Sabtu, 13 November 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


SEKRETERIAT JPP DI `KAMBING HITAMKAN'?

Posted: 12 Nov 2010 10:30 PM PST

Pemilihan 2010 Tetap Diteruskan, Jangan Jadikan Sekreteriat, JPP Kambing Hitam

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan tetap meneruskan proses Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 yang kini memasuki pusingan terakhir walaupun timbul aduan berhubung dakwaan berlaku penyalahgunaan kertas undi.

Justeru itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya tidak mengkambinghitamkan Sekretariat dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sekiranya mereka mempunyai sebarang rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan.Sebaliknya mereka digesa membuat aduan secara rasmi kepada JPP supaya tindakan susulan boleh diambil dengan segera.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menafikan dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan jawatan Timbalan Presiden yang turut membabitkan pengawas JPP.Ini kerana pihak JPP telah menggunapakai enam daripada tujuh cadangan calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim bagi memastikan ketelusan proses pemilihan.

"Surat Datuk Zaid bertarikh 5 Oktober menyarankan tujuh cadangan antaranya membenarkan calon melantik wakil calon dan agen pengundian (Paca) di setiap pusat mengundi, kertas undi bernombor siri bagi mengelak digunapakai berulang kali, peti undi mesti lutsinar, hanya senarai ahli sah diguna, ruang membuang undi berasingan, masa undi dipatuhi serta, ahli yang membayar yuran semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang berhak mengundi." Daripada tujuh cadangan Datuk Zaid kita telah laksanakan enam kecuali peti undi lutsinar sebab harganya mahal. "

Saifuddin merujuk kepada kekalahan beberapa tokoh dan pemimpin parti tetapi mereka tetap setia dan bekerja keras untuk KEADILAN. "Datuk Kamarul Baharin Abas, bekas Setiausaha Agung, bekas Bendahari Agung, Ketua KEADILAN Negeri Sembilan kalah kepada YB Ravi tapi beliau terima keputusan dan terus bersama parti. "Elizabeth Wong kalah di PJU, dia buat aduan tapi bertenang sementara aduan disiasat. Lim Soo Nee kalah di Kulim Bandar Baru tapi masih jalankan tugas parti dengan baik. "Rodziah kalah di Shah Alam tapi bergelumang membantu parti semasa pilihan raya, tidak seperti sesetengah calon yang batang hidung pun tak nampak," kata Saifuddin lagi.

SYABAS MUSTAFA KAMIL, TINDAKAN BERANI, BIJAK DAN BERTANGGUNGJAWAB

Posted: 12 Nov 2010 08:15 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU keputusan yang berani, bijak dan bertanggungjawab. Itulah yang boleh saya katakan apabila dimaklumkan bahawa Sdr Mustafa Kamil Ayub nekad untuk terus berjuang dan bertanding di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Saingannya kini hanyalah YB Azmin Ali setelah Dato Zaid Ibrahim `merajuk' keluar.

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya meluahkan rasa kebimbangan seandainya Sdr Mustafa Kamil tergamak `meruntuhkan rumah' yang dibina sekian lama oleh beliau bersama kesemua pejuang reformasi dengan `darah dan air mata' semata-mata mengikut langkah `orang baru' Zaid Ibrahim. Ternyata Sdr Mustafa Kamil masih waras dan beliau berani memperjudikan nasibnya sekarang bagi memartabatkan parti yang kita cintai ini. Sekurang-kurangnya harapan media pencacai untuk melihat PKR hancur di tangan orang lama seperti beliau tidak menjadi kenyataan.

Pengorbanan Sdr Mustafa Kamil harus dibalas oleh parti dengan mengambil tindakan terhadap segala aduan dan tegurannya terhadap pemilihan kali ini. Sekira terbukti ada asas dan bukti yang nyata, tiada salahnya bahkan menjadi wajib bagi parti menangguhkan atau mengadakan pemilihan semula dengan memperbaiki semula segala kelemahan yang dikenal pasti. Semua ahli parti mesti diterangkan dengan jelas mengapa pemilihan perlu ditangguhkan, dibatalkan ataupun perlu diteruskan.

Seandainya Dato Zaid dari awal lagi menarik diri, tentunya peluang lebih cerah buat Sdr Mustafa Kamil bagi merebut jawatan nombor dua ini. Apabila sekarang berada di penghujung pemilihan, mungkin peluang buat Sdr Mustafa Kamil agak tipis walaupun tidak mustahil. Namun, bagi saya yang lebih penting Sdr Mustafa Kamil sebenarnya telah `berjaya' di dalam satu dari perjuangannya iaitu berani menegur parti, berani berdepan dengan JPP bahkan bersemuka dengan Presiden Parti demi untuk menegakkan keadilan. Tentu jauh berbeza dari pemimpin yang berani di luar tidak berani berdepan dan bersemuka.

Saya merasa lega dengan keputusan Sdr Mustafa Kamil ini. Sekurang-kurangnya bagi saya samada YB Azmin menang atau Sdr Mustafa Kamil yang menang, kedua-dua mereka adalah tokoh lama, teruji dan berwibawa untuk memimpin PKR. Mereka ini lah harapan kita di masa akan datang. Semoga tiada serangan peribadi di antara kedua-dua tokoh ini agar pemilihan kali Justify Fullini dapat diterima dengan hati terbuka. Syabas, Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

JIKA SAYA KELUAR DARI KEADILAN, HARI INI, ESOK UMNO KENDURI BESAR - DS ANWAR

Posted: 12 Nov 2010 03:48 AM PST

Anwar sedar rakyat marhaen sokong bukan koprat keparat

Oleh Dzulkarnain Taib

AI44

SIMPANG RENGGAM 12 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik
sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan. Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai./Sharpshooter

ZAID SEDANG `BERUSAHA' UNTUK DIPECAT, PKR PERLU TUNAIKAN HAJAT BELIAU

Posted: 12 Nov 2010 03:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU berita yang baik bagi saya apabila dimaklumkan bahawa Dato Zaid kemungkinan besar akan menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat dari PKR. Itulah harapan yang amat dinantikan kerana dengan parti baru itu nanti Zaid tidak perlu bertanding atau bersaing dengan sesiapa untuk menjadi Ketua. Malang sedikit apabila beliau berkata SEKIRANYA parti pecat beliau. Ertinya apa? Ertinya mungkin beliau kini sedang berusaha sedaya upaya untuk dipecat.

Menurut maklumat , di dalam perjumpaan beliau dengan para penyokongnya di Kedah semalam yang dihadiri lebih kurang 100 orang, beliau telah cuba membayangkan keinginannya itu. Cubaan yang bagus dari Zaid untuk `pancing' atau uji sokongan orang ramai seandainya beliau menubuhkan parti barunya.

Cuma, saya tidak berapa seronok dengar dari maklumat tersebut parti barunya itu mungkin akan menggunakan perkataan `Keadilan' juga. Ada yang kata mungkin namanya `Keadilan Baru'. Macam Umno dulu lah juga bila diharamkan maka wujud `Umno (Baru)'. saya harap maklumat itu tidak tepat, masakan Zaid masih `ada hati' atau kepingin lagi mahu gunakan nama `Keadilan' jika beliau tubuhkan parti baru. Adakah mahu `tumpang berkat'?

Tidak kisahlah apa pun nama parti barunya nanti. Apa yang penting, ramai yang sudah kenal Zaid. Masalahnya nanti, apakah parti barunya itu akan menjadi komponen baru di dalam Bn atau berhajat bersama PR? Atau bukan kedua-duanya? Tentu ramai `tokoh-tokoh wibawa' berminat untuk menyertai parti barunya nanti. Mungkin Zul Kulim, Zahrain dan beberapa lagi spesis katak berminat untuk bersama beliau.

Mudah-mudahan PKR dapat menunaikan hajat Zaid untuk beliau tubuhkan parti barunya. Kesihan juga lihat beberapa ekor katak tu yang masih tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'. Sebab itulah roh ini berkeliaran mengganggu di sana sini. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: