Isnin, 1 November 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Amaran Merah

Posted: 01 Nov 2010 05:59 AM PDT

Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Uji Bakat Program Realiti Bogel

Posted: 31 Oct 2010 04:45 PM PDT

Gambar hiasan
Penerbit-penerbit sebuah rancangan realiti bogel yang bakal ditayangkan di televisyen Florida memberitahu, mereka bercadang mengadakan uji bakat secara langsung di Internet, lapor sebuah akhbar.
Akhbar St. Petersburg Times pada Khamis lalu melaporkan bahawa pengguna-pengguna Internet boleh membantu memilih tujuh orang yang bakal menyertai rancangan yang diberi tajuk Nak'd Truth."
Mereka harus bersetuju untuk tinggal selama sebulan di Caliente Resort dan Spa di Tampa.
Pengguna-pengguna Internet boleh mengundi calon yang berpotensi ketika uji bakat dilakukan pada 13 dan 14 November ini.
Bagaimanapun tiada aksi bogel akan disiarkan di Internet.
Pihak Atlantic Overseas Pictures Inc. memberitahu, krew filem akan membuat penggambaran secara kreatif dan akan mengaburkan bahagian sulit peserta sebelum rancangan tersebut ditayangkan di televisyen. 
Sumber: Agensi

Tiada ulasan: