Khamis, 11 November 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno TERGAMAM: Bank dunia sahkan negeri Sabah paling miskin di Malaysia!

Posted: 11 Nov 2010 08:27 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Baru sahaja kerajaan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan perangkaan negeri Sabah sebagai negeri yang paling ramai penganggur di Malaysia...boleh baca pada tajuk "TERBARU: Statistik kadar pengangguran: Kelantan paling rendah, Sabah paling parah!"

Hari ini Bank Dunia pula melaporkan Sabah adalah negeri paling miskin di Malaysia..

Itu pun masih ada penyokong fanatik Umno yg mendakwa segala tuduhan PAS dan PR tentang Sabah adalah keterlaluan, fitnah, tiada bukti dan sebagainya...dituduhnya kembali Kelantan di bawah PAS adalah negeri yang paling miskin dalam serba serbi..

Nah, tak cukup dengan data rasmi dari kerajaan, hari ni kenyataan rasmi dari bank dunia pula ditampilkan...kalau tak boleh juga terima hakikat, sahlah anda (penyokong Umno) adalah kelompok jumudian Umno yang tertutup mindanya...

Akhir kalam, jika blogger Umno berani jawab kenyataan penulis di atas, silakan..penulis tunggu..wallahua'lam...


World Bank confirms Sabah as M'sia's poorest state

The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it's likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication.

The bottomline was that Malaysia's economic planning in Sabah so far has not been for inclusive growth.

The study contained in the World Bank's 2010 Malaysia Economic Monitor (MEM), the third in its series, was handed over last night to the state government by WB representative Emmanuel Jimenez, also Human Development Sector Director (East Asia and Pacific Region).

"Although efforts by the Government have somewhat brought down the poverty rate, it's still not enough," said Jimenez. "The MEM shows that Sabahans continue to struggle to make ends meet. This is more evident in the outskirts of the towns."

*Baca seterusnya di portal Malaysiakini, klik di SINI...

p/s: Di bawah dilampirkan beberapa foto terbaru keadaan dan suasana di Sabah, negeri jajahan Umno sejak sekian lama..gambar ini dirakam ketika berlangsungnya PRK Batu Sapi baru2 ini..fikir2kan...


















Lagi fitnah Umno berjaya dipatahkan: Hanya 1 rumah Melayu dirobohkan - LGE

Posted: 11 Nov 2010 07:54 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Satu persatu fitnah Umno berjaya dijawab dan dipatah balik..terfikir juga penulis mahu menghimpunkan semua fitnah2 penyokong Umno terhadap PP ini dlm satu entry khas, dan serahkan kepada umum untuk menilai...insyaAllah jika ada kelapangan...

Apa yang jelas, Umno dan perkauman tidak dapat dipisahkan...itulah makanan dan sajian mereka sejak sekia lama, perkauman, perkauman, perkauman...kerana itu tidak pelik, Tun Mahathir sendiri mengakui Umno adalah sebuah parti perkauman (rasis)..

Ternyata Umno Pulau Pinang sebagai pembangkang negeri hanya tahu membangkang membuta tuli..cuba tunjukkan mana usaha, program kerajaan negeri PP yg mendapat pujian dari Umno PP, tiada, semuanya tidak betul pada pandangannya...dulu bukan main kata orang, kini diri sendiri tak sedar diri!..fikir2kan...


Hab pendidikan: Hanya 1 rumah Melayu diroboh

Hanya 10 peratus atau 1 daripada 10 rumah yang terlibat dalam rancangan pembinaan hab pendidikan Pulau Pinang di Pondok Upeh, Balik Pulau adalah milik orang Melayu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim berkata, berdasarkan statistik ini jelas membuktikan Umno sengaja memainkan isu perkauman untuk menghasut orang Melayu membenci kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negeri ini.

"Fitnah dan tohmahan Umno ini terus dilakukan walaupun rancangan murni kerajaan negeri Pulau Pinang itu melahirkan lebih ramai cendiakawan tempatan dan mengelakkan lebih banyak warga tempatan berbakat keluar bekerja di luar negara.



"90 peratus atau 9 buah rumah lagi adalah milik orang bukan Melayu sejak sekian lama dan semua penduduk yang terdiri daripada 10 rumah akan menerima pampasan mengikut nilai pasaran semasa sekitar RM160 juta," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Rancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina hab pendidikan di Pondok Upeh itu menjadi isu panas sehingga mencetuskan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini kerana didakwa kononnya sebahagian strategi DAP untuk mengusir orang Melayu di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, isu yang cuba dimainkan oleh Umno mengenai hab pendidikan itu membuktikan secara jelas bahawa kerajaan BN kini ketandusan idea dan bankrap isu untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada 2 November lalu, sekumpulan kira-kira 100 orang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membantah isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta.

Perang mulut kemudian tercetus apabila kedua-dua pihak - Pakatan Rakyat dan BN saling menuduh orang yang memanjat pintu pagar sewaktu protes Selasa lalu di luar bangunan DUN Pulau Pinang adalah ahli PAS dan bukannya Umno.

Mengenai keputusan beliau untuk tidak menduduki kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Teratai walaupun telah hampir tiga tahun menduduki kerusi Ketua Menteri, Lim berkata bangunan tersebut masih dalam tempoh pengawasan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan.

"Apa yang lebih penting, kos yang perlu dibelanjakan untuk pembaikan dan pengubah suaian seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat dan saya rasa bukannya masa sekarang untuk menghabiskan duit rakyat dan saya memilih pun jimat wang dalam hal ini," katanya.

Artikel berkaitan:
- PANAS: Pemimpin Umno Pulau Pinang akhirnya akui Umno punca tanah Melayu PP terhakis!

PANAS: Pemimpin Umno Pulau Pinang akhirnya akui Umno punca tanah Melayu PP terhakis!

Posted: 11 Nov 2010 07:42 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Dengan kuasa Allah, akhirnya terpacul juga dari mulut pemimpin Umno sendiri bahawa Ummo adalah PUNCA tanah Melayu di Pulau Pinang telah terhakis tergadai!..

Sungguh aib, terhina lagi memalukan tatkala media ampu kerajaan saban hari menuding jari ke arah DAP dan Pakatan Rakyat...

Sesungguhnya, rakyat telah sedia maklum bagaimana keadaan Melayu ketika Umno dan BN bermaharajalela di Pulau Pinang sebelum ini...bagaimana nasib Melayu dan Islam di Pulau Pinang semasa Umno/BN berkuasa...ternyata, keadaan Melayu ketika itu amat sedih dan memalukan..

Kerana itu kita tidak pelik pemimpin Umno kerap kali menolak dan tidak berani berdebat isu Melayu Pulau Pinang dengan pemimpin2 Pakatan hatta dengan pemimpin DAP, kerana mereka tahu, Umno adalah punca Melayu hina dan 'kecundang' di bumi sendiri..

Akhir kalam, bagi sesiapa yg belum melihat mahligai2 pemimpin Umno Pulau Pinang..apa kata korang lihat kat SINI...kepada blogger fanatik Umno, sila jawab artikel penulis ini..penulis tunggu kalian...wallahua'lam...


Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.


(Sekadar gambar hiasan..)

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel. - Harakdaily

BONGKAR: Pegawai kanan Najib ada harta RM200 juta?

Posted: 11 Nov 2010 06:36 AM PST



Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta

Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"(Beliau) mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.


(Lagi dokumen bukti pendedahan ini boleh dilihat di blog Chegubard..Klik...)

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"(Beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.
Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob (bawah, kiri) meminta isu tersebut disiasat secara serius dan konsisten dalam perbahasan baru-baru ini yang menyentuh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPRM.

"Isu-isu yang melibatkan kes rasuah dan disiasat secara serius dan konsisten tanpa karenah birokrasi.

"Penaiktarafan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM maka kita harapkan ia lebih efisyen," katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Katanya, isu rasuah merupakan isu melangkaui sempadan garisan politik dan merupakan isu rakyat dan nasional dan sewajarnya diberikan keutamaan.

"Apa-apa tindakan yang akan diambil tidak perlu dilingkari oleh elemen politik semata-mata," kata Salahuddin. - MKini

[Kemaskini] Samad Majid: Wartawan RTM yang tak reti bahasa..(video inside)

Posted: 11 Nov 2010 05:40 AM PST



"Jawapan dari YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah yang 'Paling Layak' kepada wartawan media seperti RTM & TV3 yang disiarkan Buletin Utama, TV3 semalam.

Hangpa (Media) nak putaq belit & nak perbodoh rakyat Kedah. La ni Baru Hangpa kenai sapa dia Ustaz Azizan!!! "Lain kali nak bekerja, bekerja cara orang Islam!!!"




TERBARU: Mari kita lihat antara contoh rakaman berita RTM dibawah...siapa 'wartawan lokasi' semasa berita ini dilaporkan??..siapa lagi kalau bukan wartawan tak reti bahasa ini, Samad Majid...apa yg cuba ditonjolkan oleh Samad Majid ini dalam laporannya?..semuanya bernada negatif..



Ternyata beliau adalah 'barua' Umno dalam usaha memburuk2kan kerajaan negeri..Tidak cukup dengan itu, semalam beliau telah 'memprovoke' MB Kedah dengan pelbagai soalan walaupun Ust Azizan awal2 lagi sudah memberi amaran lisan supaya tidak dibangkitkan isu banjir dlm press conference semalam..

Media di arah buat liputan pemimpin Umno

Di bawah pula, adalah bukti media talibarut Umno (TV3) bertungkus lumus mempromosi tuannya di setiap penjuru kampung yang dilanda banjir...kerana itu tidak pelik, dalam siaran berita TV3 hanya menyiarkan wakil rakyat Umno/BN kononnya bersusah payah membantu rakyat..

Sementara berita MB Kedah, pemimpin PR yg membantu mangsa banjir tidak pula dihebahkan, bahkan cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat, seolah2 pemimpin PR tidak sensitif dengan nasib rakyat..sungguh zalim lagi hina perbuatan pencacai Umno ini...




Akhir kalam....semoga Allah melimpahkan balasannya yg setimpal ke atas mereka, supaya menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang lain...wallahua'lam...

Berita Berkaitan (Harakahdaily):
- Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjir
- Banjir: Kedah bantu sampai pakaian dalam

Artikel berkaitan:
- Banjir: Gambar bukti media dan Umno sepakat memperbodohkan rakyat
- Menteri setuju Azizan Razak: Akui projek landasan keretapi berkembar punca banjir
- Banjir: Dr Asri selar pemimpin Umno/BN - "Jangan salahkan kerajaan Kedah, kerajaan Perlis pun sama"

"Najib keras kepala..mirip bayi besar.." - Rosmah

Posted: 11 Nov 2010 05:26 AM PST



Najib Razak Disebut "Mirip Bayi Besar"

REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, yang baru sembuh dari cacar air, adalah pasien sulit dan keras kepala, kata istrinya Rosmah Mansor. "Dia seperti bayi besar," kata dia sambil tersenyum.

Najib yang keluar dari rumah sakit beberapa hari yang lalu. "Let me tell you, jauh lebih mudah untuk memelihara anak kecil daripada merawat bayi besar," kata Rosmah pada wartawan pada Selasa.

Dia bilang, dia ,harus selalu mengingatkan Najib tidak makan kacang tanah karena akan memperburuk cacar airnya. "Namun ketika aku pulang, aku menemukan dia makan kacang. Dia keras kepala,"kata Datin Rosmah.

Pantas dia menyebut Najib bayi besar!

Sumber: republika.co.id

Tiada ulasan: