Rabu, 10 November 2010

Muslimeen United

Muslimeen United


Pegawai PM Ada Harta RM200 Juta Didedah

Posted: 10 Nov 2010 08:21 AM PST































KUALA LUMPUR 11 NOV : Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Badrul Hisham http://chegubard.blogspot.com/2010/11/misteri-bagaimana-pegawai-pm-ada-harta.html bersama dokumen pendedahan tersebut.

Memetik tulisan di laman blog tersebut Badrul Hisham mendakwa mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Zakiah Ibrahim," tulisnya.

"Datuk Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," katanya lagi.

Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham mendakwa Zakiah dalam masa yang singkat mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Datuk Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah.

"Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Datuk Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian Umno atau kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau," katanya.

"Hari ini kami kemukakan dua bukti dua syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta," katanya lagi. -tvs

Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia.

Posted: 10 Nov 2010 08:20 AM PST

Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus. Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Pemuda Pas sedia semuka Zambry - isu khurafat

Posted: 09 Nov 2010 04:07 PM PST





Pemuda Pas sedia semuka MB


IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri bersedia bersemuka dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menjelaskan dakwaan mereka kepada Timbalan Pesuruhjaya Satu, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya bersedia menerima cabaran menjelaskan pendirian mereka tetapi mesti dilakukan dalam satu pentas terbuka.

Menurutnya, ia memberi peluang kepada rakyat memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).

"Pihak kami juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Dr Zambry jelas mendukung amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pihak kami menantikan persetujuan pihak Dr Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.

"Sekiranya MB gagal memberikan sebarang maklum balas, ini bermakna Dr Zambry bersetuju dengan dakwaan kami namun, masih mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari dari akidah Islam," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

31 Oktober lalu, Dr Zambry meminta pendirian Pemuda Pas berhubung perbuatan Mohamad Nizar yang berpakaian serba hitam memegang sebatang lilin menyala bertafakur dalam majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock 17 Julai tahun lalu di Wisma DAP.

Soalan Salahuddin Mengenai Kereta Lama Di Parlimen Merisaukan Rakyat

Posted: 09 Nov 2010 04:05 PM PST

Lebih 5 Juta Kenderaan Lebihi Usia 10 Tahun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadapsemua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan.

"Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, langkah pengawalan keselamatan melalui pemeriksaan Puspakom diwajibkan bagi memastikan kenderaan itu masih layak digunakan," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.


Salahudin ingin tahu jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi usia 10 tahun dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan itu selamat.

Abdul Rahim berkata, pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan beberapakategori termasuk kategori kenderaan perdagangan yang memerlukan kewajipanpemeriksaan awalan sebelum pendaftaran dan menjalani pemeriksaan berkala setiaptahun bagi dua tahun pertama dan setiap enam bulan untuk masa seterusnya.

Bagi kenderaan persendirian, setiap urusan pertukaran hak milik perlu menjalani pemeriksaan Puspakom selain perlu menjalani pemeriksaan khas sebelum diubah suai, katanya.

"Selain itu kementerian melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan meneruskan kempen keselamatan jalan raya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan dalam keadaan 'roadworthy' (masih boleh digunakan di jalan raya) bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan itu dan pengguna lain," katanya.

Penggunaan cermin gelap pada kenderaan di negara ini masih dibenarkan asalkan tidak melebihi had yang ditetapkan, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Berdasarkan peraturan sekarang, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin sisi dan belakang. - BERNAMA

Beberapa orang rakan telah bertanya saya malam tadi apakah soalan YB dari Kubang Kerian itu sebagai tanda beliau turut menyokong tindakan kerajaan untuk menyusahkan pengguna kenderaan lama?

Penggunaan kenderaan lama kini menghadapi banyak kesukaran, malah untuk menghidupkan road tax pun kini kena mengambil insurans yang berkali-kali ganda mahalnya. Kini nak dihantar pula ke Puspakom.

GB tidak dapat menghubungi YB Salahuddin. Tetapi GB juga turut tersentak membaca laporan Bernama berkenaan.

Jika benar apa yang dilaporkan, rakyat amat dukacita.

Kemalangan jalanraya yang berlaku tidak mengira usia kereta, baru atau lama. Malah didapati daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan setakat ini kita lihat kebanyakan adalah terdiri dari kereta-kereta baru yang usianya kurang 10 tahun. PDRM sepatutnya mempunyai angka yang terperinci mengenai hal ini.

Kedua, kemungkinan sekali YB Salahuddin kini sudah berkereta baru, dah dua penggal menjadi MP. Mungkin dah tak ingat lagi zaman dimana beliau, sebelum menjadi YB dahulu terpaksa menggunakan kereta lama ke hulu hilir menyampaikan ceramah, itu pun menumpang kereta rakan-rakan. Pernah sekali GB ada bersama.

Itu sebab GB kata, ramai YB-YB kita sudah lupa. Sudah hidup dengan kemewahan kemudian ke parlimen bukan untuk menjadikan rakyat senang tetapi megemukakan soalan-soalan yang akan menjadi rakyat lebih susah.

Susah lah begini jika YB Pakatan Rakyat pun dah tak dapat membantu rakyat. -GB

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

Posted: 09 Nov 2010 04:04 PM PST

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.


KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

kosmo

Tiada ulasan: