Khamis, 4 November 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terkini: Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil, BN Rampas DUN Galas Serta Berjaya Menang Dengan Majoriti Yang Lebih Besar Di Parlimen Batu Sapi !

Posted: 04 Nov 2010 06:31 AM PDT

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah akhirnya sah milik BN, bila berjaya mempertahankan kerusi tersebut apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin (foto), menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Linda yang bertanding di kerusi yang dikosongkan mendiang suaminya Datuk Edmond Chong memperoleh 9,773 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee. Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 undi sementara undi rosak adalah sebanayk 372.

DUN Galas, Calon BN Menang Majoriti 1,069 Undi

Sementara itu keputusan rasmi bagi Pilihanraya Kecil DUN Galas Kelantan pula turut menyaksikan calon BN berjaya merampas semula kerusi tersebut. Calon BN, Mohd Aziz Yusof (foto), menang menewaskan calon PAS, Dr.Zulkifli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN itu mendapat 5,324 undi manakala calon PAS hanya memperolehi 4,134 undi. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim tewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti sebanyak 646 undi.

[Keputusan rasmi telah dikeluarkan. Biar pun ada bukti banyak penyelewengan yang berlaku dalam dua pilihanraya ini, namun kenyataan haruslah diterima sekarang bahawa BN mampu lakukan apsa sahaja untuk mengembalikan imej dan maruah mereka. Kemenangan di dua pilihanraya tersebut sebenarnya bukanlah petanda jelas yang rakyat sudah boleh menerima dasar-dasar kerajaan itu. Sebaliknya kemenangan ini jelas sekali membuktikan yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih gagal melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil untuk dinikmati oleh seluruh rakyat dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Apapun, tahniah kepada calon BN yang menang dan buat yang kalah lakukan sesuatu untuk teruskan perjuangan sebenar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang ini].

Laporan Polis Di Buat Terhadap SPR Berkenaan Dakwaan Terdapat Kertas Undi Tidak Bercetak !!

Posted: 04 Nov 2010 05:26 AM PDT

Keputusan rasmi dua pilihanraya kecil masih belum dikeluarkan lagi. Namun, kedudukan terkini undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding kini nampaknya masih berpihak kepada calon BN. Mereka dilihat berjaya menang dikedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti. Tambah mengejutkan ialah di DUN Galas sebenarnya. Kerusi DUN itu dilihat banyak menimbulkan kontroversi apabila banyak tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat banyak memihak kepada BN sebenarnya. Apapun, keputusan rasmi masih belum diumumkan lagi.

Kertas Undi Tidak Berlogo, Laporan Polis Di Buat


Sementara itu, sayu laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengahari tadi. Ia berkaitan tindakan SPR yang sengaja mahu mengelirukan pengundi di Pilihanraya Kecil DUN Galas apabila tidak meletakkan logo pada kerta undi berkenaan. Laporan telah dibuat oleh Zaleha Salleh, 46, dari Taman Tropika, Gua Musang. Dalam laporan itu beliau menyatakan telah ditipu oleh SPR apabila memberikannya kertas undi tidak berlogo yang hanya bercetak nama Aziz dan Dr.Zul sahaja. Ia sungguh mengelirukan dan satu usaha untuk mengerlirukan pengundi sebenarnya. Sila klik laporan polis berkenaan (foto) untuk info lanjut. Jika benar dakwaan ini, maka apakah makna semuanya itu?. Ternyata SPR telah cuba untuk membantu sedaya upaya agar calon BN menang dalam pilihanraya ini sebenarnya. Satu tindakan yang cukup menjijik dan terhina dilakukan oleh sebuah badan bebas seperti SPR. Apapun kita lihat apakah jawapan yang mahu diberikan oleh pihak terbabit agaknya. Sudah pasti berbagai alasan akan diberikan untuk menafikan perkara ini terjadi. Apakah polis akan membuat siasatan yang adil dan telus laporan itu?.

SPR Nafikan Ada Kertas Undi Yang Tersalah Cetak

Seperti yang dijangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan dakwaan bahawa terdapat kertas undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak tercetak lambang parti politik yang bertanding adalah karut dan tidak benar. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto), berkata, dakwaan berkenaan sengaja dibuat bagi menimbulkan keraguan dan mengganggu proses pilihan raya. "Ini cerita karut, saya pun hairan bagaimana mereka boleh mengada-adakan cerita begini. "Kalau benar wujudnya perkara berkenaan, SPR adalah pihak pertama yang mengetahui mengenainya. Tapi saya dimaklumkan oleh ketua pusat mengundi di peti-peti undi tersebut, tidak berlaku perkara sedemikian," katanya. Wan Ahmad juga berkata, beliau yakin perkara berkenaan tidak berlaku kerana proses pengeluaran kertas undi berkenaan dilakukan dengan teliti dan diperiksa oleh para pegawai SPR.

[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan sekali, kerana tidak mungkinseseorang pengundi akan membuat laporan polis berkenaan kes-kes seperti itu sebenarnya. Tambahan pula jika ia sengaja direka-reka oleh mereka. Bukankah tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis terhadap individu terbabit jika pun ia benar tidak berlaku. Namun, masalahnya bukan satu laporan dibuat tetapi lebih dari itu. Maknanya, kemungkinan besar perkara ini memang berlaku terutamanya di kawasan yang melibatkan pengundi orang asli. Justeru itu, pihak polis digesa menjalankan siasatan yang rapi. Adalah lebih baik jika ada pengundi yang berjaya merakamkan gambar kertas undi terbabit untuk tampil memberikan bukti perkara ini. Mengharapkan pihak polis menggeledah semula kotak undi, mungkin agak sukar kerana sudah pasti ada arahan supaya pihak SPR membuang semua kertas undi yang serupa itu].

Terkini: Info Pilihan Raya Kecil Batu Sapi & Galas

Posted: 04 Nov 2010 04:21 AM PDT

Pengundian Pilihanraya Selesai Jam 5 Petang

GUA MUSANG [5.30 pm] - Proses pengundian dalam dua pilihan raya kecil hari ini, satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas dan satu lagi bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah, selesai pada 5 petang tadi. Empat pusat pengundian di Galas iaitu Pos Hau, Pos Belatim, Pos Balar dan Pos Bihai, ditutup pada 1 petang tadi disebabkan ia terletak jauh di pedalaman. Suruhanajaya Pilihan Raya menggunakan helikopter untuk membawa peti undi dari empat kawasan itu ke Dewan Sivik Gua Musang untuk tujuan penjumlahan undi. Sembilan lagi pusat pengundian ditutup pada 5 petang. Di Sandakan, 10 pusat pengundian ditutup pada 5 petang manakala sebuah ditutup pada 3 petang dan sebuah lagi pada 4 petang

Pengiraan Undi Di Parlimen Batu Sapi Bermula

SANDAKAN [4.39 pm] - Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Khamis sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih di situ tamat pada 3 petang tadi. Pegawai pengurus pilihan raya itu, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan. Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi, akan ditutup pada 4 petang manakala yang lainnya akan ditutup pada 5 petang. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah. Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Edmund Chung Ket Wah dari B Nakibat satu nahas jalan raya pada 9 Oktober 2010 lepas.

SPR Tetap Gunakan Helikopter Angkut Peti Undi

GUA MUSANG [3.43 pm] - Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari tadi kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter. Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu. Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dipercayai tiba pada 2 petang tadi.

Galas: SPR Kesal Penyokong Luar Buat Provokasi

GUA MUSANG [3.30 pm] - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh 'orang luar' yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya melibatkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan. "Mereka tidak ada perasaan malu kepada penduduk tempatan. Inilah akibatnya... semua nak tunjukkan kekuatan," katanya

Peratusan Keluar Mengundi Kini Mula Bertambah

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi. Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari tadi.

Pengundian Di Batu Sapi, Galas Bermula Perlahan

SANDAKAN [2.30 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak "perlahan" dalam tempoh satu jam pertama. Sehingga pukul 9 pagi tadi hanya 14.68 peratus atau 3,756 pemilih di Batu Sapi, manakala 9.93 peratus atau 1,147 pemilih di Galas telah keluar mengundi, katanya. Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang. Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi di Batu Sapi, manakala pengundian secara pos diadakan pada Selasa dan semalam. Galas pula mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan seawal 8 malam ini

Selepas Di 'Sibu', Kini Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Pula Bakal Mencatatkan Sejarah Tanda Bukti Kemaraan Rakyat Ke Putrajaya PRU13 Nanti

Posted: 03 Nov 2010 07:35 PM PDT

Jika di Galas, PAS dilihat berupaya merobek keegoaan UMNO BN namun di Batu Sapi senarionya agak berbeza sekarang. Akibat daripada pertembungan tiga penjuru yang berlaku calon Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR), maka harapan BN untuk kekal berkuasa di situ nampaknya semakin tipis. Apa tidaknya, gelombang kebangkitan suara rakyat di Sibu kini seilah-olah membuak-buak dan tsunaminya bakal menhempas hingga ke Batu Sapi. Inilah yang menakutkan pemimpin UMNO BN sebenarnya. Justeru itu, mereka sanggup melakukan apa saja hatta menggunakan wang untuk membeli undi demi memastikan kemenangan disitu. Kekuatan PKR sebenarnya didorong oleh kesilapan BN untuk tidak berkompromi awal-awal lagi dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee itu. Malah, BN juga dilihat terlalu lemah apabila sanggup mengharapkan "undi simpati" dengan meletakkan isteri kepada bekas wakli rakyat kawasan berkenaan dalam keadaan beliau masih bersedih dan berkabung atas kematian suaminya. Bukankah ini satu tindakan yang amat tidak wajar sebenarnya. Biarpun Teck Lee dilihat pembangkang di Sabah, namun dek kerana keenganannya bersama Pakatan Rakyat menyebabkan beliau sebenarnya masih lagi mahu bersama kerajaan. Cuma niatnya tidak diucapkan, menyebabkan pemimpin BN Sabah alpa tentang siapakah beliau itu sebenarnya. Adalah lebih elok pertembungan dua penjuru antara BN dengan PKR di Batu Sapi, jika mereka bercita-cita untuk menang. Teck Lee adalah bekas pemimpin utama negeri dan sudah ternyata beliau juga mempunyai pengaruh terutamanya dikalangan masyarakat kaum Cina. Maka pertembungan ini menyebabkan undi kaum berkenaan terhadap BN "berpecah dua", begitu juga dengan undi-undi yang lain. Sedangkan undi Melayu terhadap calon PKR, dijangka melonjak berdasarkan kepada situasi semasa sekarang ini.

Masa Sesuai Untuk Rakyat Sabah Buat Perubahan

Biarpun Ansari (foto), tercedera akibat jatuh ke dalam laut ketika berkempen, namun itu merupakan satu bukti bahawa selepas bertahun-tahun berkuasa di Sabah ternyata kerajaan UMNO BN gagal membela nasib rakyat di sana. Hingga tidak tergamak membina titi yang lebih berkualiti serta kukuh untuk dilalui. Bayangkan, agaknya sudah banyak berlaku kejadian jatuh titi seperti yang menimpa Ansari itu sebelum ini. Ikhtibarnya, maka pengundi Batu Sapi harus sedar bahawa mereka telah dipinggirkan daripada arus pembangunan negara sebenarnya. Cuma bila ada pilihanraya kecil seperti ini, barulah pemimpin UMNO BN "terhegeh-hegeh" mahu menawarkan itu ini untuk menagih simpati rakyat menyokong mereka. Kenapa selama ini, mereka "buta mata dan buta hati" untuk membela nasib rakyat di situ?. Inilah dia retorik politik sempit UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya. Oleh itu, undilah calon Pakatan Rakyat jika benar ingin melihat generasi akan datang lebih terbela di Batu Sapi. Selamat mengundi buat semua, lakukan perubahan sekarang jika ingin melihat Sabah yang lebih cemerlang nanti !!

[Apa yang pasti, keputusan Batu Sapi ini adalah pelengkap kemaraan suara rakyat ke Putrajaya sebenarnya. Ia akan membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN bakal kehilangan "talian hayat" mereka dalam pilihanraya umum akan datang selepas Sibu berjaya dirampas oleh DAP sebelum ini. Faktor inilah yang menyebabkan pemimpin UMNO BN bagai "cacing kepanasan". Makanya mereka rela melakukan apa saja demi menghalang kemaraan itu. Jika kerusi parlimen di Sarawak sudah berjaya dibuktikan maka kini tiba giliran kerusi parlimen di Sabah pula. Apakah rakyat di Batu Sapi dapat memberi amaran kepada kerajaan UMNO BN agaknya. Maka, sama-sama kita nantikan keputusan sebenar selepas penjumlahan undi malam nanti. Apa yang pasti, inilah peluang besar untuk menyedarkan rakyat Sabah betapa mereka perlu melakukan agenda perubahan jika ingin masa depan yang lebih terbela dan selesa sebenarnya. Suara rakyat suara keramat dan inilah masanya untuk mengajar kerajaan BN sebenarnya].

Proses Pengundian Dua Pilihanraya Kecil Di Batu Sapi Dan Galas Bermula, Lebih 30 Ribu Pengundi Berdaftar Bakal Tunai Tanggungjawab Hari Ini !!

Posted: 03 Nov 2010 06:48 PM PDT

GUA MUSANG, 4 Okt [10.00 am] - Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah bermula hari ini sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi. Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed manakala di Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang. Di DUN Galas, pengundi sudah mula berbaris di pusat-pusat pengundian, dan antara mereka ialah pengundi Orang Asli yang tinggal sejauh sempadan Pahang-Kelantan di Lojing bersebelahan Cameron Highlands. DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam. Cuaca cerah pada waktu pagi dijangka kekal sehingga petang namun pengundi dinasihatkan datang awal untuk mengundi kerana kemungkinan hujan menjelang lewat petang. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 13 pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya kecil itu. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima akibat barah usus.

Batu Sapi, Sepuluh Pusat Pengundian Di Buka

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 10 pusat pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang, manakala dua lagi pusat pengundian masing-masing ditutup pada pukul 3 petang dan 4 petang. Dua pusat pengundian itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang yang mempunyai 984 pemilih dan ditutup pada 3 petang serta SK Segaliud dengan 785 pemilih dan ditutup pada 4 petang. Seramai 24,047 pemilih biasa dijangka mengundi hari ini setelah pengundian pos diadakan pada Selasa dan Rabu. Sepuluh lagi pusat mengundi adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sandakan, SK Gas, SMK Batu Sapi, SK Kampung Bahagia, SJK (C) Pei Ying, SK Bandar Sandakan, SJK (C) Cheng Min, SK Karamunting, SK Bandar Dua dan Perpustakaan Sandakan. SPR dijangka mengumumkan keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi pada pukul 8 malam dengan penjumlahan undi dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan. Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 pengundi kaum lain. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada 9 Oktober lalu.

[Selamat mengundi buat semua yang terlibat, semoga anda akan membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam menentukan nasib serta masa depan generasi akan datang. Berdasarkan kepada statistik semasa, PAS dijangka menang di Galas jika tidak berlaku penipuan dan juga perancangan licik oleh pihak-pihak tertentu. Cuma di Batu Sapi, pertembungan agak sengit kerana sudah menjadi budaya masyarakat di sana akan memberi undi kepada sesiapa sahaja yang berjasa terutamanya di musim pilihanraya. Dengan dana besar yang dikeluarkan oleh UMNO BN maka sudah pasti mereka amat mengharapkan kemenangan. Malah, ia juga menjadi penanda aras sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan UMNO BN menjelang pilihanraya umum akan datang. Kekalahan bakal memberi laluan serta harapan cerah untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Namun, jika BN sekadar menang dengan majoriti yang tidak memberansangkan ia tetap akan memberi harapan baru kepada rakyat Sabah untuk melakukan agenda perubahan dalam PRU13 itu sebenarnya].

Sensasi: Wang Zakat Di Anggap Rasuah Oleh SPR, Sejak Bila Datuk Wan Ahmad Pandai Rujuk Kitab Lapuk Akta Kesalahan Pilihanraya Itu Agaknya !!

Posted: 03 Nov 2010 11:30 AM PDT

Lucu benar bila melihat pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pandai untuk merujuk kitab undang-undang pilihanraya. Itu pun bila timbulnya kes yang melibatkan pemimpin pembangkang tetapi jika ia terjadi kepada pemimpin UMNO BN maka kitab lapuk SPR itu ditutup rapat-rapat. Inilah yang berlaku terhadap insiden Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan telah memberi rasuah berikutan isu wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang baru-baru ini. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) semalam berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. SPR katanya menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang. Biarpun Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa, namun Wan Ahmad nampaknya begitu "jujur dan ikhlas" kepada tanggungjawabnya sekarang. Beliau dengan bangganya telah mengadakan sidang media untuk mewar-warkan perkara itu dan menyatakan bahawa pihak SPR telah memaklum kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Soalnya disini, sejak bila pula Wan Ahmad pandai belajar undang-undang dari "kitab lapuk 1954" SPR itu gamaknya. Kes yang kecil sebegitu disensasikan untuk apa?. Bukankah ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau memang mahu memastikan BN menang dlaam pilihanraya kecil ini. Jika benar, SPR itu amat prihatin dengan akta dan undang-undang maka kenapa apabila pemimpin UMNO BN melanggar peraturan yang terkandung dalam kitab itu "ditutup sebelah mata" oleh Wan Ahmad. Misalnya dalam isu menawarkan projek-projek "mee segera" serta penyampaian wang sumbangan ihsan kepada rakyat setiap kali menjelangnya pilihanraya. Bukankah itu adalah rasuah pilihanraya yang nyata dan terkandung juga dalan kitab terbabit. Bahkan terlalu banyak kesalahan yang dilapurkan oleh rakyat terhadap beberapa tindakan UMNO BN yang bercanggah dengan peraturan dan akta pilihanraya sebelum ini yang tidak diendahkan mereka. Kenapa kini, tiba-tiba cuba untuk menjadi "juara rakyat" bagi membantu kemenangan BN di Galas?.

[Terkadang, nampak sangat SPR terdesak dan dipaksa memastikan kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas ini. Apa tidaknya, bermula dengan isu angkut peti undi dengan helikopter kini timbul pula isu zakat jadi rasuah. Ternyata mereka mahu melakukan apa saja untuk kemenangan UMNO BN. Itulah yang dilaungkan oleh PM Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Beliau dengan lantangnya mengatakan sanggup lakukan apa saja untuk pertahankan Putrajaya. Maknanya, andai BN kalah sekali pun dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti maka beliau tetap tidak akan berundur walau setapak pun. Itu jika BN kalah, entah apa Najib sudah berpakat-pakat dengan SPR untuk memindahkan pengundi berdaftar di kawasan kubu kuat pembangkang ke kawasan lain. Ini sudah pun berlaku seperti yang didedahkan oleh pemimpin PAS baru-baru ini. Sekarang, nyata di depan mata SPR sengaja digunakan untuk menekan pembangkang. Sudahlah hari pengundian dijalankan pada hari bekerja, kini mereka buat helah lagi untuk menghalang kemenangan PAS di Galas. Apapun, rakyat lebih mengetahui sebenarnya dan moga mereka juga bijak membuat pilihan hendaknya].

Tiada ulasan: