Ahad, 28 November 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tarak suka... pergi!!

Posted: 28 Nov 2010 08:00 AM PST


Menurut apa yang aku baca... protes atau demo yang berlaku di luar Dewan Sivik MMPJ didalangi oleh bekas Ketua Cabang PKR Kota Raja S Kottapan. dan para penyokongnya.

Bekas... ya?? Apakah dia masih ahli PKR?? Hmm... rasanya, ya. Sebab, mengikut berita di sini, Lembaga Disiplin parti mahu mengambil tindakan memecat si Kottapan ini kerana tindak tanduknya mencemarkan imej parti.

Tapi kan... demo ari tu, banyak yang 'malam' daripada yang 'siang'. 'Siang' bukan tak der... ada, tapi kureng.. Lopsided dari segi 'iklim' penyertaannya. Nampak 'mendung' jer' tu. Apa-apa pun, kos untuk buat protes tu tentu makan duit jugak. Mana dengan kos buat T-shirtnya.... Ada sesetengah tu, baru dapat T'shirt, terus sarung ke badan. Mana dengan.... kos bikin bannernya. Itu belum lagi termasuk upah duit kocek dan transportation para pesertanya.

Fuuhh... tentu banyak pakai duit. Weh... ini tentu ada orang yang sponsor tapi siapa, ya?? Lantak komer ler...

Tetapi daripada berita yang diterima, walau pun kecuh di luar pada peringkat awalnya tetapi, kongres berlajan lancar macam tak apa-apa pun yang berlaku. Protes tak mendatangkan kesan. Uisy.... buang masa, tenaga dan duit ringgit jer.

Toksah buang semuana itu.... Sia-sia jer. Daripada buat kerja bodoh lebih baik bertindak cerdik sikit. Aha... dengar cerita, Zaid Ibrahim hampir pasti akan menubuhkan parti politik baru comes January. Dia dakwa, parti barunya itu akan disertai oleh merela yang kecewa dengan UMNO, kecewa dengan PKR dan juga dalam kalangan NGO dan orang perseorangan. Baguslah tu... Harap-harap nanti jangan lebih 'malam' daripada 'siang' udahler. Untuk lebih harmonis.... biar even!!

Jadi... Jenapala ke, Kotappan ke... plus para penyokong mereka yang sudah tak percaya lagi pada perjuangan PKR dan kepimpinannya, apa kata sesemuanya, masuk jer parti Zaid Ibrahim. Manalah tahu, kot-kot di situ mereka boleh serasi dan ngam. Yes.... lawan sama PKR!!

Jangan buang duit lagi. Simpan dan kumpul itu duit untuk dijadikan wang deposit seandainya membuat keputusan untuk bertanding dalam PRU13 nanti, sama ada sebagai calon bebas atau calon parti Zaid Ibrahim. Ada jugak faedahnya daripada menjadi 'taik sembelit' dalam PKR.

Sekarang duduk diam-diam. Ambil kesempatan dan masa untuk berfikir masak-masak.... Apa yang lu orang nak sebenarnya. But, please.... jangan jadi Pak Turut atau lembu kena cucuk hidung. Jadilah orang yang ada maruah....

[sumber]

Kiambang bertaut

Posted: 28 Nov 2010 06:25 AM PST


Presiden Parti Keadilan Rakyat DS Wan Azizah berkata bahawa tidak ada sesiapa yang kalah. Mereka semua adalah pemenang belaka.

Bagi menyahut saranan itu, semua pihak yang kalah dalam pemilihan parti bagi 2010, akan disatukan semula. Mereka akan diberi peranan dan tanggung jawab tertentu dalam parti. Ini ialah langkah untuk memperkuat parti bagi menghadapi PRU 13.

Semua pemimpin ini tidak boleh diketepikan begitu saja, memandangkan sumbangan besar yang telah mereka berikan kepada parti selama ini. Dan... sumbangan mereka ini, masih diperlukan.

Kalah tak bererti mengalah. Don't be discouraged dengan kekalahan ynag dialami. Jadikan ia sebagai pendorong untuk terus berbakti kepada perjuangan parti bagi merealisasikan agenda rakyat.

[sumber]

Sesi Refleksi Diri

Posted: 28 Nov 2010 04:30 AM PST


Dalam N3 ini, aku nak pinjam kata-kata Chegu Bard... Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. Yes.... Betooiii!!! Dalam perjuangan, para pemimpin mesti walk what they talk. Baru orang respek. Barulah perjuangan itu membawa erti.

Lantas... pemimpin jangan jadi NATO. No action but talk only. Kalau jenis hat ini, mampuih pi la!! Orang takkan respek. No integriti.... sapa nak respek!!

Jadi... apabila Anwar Ibrahim menegaskan iltizam kepimpinan untuk membaiki dan menangani semua aduan yang diterima, ia mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Please... jangan jadi pemimpin NATO.

Kemelut yang kini melanda parti, adalah bertitik tolak dari masalah dalam pemilihan kali ini. Jadi, jangan biarkannya begitu sahaja tanpa diberi perhatian yang serius, kerana ia boleh menjadi parah. Kita tidak mahu parah ini, membawa rebah kepada para pemimpin dan juga kepada Parti Keadilan Rakyat.

Menagani masalah ini dengan cara berhemah dapat menghentikan tohmah anasir luar terhadap PKR. Kita jangan salahkan media pencacai mereka apabila melaporkan tentang kepincangan kita. Itu sememangnya tugas priority mereka. Memutar- belitkan isu berkaitan kita... itu kerja mereka.

Sebab itu, kita juga kena memainkan peranan untuk memaksimakan kelemahan-kelemahan kita serta mengambil tindakan berhemah terhadap kepincangan yang berlaku dengan segera. Hati akar umbi juga mesti dijaga, agar mereka tidak mengambil tindakan yang mengikut perasaan. Hasil siasatan setiap aduan, hebahkan segera, agar rasa tidak puas hati tidak berleluasa.

Seandainya, ini gagal kita lakukan, jangan salahkan media pencacai atau akar umbi apabila mereka menyelar dan menyerang kita. Diri kita juga, perlu dipersalahkan.

Namun... apa yang sudah berlaku, biarlah dijadikan iktibar. Perbaiki kelemahan kita dan perkukuh semula parti. Buang perasaan hasad dengki serta dendam. Rapatkan semua saf dan teruskan perjuangan melaksanakan agenda rakyat.

Berita sepenuhnya di sini

Salute kamu!!

Posted: 28 Nov 2010 02:00 AM PST



Zaid kata: Lai... lai
Muhyiddin juga kata: Mai.. mai

Mustafa kata: Nahi, Nahi... Thank you but no thank you.

Menang sudah.... Kalah pun sudah...
Dia pasrah...
Berpaling tadah, tidak sekali-kali...


Dia masih istiqamah...
Pada perjuangan berlandaskan keadilan
Kesetiaannya masih pada... Parti Keadilan Rakyat.


Kerana itu... aku salute kamu!!

Genggam bara api, biar sampai jadi arang!!
Alang-alang selok perkasam biar sampai ke pangkal lengan
Berubah dan lebih komited pada amanah dan tanggung jawab
InsyaAllah... kamu akan dihormati kembali.


[sumber]

Tahniah!!

Posted: 27 Nov 2010 11:54 PM PST


M3M mengucapkan tahniah kepada anakanda Siti Aishah Shaik Ismail, Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat kerana terpilih sebagai salah seorang MPP PKR dalam pemilihan baru-baru ini.

Nasihat daripada M3M...

Berjuanglah dengan penuh istiqamah. Berjuangkah dengan bermaruah. Dan... berjuanglah demi memartabatkan rakyat di bawah. Semoga perjuanganmu diberkati Allah SWT.

Keputusan rasmi Pemilihan PKR 2010...

Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib presiden

Nurul Izzah Anwar - 13,211

Tian Chua - 11,744

Fuziah Salleh - 8,927

Mansor Othman - 8,576

Majlis pimpinan pusat

  1. Elizabeth Wong 10,897
  2. Badrulamin Bahron 9,672
  3. Heee Loy Sian 8,473
  4. Khalid Jaafar 7,889
  5. Johari Abdul 7,719
  6. Abdul Rahman Yusof 7,719
  7. Haniza Talha 7,588
  8. Fariz Musa 7,511
  9. Zakaria Abdul Hamid 7170
  10. Roland Chian Ming Shen 7,095
  11. Siti Aishah 6,876
  12. Ismail Yusof 6,332
  13. Latheefa Koya 6,242
  14. S Kesavan 6,139
  15. Shuhaimi Shafie 6,095
  16. MR Summugam 5,964
  17. Yusmadi Yusoff 5,810
  18. S Manikumar - 5,789
  19. Mustafa Kamal Yusoff - 5,745
  20. Christina Liew - 5,707
[sumber]

Super Cop

Posted: 27 Nov 2010 11:20 PM PST


I'm leaving... but watch out!!
If, I smell trouble, I'll be back!!
Yes.. Super Cop will be back.

Kah... Kah... Kah... Kah...

[ceritanya di sini]

Yes!! Orait....!!

Posted: 27 Nov 2010 10:15 PM PST


Hmm....
Daripada 'orang tu' jauh lebih baik 'orang ni'

Meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul...
Itulah keadilan namanya.
Tak gitu...??

[Baca sini]

Reformasi yang digeruni

Posted: 27 Nov 2010 08:41 PM PST


PKR memakmurkan lagi demokrasi
melalui sistem pemilihan 1 ahli 1 undi
Tak pernah dibuat orang lagi...
Di sini... mau pun di rantau ini.
Orang sebelah sana, ada berani??


Al maklum, yang ulung....
pastinya ada pincang di sana sini
Fuuhh... gegak gempita dibuatya,
Di dalam... riuh rendah tak sudah-sudah
Di luar... ambil kesempatan, bertepuk tangan!!


Modal lama, orang sebelah sana...
PKR menghadapi krisis kepimpinan
Serius, kronik dan kritikal...
Ahli memberontak, pemimpin dihenyak
Petanda... kehancuran PKR tak dapat dielak

BN didakwa... bertambah gagah
Lebih terbuka dan inklusif
Aaahh... Indah khabar dari rupa jer...
Setakat terbuka dan inklusif
tapi, perangai masih lama, buat apa??
Hmm.. tak ler hebat setara mana!!


PKR... sebaliknya, lagi dinamik dan unik
Pemimpin boleh dikritik...
Pemimpin boleh ditegur...
Ia diterima secara terbuka.
Nah... ini dia,
politik baru, tajaan PKR

Akar umbi, baik yang tua, mau pun muda
Berani bersuara, berjiwa merdeka!!
Tidak seperti hamba.... angguk dan turut saja
Bersuara mereka... kerana keadilan.
Bersuara mereka... demi kebenaran.
Inilah politik baru, yang sedang ditayangkan.


Apakah reformasi sudah basi??
Apakah reformasi sudah mati??

Tidak... Tidak sekali-kali.
Proses reformasi masih berlaku...
Yang sedang dialami kini,
adalah reformasi minda akar umbi.
Langkah memperkukuh kekuatan parti,
bagi menuju destinasi....


Musuh mahu ia dilihat secara negatif
Sebaliknya, why not kita.....
Melihat dan menerima ia secara positif
Ahli kritis... parti progresif!!


Jangan terpedaya dakyah mereka.
Persetankan!! Pedulikan!!
Kelantangan mereka... ketakutan mereka!!
Ketakutan mereka.... kekuatan kita!!


Hidup Parti Keadilan Rakyat!!

Tiada ulasan: