MiLo SuaM |
- Harga kereta proton, rakyat Malaysia ditipu?
- Kemalangan bas express di Pekan Pahang pula
- Bayi 'ajaib' terselamat jatuh dari tingkat 6
- Kisah benar riwayat hidup P. Ramlee History Channel
- SPM 2010 tidak akan ditangguhkan - Puad
- BN rai kemenangan Galas dan Batu Sapi
- Perkhidmatan 3G di puncak Everest
- Final UUM ditangguhkan akibat banjir di Sintok
- Keputusan tidak rasmi BN menang di Galas dan Batu Sapi
- Peperiksaan SPM 2010 akan ditunda?
- Keputusan UPSR 2010 diumumkan 11 November
| Harga kereta proton, rakyat Malaysia ditipu? Posted: 04 Nov 2010 11:20 PM PDT Mengapakah harga kereta Nasional Proton di Arab Saudi jauh lebih murah berbanding harganya di Malaysia? Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan? Kalau diikutkan logik akal, sepatutnya harga kereta Malaysia yang dijual di luar negara tentulah lebih mahal disebabkan tambahan kos untuk pengangkutan, pengurusan, cukai, dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku, harga kereta nasional di negara ini lebih mahal berbanding di arab Saudi. Di bawah ini merupakan senarai harga terkini untuk beberapa jenis Kereta Nasional, keluaran Proton yang dipetik dari Akhbar The Star Online. ![]() Satu lagi email diterima dari salah seorang pembaca MiLo SuaM meminta untuk disiarkan iklan kereta nasional di akhbar Arab saudi sebagai bukti terhadap dakwaan ini.Sila klik gambar untuk membesarkan image. ![]() Ini bermakna harga Kereta Nasional keluaran proton di Arab Saudi Cuma Gen 2 = RM 28, 284, Persona = RM 30, 324 dan Waja = RM 31, 878. *tukaran semasa matawang Saudi Riyal, SR 1 = Ringgit Malaysia, RM 0.84 Apa perasaan anak seorang pesawah bila bapanya menjual beras lebih mahal kepada anak sendiri? ReJaM© "Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana menipu rakyat!" |
| Kemalangan bas express di Pekan Pahang pula Posted: 04 Nov 2010 09:30 PM PDT ![]() Sejak kebelakangan ini selalu sahaja berlaku kemalangan bas express. Kali ini kemalangan bas express melibatkan Bas express Transnasional belaku di Pekan Pahang pula. Apa sebenarnya dah terjadi kepada bas-bas express yang ada di Malaysia ni? Kenapa kemalangan yang melibatkan bas express kini menjadi lebih kerap? Tambah menakutkan, kebanyakkan kemalangan bas ini melibatkan kemalangan maut terutama kepada penumpang. PEKAN, 4 Nov — Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini. Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini. Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: "Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya. Beliau berkata pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985. Sementara itu di Bentong, tiga maut manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Km3 Jalan Mempaga-Lakum kira-kira jam 10 pagi tadi yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Mercedes. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Rosli Abdul Rahman, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu; penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, beralamat di Jengka 12 dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, beralamat di Kuantan. "Ketika kejadian, kereta Proton Wira dari arah Mempaga ke Lakum itu dikatakan bertembung dengan kereta Mercedes dari arah bertentangan, punca kejadian akibat pertembungan kedua-dua buah kereta itu masih disiasat," katanya. Beliau berkata pemandu kereta Mercedes dan dua lagi penumpang kereta Proton Wira terbabit cedera parah dan kini dirawat di Hospital Bentong. — Benama ReJaM© |
| Bayi 'ajaib' terselamat jatuh dari tingkat 6 Posted: 04 Nov 2010 08:14 PM PDT Media Perancis menyifatkan sebagai 'keajaiban' seorang bayi yang terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun terjatuh dari tingkat enam sebuah bangunan apartment. Bayi lelaki tersebut yang tidak dikawal oleh ibu bapanya itu telah terjatuh seterusnya melantun di atas bumbung (awning) sebuah kafe di bawah rumahnya. Bayi berkenaan benar-benar bernasib baik apabila seorang doktor yang kebetulan lalu di situ ternampak bayi itu lantas menyambutnya sebelum ia terhempas ke tanah, menurut laporan seorang saksi. ![]() inilah bangunan tempat berlakunya kejadian tersebut Doktor tersebut tidak menemui sebarang kecederaan pada bayi namun membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Laporan awal yang dipetik dari BBC mengatakan bayi itu sebagai bayi perempuan namun sebenarnya ia adalah bayi lelaki. Seorang lelaki yang tinggal berdepan dengan bangunan tersebut memberitahu France Info bahawa dia terlihat seorang bayi sedang bermain-main di tepi tingkap bersama seorang kanak-kanak perempuan yang beberapa tahun lebih tua darinya. Mereka berdua dilihat keluar dan masuk di tepi tingkap, dia merasakan sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Lelaki yang menyambut bayi lelaki tersebut sedang berjalan melewati kawasan itu bersama isteri dan anak lelakinya ternampak bayi tersebut jatuh. Seorang lagi saksi memberitahu Le Figaro doktor tersebut menunggu di bawah bumbung (awning) dan berjaya menyambut bayi selepas ia melantun di atas bumbung tersebut. Francois, seorang saksi mengatakan bayi terbabit menangis pada mulanya sebelum kemudiannya kembali tenang. Doktor yang bernama Philippe Benseniot menurut France Info menyifatkan kejadian ini sebagai benar-benar bernasib baik. "Saya berada di situ pada masa yang tepat" Katanya kepada France Info. ReJaM©"Ajal tak sampai lagi..." |
| Kisah benar riwayat hidup P. Ramlee History Channel Posted: 04 Nov 2010 07:30 PM PDT ![]() Mungkin tidak ramai yang mengetahui kisah sebenar hidup P. Ramli. History Channel membongkar kisah sebenar riwayat hidup seniman agung ini disebalik kejayaannya sebagai seniman tanah air. History Channel menampilkan dokumentari yang sangat menarik dan begitu baik untuk diketahui bersama oleh Rakyat Malaysia, terutama peminat beliau. Video dokumentari ini membongkarkan pelbagai persoalan tentang P. Ramli yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Rakyat Malysia. Saksikan video kisah benar riwayat hidup P. Ramli di bawah ini sila klik untuk menonton. [video seterusnya akan ditambah sebentar lagi] ReJaM© |
| SPM 2010 tidak akan ditangguhkan - Puad Posted: 04 Nov 2010 07:04 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula pada 23 November ini tidak akan ditangguhkan meskipun banjir besar melanda Kedah, Perlis dan Kelantan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peperiksaan tersebut tetap dijalankan dengan memindahkan calon terbabit ke kawasan yang tidak terlibat dengan bencana tersebut. Beliau berkata, keputusan tersebut diambil berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian supaya calon-calon dapat menduduki peperiksaan tersebut dalam keadaan selesa dan selamat. "Sekiranya keadaan memaksa, kita akan memindahkan semua calon SPM ke sekolah lain yang tidak dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Mohd. Puad diminta mengulas cadangan beberapa persatuan supaya Kementerian Pelajaran menangguhkan peperiksaan SPM pada 23 November ini berikutan banjir besar yang melanda tiga negeri. Antara persatuan yang membuat cadangan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) dan Pemuda Gerakan Kedah. - Kosmo ReJaM© |
| BN rai kemenangan Galas dan Batu Sapi Posted: 04 Nov 2010 07:58 AM PDT ![]() Tahniah diucapkan kepada calon BN yang berjaya merampas kembali kubu kuat mereka DUN Galas serta mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang besar. Kepada Pakatan Rakyat, PAS dan PKR jangan bersedih, kita memang dah biasa kalah. Lagipun PRK ini tidak mengubah apa-apa kepada kerajaan PAS Kelantan. Kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. ![]() Apa yang lebih penting ialah kerja kuat untuk Pilihanraya Umum, PRU 13 yang akan datang. Dijangka BN akan menggunakan taktik pemberian Mykad kepada penduduk tetap dan pendatang asing untuk membantu undi Barisan Nasional. Namun setakat ini ReJaM© masih belum mempunyai bukti yang kukuh. Apa yang ada sekarang ini hanyalah pengakuan beberapa orang pendatang asing dari Indonesia yang bakal mendapat Mykad dan taraf kewarganegaraan dengan syarat perlu membantu undi BN pada PRU 13. Namun bukti ini belum benar-benar kukuh untuk dibawa ke tengah. Apapun nantikan pendedahan akan datang tentang isu Mykad ini. ReJaM© "Kita bukan kalah, cuma tak menang je... " |
| Perkhidmatan 3G di puncak Everest Posted: 04 Nov 2010 06:55 AM PDT ![]() Katmandu, Nepal - Pangkalan untuk perkhidmatan jaringan mudah alih Third Generation, 3G tertinggi di dunia telah dibina di kaki gunung Everest khamis lalu. Ncell penyedia perkhidmatan internet dan jaringan mudah alih di Nepal berkata, ia telah membina sebuah pangkalan 3G pada altitude 5,200 meter (17,000 kaki) berhampiran salah sebuah kampung di Gorakshep, kata Aigers Benders, Ketua Pegawai Teknikal Ncell. "Kelajuan perkhidmatan 3G ini boleh mencapai sehingga 3.6 MB per saat," Kata Aigars. "Namun kami boleh juga meningkatkannya sehingga ke 7.2 MB sekiranya ada permintaan." Sejumlah sembilan stesen, dengan yang paling rendah berada pada ketinggian 2,870 meter (9,400 kaki) terletak di Lukla di lokasi di mana lapangan terbang Everest berada telah mula beroperasi pada hari Khamis. Sasaran utama perkhidmatan ini ialah kepada untuk kira-kira 30,000 pelancong yang datang ke Banjaran Himalaya, Nepal pada setiap tahun. Beratus pendaki cuba untuk mendaki Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia pada ketinggian 8,484 meter (29,028 kaki) dan dijangka jumlah pendaki tahunan yang datang adalah sekitar beberapa ratus orang. Sungguhpun Ncell belum lagi menguji perkhidmatan 3G yang disediakannya dari puncak everest, menurut Aigars, secara teorinya ia boleh berfungsi. Sehingga 50 individu dapat menggunakan perkhidmatan ini dalam satu-satu masa dan sekiranya terdapat permintaan, kapasiti ini akan ditingkatkan lagi. Empat daripada stesen-stesen tersebut beroperasi menggunakan tenaga solar dengan sokongan bateri yang boleh menampung keperluan tenaga pangkalan berkenaan sehingga tiga hari. [BBC] ReJaM© "Puncak Gunung Kinabalu ada perkhidmatan 3g ke? Siapa tahu?" |
| Final UUM ditangguhkan akibat banjir di Sintok Posted: 04 Nov 2010 05:11 AM PDT ![]() Berikutan banjir yang semakin buruk di negeri Kedah dan Sintok khasnya, peperiksaan akhir (Final) bagi student Universiti Utara Malaysia, UUM terpaksa ditangguhkan. Berikut Laporan berita yang diperolehi daripada Bernama. ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir. Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini. "Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama ReJaM© "Seronoklah student UUM kah kah kah..." |
| Keputusan tidak rasmi BN menang di Galas dan Batu Sapi Posted: 04 Nov 2010 04:44 AM PDT ![]() Keputusan tidak rasmi di kedua-dua PRK Batu Sapi dan Galas dimenangi oleh Calon-calon Barisan Nasional. Berita dipetik dari Malaysiakini. Apapun keputusan rasmi masih belum lagi dikeluarkan. Sekiranya keputusan ini berterusan sehingga keluarnya keputusan rasmi, tahniah diucapkan kepada calon-calon Barisan Nasional. ReJaM© |
| Peperiksaan SPM 2010 akan ditunda? Posted: 04 Nov 2010 01:55 AM PDT ![]() Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2010 mungkin ditunda berikutan banjir buruk di beberapa buah negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Penundaan peperiksaan tersebut pastinya akan melibatkan seluruh negara berikutan periksa SPM seharusnya dilakukan serentak seluruh Malaysia. Keputusan menunda peperiksaan SPM ini dilahat wajar dilakukan untuk memberikan peluang persediaan yang rapi bagi pelajar-pelajar yang terlibat di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan dirayu supaya menunda peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana banjir terburuk yang kini melanda Kedah dan Perlis dibimbangi boleh menjejaskan persediaan calon-calon di kedua-dua negeri berkenaan. Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, kerajaan wajar memberi peluang kepada mangsa-mangsa banjir terdiri daripada calon SPM membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi peperiksaan itu yang dijadual bermula 23 November ini. "Saya dapat merasakan kesusahan mereka kerana terpaksa mengulang kaji dalam keadaan yang berpindah randah, buku-buku pula mungkin ada yang hilang atau basah terkena air, jadi perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan perhatian pelajar dalam membuat persediaan untuk SPM. "Kerajaan perlu sensitif kerana situasi yang tidak kondusif mampu menjejaskan peluang pelajar untuk cemerlang dalam SPM dan ia turut melibatkan masa depan mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - Bernama ReJam© |
| Keputusan UPSR 2010 diumumkan 11 November Posted: 04 Nov 2010 01:28 AM PDT ![]() PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini. Kenyataan itu menyebut, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan. Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta. - Bernama ReJaM© |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan