MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- PEMILIHAN PKR - MENGAPA SILAP KEMASUKAN DATA ?
- PRK DUN GALAS - MARUAH PENGUNDI CINA MAHU DIUJI ?
- GALAS - UMNO KASI, SAPU SAJALAH - ANWAR
- PIALA MALAYSIA - KIBARAN `BULAN PURNAMA' MENGUBAT HATIKU
| PEMILIHAN PKR - MENGAPA SILAP KEMASUKAN DATA ? Posted: 31 Oct 2010 10:32 PM PDT Oleh: Mandor MELEGAKAN, YB Azmin masih mendahului undian bagi jawatan Timbalan Presiden PKR setakat berita ini. Awalnya, dikatakan Dato Zaid meninggalkan YB Azmin sekitar 500 undi, tetapi di dalam sidang media terkini oleh Setiausaha Agung PKR YB Saifuddin, menyebut sebenarnya YB Azmin yang mendahului sekitar 500 undi. Kesilapan awal dikatakan kerana kesilapan kemasukan data. Di dalam pemilihan besar di dalam parti seperti ini mengapa berlaku kesilapan sedemikian? Adakah petugas di bawah Setiausaha Agung tidak terlatih di dalam menguruskan kemasukan data? Ini bukan kesilapan kecil, kerana pemilihan di dalam PKR kini menjadi tumpuan seluruh negara hatta dunia luar juga memantau perkembangan pemilihan kali ini. Jangan ada tuduhan `sabotaj' atau konspirasi akibat kelemahan petugas seperti ini. Jika perlu, keluarkan petugas yang bertanggungjawab tersebut kerana memalukan parti. Tidak hairan nanti, media pencacai akan mengambil peluang di atas kelemahan seperti ini. Maka, Setiausaha Agung perlulah menjawabnya. | ||||||||
| PRK DUN GALAS - MARUAH PENGUNDI CINA MAHU DIUJI ? Posted: 31 Oct 2010 09:49 PM PDT
Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.
Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.
Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik. "Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan. Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.
"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya. Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.
Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T. "Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya. Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu./Malaysiakini | ||||||||
| GALAS - UMNO KASI, SAPU SAJALAH - ANWAR Posted: 31 Oct 2010 03:16 PM PDT Jangan Tolak Imbuhan Tetapi Undi Bulan- Anwar 31/10/2010![]() GUA MUSANG 31 OKT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengundi tidak perlu menolak imbuhan dan projek-projek yang dijanjikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN). | ||||||||
| PIALA MALAYSIA - KIBARAN `BULAN PURNAMA' MENGUBAT HATIKU Posted: 31 Oct 2010 01:09 PM PDT TAHNIAH kepada pasukan Kelantan yang baru mencipta sejarah malam tadi menggondol Piala Malaysia setelah berjaya menewaskan Juara Bertahan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan berjaya membuktikan bahawa pasukan yang `tidak kaya' mampu untuk bergelar juara asalkan mempunyai semangat berjuang yang kental. Kemenangan 2 - 1 ke atas Negeri Sembilan disaksikan oleh jutaan peminat bola sepak dalam negara dengan diiringi kibaran `bulan purnama' serta terlihat juga kibaran `keris tanpa sarung' di tengah lautan penonton. Memang tepat jangkaan di dalam Poll yang saya adakan sebelum ini bahawa pilihan pengunjung blog telah memilih Kelantan muncul sebagai juara dengan mendapat undian 83 %. Saya sebagai anak jati Negeri Sembilan turut kecewa dengan kekalahan Negeri Sembilan malam tadi, namun kekecewaan saya tidaklah sampai sukar untuk melelapkan mata sejurus perlawanan tamat. Hati terubat seketika apabila melihat kibaran `Bulan Purnama' dikibarkan dikaca TV sepanjang perlawanan. Bukan mudah untuk menyaksikan suasana seperti ini. Skuad Kelantan yang dipimpin oleh bekas orang kuat Umno Kelantan, Anuar Musa telah mengharumkan nama Kelantan di bawah kerajaan Tuan Guru Nik Aziz. Bayangkan sekiranya MB Kelantan dapat hadir di stadium malam tadi, tentulah gegak gempita seluruh stadium. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini sudi menambah peruntukan atau bantuan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai penyuntik semangat untuk musim depan. Tahniah juga kepada Anuar Musa yang tidak berpolitik di dalam mengendalikan skuad Kelantan. Kemenangan di Bukit Jalik telah tercapai. Kini kita menanti apakah kemenangan bakal tercipta di PRK Dun Galas? Sekiranya PAS menang di Dun Galas, rakyat Kelantan pastinya bertuah menikmati kemenangan berganda ini. Tahniah Kelantan, Syabas Negeri Sembilan yang berjaya ke Final./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan