Isnin, 22 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Felda : 'Anak' bawa 20 kes jumpa 'Bapak' 1 Dec nanti ... ini betul2 anak lawan bapak

Posted: 22 Nov 2010 04:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mencabar Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang dirasmikan kelmarin membuktikan yang ia telus dan serius mahu menyelesaikan masalah-masalah membabitkan peneroka Felda, dan bukannya gimik politik Umno-BN.

Menurut Mazlan, sekiranya Bapak gagal menyelesaikan masalah yang membabitkan peneroka, pihaknya akan menganggap penubuhan Bapak hanya semata-mata gimik politik.

Beliau berkata pada 1 Disember depan pihaknya akan membawa 20 kes yang membabitkan peneroka untuk diselesaikan Bapak.

"Pada 1 Disember ini wakil Anak dan beberapa wakil peneroka akan menyerahkan 20 kes pertama untuk diselesaikan Bapak.

"Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) kata Bapak boleh menyelesaikan masalah peneroka, kita nak lihat kemampuan Bapak atau ia semata-mata agenda politik sahaja.

"Kalau Bapak gagal menyelesaikan masalah ini kita anggap penubuhan Bapak hanya sebagai gimik politik sahaja," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mazlan berkata kemungkinan besar penubuhan Bapak adalah untuk memulihkan sokongan warga peneroka kepada kerajaan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya percaya penubuhan Bapak ini lebih bersifat politik kerana kerajaan sudah sedar bahawa mereka tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan warga peneroka.

"Mungkin ia juga ada kaitan dengan pilihan raya yang mana kerajaan mahu memulihkan kembali sokongan warga peneroka. Peneroka adalah talian hayat mereka sekiranya masalah yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan kerajaan akan bimbang jadi terpaksa tubuhkan Bapak.

"Boleh kata semuanya hanya untuk mendapatkan semula kepercayaan warga peneroka," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat itu juga berkata penubuhan Bapak dilihat tidak akan memberikan kesan kepada warga peneroka, malah dianggap sebagai tidak relevan.

"Sebenarnya isu yang membabitkan peneroka sudah lama tapi pelik kenapa selama ini pengurusan Felda ataupun kerajaan tidak menangani perkara ini dengan serius sehingga menyebabkan peneroka tidak mempunyai saluran untuk menyampaikan masalah mereka.

"Anak memberi tumpuan terhadap masalah yang berlaku di kalangan peneroka, ini yang jadi matlamat kita. Saya rasa penubuhan Bapak ini mungkin disebabkan Anak telah mula memberikan ancaman kepada Felda, jadi mereka terpaksa tubuhkan Bapak untuk bersaing dengan Anak.

"Saya juga tidak nampak relevan Bapak ditubuhkan, kenapa baru sekarang ia hendak ditubuhkan? Kenapa baru sekarang kerajaan memikirkan tentang masalah yang dihadapi rakyat? Sepatutnya sejak dari dulu ia diselesaikan, bukan sekarang," katanya.

Bagaimanapun Mazlan berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama dengan Bapak dalam usaha membantu menyelesaikan masalah yang membabitkan warga peneroka.

"Bagaimanapun saya mengalu-alukan penubuhan Bapak ini kerana ia boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi peneroka. Anak tidak buat apa-apa, kita tiada kuasa, apatah lagi nak berlawan dengan Bapak.

"Tak ada masalah Anak nak tolong Bapak, tapi kalau Bapak tak boleh harap, biarlah Anak yang buat," katanya.

Semalam Ahmad berkata penubuhan Bapak yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda," kata beliau.

Bapak merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Felda sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Dipetik Bernama, Ahmad berkata, Bapak dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya, Bapak merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan Bapak sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan. - TMI

Buah dada bergerak apabila coli ditanggalkan ... hahaha

Posted: 22 Nov 2010 03:56 PM PST


Patung bogel dijual secara terbuka di Perlis

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.

Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.

Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

"Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.

"Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya - Kosmo

Rozali Ismail Syabas buat kerja haramjadah : Mahu mengutip semula subsidi air (RM11.40) yang diberikan kerajaan negeri

Posted: 22 Nov 2010 06:59 AM PST

MS : Ni betul-betul kerja haramjadah yang bakal di laksanakan oleh Rozali Ismail yang katanya gaji dia saja mencapai RM425 ribu sebulan. Aku tak tau macam mana dia ni dapat Tan Sri kalau macam ni punya busuk hati.

Hoi Rozali tak kan la RM11.40 yang diberi oleh kerajaan Selangor pada rakyatnya pun hang nak kemut kot? Tak cukup lagi ka dengan gaji hang tu? Dan dengan kilang paip di Indon tu ...

Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

"Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

"Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

"Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

"Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang 'hypocrisy' untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat... itu bukan tujuannya.

"Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004," katanya. – Bernama/TMI

Kemaruk pil peransang sex - Isteri lari tinggalkan suami

Posted: 21 Nov 2010 11:45 PM PST

SUAMI GILA SEKS DITINGGALKAN ISTERI

Kemaruk mengambil ratusan jenis pil rangsangan seks semata-mata untuk menjadi 'jaguh marathon' di ranjang menyebabkan seorang lelaki akhirnya ditinggalkan isteri yang tidak tahan melayan nafsu melampau suaminya itu yang dianggap gila seks.

Lebih menyeksakan apabila lelaki berkenaan akhirnya menderita apabila racun kimia berbahaya daripada pil perangsang ditelannya turut mengakibatkan saluran darah pada kemaluannya membengkak selain menyebabkan zakarnya menjadi bengkok.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tapa, 40, berkata dia mula mengambil pil perangsang seks sejak zaman remaja sekitar lewat 90-an selepas terjebak dengan seks bebas dengan beberapa teman wanita.

Ketika itu, dia mendakwa mempunyai ramai teman wanita yang dikenalinya ketika bekerja di sebuah kilang elektronik di Sungai Way, dekat sini.

"Mungkin kerana kerap melakukan hubungan seks haram ketika itu saya memberanikan diri mencuba pelbagai kaedah tradisional seperti gambir Sarawak, minyak lintah, rebusan cula buaya dan pelbagai pil jamu perangsang nafsu," katanya, ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Dia yang kini bekerja sebagai penjual kasut di pasar malam di sekitar ibu kota mendakwa, pelbagai kaedah sampingan turut dicuba antaranya melakukan urutan batin oleh bomoh pada alat kemaluannya bagi memastikan ia mampu memberi daya juang tinggi di ranjang.

"Saya ketika itu betul-betul ketagih seks, malah adakalanya sanggup melakukan onani dalam tandas lebih tiga kali sehari untuk memenuhi kepuasan batin," katanya.

Menurutnya, atas desakan keluarga, dia akhirnya mengambil keputusan berumah tangga dengan gadis pilihan orang tuanya yang juga sepupunya pada 2006.

"Walaupun usia saya ketika itu menjangkau 35 tahun, saya akur dengan permintaan keluarga demi menjaga hati ibu yang sudah uzur. Bagaimanapun isteri tidak dapat menghidu tabiat gila saya kerana saya banyak mendiamkan diri ketika awal perkahwinan.

"Namun selepas beberapa bulan berkahwin, nafsu saya kembali tidak terkawal dan dia menjadi tempat saya melepaskan keinginan tidak kira siang atau malam. Walaupun ada yang tidak percaya, namun saya mampu mencapai eraksi sehingga lima kali sehari," katanya.


Menurutnya, bagi memenuhi tuntutan selera luar biasanya itu, dia gemar membeli pil perangsang seks termasuk Viagra tiruan daripada penjual produk seks kaki lima terutama di sekitar Chow Kit, di sini.

"Kebanyakan pil perangsang seks terbabit mampu membuatkan kelakian saya menjadi 'kuat' bagi tempoh antara dua hingga empat hari tanpa menunjukkan tanda-tanda layu.

"Akibatnya saya menjadikan isteri sebagai bahan eksperimen untuk menguji pil perangsang seks berkenaan. Walaupun dia kerap kali menolak akibat tertekan, namun saya sering gagal mengawal perasaan," katanya.


Akibatnya, mereka kerap bergaduh dan pernah beberapa kali dia berkasar dan menggunakan kekerasan untuk memaksa isterinya melakukan hubungan seks.

"Saya tahu tindakan saya melampau dan tidak wajar sebagai suami, namun pil perangsang seks yang dimakan berulang-ulang kali itu tidak ubah seperti candu dadah yang menyebabkan saya ketagihan melakukan seks.


"Malah jika nafsu saya tidak dilayan, saya sanggup pergi ke rumah pelacuran atau melanggan pondan," katanya Tapa berkata, rumah tangganya yang retak menanti belah akhirnya gagal diselamatkan apabila isterinya bertindak melarikan diri pada awal Januari lalu.

"Saya pernah memujuknya untuk kembali namun, `S' hanya meminta dia diceraikan segera atas alasan tidak berupaya untuk memenuhi keinginan melampau saya," katanya.

Pada masa sama, dia turut menunjukkan contoh beberapa produk rangsangan seks haram yang didakwa berbahaya dan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatannya.

"Mungkin kerana terlalu kerap mengambil pil perangsang seks haram, saya kerap berasa kebas, berdenyut dan sakit pada alat kemaluan hingga tidak dapat tidur dan membuang air kecil.

"Urat pada kemaluan mula menonjol keluar dan kemaluan saya menjadi bengkok dipercayai akibat tekanan darah berlebihan. Lebih memeritkan apabila ubat rangsangan seks itu sudah tidak lagi berkesan sebaliknya menyebabkan saya kini menderita mati pucuk," katanya kesal dengan perbuatannya pada masa lalu.

Menurutnya, dia kini menyesal dengan apa yang dilakukan dan sudah meninggalkan tabiat memakan pil perangsang seks haram terbabit sejak sebulan lalu atas nasihat doktor dan keluarga. - Realiti Kehidupan

Tiada ulasan: