kiri ini diambil sebelum sidang media diadakan. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas. Kita selalu kecam SPR kononnya tidak telus tetapi mengapa wakil calon atau calon tidak diberi salinan keputusan rasmi pemilihan dicabang? Jika dalam pilihanraya, PACA (Poling Agen Counting Agen) selalu diingatkan tentang pentingnya Borang 14 ditandatangani oleh pegawai SPR di setiap tempat mengundi untuk dijadikan rujukan supaya tidak berlaku penipuan oleh SPR. Sepatutnya dalam pemilihan Keadilan 2010, perkara yang sama patut diamalkan. Maknanya wakil calon wajib tandatangan keputusan rasmi pemilihan di cabang dan satu salinan keputusan rasmi wajib diserah kepada wakil calon. Sharpshooter sudah tiga hari berturut-turut menjadi wakil calon tetapi malangnya ada tempat yang pegawainya tidak mahu tandatangan salinan keputusan rasmi yang diusahakan atas inisiatif wakil calon sendiri atas alasan beliau tidak mendapat arahan pusat. Apa jaminan tidak ada "tangan ghaib" yang akan mengubah keputusan sedangkan wakil calon atau calon dinafikan haknya untuk mempunyai satu salinan keputusan rasmi di setiap cabang? Sharpshooter bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi sharpshooter mahu melihat keadilan itu terlaksana. Bukan susah sangat pun untuk memberi satu salinan keputusan rasmi di setiap cabang kepada wakil calon atau calon supaya pertikaian tidak berlaku. Teguran ini hanya untuk menambahbaikkan Parti Keadilan Rakyat. Inilah satu-satunya parti yang berani membuat perubahan besar dengan memberi setiap ahli satu undi untuk memilih Pemimpin di semua peringkat. Kepada semua pegawai dan pihak sekretariat yang menjalankan tugas dengan amanah, sharphooter ucapkan syabas dan tahniah. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Chegubard dan Zaid Ibrahim mendahului dan wabak sokong "ABA" merebak Posted: 31 Oct 2010 09:37 PM PDT Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam Keadilan.
Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621). Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895). Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut:
B agi Angkatan Muda Keadilan pula, berdasarkan keputusan rasmi daripada ke semua 68 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Chegubard mendapat 1,123 undi manakala Shamsul Iskandar sebagai penyandang mendapat 1,029 undi. Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul Iskandar sebagai penyandang Ketua AMK dengan 104 undi.Manakala untuk Timbalan Ketua AMK, Jonah mendapat undi 1,214 dan pencabarnya YB Chang Lih Kang mendapat undi 833. Sentimen perkauman dalam AMK wajib dihindarkan. Jika rasa nak undi semua Melayu eloklah pilih umno atau perkasa...ha..ha.. Kempen "kita sokong ABA" juga merebak bak wabak yang tidak boleh dikawal dan dibendung dalam keadilan. Apa yang dimaksudkan dengan "ABA"? Azmin Bin Ali kah? tidak..rupa-rupanya yang dimaksudkan dengan istilah "ABA" adalah kita sokong ASAL BUKAN AZMIN.Begitulah kempen "kita sokong ABA" yang merebak seolah-olah satu wabak yang begitu cepat merebak dan tidak dapat dikawal lagi biarpun ada "tangan ghaib" yang cuba mengawal wabak tersebut. Mungkinkah ada penawar untuk mengawal wabak "ABA" yang menular begitu cepat dan pantas dari Perlis hingga ke Sabah? Apa pun yang kita harapkan adalah keputusan pemilihan 2010 tidak ada "tangan ghaib" yang mengubahnya. Kita bukan sahaja mahu melihat Keadilan.... tetapi kita mahu melihat Keadilan itu terlaksana. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Chegubard berjaya memintas Shamsul Iskandar di hari ketiga Posted: 31 Oct 2010 07:47 AM PDT Chegubard berjaya memintas dan mengatasi Shamsul Iskandar di P.Pinang pada hari ketiga pemilihan Keadilan 2010.Sebanyak 6 Cabang di P.Pinang telah berjaya mengadakan pemilihan hari ini dengan aman damai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Cabang tersebut adalah Batu Kawan, Permatang Pauh, Bagan, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasek Glugor. Chegubard mendapat undi sebanyak 162 manakala Shamsul Iskandar yang mempertahankan jawatan Ketua AMK memperoleh undi sebanyak 93. Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul dengan 69 undi. Manakala keputusan terkini keseluruhan setakat jam 11.08 mlm ini : Che'gubard memperolehi undi sebanyak 1002 manakala Shamsul Iskandar sebanyak 697 undi. Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul Iskandar sebanyak 305 undi. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Talian hayat b-end di Telok Ayer Tawar ditambah Posted: 31 Oct 2010 07:43 AM PDT KEPALA BATAS, 31 Okt — PAS Pulau Pinang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status pengundi awam isteri tentera di negeri ini kepada pengundi tidak hadir (pengundi Pos) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengikut peraturan dalam pindaan 2002 dalam Seksyen 2(b). Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Mohd Fadzil Kemi berkata di bawah Seksyen 2(b) isteri tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi pos atau pengundi awam bagi sesuatu kawasan. "Dalam situasi ini seramai 630 isteri tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar, sebahagian daripada mereka merupakan pengundi baru dan sebahagian lagi yang telah berdaftar. "Kami mahu SPR memberi penjelasan terperinci berhubung pertambahan bilangan pengundi yang berlaku secara mendadak ini, jumlah ini diperolehi untuk tempoh semakan bermula dari 27 Okt lepas hingga 2 Nov depan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Mohd Fadzil yang juga Timbalan Penolong pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri juga mendakwa SPR tidak memaklumkan kepada isteri-isteri tentera terbabit mengenai pertukaran status pengundian mereka. Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis Mohd Fadzil berkata: "Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari peguam".* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| umno perlu jelaskan RM2.3 bilion duit judi Posted: 31 Oct 2010 07:25 AM PDT Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009. Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini. Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno. "Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi. Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya. "Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya. Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi. Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka. ![]() "Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak. "Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya. Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan. "Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan. "Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi. Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan