Selasa, 30 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Patung dibuat dari najis Panda jadi tarikan pelancong

Posted: 30 Nov 2010 12:45 AM PST


Sebuah patung diukir mengikut wajah Venus yang dipamerkan di Galeri Seni Daerah Henan di China telah menarik perhatian ramai pelancong.

Uli Sigg dari Switzerland, seorang pengumpul seni Cina yang popular membayar wang sejumlah 300, 000 yuan (RM141, 732) untuk memiliki patung tersebut yang dipercayai dibuat daripada tahi Panda.

Seorang pengukir seni dari Chengdu, yang digelar Zhu Chengzhi telah menghabiskan 10 Kg najis Panda untuk menghasilkan sebuah patung bersaiz 60 cm tinggi dan 30 cm lebar itu.

Terdapat satu catatan nota kecil di sisi patung tersebut yang bertulis "Adalah didapati bahawa najis Panda mempunyai bau yang terbaik berbanding haiwan lain. Patung unik ini terbina dari tahi Panda, adakah ia merupakan Venus yang paling cantik?"

Segelintir Pelancong yang hadir mendakwa bahawa ia berbau seperti buluh, manakala sebilangan yang lain berkata baunya seperti pokok teh.


Sumber: Agensi

ReJaM©"Cuba buat patung Venus pakai tahi orang! Dapat tarik pelancong tak?."

Hati-hati muat naik gambar anda di internet!

Posted: 29 Nov 2010 09:37 PM PST

Sebuah lagi kiriman email diterima dengan tajuk mesej yang agak mencemaskan! Apapun ReJaM© ucapkan terima kasih kepada pengirim ini. Email yang menarik! Pengirim email ini yang juga tidak mahu namanya dikenali memberi amaran kepada semua pembaca MiLo SuaM dan pengguna Internet secara keseluruhannya agar berhati-hati memuat naik gambar anda di internet, bimbang dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab!

Sambil menunjukkan bukti hasil perbuatan pihak yang dikatakan tidak bertanggung jawab itu, pengirim ini menegaskan bahawa teknologi Photoshop kini semakin canggih sehinggakan pemerhati biasa sukar untuk membezakan antara gambar yang betul dan yang asli!

Berikut bukti yang dimaksudkan oleh pengirim. Secara jujurnya ReJaM© tak pasti pengirim ini menyampaikan mesej serius atau melawak? Apa pun harap maaf kalau tersalah kata menyinggung hati pengirim kerana ReJaM© dah berguling-guling gelak tengok gambar yang dihantar ini.


















ReJaM© "Yang baik jadikanlah teladan yang buruk jadikan sempadan!"

Atlit Muslimah yang cemerlang di sukan Asia

Posted: 29 Nov 2010 08:22 PM PST


Dalam sibuk-sibuk kita disajikan dengan isu hangat tentang pendedahan laman sesawang Wikileaks tentang dokumen sulit Arab Saudi dan beberapa negara arab yang meminta Amerika Syarikat agar menyerang Iran berhubung isu Nuklear negara berkenaan. ReJaM© ingin menarik perhatian pembaca ke sudut lain tentang negara Iran.

Di dalam sukan asia yang berlangsung baru-baru ini di China, Atlit Wanita Kebangsaan Iran menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang apabila berjaya menjadi penyumbang pingat yang besar sekaligus mengharumkan nama negara dengan memperolehi rekod baru negaranya bagi pencapaian pingat terbaik sukan Asia sejak 1974.

Apa yang menarik perhatian dunia tentang atlit wanita Iran ini ialah cara mereka berpakaian. Mereka membuktikan bahawa menutup aurat tidak menghalang untuk beraksi cemerlang! Sambil bersukan sambil berdakwah.


Atlet wanita Kebangsaan Iran mewakili kira-kira 25% dari jumlah keseluruhan 373 atlet Iran yang membawa misi memburu pingat ke Sukan Asia di Guangzhou China baru-baru ini. Data menunjukkan bahawa atlit wanita Iran menyumbang 25% daripada keseluruhan pingat yang dikutip Iran.



Atlet wanita kebangsaan Iran mengharumkan negara dengan mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.



Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, berdasarkan rekod, ia adalah pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh Iran sejak 1974 iaitu pada Sukan Asia di Tehran.


Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka melonjak di tempat ke empat.






ReJaM© "Sambil menyelam minum air, pingat dapat pahala pun dapat..."

Apa kata Ahmadinejad tentang isu Wikileaks

Posted: 29 Nov 2010 06:23 PM PST


Heboh di seluruh media tempatan dan antarabangsa sejak semalam berhubung kebocoran maklumat dari laman web Wikileaks.org yang mendedahkan dokumen rahsia bahawa Arab Saudi dan beberapa negara arab lain berulang kali meminta Amerika Syarikat untuk menyerang Iran.

Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.

Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.

Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.

Namun begitu lain pula dengan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata kebocoran mesej para diplomat Amerika yang mengatakan negara-negara Arab mendesak Washington agar menghancurkan fasiliti Nuklear Iran sebagai sebuah propaganda.

Ahmadinejad mengatakan pendedahan kebocoran dokumen rahsia di laman web Wikileaks itu hanyalah merupakan sebuah perang psikologi untuk menentang Iran.

Dalam satu sidang media di Televisyen Iran, presiden tersebut mengatakan seharusnya orang ramai tidak membuang waktu membaca informasi seperti itu.

"Kami tidak menganggap informasi ini dibocorkan," kata Presiden Ahmadinejad. "Kami beranggapan penerbitan itu sengaja dirancang agar diterbitkan secara rutin untuk mencapai tujuan politik."

Dia menambah bahawa kebocoran maklumat itu tidak akan mempengaruhi hubungan Iran dengan negara-negara lain.

Di satu sudut lain, penerbitan dokumen-dokumen di Wikileaks itu mampu memberikan impak yang sangat besar yang membinasakan terhadap Iran, kata wartawan BBC di Iran, James Reynolds.

Ini merupakan kali pertama adanya bukti hitam putih tentang negara-negara arab secara aktifnya menggesa Amerika Syarikat untuk menyerang Iran. Apa yang dapat dijangkakan, dokumen tersebut menggambarkan bahawa Negara Iran kini dipulaukan dan menghadapi ancaman.

Sekiranya hal ini sememangnya menimbulkan kerisauan kepada pemerintah Iran, pemerintah itu tidak akan menyatakannya kepada umum. Sebaliknya, tanggapan Ahmadinejad itu tampaknya sesuai dengan pandangan Iran selama ini, bahwa segala tindakan Amerika sangat terancang dan bermaksud menimbulkan keretakan di antara negara-negara Islam.




Sumber: BBC News
ReJaM© "Pemimpin Iran kelihatan defensive. Namun tentu sekali Iran sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..."

Guru lakukan seks suka sama suka dengan murid bawah umur

Posted: 29 Nov 2010 06:50 AM PST



SINGAPORE: Seorang guru di sebuah sekolah telah didakwa atas tuduhan melakukan seks suka sama suka dengan salah seorang daripada anak muridnya yang masih di bawah umur.

Guru terbabit tidak dapat didedahkan namanya bagi melindungi identiti remaja perempuan berusia 15 tahun tersebut.

Guru berusia 25 tahun itu didakwa telah melakukan hubungan seks dengan remaja tersebut di sebuah rumah pangsa di Woodlands dalam bulan May dan Jun tahun ini.

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan Singapura telah mengantung tugasnya.

Guru yang berbadan kurus, berkaca mata menghadirkan diri di mahkamah pada hari Isnin dengan berkemeja lengan panjang dan berseluar gelap. Dia kelihatan tenang tatkala berdiri di kandang tertuduh.

Sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya, guru terbabit dibebaskan dengan ikat jamin S$10,000.

Bicara pertuduhannya akan didengarkan pada 27 Disember ini.

Sekiranya guru berkenaan didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut undang-undang di Singapura.



Sumber : CNA

Mulai tahun hadapan mungkin kes begini akan menjadi-jadi di negara kita pulak betul tak? Mengapa? Sila klik link ini Pendidikan seks untuk kanak-kanak 6 tahun mulai tahun hadapan

ReJaM© "Ini yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi!"

Kemalangan di Kuantan, Isteri rentung suami melecur

Posted: 29 Nov 2010 04:09 AM PST


KUANTAN 29 Nov. - Seorang wanita rentung selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain lalu terbakar di Km 35 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Sungai Baging di sini hari ini.

Mangsa, Senik Osman, 69, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang berumur 72 tahun yang memandu kereta Proton Iswara mereka cedera parah serta melecur separuh badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian pada 1.45 petang itu, kenderaan mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kemaman ke Kuantan.

"Sampai di tempat kejadian, sebuah kereta yang jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai gagal memotong kenderaan dihadapannya sebelum merempuh kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi

di sini, hari ini.

Katanya, kereta yang dinaiki mangsa kemudian terbakar dan menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan rentung dijilat api sementara suaminya yang melecur sempat menyelamatkan diri.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sementara suami mangsa kini menerima rawatan di hospital yang sama, katanya.

Katanya pemandu kereta Toyota Vios terbabit bagaimanapun hanya cedera ringan.



ReJaM©

Masjid dibakar di Amerika Syarikat

Posted: 29 Nov 2010 02:27 AM PST

Polis Amerika Syarikat mendakwa sebuah masjid di negara berkenaan di bahagian Oregon telah dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

"Sumber api telah kita padamkan dan kami memiliki bukti (masjid) ini sengaja dibakar," kata Carla Pusateri dari Jabatan Bomba Oregon.

Api telah dikesan pada pukul 02.00 pagi namun kira-kira sepuluh minit kemudian api berjaya dipadamkan.

Pihak berkuasa mengatakan api telah memusnahkan salah satu ruangan masjid yang diberi nama Salman Alfarisi Islamic Center. Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mohamed Osman Mohamud, seorang remaja berusia 19 tahun kelahiran Somalia, dikatakan sering berkunjung ke masjid ini.

Dia ditangkap Jumaat lalu (26/11) kerana disyakki akan meletupkan bom di sebuah acara penyalaan lampu pohon Natal di Portland.

Namun begitu bom tersebut disahkan palsu manakala maklumat diperolehi daripada agen-agen rahsia yang menyamar.




Sumber: BBC News
ReJaM©

Saintis Nuklear Iran Mati dibom

Posted: 29 Nov 2010 01:49 AM PST


Seorang Saintis nuklear Iran terbunuh manakala seorang lagi cedera di dalam dua serangan serupa di lokasi yang berasingan.

Laporan dari bilik berita Iran, Irna melaporkan bahawa Saintis yang terbunuh ialah seorang profesor, Majid Shahriari dari Universiti Shahid Beheshti di Tehran.

Dr Shahriari adalah salah seorang anggota di Jabatan Teknologi Nuklear Universiti Shahid Beheshti.

Istrinya turut dilaporkan terluka akibat serangan tersebut.

Sementara itu seorang lagi Saintis Nuklear yang terluka dalam serangan kedua adalah Fereydoon Abbasi, termasuk isterinya.

Laman Sesawang internet kubu konservatif Mashreghnews menyebutkan Dr Abbasi adalah "salah seorang pakar yang dapat memisahkan isotop" dan anggota Pengawal Revolusioner sejak revolusi 1979.


Sumber : BBC News

ReJaM© "Tak dapat hapuskan nuklear, hapuskan pakar Nuklear, kerja siapa ni?"

Tiada ulasan: