Khamis, 11 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Syarikat AC Mizal tiada lesen jualan langsung

Posted: 11 Nov 2010 12:42 AM PST



Lepas satu satu kontroversi melanda Artis terkenal tanah air AC Mizal yang kini turut dikenali sebagai usahawan berjaya dengan mengusahakan program "multi level marketing" melalui produk gelang magnetiknya. Sebelum ini Ac Mizal dilanda kontroversi apabila sebuah blog mendakwa AC Mizal menipu dengan menjual gelang magnetik dengan harga yang tidak masuk akal iaitu sehingga RM 1000 setiap satu berbanding harga kosnya hanyalah RM 78.00 (25 USD). Malah testimoni yang digunakan oleh AC Mizal bagi meyakinkan pembeli produknya juga didakwa diceduk dari website luar negara.

Kali ini Utusan malaysia pula membuatkan AC Mizal bagaikan jatuh ditimpa tangga, apabila mengeluarkan berita bahawa Syarikat AC Mizal tidak mempunyai lesen jualan langsung. Apapun ReJaM© lihat kebenaran pasti akan terungkai, siapa yang salah dan siapa yang betul tentu sekali akan terdedah nanti.



ReJaM©

Ramlah Ram tampil bertudung

Posted: 10 Nov 2010 10:55 PM PST



"Penyanyi Ramlah Ram kini sudah bertudung" kenyataan ini dibuktikan dengan gambar yang dirakamkan semasa pertandingan separuh akhir muzik-muzik baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada yang empunya diri di atas penghijrahan beliau kepada imej yang lebih baik dan bersopan meskipun masih bergelar artis.

Ramlah Ram dilihat mengenakan baju labuh beserta tudung yang sesuai dengan penampilan beliau kini yang sudah semakin berumur. Semoga selepas ini lebih ramai lagi artis wanita serta 'public figure' yang lain akan mengikut jejak langkah Ramlah Ram.




ReJaM© "Tahniah semoga terus kekal dengan imej ini..."

Pegawai Najib kumpul 200 juta dalam masa 3 tahun

Posted: 10 Nov 2010 07:49 PM PST

Chegubard di dalam blognya mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai kanan Najib di jabatan perdana menteri. Maklumat yang diperolehi dikatakan dari orang dalam jabatan tersebut.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Di bawah ini tulisan yang disalin dari blog chegubard.

Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato' Zakiah Ibrahim.

Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.

Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.

Kuasanya melebihi kuasa datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.

Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah.

Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.

Satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk "rundingan terus" dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.

Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

(maklumat diperolehi dari orang sumber dalaman JPM yang tidak mahu dikenali, JPM atau individu yang dinyatakan di atas harus menafikan atau menerangkan kedudukan sebenar...satu masej twitter sudah dihantar kepada PM Malaysia untuk melihat respon beliau)





(klik imej untuk membaca dengan jelas)

Sumber: chegubard.blogspot.com


ReJaM© "Senangnya nak jadi kaya..."

Khir Toyo Masuk Hospital suspect denggi

Posted: 10 Nov 2010 03:47 AM PST

Berita yang baru sahaja diambil dari Portal BERNAMA berkenaan Bekas Menteri Besar Selangor yang dimasukkan ke hospital disyakki kerana denggi. Negeri Selangor ni sejak dulu lagi dengar cerita ramai orang kena Denggi terutama area seksyen 7. Harap Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah sewajarnya untuk memerangi nyamuk!

Sebelum dewan negeri senyap sunyi tanpa pembangkang akibat masuk hospital semua kerana denggi.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Shah Alam pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

ADUN Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira jam 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata, beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad," kata beliau.



ReJaM©

Tiada ulasan: