MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- MENGAPA ZAID TARIK DIRI - SEBUAH KISAH DARI PENULIS BODOH UNTUK SI BANGANG MEMPERCAYAINYA
- ZAID TARIK DIRI - BETUL-BETUL ATAU `COBAANNNN' ?
- KESIHAN AZMIN, ZAID MUNGKIN PUAS HATI
- GUA MUSANG - NIK AZIZ ISLAMKAN ORANG ASLI, UMNO BAWA KARAOKE KE KAWASAN ORANG ASLI
- ZAID SENDIRI INGIN MENJADIKAN DIRINYA SEPERTI ALMARHUM GHAFAR BABA?
- ZAID MASIH PUNYAI PELUANG, BLOGGER JANGAN MERACAU TIDAK TENTU PASAL
| MENGAPA ZAID TARIK DIRI - SEBUAH KISAH DARI PENULIS BODOH UNTUK SI BANGANG MEMPERCAYAINYA Posted: 09 Nov 2010 12:41 AM PST PEDULI aku cerita mengapa Zaid tarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Semasa dia mendahului di awal pemilihan, tak timbul pun cerita tarik diri dan sebagainya. Bila beliau mula rasa tergugat dengan agak jauh ketinggalan, maka timbul cerita bermacam cerita. Dan, akhirnya menunjukkan keperwiraan serta semangat juangnya dengan menarik diri. Apa nak buat, dah itu memang stail Zaid. Kisah ni lagi menarik. Ada rakan di dalam blog buat cerita pemilihan di dalam PKR kali ini hanya pemilihan melalui telefon. Kununnya, Anwar akan telefon Ketua Cabang seluruh Malaysia agar tentukan Azmin menang. Hahahaha....terasa macam bodoh je si tukang cerita ni. Bodoh-bodoh pun tentu ada yang bodoh mempercayainya. Mudahnya Anwar berkempen untuk Azmin hanya dengan panggilan telefon? Macam buat panggilan telefon kepada si `Penarik Beca' je kan? Ok lah, peliknya dalam ramai-ramai Ketua Cabang yang dapat panggilan telefon dari Anwar tu takkan semuanya penakut? Tak adakah yang berani tampil membuat laporan beserta bukti panggilan yang semestinya ada tercatat dalam telefon bimbit mereka? Jika ada arahan melalui SMS misalnya, takkan tak boleh simpan SMS tu sebagai bukti ada campurtangan Anwar? Kununnya pula di Sabah, Ketua-Ketua Cabang ditawarkan jadi calon pilihanraya akan datang asalkan menyokong Azmin. Gilakah Anwar sampai sanggup tawar sedemikian? Berapa ramai Anwar nak calonkan di satu-satu kawasan di Sabah itu? Ada berapa banyak Dun atau Parlimen di Sabah yang boleh Anwar tawarkan kepada semua Ketua Cabang tersebut? Lojikkah cerita itu? Sedangkan untuk menyuruh MP dari Bn Sabah dan Sarawak agar melompat ke PKR pun Anwar tidak janjikan apa-apa, walhal itu untuk mendapatkan kuasa memerintah negara. Inikan pula untuk menangkan Azmin saja Anwar sanggup buat janji tak masuk akal begitu? Masakan semua Ketua Cabang di Sabah bodoh-bodoh belaka tidak terfikir lojik atau tidak kesemua mereka akan dipilih sebagai calon di dalam pilihanraya akan datang jika menyokong Azmin. Ini semua cerita yang tak masuk akal, jauh lagi untuk dapat dibuktikan. Apa yang SU Agung PKR dah jelaskan lebih berfakta dan lojik daripada cerita seperti di atas. Biarlah Zaid tarik diri kerana mungkin dia terasa kecewa akibat Sabah yang diharapkan memberi undi kepadanya namun majoriti ahli-ahli PKR Sabah lebih yakin dengan Azmin daripada Zaid. Aku yakin Zaid akan memilih PAS jika beliau keluar dari PKR. Jika itulah yang dipilihnya, aku ucap Alhamdulillah. Tetapi jika beliau kembali kepada Umno, maka benarlah dakwaan kawan aku yang selama ini berkata Zaid dibawa ke dalam PKR hanya untuk musnahkan PKR. Apabila difikir semula, tidak mustahil kata kawan aku tu. Sebelum Zaid ada dalam PKR, pemilihan di dalam PKR berjalan dengan baik. Namun, aku bersangka baik terhadapnya. Zaid tentu akan pilih PAS dan tidak mungkin bersama Umno jauh lagi untuk bersama dengan kumpulan `firaun besar' yang diketuai oleh Zul Kulim itu./wfauzdin.blogspot.com | ||
| ZAID TARIK DIRI - BETUL-BETUL ATAU `COBAANNNN' ? Posted: 08 Nov 2010 10:00 PM PST Sehingga aku menulis artikel ini, diberitakan Zaid masih belum menghantar notis kepada parti berhubung penarikan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Adakah ini satu lagi strategi kempen Zaid untuk menagih simpati? Aku harap Zaid masuk dalam PKR bukan untuk membuat `kacau'. Jangan tunjuk berani yang tidak bertempat. Buat macam Sdr Mustafa Kamil lagi bijak. Sdr Mustafa terlebih dahulu sediakan laporan beserta hujah dan bukti untuk disiasat oleh pihak bertanggungjawab dalam parti sebelum beliau mengambil apa-apa keputusan. Mungkin Zaid tahu atau sedar beliau tiada hujah dan fakta seperti Sdr Kamil, maka cara paling mudah `merajuk'. PKR tidak boleh punyai pemimpin yang kuat `merajuk'. Pemimpin mesti berani kerana benar dan tetap melawan selagi wisel penamat belum ditiup. Kita tunggu apakah Zaid akan berubah sikap sekali lagi dan tidak jadi untuk menarik diri? Tidak mustahil buat Zaid kerana sebelum ini beliau selalu berubah sikap. Adakah kali ini `betul-betul, atau cobaannnnnn....'? | ||
| KESIHAN AZMIN, ZAID MUNGKIN PUAS HATI Posted: 08 Nov 2010 05:00 PM PST Kesihan Azmin. Semenjak sekian lama mendiam diri, akhirnya Azmin memberi sedikit komen tentang penarikan diri Zaid Ibrahim untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Beliau anggap itu adalah keputusan peribadi Zaid walaupun beliau tahu Zaid juga ingin membawa perubahan di dalam parti. Azmin secara seloroh menganggap kesemua yang buruk itu angkara dirinya. Terkenal dengan seorang tokoh yang berani kerana benar, Azmin mahukan JPP serta SU Agung PKR menyiasat setiap aduan yang dilaporkan oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kali ini. Seperti juga Sdr Mustafa Kamil Ayub, Azmin mahu siasatan dilakukan dengan jujur dan telus. DS Anwar juga berpendapat sedemikian, cuma Zaid sahaja awal-awal sudah tidak tahan dugaan. Azmin sendiri insaf bahawa keputusan belum pasti berpihak kepadanya kerana masih banyak lagi Cabang yang belum dikira dan dimuktamadkan oleh JPP. Syabas Azmin, tabik juga kepada Sdr Mustafa Kamil kerana masih bersabar dengan tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh parti berkenaan isu hangat ini. Buat Zaid, mungkin beliau berpuas hati sekarang kerana parti yang aru disertainya sekarang terjejas dengan tindakannya./mandor.blogspot | ||
| GUA MUSANG - NIK AZIZ ISLAMKAN ORANG ASLI, UMNO BAWA KARAOKE KE KAWASAN ORANG ASLI Posted: 08 Nov 2010 02:09 PM PST
| ||
| ZAID SENDIRI INGIN MENJADIKAN DIRINYA SEPERTI ALMARHUM GHAFAR BABA? Posted: 08 Nov 2010 10:52 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS BERTAMBAH menarik `sandiwara' yang sedang bermain di dalam PKR sekarang ini. Sebelum ini di dalam pemilihan pimpinan PKR tidak pernah berlaku `sandiwara' menarik seperti sekarang. Mungkin kerana pemilihan kali ini yang memberi kuasa penuh kepada setiap ahli untuk memilih sendiri pemimpin mereka menjadikan keadaan `luar biasa' berlaku sekarang. Mungkin juga kerana PKR dilihat mempunyai harapan cerah untuk bersama PR menakluk Putrajaya maka `selera' beberapa kerat pemimpin kini berubah. Ada teman yang berkata, pemilihan sebelum ini aman dan tenteram, tetapi setelah Dato Zaid berada di dalam PKR maka pemilihan kali ini berubah rentak. Awal mula Dato Zaid berkali-kali berkata tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan tertinggi di dalam parti. Namun, bak kata orang cakap orang politik kita hanya boleh mendengar sahaja. Akhirnya Zaid mengambil keputusan untuk meraikan amalan demokrasi di dalam parti dan beliau masuk gelanggang untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun banyak cakap-cakap Zaid ini mengelirukan kita dengan berubah-ubah syaratnya untuk bertanding atau menarik diri, tetapi kita tetap menghormati selera beliau. Setelah beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding bersama dengan YB Azmin dan Sdr Mustafa Kamil Ayub bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, pada awal pencalonan Zaid telah mendahului YB Azmin dan juga Sdr Mustafa Kamil. Ketika itu tiada pun dakwaan pemilihan tidak adil atau sebagainya. YB Azmin pun tidak berbunyi walaupun ketika itu ketinggalan dari segi pencalonan dan undi. Apabila serangan demi serangan berlanjutan ke atas YB Azmin dan ditujukan juga kepada Ketua Umum, maka dapat dilihat pencalonan dan undi bertambah dari masa ke semasa untuk YB Azmin. Semakin banyak fitnah dilemparkan kepada YB Azmin dan DS Anwar, bertambah undi untuk mereka. Maka timbullah pula dakwaan kununnya JPP termasuk SU Agung PKR berpihak kepada YB Azmin. Tuduhan ini berlanjutan dan dimainkan setiap hari oleh kumpulan yang menyokong beliau. Biarpun SU Agung telah menjawab segala tohmahan mereka, tetapi mereka terlebih awal `mengecop' SU Agung juga berpihak, maka dengan mudah mereka tidak menerima penjelasan dari SU Agung YB Saifuddin. Terkini, diberitakan bahawa Dato Zaid menarik diri dari bertanding dan melepaskan semua jawatannya di dalam parti. Kununnya beliau tersilap memilih PKR yang disangkanya lebih baik dari Umno. Saya menunggu untuk mendengar adakah Dato Zaid akan meninggalkan PKR seperti yang amat dinantikan oleh media pencacai dan Umno sendiri. Jika beliau tinggalkan PKR, saya berminat untuk mengetahui ke mana arah tuju beliau selepas itu. Adakah beliau akan `U-Turn' kepada Umno atau mencari parti lain yang lebih baik dari Umno dan PKR iaitu PAS? Jika hala tujunya kepada PAS, Alhamdulillah. Dato Zaid pernah menyuarakan kebimbangannya sekiranya beliau akan di`Ghafar Baba'kan oleh ahli-ahli PKR. Terbukti setakat ini PKR tidak tergamak untuk menjadikan beliau begitu, sebaliknya beliau sendiri ingin menurut langkah Almarhum Ghafar Baba apabila `merajuk' untuk menarik diri dari bertanding. Memang dijangka `Sandiwara' beliau ini akan mendapat sambutan hangat dari media pencacai dan beberapa pencacai seperti `firaun besar' dari Kulim itu. Inilah saat yang dinantikan oleh mereka semua. Saya mengharapkan pimpinan PKR serius melihat isu ini. Jika terbukti ada kepincangan berlaku, lebih afdal jika pemilihan ditangguhkan ke tahun hadapan. Tetapi jika terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan pemilihan ini semata-mata tekanan dari puak yang terasa mahu tewas itu, pimpinan tidak harus mengalah. Mana mungkin parti boleh tunduk kepada mereka yang hanya mahu pandangan dan tuntutan mereka sahaja diterima. /wfauzdin.blogspot.com | ||
| ZAID MASIH PUNYAI PELUANG, BLOGGER JANGAN MERACAU TIDAK TENTU PASAL Posted: 08 Nov 2010 09:06 AM PST ADA Blogger marah-marah bila Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin menyebut terdapatnya Blogger dan media yang menjalankan tugas Umno untuk menghancurkan parti. Seperti makan cili terasa pedas lagaknya Blogger yang marah-marah itu. Blogger ini sentiasa mencari jalan untuk menyalahkan JPP dan juga Setiausaha Agung PKR, bahkan termasuk menyalahkan DS Anwar kununnya tidak berlaku adil menjalankan pemilihan di dalam parti sekarang. Di sebalik kecaman terhadap JPP termasuk kecaman terhadap DS Anwar, lebih-lebih lagi fitnah berbagai bentuk terhadap YB Azmin, Alhamdulillah, ahli-ahli masih lagi waras untuk mengenali siapa di belakang Blogger ini. Sehingga ke satu tahap Blogger yang terlalu fanatik terhadap Zaid Ibrahim ini menyarankan jika perlu gugurkan DS Anwar dari memimpin PKR, maka lakukan sahaja kerana DS Anwar bukan `maksum' katanya. Kita juga mahu tahu siapa pula yang mereka mahu untuk menggantikan tempat DS Anwar ini ? Siapa orangnya yang `maksum' itu? Zaid Ibrahim kah? Semua orang bersetuju agar pemilihan kali ini berjalan dengan telus dan adil. Tidak ada gunanya YB Azmin menang jika kemenangannya berunsurkan rasuah atau sikap berat sebelah oleh parti. Begitu juga tidak guna Zaid Ibrahim menang kerana berita fitnah yang dijaja untuk menjatuhkan YB Azmin. Blogger ini memberi amaran agar parti tidak memperlekehkan Blogger sepertinya kerana orang seperti beliaulah yang banyak membantu parti sejak awal lagi katanya. Adakah Dr Syed Hussin memperingatkan kita agar tidak mempercayai Blogger `tukang karut' ini maka bererti Dr Syed Hussin memperlekehkan kesemua Blogger? Jangan terasa kawan, Dr Syed Hussin hanya mengingatkan agar ahli menjauhi Blogger atau media perosak parti yang menulis cerita tahyul. Itu saja, jangan terasa jika tidak melakukannya. Saya amat gembira jika pemilihan parti dilakukan semula sekiranya terbukti ada berlaku salah laku sepanjang pemilihan ini. Tetapi jika semata-mata untuk memenuhi hasrat mereka yang terang-terang tidak berpuas hati kerana calon yang disokongnya tidak mendapat undi yang mencukupi, lebih baik parti tidak melayaninya. Jika kita terus melayan puak seperti ini, akan ada lagi tuduhan dari puak yang satu lagi kerana tidak berpuas hati. Sampai bila pemilihan ini harus dibuat berulangkali? Setiausaha Agung Parti telah pun menjawab apa jua yang ditimbulkan, namun ada yang tidak berpuas hati. Mereka tidak puas hati kerana Setiausaha Agung tidak menjawab isu yang tidak wujud, lebih tepat lagi sebagai fitnah atau persepsi semata-mata. Oleh yang demikian, biarkan saja mereka merapu dengan tuduhan dan hayalan mereka. Apa yang penting, parti mesti fokus dengan pemilihan ini secara telus dan adil. Jika ada aduan beserta bukti yang kukuh, maka siasatlah dengan adil. Sekiranya keadilan telah dilaksanakan, terimalah apa jua keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli kerana mustahil kita akan mempunyai tokoh yang `maksum' untuk memimpin parti ini menuju ke Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan