Khamis, 25 November 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


What the hack (heck) Zahid...He he!!

Posted: 25 Nov 2010 05:06 PM PST

Marah jawa Bagan Datoh ni bila akaun twitter dia kena godam....

Ada yang kata ini angkara North Korea. Aku rasa tak adalah. Tak kanlah North Korea atau Singapura nak buat benda ni semua. Kalau setakat maklumat ketenteraan Malaysia rasanya tak perlu nak godam twitter Zahid...bukan ke jet pejuangpun boleh hilang dari tempat simpanan?? Sukhoi tak boleh terbangpun satu dunia tau...Hmmm btw...kapal selam dah boleh selam dah??

Paling kuatpun aku rasa yang dok godam twitter Zahid ni orang Bagan Datoh jugak kot. Dato' MSY ada komen???

When even the Defence Minister's twitter can be hacked...
KUALA LUMPUR - The nation's security was on the lips of twitteratis when it was revealed today that the Twitter account belonging to Defence minister Ahmad Zahid Hamidi had been hacked.

Announcing the unfortunate news, Zahid said his account was hacked and would sign-up for a new Twitter account.

"My Twitter had been hacked. I don't know who's behind it. Dear followers, in 24 hours' time, I will create my new tweeter ID and felete [sic] this account.

"This tweeter ID will no longer (be) mine. This will be my last tweet," he twitted.

Meanwhile, the twitteratis greeted the news with humour, saying it was an indication of the level of Malaysia's security when even the Defence minister's secret could be bared.

"It says a lot about the level of our security, kan?" quipped a Twitter post from one "anthraxxx".

Another, calling himself JeffriMS, jokingly told Zahid that it could be a plot by North Korea, in a reference to the ongoing confrontation between North Korea and South Korea which captured world headlines recently.

An irate Zahid, responding to the posts, then issued a stern message to them in three words, "Watch ur words", only to fuel even more remarks poking fun at his misfortune.

They told the minister that such stern messages would not work in the world of Twitter owing to the microblogging site's principle of equilibrium.

"Twitterjaya don't give a rat's backside who you are. In here, everybody kena. Everybody.

"Oh and don't call Twitterjaya unpatriotic just because we whack you. It's not personal, it's just Twitterjaya," twitted one "syahredzan", referring to Zahid's recent controversial remarks that non-Malays were not interested to join the armed forces due to lack of patriotism.

A check by Harakahdaily at 3.30 pm showed that Zahid's twitter account was still active.

The only question which remains to be answered is whether he was the one doing the twitting.

Berita baru sampai: Jamnapari kalah kes di mahkamah...

Posted: 25 Nov 2010 02:06 AM PST

Opss!! Sorry...Jenapala....??

Court dismisses Jenapala's suit
By M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: The High Court ruled Thursday that it had no jurisdiction to hear former PKR deputy secretary-geneeral P. Jenapala's suit in relation to party's deputy president post.

The court dismissed his suit with costs.

Jenapala had wanted the court to declare that he was entitled to contest the position of deputy president.

Jenapala had sould a declaration that his disqualification was unlawful and contrary to his rights as a member.

He had also applied to get a declaration that the election held by PKR in respect of the deputy president post was null and void.

He also wanted a declaration that he was and was at all material times a member of PKR.

Jenapala had also asked for a declaration to restrain PKR from declaring any candidate in the elections as having been elected deputy president

Macam ni punya ceritapun ada...

Posted: 25 Nov 2010 01:47 AM PST

Nak tau kisah selanjutnya...pergilah ke Malaysia Today...

Tajuk.... Taking the Good Lord for a ride

Selamat membaca...

Bersyukurlah rakyat negeri Selangor....

Posted: 25 Nov 2010 01:31 AM PST


Pahang yang nak export airpun tak bagi air percuma...

Syabas pulak kapitalis no wahid di Malaysia selepas Umno dan suku sakatnya...

Syabas guna RM10b aset rakyat

SHAH ALAM, 25 Nov – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya memiliki aset bernilai kira-kira RM1.5 bilion tetapi menggunakan aset air yang dimiliki kerajaan negeri melebihi RM10 bilion untuk membuat keuntungan melampau, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, penilaian yang dibuat oleh Sulaiman & Co pada 2004 terhadap aset kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Perbadanan Urus Air Selangor (Puas), termasuk loji-loji perbersihan air, empangan-empangan dan paip-paip pengedaran air, melebihi RM10 bilion.

"Nilai harta yang dilakukan itu sama dengan penilaian yang dijalankan oleh kerajaan negeri sekarang. Malangnya kerajaan negeri Umno-BN ketika itu tidak meneliti sepenuhnya perjanjian yang menyatakan Selangor boleh menubuhkan satu pasukan kawal selia mengeni aset-aset dan operasi Syabas.

Ini membolehkan Syabas menggunakan aset kerajaan negeri untuk membuat keuntungan berlipat ganda dan pada masa sama menaikan harga air yang membebankan rakyat.

"Kerajaan negeri Umno-BN yang lalu dan Kerajaan Persekutuan tidak sensitif terhadap cara-cara pengswastaan dalam menentukan hak-hak negeri," kata Khalid.

"Bayangkan kalau aset RM10 bilion dikenakan sewa sebanyak 2 peratus setahun, sudah tentu kerajaan negeri akan menikmati RM200 juta setahun dan boleh kita gunakan untuk menolong rakyat miskin mendapat lebih banyak air percuma sebagai hak asasi mereka," katanya.

Tan Sri Khalid berkata, penyusunan semula industri air di bawah Akta Air atau Water Act (Wasiah), perlu dilakukan bagi memperbetulkan kerugian yang dialami beberapa kerajaan negeri akibat pengswastaan hak asasi rakyat.

Menurut beliau, pengambilan balik pengurusan air oleh kerajaan Selangor daripada syarikat-syarikat konsesi Abbas, Splash, Syabas dan Puncak Niaga tidak membelakangkan kepentingan pemilik-pemilik saham konsesi.

Beliau berkata, penasihat-penasihat kerajaan negeri mencadangkan pulangan yang berpatutan kepada pemilik saham agar mereka tidak mengalami kerugian iaitu sebanyak 12 peratus setahun ke atas nilai saham yang dimiliki.

"Berdasarkan kiraan 2009, julmah yang kita tawarkan ialah RM5.7 bilion dan kita sedia mengambil kira nilai-nilai bon yang telah diapungkan oleh syarikat konsesi air untuk menjalankan operasi loji pembersihan air dan empangan, seperti yang dikehendaki dalam operasi mereka.

"Bagaimanapun, penasihat-penasihat air negeri Selangor berpendapat, jika kerajaan negeri bayar melebihi 50 peratus setahun, rakyat akan menanggung akibatnya iaitu kenaikan tarif bagi menampung tawaran yang begitu tinggi," tegas beliau.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengambil alih pengurusan air kerana rundingan mengenainya mesti diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar menegaskan bahawa perjanjian yang bakal ditandatangani mesti meliputi beberapa perkara iaitu:

1. Kerajaan Pusat harus mengambil kira nilai aset-aset air milikan kerajaan Selangor

2. Menentukan harga pembelian daripada pemilik konsesi adalah berpatutan dan tidak akan membawa kepada kenaikan harga air yang membebankan rakyat.

3. Kerajaan negeri Selangor diberi ruang menerokai punca-punca air baru bagi memastikan bekalan berterusan kepada pengguna.

Khalid membayangkan bahawa kerajaan Selangor tidak akan tunduk kepada sebarang perjanjian yang meminggirkan kepentingan pengguna.

"Kalau mereka fikir nak buat bisnes atas hak asasi rakyat, untuk memerah hak asasi rakyat, bermakna mereka mempunyai falsafah yang berbeza daripada kita,' kata beliau.

"Saya rasa, akhirnya rakyat akan tahu orang-orang yang mempunyai kepentingan ini akan menjual rakyat dan mereka sanggup membayar atau memberi rasuah kepada pihak yang boleh memutar belitkan fakta-fakta bagi mengelirukan rakyat ," katanya.

Dalam hal ni mai kita pakat2 sokong Umno...

Posted: 24 Nov 2010 10:20 PM PST

Aku faham sangat kenapa Ustaz Idris Ahmad dok bising2 sangat pasal hal Raja2 Melayu ni. Mempertahankan PAS memang kerja Ustaz Idris nombor wahid. Mempertahankan PAS dari fitnah Umno juga memang kerja Ustaz Idris.

Memang betul Umnolah yang bertanggungjawab meminda Perlembagaan Negara berkaitan dengan kuasa Raja-raja Melayu di zaman Che Dead. Kalau dulu Umno boleh pinda, tak mustahil pada masa akan datang Umno akan pinda lagi. Apa ada heran?

Pada aku, asalkan pindaan itu baik untuk semua, apa salahnya? Tak kiralah sapa yang memindanya. Tiada siapa di dunia ini terlalu berkuasa sehingga tiada tindakan boleh dikenakan terhadap mereka jika mereka melakukan sesuatu kesalahan.

Pindaan yang dilakukan oleh Che Dead dulu aku sokong. Umno dok maki Raja-rajapun aku tak nak komen apa2. Bukan apa....dok kena maki dek Umnopun majoriti Raja-raja masih sokong Umno....apa kita boleh buat??

Kita dok keriau nak buat apa? Ustaz Idris jangan susah hati. Yang paling penting...apa yang kita buat kena ikut perlembagaan. Ikut undang-undang. Kita tak payah ikut rentak Umno...Raja-raja nak ikut, tafadhal...

1975...aku dan Hoki Piala Dunia...

Posted: 24 Nov 2010 09:13 PM PST

Pada tahun 1975 aku baru berusia 11 tahun. Masih di darjah 5 SK Kota Dalam.

Kejohanan Hoki dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada masa itu, bagi budak kampong macam aku hanya dapat diikuti siaran langsungnya melalui radio.

Aku masih ingat bagaimana aku cepat2 cabut balik sekolah agama untuk mengikuti perlawanan2 yang melibatkan Malaysia. Uhhhh... kira2 macam sekarang ni budak2 dok berkira2 nak ke ciber cafe untuk main game atau main fb kot?

Nama2 gah masa tu yang aku masing ingat seperti Sri Shanmuganatahan, R. Ramakrishnan, Poon Fook Loke, Franko De Cruz, Brian Sta Maria, M. Mahendran, A. Francis dan beberapa orang lagi.

Kejayaan menumpaskan Belanda 2-1 untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir benar2 menjadikan Malaysia demam hoki pada masa itu. Apa tidaknya yob…pantang nampak kayu tegak yang ada cabang bengkok….habis kena potong untuk jadi kayu hoki.

Teringat juga masa Muhammad Ali bertarung dengan Joe Bugner di KL. Semua budak kampong pakat bertinju. Termasuk aku…teruk Masrudin kena bedal dengan aku…hmm maklumlah budak tu separuh berat badan aku. He he…

Ramai yang demam bila Malaysia kalah ditangan India (yang seterusnya muncul juara) di peringkat separuh akhir 2-3 selepas tambahan masa. 10 minit sebelum perlawanan sepenuh masa tamat, Malaysia mendahului India 2-1.

Masa tu permainan semua atas padang rumput. Astroturf belum mula biz kot?

Kalau tak silap aku, ada permainan yang tergendala kerana hujan lebat dan sebagainya. Namun yang pasti, seluruh rakyat Malaysia excited dengan kecemerlangan pasukan hoki negara.

Selepas itu pasukan hoki remaja juga menunjukkan sengatnya di peringkat antarabangsa. Selama beberapa tahun, Malaysia menduduki ranking ke 4 di peringkat dunia.

Sehinggalah lepas itu kita jadi dungu dan dipijak2 oleh pasukan eropah. Kecemerlangan kita hanya setakat menjadi pengelola dan tuan rumah kepada kejohanan berbagai peringkat. Rakyat juga sudah tidak excited sebagaimana dulu.

Hari ini kita dapat lihat sedikit peningkatan apabila pasukan negara layak ke perlawanan akhir di Sukan Asia, Guangzhau. Lawan kita di perlawanan akhir ialah Pakisatan.

Apapun keputusannya nanti, aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan awal ini.

Cabarannya ialah….bolehkah kita mengembalikan excitement yang telah lama pudar dalam arena sukan negara, khususnya sukan hoki? Wallhua'lam…

Tiada ulasan: