Jumaat, 12 November 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


UMNO khianati rakyat kedah....projek berkembar rel keretapi projek penyamun kroninya punca banjir...depa balas dendam melewat lewat bantuan banjir sambil menangguk di air bah yang keruh...!!!

Posted: 12 Nov 2010 01:21 PM PST

Seperti biasa Umno menangguk di air bah yang keruh bagi mendapatkan publisiti murahan, Kerajaan Pusat (Umno) sengaja melewatkan pemberian bantuan pada Rakyat Kedah yang menjadi Mangsa Banjir semata-mata mahu menyalahkan kerajaan PAS Kedah sahaja, ulasan sombong daripada Timbalan Perdana Menteri sebelum melawat Mangsa Banjir membuktikannya

Lanun Sabah yang menjadi Ketua Perhubungan Umno Kedah juga belum turun bagi melihat keadaan Ahli Umno Kedah yang dalam kesusahan akibat banjir, Cuma adanya Ketua Putera Rempit 1Malaysia (herotamil) yang sekali lagi mencari Glamor setelah di Belasah teruk oleh "penyokong PR" dalam PRK Bagan Pinang , (Perlu Dapat Anugerah Berus Jamban sebab lakonan teruk ahli politik murahan), "wanita pertama" yang memangku jawatan perdana menteri juga tidak boleh di harapkan membantu magsa banjir, apa salahnya guna 1 atau 2 juta duit Pemata" untuk Bantu mangsa banjir ?

Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Jerlun yang kawasannya juga teruk di landa banjir? sudahkah beliau turun "merandok ayaq bah" bagi membantu mangsa banjir di kawasannya? Bapaknya pula bekas PM T. Mahathir yang pernah menjadi arkitek memfitnah dan membunuh Melayu Penduduk Kampung Memali sudahkah memberi bantuan atau sama seperti dahulu tak pernah sekalipun bagi angkut beras seperti ketua rempit 1Malaysia yang bijak berlakon di PRK Bagan Pinang !

Lebih lawak pencacai Umno lebih dulu turun daripada pemimpin Umno ke kawasan banjir bagi mendapat "publisiti morahan" sebagaimana yang di bisingkan oleh web-web dan media pencacai Umno dengan kerjasama yahudi zionis Apco sekarang ini

Mangsa Banjir tidak kira Agama, Kaum apatah lagi Parti Politik ! Kerajaan Pusat (umno) sepatutnya memberikan bantuan secepat yang mungkin pada Rakyat yang menjadi Mangsa banjir namun malangnya Umno kembali kepada system diktator "ala mahathir" yang sanggup mengkhianati memfitnah manusia-manusia yang sama parti (Umno) untuk mendapat political milege

Tak ada pula pemimpin kanan Kabinet yang turun cari publisiti Bantu mangsa banjir, Jamil Khir pun dah turun ka ke Negeri Kedeah Bantu mangsa Bah ?

Kita tahu Kerajaan Pusat (Umno) sengaja melewatkan bantuan pada Mangsa banjir di Kedah kerana Kedah adalah salah satu Negeri di bawah PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana Kenyataan YB Dr Lo'lo' YB Titiwangsa bahawa Umno Samun duit Peruntukan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di berikan pada "Ketua Umno Bahagian" rujuk Harakahdaily

Membuktikan bahawa pemimpin Umno bukan sahaja Merompak Rakyat (kenaikan Harga Barang dan cukai) malah Umno Merompak juga Kerajaan sendiri yang mereka Ketuai

Memang benar kontraktor projek rel berkembar KTMB menutup saluran air longkang dan parit kecil supaya tidak mengganggu projek mereka ini menyebabkan aliran air tersekat yang menyebabkan banjir

Pendedahan MB Kedah sebenarnya Membongkar satu lagi penyelewengan Projek Kerajaan oleh pemimpin Umno, rasuah dalam projek mega lucunya KTMB pula menjawab bagi pihak kontraktor ! sepatutnya Kontraktor yang jawab bagi KTMB

Ini membuktikan kesahihan pendedahan Audit Negara tahun 2008 projek rel berkembar KTMB merugikan Kerajaan RM 1Billion ringgit dari Rawang ke Ipoh sahaja! Ipoh ke Padang Besar mungkin Kerugian Kerajaan mancapai berpoluh billion ringgit !!!

Jadi apa Tindakan Pakatan Rakyat sekarang ? Umno dah bagi bola "tanggung"


ps

Putrajaya bukan milik mutlak parti 'umno' atau mana mana parti...

Posted: 12 Nov 2010 12:07 AM PST

Parti-parti politik di ingatkan  agar tidak mendakwa Putrajaya adalah milik mereka ketika mempersiapkan jentera bagi menghadapi saingan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seringkali menggunakan tema "Menuju Ke Putrajaya" dalam ceramah dan kempen manakala dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno, mahu Putrajaya dipertahankan walau apa pun terjadi.

Putrajaya bukan milik mana-mana pihak, tetapi kepunyaan rakyat Malaysia, kita (rakyat) akan menentukan siapa yang layak memiliki Putrajaya.

Rakyat, akan memutuskan siapa yang akan mentadbir Putrajaya,

Pada 2007, Bersih mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara meminta diadakan pilihan raya bebas. Bersih 2.0 diberi nafas baru di sebaliknya gesaan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini akan badan itu digerakkan semula bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang adil.

Ia tidak dipimpin oleh ahli-ahli politik. Kelmarin ia mengadakan pertemuan sulung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan memorandum 11 perkara bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara agar telus dan adil.

Sistem demokrasi yang adil dan bersih akan mendorong rakyat memilih pemimpin impian mereka masing-masing.

kerajaan dan SPR sepatutnya menerima 11 tuntutan Bersih 2.0 iaitu pembersihan sepenuhnya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal elak pengundian berganda dan penyelewengan undi, reformasi proses pengundian, kebebasan pada semua parti untuk mengakses media, memanjangkan tempoh berkempen minimum 21 hari, pendaftaran automatik serta umur turun mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan proses kewangan pilihan raya diurus dengan telus.

Semua parti mesti memberi perhatian dan angkat cadangan-cadangan ini, kalau SPR masih tidak mendengar dan meletakkan cadangan ini di belakang, rakyat tahu ke mana mereka harus pergi (dan) apa yang  mereka  wajar buat

weiiii...tak malu la...merajuk ala bebudak UMNO pra matang...!!!!

Posted: 11 Nov 2010 11:21 PM PST

Datuk Zaid Ibrahim perlu mengikis sifat merajuk 'ala UMNO' sekiranya ikhlas berjuang atas platform PKR.

Tindakan Zaid menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan meletak semua jawatan dalam parti hanya disebabkan kecewa dengan kegagalan parti menangani manipulasi dalam pemilihannya adalah tidak tepat kerana proses itu lebih dianggap 'pemilihan keluarga' semata-mata.

Menurut sumber maklumat yang boleh di percayai daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang menjelaskan tiada seorang pun dalam kalangan pucuk pimpinan parti campur tangan dalam urusan pemilihan.

Zaid harus faham, ini pertandingan keluarga, mengapa perlu heboh kepada media cakap ada orang manipulasi pemilihan parti, sedangkan beliau boleh membuat aduan kepada JPP atau pucuk kepimpinan tertinggi?

Beliau sepatutnya tidak perlu rasa cemburu dengan calon pesaing jawatan Timbalan Presiden lain dan sekiranya benar-benar ikhlas berjuang untuk parti, tidak perlu meletak semua jawatan dan hebohkan masalah dalaman parti kepada media..terutama media penjilat jubor UMNO yang sentiasa menangguk di air keruh.

Kita secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Zaid meletak semua jawatan dalam parti hanya disebabkan kecewa dan sebagai seorang pejuang, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu seharusnya menolak kepentingan peribadi berbanding parti.

Terdapat tiga faktor yang dirasakan menyumbang kepada kekurangan undi diperolehi Zaid dalam proses pemilihan setakat ini iaitu orang baru, keyakinan ahli PKR sendiri terhadap calon yang berkhidmat lebih lama dan faktor masa.

MARUAH PKR DALAM TONG NAJIS?

Posted: 11 Nov 2010 11:15 PM PST

SYABAS, PKR telah membuat satu keputusan yang bijak setakat ini. Pemilihan di dalam PKR tetap diteruskan memandangkan sehingga kini tiada bukti yang dapat dibawa ke muka JPP. Difahamkan semalam Sdr Mustafa Kamil telah bertemu dengan Pengerusi JPP beserta Presiden PKR selama lebih kurang sejam bagi membincangkan isu penangguhan ini.

Keputusan parti adalah terpaksa meneruskan pemilihan kerana segala dakwaan mestilah mempunyai asas dan bukti yang kukuh, bukan semata-mata dakwaan atau `berita tong sampah'. Jika parti menurut kehendak mereka yang mendakwa tanpa bukti, sampai bila-bila pun parti ini tidak boleh melaksanakan pemilihan muktamad. Sesiapa akan tampil mendakwa pemilihan tidak adil dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Parti telah memberikan ruang juga untuk mereka yang mendakwa pemilihan kali ini tercemar dengan memberikan mereka masa untuk mengumpul bukti atas segala dakwaan mereka. Itulah bezanya PKR dengan Umno. Namun, untuk memuaskan hati semua tentulah mustahil. Parti hendaklah melakukannya dengan sebaik mungkin secara telus.

Ada pihak yang mendakwa sekiranya PKR meneruskan juga pemilihan ini, ia bererti parti telah meletakkan maruahnya ke dalam tong najis. Saya tidak tahu di mana beliau mendapat idea sedemikian, mungkin kerana `tong najis' telah pun berada hampir dengan PKR sekarang ini. Siapa yang membawa `tong najis' tersebut jika bukan mereka yang memburukkan parti, menuduh parti tanpa bukti atau yang gila kuasa tetapi takut tewas. Itulah orangnya yang mencemarkan parti dan dialah yang digelar `tong najis' itu. Adakah kita ingin masuk ke dalam `tong najis' tersebut. Oh, tidak.

mandor

tak macam dajjal UMNO....krisis PKR boleh di selesaikan dengan baik...

Posted: 11 Nov 2010 11:11 PM PST

KRISIS PKR - PAS YAKIN DENGAN KEPIMPINAN PKR



Datuk Mahfuz Omar optimis kebijaksanaan kepimpinan PKR mampu menyelesaikan percanggahan pendapat bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan penarikan diri dalam pemilihan parti itu, Isnin lalu.

Justeru beliau percaya pergolakan tidak dapat dikecualikan dalam semua parti politik termasuk Umno.

"Saya percaya kepimpinan PKR mempunyai ketajaman pemikiran dan kebijaksanaan untuk mengatasi perkara itu pada kadar segera. Saya menghormati soal rumahtangga mereka dan saya ada kepercayaan dan meyakini kepimpinan yang ada pada PKR," ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Isnin lalu, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR termasuk melepaskan semua jawatan yang disandang beliau dalam parti itu.

Pengumuman tersebut dibuat beliau atas alasan berlaku ketidaktelusan dalam proses mengundi parti itu seraya menunding jari terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Disamping itu, beliau percaya Umno-Barisan Nasional akan terus berada dalam percaturan konflik dalaman sekiranya Presiden Datuk Seri Najib Razak terus menerajui parti itu.

Mahfuz yang ditemui media menyifatkan peranan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno memberi impak lebih besar berbanding Najib justeru menyarankan agar Ku Li tidak diberi ruang mengorak langkah dalam politik Umno.

"Saya mohon ahli Umno jangan bawa Ku Li balik ke arus perdana. Kekalkan Datuk Najib kerana dia akan menambahkan konflik kepada kemelut Umno sendiri," jelas beliau di lobi parlimen.

Beliau bagaimana pun akur dengan ketokohan yang ada pada Ku Li membawa keyakinan semua kaum termasuk Orang Asal di Galas.

Tiada ulasan: