Isnin, 1 November 2010

shalehudin

shalehudin


Galas kepunyaan Pas

Posted: 01 Nov 2010 10:48 AM PDT

Hodoh sungguh la politik Malaysia. Umno buat semua boleh, Pakatan buat semua salah. Yang kata bukan Najib, yang kata bukan Muhyiddin tapi SPR yang diharapkan oleh rakyat terbanyak akan menjadi orang yang tidak bias dalam persada politik negara.

Umno kini bagai kelemasan, akan berpaut walau didahan reput. Umno kini sudah merasa begitu cemas dengan penguasaan PAS di pilihanraya kecil Galas sebab itu mereka buat bertindak dengan memaki hamun pucuk pimpinan Pas terutama sekali Nik Abd Aziz Nik Mat.

Ini jelas betapa tertekannya Umno di Galas. Pihak yang tertekan bukan calang calang parti, mereka ialah Umno yang penuh dengan kekuatan jentera pilihanraya tersendiri setelah lebih 50 tahun berkuasa. Tentunya penguasaan Pas dan sokongan ramai pengundi di Galas memberi tekanan yang tak terhingga pada Umno dan sekaligus menyebabkan mereka bertindak bagai orang terencat akal.

Anwar bersara: Asri bsersuara kerana Umno suka?

Posted: 01 Nov 2010 06:48 AM PDT

Dr Asri: Sudah masanya Anwar bersara 'politik'

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata sudah sampai masanya untuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' kerana banyak rentak tari politiknya makin 'tidak seimbang'.

Menulis dalam blognya di bawah tajuk 'Politik kita memerlukan anjakan baru', Dr Mohd Asri menegaskan "politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas".

Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan), al-Amanah (amanah) dan mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik tauke, tulisnya lagi.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

"Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," tambahnya

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri menyarankan semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, "berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat."

"Sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini.

"Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara," tulisnya.

Mengenai saranannya supaya Anwar bersara politik, Dr Mohd Asri berkata zamannya mungkin makin menyusur pergi dan "saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama."

"Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewjudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini.

"Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," tambahnya.

Sambil memohon maaf, Dr Mohd Asri berkata beliau apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini.

"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," tulisnya.- Malaysiakini

Kesilapan data? Bunyi macam pelik nih... hihi...

Posted: 01 Nov 2010 02:00 AM PDT


Kesilapan data: Azmin pula mendahului

Perangkaan rasmi terbaru daripda setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali sedang mendahului pemilihan timbalan presiden parti itu dengan mendapat 3051.

Menurut Saifuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2529 undi manakala seorang lagi pencabar jawatan itu, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1149 undi.

Sebelum ini, laman sesawang PKR menyiarkan keputusan bahawa Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.

Kesilapan dipercayai berlaku ketika usaha memasukkan data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (68 cabang), Zaid dilaporkan mendapat keseluruhan 3,683 undi meninggalkan pencabar terdekat Naib Presiden Azmin Ali dengan 3051 undi.

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Tiada ulasan: