Kelab Greenboc |
- Lagi Isu RON95: Kerajaan Akan Kaji Punca Kenderaan Terbakar
- Mustaffa Beri 48 Jam Untuk PKR Hentikan Pemilihan 2010
- Sidang Media Zaid Dan Mustaffa Dedah Manipulasi Pemilihan PKR
- Warga Tua Parah Ditetak Jiran - Pandu 600 Meter Berlumuran Darah Dptkan Bantuan
- Hospital Cuai, Remaja Terima Darah HIV Kini Menderita AIDS
- Kes Pikat Daphne Iking Ke Mahkamah Majistret Semula
- RON95 Cetus Api Dalam Kemalangan? Fomca Gesa Kerajaan Kaji Dakwaan
- Treler Terbakar Di Senawang, Rombongan PM Austria Ke Melaka Tergendala Seketika
- "Lelong... lelong... " Kedengaran Selepas Banjir
- Mus Digesa Undur, Di Sandakan & Libaran Jelas Ada Manipulasi
- 15 Bergilir Apungkan Daniel, Berzikir Berpegangan Tangan Dalam Bulatan Di Tengah Lautan
- Pegawai BTN Rasis Sekadar Digantung Tugas Dan Diberi Amaran
| Lagi Isu RON95: Kerajaan Akan Kaji Punca Kenderaan Terbakar Posted: 09 Nov 2010 12:58 AM PST Punca kenderaan babit nahas terbakar dikajiKUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang untuk melaksanakan kajian berhubung punca kenderaan terbakar selepas terbabit kemalangan jalan raya. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kementerian memandang serius perkara itu walaupun bilangan kemalangan membabitkan kenderaan terbakar dan menyebabkan mangsa rentung kecil. Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang kajian, tetapi kementerian akan melihatnya secara serius dan membuat penyelidikan berhubung perkara itu. "Kajian itu akan dilaksanakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Bahagian Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kenderaan terbakar dan yang terbaru membabitkan empat saudara termasuk bekas wartawan Berita Harian apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler bermuatan kelapa lalu terbakar di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Pahang, 6 November lalu. Terdahulu, Abdul Rahim merasmikan majlis pelancaran Bengkel Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Malaysia-Sweden Kali ke-3, di sini, semalam. Hadir sama, Duta Besar Sweden di Malaysia, Per-Arne Hjelmborn dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh. Mengulas wujudnya spekulasi penggunaan petrol RON95 adalah punca kenderaan terbakar pula, beliau berkata orang ramai tidak boleh membuat sebarang andaian kerana tiada kajian saintifik membuktikan perkara itu. "Setakat ini kita tidak mengetahui penyebab sebenar kenderaan yang terbabit kemalangan terbakar. Kita akan buat kajian untuk mengetahui puncanya terlebih dulu," katanya. Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan juga akan berbincang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai keperluan menyediakan perkhidmatan ambulans di lebuh raya bagi menyelamatkan mangsa kemalangan sekali gus mengurangkan angka kematian. "Syarikat konsesi lebuh raya mungkin boleh membantu menyediakan perkhidmatan ambulans berpusat di plaza tol kerana kemalangan yang berlaku di lebuh raya berkemungkinan jauh dari hospital dan ia menyulitkan operasi menyelamat mangsa," katanya. |
| Mustaffa Beri 48 Jam Untuk PKR Hentikan Pemilihan 2010 Posted: 08 Nov 2010 11:58 PM PST Calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub memberi amaran pihaknya akan mengambil yang lebih tegas 'demi mempertahankan prinsip keadilan' sekiranya desakan supaya pemilihan PKR 2010 diberhentikan dalam tempoh 48 jam, tidak diendahkan."Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, hari ini, beliau dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP). "Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009. "Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil. "Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," tambahnya. Oleh itu, Mustaffa berkata, pihaknya juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. "Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan. Semalam, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR. -mk
Ulasan GB Demikian ketegasan Mustaffa untuk mempertahan "kebenaran dan keadilan", bukan pertahankan sebarang individu di dalam parti dan beliau kini tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Akhirnya selari dengan kebenaran dan keadilan yang juga dibawa oleh Zaid Ibrahim sebelum ini. Akhirnya nanti kebenaran dan keadilan juga bakal mendedahkan konspirasi pimpinan tertinggi PKR yang tidak berkecuali tetapi berusaha untuk menaikkan Azmin Ali di kerusi Timbalan Presiden dengan cara yang keji dan kotor. Anwar Ibrahim dalangnya! Kebenaran dan keadilan akan menang akhirnya dan ia juga akan menjatuhkan semua pemimpin PKR yang jahat-jahat itu yang terlalu berani untuk menipu ahli-ahlinya, seluruh rakyat dan Tuhan Yang Maha Menyaksikan. Doa di Kelab GB semalam akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t.
GB doakan selamat berjaya kepada kedua-dua orang ini, Zaid dan Mustaffa di dalam usahanya membersihkan dan mengembalikan perjuangan sebenar PKR. GB amat yakin dengan perjuangan GB selama ini kerana bersandarkan doa yang GB bacakan itu. |
| Sidang Media Zaid Dan Mustaffa Dedah Manipulasi Pemilihan PKR Posted: 08 Nov 2010 10:18 PM PST Lagi dakwaan manipulasi pemilihan PKR, didakwa pencalonan AMK diubahKUALA LUMPUR, 9 Nov — Di sebalik kecacatan didakwa menyelubungi pemilihan langsung Parti Keadilan Rakyat (PKR), dakwaan terbaru mengatakan pegawai-pegawai dalaman parti telah memmanipulasi senarai pencalonan dibuat cabang-cabang tertentu. Dakwaan terbaru menunjukkan perubahan dibuat ke atas senarai pencalonan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)iaitu sayap pemuda PKR. Jawatan itu disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai "Chegubard". Dakwaan itu digariskan dalam surat yang dihantar kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhir bulan lalu, beberapa hari sebelum pemilihan pusat bermula. Salinan surat diperoleh The Malaysian Insider semalam — pada hari calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding, juga dipanjangkan kepada Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Pencalonan bagi semua jawatan pusat berakhir pada 3 Oktober lalu dan kesemua cabang dikehendaki memanjangkan senarai pencalonan kepada ibu pejebat sebelum 10 Oktober dan mereka yang dinamakan dikehendaki menerima pencalonan pada 16 Oktober. Pengundian pemilihan pusat dijalankan mulai 29 Oktober lalu. Setakat ini pengundian telah dijalankan selama hari membabitkan 87 cabang dan tinggal lagi lima hari. Shamsul Iskandar kini berada di depan dalam jumlah undi dikumpulkan mengatasi Badrul Hisham yang mendahului saingan tiga hari pertama. Dalam surat itu yang dihantar kepada pucuk kepimpinan sebelum pemilihan pusat bermula 29 Oktober lalu, mendakwa pencalonan cabang Tampin menamakan Badrul Hisham untuk jawatan Ketua AMK pusat tetapi telah ditukar kepada Shamsul Iskandar kemudian."Setelah diteliti dari pangkalan data pusat, kami menyedari bahawa beberapa cabang lain turut ditukar pencalonan. "Ini merupakan satu pencabulan demokrasi yang serius," kata surat itu yang ditulis oleh Exco AMK pusat Zulkifli Ibrahim. Bagaimanapun usaha menghubungi Zulkifli gagal sehingga berita ini ditulis. Dalam surat itu, Zulkifli menamakan dirinya Ketua Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi Surat itu meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera menyelesaikan isu berkenaan. Sistem pemilihan pusat PKR memerlukan seseorang memperoleh hanya dua pencalonan untuk bertanding dan jumlah pencalonan dilihat tidak memberi kesan besar memandangkan setiap ahli berhak keluar mengundi memilih pemimpin. "Jika nama boleh bertukar bagaimana pula dengan jumlah undi nanti," kata surat itu. Malah menurut surat itu lagi, dari sumber sebuah laman sosial Facebook pula melaporkan dinding pegawai penting AMK yang dibayar gaji oleh parti mengakui bahawa pencalonan boleh diubah berdasarkan niat tertentu. Malah katanya, pegawai tersebut juga terlibat secara langsung dalam JPP. "Ini amat menyedihkan apabila pentadbiran AMK pusat dalam keadaan celaru dan banyak perlu diperbaiki, dalam keadaan AMK cabang terpaksa mesyuarat tanpa kit manual mesyuarat tetapi ada pegawai bergaji dalam pengurusan AMK (secara sengaja atau tidak) sibuk berkempen untuk calon tertentu termasuk dirinya sendiri. "Malah terlibat dalam ketidaktelusan yang berlaku. JPP harus bertindak segera," katanya. Surat itu menambah, keadilan bukan sahaja perlu dilaksana tetapi perlu dilihat dilaksana. "Kesempatan dalam pemilihan ini juga seharusnya digunakan sepenuhnya oleh semua untuk memperbaiki parti. "Selain menuding jari menyalahkan sabotaj pihak luar yang memang tak dinafikan wujud, kita juga seharusnya berjiwa besar memperakui kelemahan sendiri dan memperbaiki. "Maka sejarah besar peristiwa berani yang ingin kita cipta dalam melebar demokrasi dalam parti akan lebih bermakna. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah," kata surat itu lagi. Ahad lalu, Saifuddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat boleh dibeli. Semalam, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian. -TMI
Ulasan GB Semalam GB telah menulis dengan tajuk "Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?" Biasalah, ada yang menyokong ada yang menentang. Yang terlihat, yang menentang tidak menampilkan hujjah aqli dan naqli, hanya berkisar menurut perasangkaan dan terjahan melulu tanpa ilmu. GB kemudian menjelas di bahagian komentar. Begini penggulungan hujjah GB: Kita perlu membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan. Itu dua perkara yang berbeza. Ramai yang keliru sehingga perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tiba-tiba bertukar menjadi perjuangan menegakkan Anwar dan kroninya. Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi. Namun sekalipun Yahudi itu terlepas, ini tidak bermakna Yahudi itu perlu disokong. Islam tidak menyokong Yahudi berkenaan tetapi melepaskannya kerana tiada saksi yang dpt ditampilkan oleh Saidina Ali sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali. Perbuatan "salah tetap salah" sekalipun di dunia mungkin terlepas. Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan. Oleh itu kita jangan keliru. Seorang mukmin sebenar tidak akan terpelosok ke lubang biawak dua kali, kata Nabi. Ya, begitulah reformis dan blogger sebenar tidak akan tertipu dua kali. Kemudian GB menambah lagi: Jika kita membela "keadilan" untuk Anwar maka keadilan itulah yang tertegak. Sebaliknya jika kita membela "Anwar" untuk keadilan, "Anwar"lah yang tertegak, bukan keadilan. (tambahan kemudian) Sekali lagi GB kata, jangan keliru. Jika perjuangan itu kerana Allah, maka yang pertama, iaitu perjuangkan keadilan untuk Anwar, itulah yang benar, bukan yang kedua. Wallahu 'alam. |
| Warga Tua Parah Ditetak Jiran - Pandu 600 Meter Berlumuran Darah Dptkan Bantuan Posted: 08 Nov 2010 08:30 PM PST Tumpat: Seorang warga tua terpaksa memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 600 meter bagi mendapatkan bantuan keluarganya, selepas ditoreh 15 kali oleh jiran sekampung yang berang ditegur menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik. Dalam kejadian jam 10.30 malam di Kampung Bahagia dekat Chabang Empat di sini, Mohamad Salleh, cedera di kepala, badan dan lengan akibat diserang dengan senjata tajam dipercayai kelewang oleh penyerang berusia 20-an. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan selepas polis menahan seorang lelaki disyaki suspek kes itu bersama isterinya. "Mangsa dalam keadaan stabil dengan kesan kecederaan di kepala, muka, belakang badan dan tangan serta tikaman di bahagian badan sebelah pinggang kanan. "Mangsa dipercayai ditetak dengan kelewang sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan serius di beberapa anggota badan sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan lanjut. "Kejadian dipercayai berpunca akibat tindakan mangsa menegur kegiatan suspek yang selalu menangkap ikan menggunakan renjatan elaktrik serta dendam lama suspek kepada mangsa," katanya semalam. Khalid berkata, setakat ini polis sudah merampas baju suspek dan baju mangsa serta senjata yang disyaki digunakan dalam kejadian itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Sementara itu, anak mangsa, Siti Hajariah, 21, berkata bapanya sudah dipindahkan daripada HRPZII ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam untuk menjalani pembedahan. "Saya sedang tidur ketika dikejutkan ibu, Faridah Musa, 49, apabila melihat ayah balik ke rumah dalam keadaan berlumuran darah," katanya. Siti Hajariah berkata, walaupun cedera parah, bapanya masih boleh bercakap dan menceritakan kejadian yang berlaku serta individu yang menyerangnya. "Ayah memaklumkan dia menegur lelaki terbabit yang menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar membuang sampah. "Berikutan teguran itu, lelaki terbabit menyerang ayah dengan senjata tajam," katanya. -BH |
| Hospital Cuai, Remaja Terima Darah HIV Kini Menderita AIDS Posted: 08 Nov 2010 07:30 PM PST Remaja terima darah HIV kini hidap AIDSGambar: MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS. Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu. Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun. Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu. "Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan. "Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam. Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya. -kosmo |
| Kes Pikat Daphne Iking Ke Mahkamah Majistret Semula Posted: 08 Nov 2010 07:00 PM PST Mahkamah hantar semula kes pikat Daphne ke Mahkamah MajistretPUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini menghantar semula kes saman peribadi berhubung dakwaan memikat model dan pengacara Televisyen, Daphne Iking, ke Mahkamah Majistret bagi perbicaraan. Panel tiga hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, membuat arahan itu selepas membatalkan permohonan rujukan kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan berhubung perlembagaan, dengan pihak yang berkenaan bebas memfailkan semula permohonan itu selepas selesai perbicaraan. Zaki berkata, majistret perlu memutuskan fakta kes sebelum pihak yang terbabit boleh memohon untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan di sisi perlembagaan. "Kita tidak jawab soalan undang-undang tanpa fakta atau soalan andaian." katanya yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif. Zaki kemudian mengarahkan supaya perbicaraan kes itu didengar awal di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 29 November ini. Pada 25 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan selepas memutuskan terdapat merit pada permohonan Daren Choy Khin Ming untuk isu membabitkan Perlembagaan Persekutuan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. Antara persoalan yang dicabar termasuk kesahihan Seksyen 498 Kanun Keseksaan di mana kes saman itu disandarkan. Bekas suami Iking, Ryan Chong Chong Yiing Yih, 32 sudah mengemukakan saman peribadi terhadap Choy 45, kerana memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong. Pasangan itu bagaimanapun, bercerai pada 2008. Choy diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader manakala Chong pula oleh Wong Kian Kheong. - BERNAMA
|
| RON95 Cetus Api Dalam Kemalangan? Fomca Gesa Kerajaan Kaji Dakwaan Posted: 08 Nov 2010 05:40 PM PST Kaji dakwaan RON95 cetus api dalam nahasKUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95. Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan. Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan. "Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti. "Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu," katanya. Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini. Sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan. "Kini kebanyakan pemilik kenderaan gemar mengubah suai kenderaan di bengkel yang tidak bertauliah sehingga berlaku masalah pendawaian yang memudahkan kenderaan terbakar," katanya. -hm |
| Treler Terbakar Di Senawang, Rombongan PM Austria Ke Melaka Tergendala Seketika Posted: 08 Nov 2010 03:30 PM PST Seremban: Laluan ke selatan di Km 253.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang mengalami kesesakan sepanjang tiga kilometer hampir dua jam tengah hari tadi apabila sebuah treler terbabas, terbakar dan melintang di lorong ke selatan lebuh raya itu.Gambar: Rombongan kereta rasmi yang membawa Presiden Austria Dr Heinz Fischer (belakang kereta peronda polis) untuk melakukan lawatan ke Melaka hari ini tergendala seketika ekoran sebuah treler yang sarat membawa kayu terbakar dan melintang dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 253.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini hari ini. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian tengah hari itu, treler membawa muatan kayu bergergaji sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Muar. "Pemandu lori itu Mohd Khatib Ahmad, 26, tidak mengalami kecederaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya. Kejadian itu juga menyebabkan rombongan kereta rasmi yang membawa Presiden Austria, Dr Heinz Fischer untuk melakukan lawatan ke Melaka hari ini tergendala seketika.Rombongan itu terpaksa menunggu hampir 20 minit untuk pasukan bomba memadamkan api sebelum mereka dibenarkan melepasi laluan itu. Jurucakap PLUS berkata, keadaan pulih pada 2 petang apabila laluan itu dibuka semula. - BERNAMA |
| "Lelong... lelong... " Kedengaran Selepas Banjir Posted: 08 Nov 2010 07:30 AM PST Lelong musim banjirGambar: LARIS...Penyapu, berus lantai dan mop antara peralatan membersihkan rumah yang mendapat permintaan ramai selepas banjir berikutan keadaan banjir yang beransur pulih di negeri ini ketika tinjauan di sebuah kedai di Jalan Jitra-Bukit Kayu Hitam di sini hari ini. Kelihatan pemilik kedai barangan plastik, Lee Leong Chai, 46, (kiri) bersama pembantunya Nizam Nik Leh, 30, menunggu pelanggan di hadapan kedainya. JITRA - Orang ramai mulai membanjiri kawasan pekan Jitra 2 untuk membeli pelbagai barangan yang dilelong peniaga di sini, apabila kawasan ini mula reda dengan banjir yang melanda sejak seminggu lalu. Tinjauan Sinar Harian mendapati, banyak pengguna mengambil peluang membeli pelbagai barangan termasuk pakaian, tudung, tuala dan barangan keperluan lain yang dijual dengan harga lelong di sini sejak beberapa hari lalu. Dalam masa sama, peniaga juga mengambil kesempatan melelong barangan mereka dengan harga serendah 50 sen kepada pembeli akibat banyak barangan terjejas banjir baru-baru ini. Peniaga Perniagaan Kain Lim, Lim Kheng Seng berkata, mereka mengambil peluang mengadakan jualan lelong untuk menghabiskan pelbagai stok pakaian yang kebanyakan rosak akibat banjir. "Banyak juga pakaian yang basah, namun masih elok, jadi saya melelongnya dengan harga yang murah kepada pembeli dan ia akan diteruskan sehingga tiada lagi pembeli yang datang membeli barang lelongan ini," katanya kepada Sinar Harian. Dalam kejadian banjir itu, perniagaan Lim terjejas teruk dan melibatkan kerugian kira-kira RM30,000 dan terpaksa menjual pelbagai jenis pakaian yang basah dengan harga lelong sehingga mencapai potongan sehingga 40 peratus. Sementara itu, tinjauan di Kedai Wan Hantaran, pemiliknya, Low Poh Wan, 47, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM10,000 pada kejadian banjir kali ini. Menurutnya yang menjual pelbagai barangan untuk hantaran perkahwinan dan bunga-bunga plastik itu, dia mula membuka kedainya itu semalam dan pada masa sama membersihkan setiap penjuru kedai yang terjejas banjir baru-baru ini. "Dalam kejadian banjir baru-baru ini, kita sempat menyelamatkan sebahagian barang dan disimpan di bahagian atas kedai dan sebahagian lagi diangkat dan diletakkan pada tempat yang lebih tinggi dalam kedai ini. "Jika tidak diselamatkan pasti lebih banyak barang yang rosak dan terpaksa menanggung kerugian yang tinggi," katanya. Bagaimanapun Poh Wan berkata, banyak juga barangan yang dijual di kedainya yang perlu dicuci semula sebelum dijual kepada pengguna kerana kesan lumpur yang masih ada pada barang berkenaan. "Jika ada barang yang masih boleh digunakan kita akan jual, jika rosak teruk kita akan membuangnya sahaja," katanya. Sementara itu, Tinjauan di Pusat Optik Jitra mendapati, pemiliknya sibuk membersihkan kedainya bersama beberapa pembantu sebelum membuka semula perniagaan cermin mata itu. Pemiliknya, Doreen Tan berkata, banyak juga kotak cermin mata yang rosak akibat terkena lumpur dan ia berkemungkinan tidak lagi boleh digunakan semula. Menurutnya, dia menutup kedai cermin matanya itu sejak hari pertama banjir dan tidak dapat menganggarkan kerugian yang dialami kerana masih belum membuat pengiraan ke atas barangan yang rosak. "Malah, saya juga tidak pasti bila kedai ini akan mula beroperasi memandangkan masih banyak benda perlu diselesaikan selepas banjir mulai surut," katanya. Banjir di Ayer Hitam masih teruk Dalam perkembangan lain, banjir di Ayer Hitam masih buruk memandangkan air di kawasan Jitra mula surut dan ia turun ke kawasan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad berkata, beberapa kawasan di DUN itu yang terlibat dengan banjir termasuklah Kampung Telaga Batu, Kampung Telaga Batu Putat, Kampung Kota Rentang, Kampung Alor Biak, Sungai Korok, Permatang Bonglai, Pida 1, 2, dan 3. Menurutnya, sejak banjir mula melanda kawasan itu, beliau bersama skuad banjir Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ayer Hitam dengan kerjasama penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) sentiasa bergerak ke kawasan banjir yang terlibat untuk memberi bantuan. Menurutnya, bantuan makanan dan keperluan asas diberikan kepada mangsa banjir di seluruh kawasan DUN Ayer Hitam yang terlibat. "Kita mengambil tanggungjawab sepenuhnya membantu semua mangsa tidak kira mereka yang berpindah ke pusat penempatan sementara mahupun yang mendirikan khemah di sekitar kawasan rumah yang selamat. "Bantuan tidak mencukupi juga tidak timbul memandangkan kita sentiasa memberi bantuan dari masa ke masa kepada mangsa mengikut keperluan mereka. "Setiap hari kita akan menghantar skuad banjir ke kawasan yang mengalami banjir bagi melihat keperluan mereka," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, kelmarin beliau bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga melawat beberapa kawasan di DUN Ayer Hitam dan DUN Kota Siputeh bermula dengan pusat penempatan di Sekolah Kebangsaan Kodiang. Menurutnya, Azizan bersamanya juga melawat di Sekolah Kebangsaan Sri Muda, Alor Biak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Putra, Alor Biak di samping menyampaikan bantuan keperluan makanan dan barangan lain kepada mangsa. Sehingga jam 10 malam kelmarin, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sri Muda, Alor Biak ialah seramai 2,197 manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Putra, Alor Biak pula seramai 713 mangsa ditempatkan di situ buat sementara waktu. -SH
|
| Mus Digesa Undur, Di Sandakan & Libaran Jelas Ada Manipulasi Posted: 08 Nov 2010 05:30 AM PST Manipulasi undi di Libaran dan Sandakan, gesa Sdr. Mustaffa tarik diri Oleh Abdul Aziz Anon Sebagai sahabat seperjuangan Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang mengenali beliau secara dekat ketika bersama dalam gerakan belia, saya menggesa Sdr. Mustaffa Kamil untuk menjaga integriti peribadi beliau dengan menarik diri dari proses pemilihan PKR yang nyatanya berat sebelah dan dipenuhi manipulasi oleh pihak lain yang bertanding. Tindakan Dato' Zaid Ibrahim yang menarik diri adalah sesuatu yang tidak mengejutkan berikutan rentetan dakwaan beliau bahawa terdapat manipulasi undi yang memenangkan YB Azmin Ali. Kelemahan dan permasalahan berbangkit tentang pengurusan pemilihan PKR oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat PKR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pemilihan PKR sememangnya sungguh meragukan. Apa yang berlaku di cabang Libaran dan Sandakan adalah bukti jelas proses pengundian yang tercemar di mana berlakunya manipulasi undi. Di cabang Libaran dengan seramai 1,501 ahli, sebanyak 898 ahli keluar mengundi dengan peratusan keluar mengundi 59.83%. Keputusannya, Azmin dapat 881 undi, Zaid 8 undi dan Sdr. Mus 6 undi. Sedangkan semasa pemilihan Jawatankuasa Cabang PKR Libaran hanya 99 ahli (6.60%) sahaja yang datang. Mana mungkin dalam tempoh kurang sebulan peningkatan keluar mengundi begitu mendadak. Isu yang kedua, JPP hanya mencetak 50% kertas undi dari jumlah semua ahli dalam sesuatu cabang. Tetapi bagaimana pula di cabang Libaran, kertas undi dan jumlah yang keluar mengundi lebih besar dari jumlah kertas undi yang disediakan. Perkara yang sama juga berlaku di cabang Sandakan dengan anggota parti seramai 1,047 orang. Sejumlah 456 orang keluar mengundi (43.55%), sedangkan pemilihan peringkat cabang yang sepatutnya lebih ramai dan lebih panas hanya 81 orang yang hadir. Mana mungkin peningkatan begitu mendadak dan menyaksikan Azmin mendapat 417 undi, Zaid 25 undi dan Sdr Mus 13 undi. Dalam masa sama, 16 cabang di Sabah yang turut sama mengadakan pemilihan hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi secara purata 8.09%. Hanya Libaran dan Sandakan yang begitu ketara perbezaannya. Saya menggesa Sdr Mustaffa Kamil Ayub untuk turut menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden demi menjaga integriti peribadi beliau, serta untuk menghantar mesej yang jelas kepada JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat. Kedua-dua badan tersebut mesti digantung dari menguruskan pemilihan ini, yang kini jelas diragui dan tidak telus. Puncuk pimpinan, khususnya Ketua Umum sewajarnya membuat tindakan bagi mengelak perpecahan yang lebih parah jika pemilihan PKR diteruskan. -kerajaanrakyat
|
| 15 Bergilir Apungkan Daniel, Berzikir Berpegangan Tangan Dalam Bulatan Di Tengah Lautan Posted: 08 Nov 2010 04:35 AM PST Kemaman - Dalam keadaan keletihan dan nyawa di hujung tanduk, semua 15 mangsa masih mampu bersepakat untuk bergilir-gilir memegang dan mengapungkan Mohd Daniel Aiman Mohd Zulkifli, 4, bagi memastikan kanak-kanak itu terus selamat.Gambar: Mohd Daniel Aiman Mohd Zulkifli,4, menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Daerah Kemaman sebaik tiba di Pengkalan Marin di sini hari ini Foto Bernama Salah seorang mangsa, Sany Salman Mohd Kasim, 42, berkata, apabila melihat bapa kanak-kanak tersebut, Mohd Zulkifli Ahmad Daud, 33, keletihan, mereka mengambil giliran mengapungkan kanak-kanak itu bagi memastikannya tidak tenggelam. "Dalam tempoh itu, memang banyak dugaan yang kami terpaksa harungi namun kami tidak berputus asa. Kami nampak cahaya, malah tiga buah helikopter melepasi kami namun tiada siapa yang menyedari kelibat kami," katanya yang masih kelihatan terharu dengan kejadian itu. Ditanya mengenai percutian itu, Sany Salman yang berasal dari Seremban berkata, mereka datang ke Terengganu pada Jumaat lalu untuk bercuti dan menyelam. Menurutnya, mereka bermalam di Dungun, sebelum bertolak ke Pulau Tenggol keesokan paginya untuk menyelam."Mengikut perancangan, kami dijangka pulang pada waktu petang. Malah saya sendiri sempat menyelam tiga kali sebelum bertolak pulang. Namun tidak lama selepas kami menaiki bot, pemandu menjerit dan memberitahu bot mengalami kebocoran. "Dia berkata, bot akan berpatah balik namun tidak sampai tiga minit, bot terhuyung-hayang sebelum pemandu mengarahkan kami terjun ke laut dengan memakai jaket keselamatan," kata bapa kepada dua anak itu. Menurutnya, walaupun berdepan situasi mencemaskan, mereka tidak panik sebaliknya bersepakat dan mula membuat bulatan bagi membolehkan mereka mudah bergerak secara berkumpulan dan tidak terpisah. Dalam tempoh itu katanya, mereka cuba berenang bersama-sama ke tanah besar namun keadaan arus menyebabkan mereka sukar melakukannya. "Kami sangat gembira apabila melihat sebuah bot marin datang ke arah kami namun mereka berpatah balik kerana tidak menjumpai kami. Namun pada masa itu, kami sudah mampu tersenyum kerana tahu usaha mencari sedang dilakukan. "Tidak lama selepas itu, bot marin kembali sekali lagi dan menyelamatkan kami. Pada masa itu, hanya Tuhan yang tahu bagaimana gembiranya kami," katanya lagi. -SH
|
| Pegawai BTN Rasis Sekadar Digantung Tugas Dan Diberi Amaran Posted: 08 Nov 2010 03:15 AM PST Pegawai kanan BTN digantung tugas, diberi amaran: Nazri KUALA LUMPUR: Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman digantung daripada tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberi surat amaran, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, bagaimanapun tidak menyatakan tempoh penggantungan pegawai kanan BTN berkenaan. Pada 9 Oktober lalu, Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyiasat dakwaan kononnya seorang pegawai kanan BTN mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman pada satu sesi tertutup dengan Puteri UMNO. Ulasan GB Setelah berbulan siasatan, hanya itukah sahaja hukuman ke atas pegawai kanan yang rasis? Kalau sekadar gantung tugas, gaji jalan, bererti maka gaji buta dari wang rakyat beribu-ribu sebulan. Mengapa tidak didakwa di bawah Akta Hasutan yang selalu sangat dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang? |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan