Sabtu, 20 November 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Nak belanja lebihpun payah...baik belah...!!

Posted: 20 Nov 2010 12:31 AM PST

Rosmah Mansor undur diri dari jawatan Canselor Unisel
November 20, 2010


Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan Anugerah Canselor kepada Mohamad Hafiz Rosli (kanan) semasa Majlis Konvokesyen Unisel ke-lima di Bestari Jaya hari ini. - Foto Bernama

KUALA SELANGOR, 20 Nov — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Feb depan. — Bernama

Tuan Wali dah ada facebook...

Posted: 20 Nov 2010 12:16 AM PST

Terkejut beruk bila tiba2 muncul gambor Tuan Wali dalam facebook teman.

Sudah tentulah tuan punya fb sebebenornye orang lain...macam fb Bik Mama...suami Najib.

Sesiapa yang teringin menatap wajah ahli mbi seumur hidup dan mendengar pesanan2nya...silalah search Tuan Wali dalam fb masing-masing2.

Pesan Tuan Wali...

"Kepada teman2 saya, jangan lupa iyaa ke commenin gambar saya. Mekasih yaa.!!"

Tiada ulasan: