Isnin, 22 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ekonomi Malaysia, Siapa betul, Najib atau Bloomberg?

Posted: 22 Nov 2010 12:40 AM PST

Di dalam laporan berita di Malaysiakini yang dipetik dari laporan Agensi Berita Kebangsaan, BERNAMA 22 Nov 2010, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kebarangkalian ekonomi Malaysia akan melangkaui pertumbuhan 6% bagi suku tahun ketiga tahun ini, 2010.

Di dalam laporan ini, Perdana Menteri menggambarkan satu pertumbuhan yang baik terhadap ekonomi Malaysia. Lihat screenshot di bawah ini.

Namun apa yang menghairankan, pengumuman Najib dilihat berbeza dengan laporan dari laman web www.businessweek.com 19 N0v 2010 lalu, apabila laman web berkenaan mengumumkan kenyataan yang sebaliknya atau bercanggah dengan kenyataan Najib. Najib gambarkan kemungkinan ekonomi akan bertumbuh lebih baik, namun Bloomberg umumkan kemungkinan pertumbuhan perlahan bagi suku tahun terakhir bagi negara Malaysia dan Thailand.

Siapa yang betul? Najib atau Bloomberg? Kalau dilihat, Bloomberg tiada sebarang kepentingan untuk mengumumkan berita yang tidak benar, namun Najib perlu menggambarkan berita baik bagi menarik kepercayaan rakyat terhadap pentadbirannya.

Sila klik untuk membesarkan image



Sumber:
  1. Malaysiakini
  2. Bloomberg

ReJaM© "Kesian orang kampung yang tak paham ekonomi dan tiada maklumat yang tepat!"

Planet pertama dari galaksi lain ditemui

Posted: 21 Nov 2010 09:29 AM PST

Sebuah laman sesawang berita, Chinadaily.com melaporkan bahawa Saintis Amerika Syarikat telah menemukan sebuah planet yang disifatkan sebagai planet pertama yang ditemui dari galaksi lain.

Laman sesawang berkenaan juga melaporkan, walaupun Kira-kira 500 buah planet telah berjaya dikenal pasti di galaksi kita, bimasakti (Milky Way) namun tiada sebarang rekod tentang planet yang telah ditemui di galaksi lain di cakerawala.

Kini satu daripada planet di galaksi luar telah berjaya dikenal pasti melintasi orbitnya mengelilingi sebuah bintang yang dinamakan HIP 13044, terletak sejauh kira-kira 2,000 tahun cahaya dari bumi.

Sungguhpun bintang ini dikatakan terletak di dalam lingkungan galaksi kita, para penyelidik telah melaporkan di dalam sebuah jurnal science edisi online Khamis lalu bahawa bintang tersebut berasal dari galaksi yang lain namun kemudiannya ditelan oleh Galaksi Bimasakti (Galaksi kita).

Ini menjadikan planet yang baru ditemui itu dengan saiz 20 peratus lebih besar daripada planet Jupiter sebagai planet pertama ditemui yang berasal daripada galaksi selain Bimasakti.

"Penemuan ini sangat mengujakan" Kata Rainer Klement dari Institut Astronomi Max Planck Jerman di dalam sebuah kenyataan.

Sumber : Chinadaily.com

Anjing comel Chihuahua sertai Skuad Polis

Posted: 21 Nov 2010 08:21 AM PST

Kebiasaannya anjing yang bermuka bengis dan garang serta bertubuh besar dijadikan anjing pengesan untuk membantu Polis menyelesaikan kes-kes tertentu di dalam dan luar negara.

Namun begitu, lain pula berlaku di Selatan Jepun, apabila sejenis anjing comel yang bertubuh kecil yang lazimnya dijadikan haiwan peliharaan, bakal menyertai skuad Anjing pengesan Polis di Jepun apabila anjing berkenaan dikatakan berjaya melepasi ujian kelayakannya.

Seekor Anjing jenis Chihuahua dengan berat 3 kg (6.6lb) ditetapkan untuk menyertai pasukan pengesan dan penyelamat yang akan digunakan di dalam operasi bencana seperti gempa bumi dan tanah runtuh.


Dengan saiznya yang kecil, ia dijangka dapat menyelinap ke dalam lubang yang terlalu sempit untuk dilalui oleh anjing pengesan biasa yang bersaiz besar seperti German Shepherds

Chihuahuas yang dinamakan sempena sebuah negeri di Mexico, merupakan baka anjing yang paling kecil.

Diolah dari : BBC

Mayat pembantu rumah Indonesia dalam tong sampah

Posted: 21 Nov 2010 06:53 AM PST

Sebelum ini heboh kisah tentang pembantu rumah Indonesia didera oleh majikan di Arab Saudi. Kali ini perbuatan lebih kejam dilakukan oleh majikan di Arab Saudi apabila pembantu rumah Indonesia yang dipercayai telah lebih dahulu dibunuh sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Mayat pembantu rumah Indonesia tersebut dilakukan bagai bangkai binatang tanpa berperikemanusiaan. Nampaknya rakyat Indonesia harus segera melancarkan kempen "ganyang Arab Saudi" sebagai respon terhadap tindakan ini!

Kalau anda mampu melancarkan kempen "ganyang Malaysia", kali ini anda seharusnya lebih lagi untuk melakukan kempen "ganyang Arab Saudi", kerana perbuatan mereka terhadap rakyat anda jauh lebih teruk jika dibandingkan apa yang telah dilakukan oleh majikan di Malaysia terhadap rakyat Indonesia.




ReJaM©"Pergi Malaysia kena dera, pergi Arab Saudi juga didera malah dibunuh, sebelum ini amah Indon didera di Singapura. Lebih elok muhasabah diri, mengapa amah rakyat Indonesia dilakukan sedemikian rupa?"

Tiada ulasan: