Khamis, 4 November 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lintas Lansung Dua PRK Bhgn 2: Galas Dan Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 01:12 AM PDT

Sambungan dari Lintas Lansung Dua PRK Bhgn 1: Galas Dan Batu Sapi

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merekodkan hampir 50 peratus pemilih telah keluar mengundi sepanjang empat jam pertama proses pengundian hari ini.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 49.61 peratus atau 5,732 orang telah keluar mengundi di Galas sehingga 12 tengah hari.

Pengundian akan ditutup pada 5 petang.

Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi — yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.

SPR sedang mengendalikan pilihan raya kecil serentak di Galas dan Batu Sapi.

Pun begitu, di Batu Sapi, hanya 36.2 peratus atau 9,261 orang telah selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

GALAS:

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.40pm Penyokong kedua-dua belah parti kelihatan kepenatan tetapi penyokong PAS masih bersemangat dan sanggup menunggu hingga masa tamat sesi membuang undi pada pukul 5 petang ini

3.38pm Sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi setakat jam 3 petang tadi

3.33pm Sek Keb Gua Musang, Gua Musang Lama berada dalam keadan terkawal. penyokong berselawat dan bertakbir dan tiada kekecohan dilaporkan.

3.25pm Isu kebakaran bangunan PAS, GB dah ulas di SINI. Sementara itu GB berehat sebentar untuk minum petang.

3.24pm Di Sungai Terah, 400 pengundi masih belum keluar mengundi, lapor beberapa penduduk setempat. Insiden ini tidak diketahui puncanya dan dikhuatiri mereka takut untuk keluar mengundi.

2.30pm: Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman sedang mengadakan sidang media di pusat operasi PAS.

Beliau memohon SPR menjelaskan tiga kes berkaitan kertas undi yang tidak dicetak logo parti, dan hanya ada nama sahaja. Malah paling teruk, salah satu darinya mempunyai logo BN tapi tiada logo PAS.

Ulasan GB: Perlu ada tindakan susulan selepas ini terutama dari pucuk pimpinan parti dan juga ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.

2.16pm TGNA berasa amat berdukacita dengan pengurusan SPR yang tidak telus, kertas undi tiada lambang parti yang bertanding. Apa maknanya? Bersama ini disertakan laporan Polis pengundi yang terima kertas undi tanpa lambang parti yang bertanding. Sila klik gambar sebelah untuk pembesaran.

Sidang akhbar khas diadakan mengenai isu ini. Blog GB telah pun menyiarkan hal ini pagi tadi. Ia berlaku di dua UPU iaitu UPU Sg. terah dan UPU Bandar Baru.

Petikan:

11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.


2.31pm Sidang Akhbar Khas PAS akan diadakan di Bilik Operasi Pilihan Raya PAS, 8301 Wisma Sri Galas sebentar lagi

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

1.50pm: Suasana sekitar tempat pembuangan undi mula lengang. Kedua dua penyokong juga makin berkurangan.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

1.00pm: 4 pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

4 pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor semua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter.

12.50pm: lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Ulasan GB: PAS sepatutnya mengambil butiran lengkap mengenainya kerana sebelum ini tatkala PAS ingin memberikan wang tambang terus sahaja Timbalan Pengerusi SPR menuduh PAS cuba memberi sogokan. Kini yang melakukannya adalah UMNO BN.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia

12.30pm: Jalan di pekan Gua Musang masih sesak dengan kenderaan.

BATU SAPI




2.00pm: Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.

1.45pm: Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

1.30pm Seramai 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dikemaskinikan sentiasa. Refresh setiap 10 minit.

Kebakaran Pejabat PAS Berpunca Dari Cerek Elektrik Lupa Dimatikan Suiz - Ulasan GB

Posted: 04 Nov 2010 12:15 AM PDT

Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas Pejabat Agung itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Menurut seorang kakitangan, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli dengan harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta dengan berkata kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai sebbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5. -harakahdaily

Ulasan GB

Sungguh kecil sebab yang menjadi musabab tetapi cukup mengganggu seluruh jemaah yang sedang "berperang" medan pilihanraya Galas dan Batu Sapi. Angkara kakitangan yang manakah itu, biar ku lempang 10 kali...

GB yakin di Pejabat Agung PAS selain dari tidak ada pengurusan logistik, pengurusan bangunan, pengurusan kecemasan dan tiada spefikasi dibekalkan kepada staf untuk mengelakkan kejadian kebakaran, tidak juga ada sebarang langkah keselamatan seperti CCTV dalam bangunan yang boleh merakam sebarang pergerakan atau peralatan yang boleh mengesan asap supaya ianya boleh di "alert"kan terus ke server dan dihantar ke handphone mana-mana pimpinan atau kakitangan.

Maaf cakap, ini masalahnya dengan orang-orang jemaah kita. Jiwa besar, nak duduk bangunan tinggi dan canggih seperti orang lain, tetapi ilmu yang ada tak sepadan dengan jiwa yang besar itu. Samalah untuk memerintah negara.... Hanya nafsu dan semangat sahaja yang besar untuk pergi ke Putrajaya, tetapi tidak ada persediaan lansung dari sudut ilmu, latihan, kajian dan petugas untuk dibekalkan sebagai pemerintah negara, jangka pendek mahupun jangka panjang.

Tuan Presiden, bangunlah!

Bayi Lelaki Ditinggal Depan Rumah

Posted: 03 Nov 2010 11:29 PM PDT

Penduduk Felda Nitar 1 gempar apabila dikejutkan dengan tangisan bayi lelaki yang dipercayai dibuang berdekatan sebuah rumah peneroka di sini, kelmarin.

Bayi itu ditemui dalam keadaan uri belum dipotong dan berbungkus dengan kain batik.

Bayi seberat 2.4 kg berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan dan terus ditinggalkan di situ kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Siti Zaharah Ahmad, 54, berkata, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu ada bayi ditemui berdekatan rumahnya.

Sebaik saja mendapat berita tersebut, Siti Zaharah bergegas ke luar rumah untuk melihat keadaan bayi berkenaan yang dibaluti kain batik dan masih berlumuran darah.

"Saya dapati bayi berkenaan menangis akibat kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada tubuh badannya kerana baru ditinggalkan di situ, katanya.

Menurutnya, dia bersama seorang lagi jirannya bergegas membawa masuk bayi berkenaan ke dalam rumah dan menyelimutkannya dengan kain lebih tebal, katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, bayi lelaki itu kemudian diambil dan seterusnya diazankan oleh salah seorang penduduk Felda berkenaan.

"Syukurlah bayi berkenaan selamat dan tiada perkara buruk menimpanya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mad Nor Rasid semasa dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan pihaknya ada menerima laporan kejadian tersebut.

"Pada masa ini, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Mersing untuk penjagaan dan rawatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila kes selesai," katanya. -SH Grafik: kosmo

Letusan Terkuat Merapi

Posted: 03 Nov 2010 10:44 PM PDT

Gunung Merapi, Pulau Jawa - Gunung Merapi semalam menghamburkan lahar dan asap dengan mengeluarkan letusan terkuat.

Debu dari gunung itu berterbangan sehingga beberapa kilometer manakala askar-askar bertungkus-lumus memindahkan penduduk di kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kematian dilaporkan manakala wanita menjerit dan kanak-kanak menangis semasa mereka dipindahkan dengan menaiki trak.

Beberapa buah rumah terbakar dan sejumlah bangkai lembu yang melecur bergelimpangan di cerun gunung itu.

"Ia merupakan letusan yang luar biasa tiga kali lebih kuat daripada letusan pertama pada 26 Oktober lalu," kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Surono.

Lebih 70,000 penduduk kampung sudah dipindahkan dari gunung tersebut.

Kawasan zon larangan diperluaskan 10 kilometer dari kawah gunung itu kepada 15 kilometer.

Letusan pertama Merapi terjadi kurang 24 jam selepas berlakunya tsunami di Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera.

Dalam kedua-dua kes, operasi menyelamat dijangka mengambil masa selama beberapa minggu kemungkinan berbulan-bulan.

Di Kepulauan Mentawai, 1,300 kilometer dari Gunung Merapi, helikopter-helikopter dan bot menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami.

Bencana tsunami dan gunung berapi itu setakat ini telah meragut nyawa 470 orang. - Agensi

Lintas Lansung Dua PRK : Galas Dan Batu Sapi (updated)

Posted: 03 Nov 2010 09:35 PM PDT

Lintas Lansung Dua Pilihanraya Kecil. DUN Galas Dan Parlimen Batu Sapi.

Di Galas - pilihan raya kecil yang disusuli dengan kemenangan sulung Kelantan menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu, pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan menunaikan tanggungjawab untuk memlilih wakil rakyat baru bagi mengisi kekosongan ekoran kematian Che Hashim Sulaima meninggal dunia 27 September lepas.

PAS menganggap ia penting untuk mengekalkannya manakala BN pula mengamanahkan tugas rampas kerusi itu pada bahu Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimennya Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara itu, pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi menyaksikan saingan antara BN, calon PKR dan SAPP.


Cakap-cakap sudah mula kedengaran bahawa BN akan keciciran kerusi ini apabila keputusan diumumkan malam ini meskipun ia memperoleh kemenangan majoriti besar dua tahun lalu.

Kombinasi undi SAPP dan PKR dikatakan akan mengatasi populariti BN di Batu Sapi.

GALAS:

kemaskini bersambung di bahagian 2

12.38pm YB Fatah Mahmud dan YB Zaki turut hadir di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaacob, YB Zaki Ibrahim, YB Nasaruddin Md Isa dan Dr Mariah di pusat pengundian Sek Men Keb Tg Indra Putra.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.

11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

12.00pm Yang sedikit membimbangkan PAS kini ialah undi masyarakat orang asli. Kebanyakannya telah datang dengan berbaju merah - pakaian rasmi UMNO BN di PRK Galas. Mereka seperti mengikut arahan pihak tertentu. Apatah lagi SPR bercadang mengira undi penduduk asal ini di pusat penjumlahan.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.31am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.30am Setakat ini belum ada laporan dari mana-mana pihak tentang ke mana Ku Li sebagai pengarah jentera operasi pilihanraya UMNO-BN menghilang?

11.20am Penyokong PAS terus menaikkan banner untuk menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN mengenai isu wang zakat kepada muaallaf.

UMNO BN yang terang-terangan memberi rasuah dipejamkan mata sedangkan TGNA menghulurkan zakat kepada orang Asli yang baru memeluk agama Islam dituduh sebagai sogokan.

Hal ini telah GB ulas di SINI.

11.10am Penyokong PAS masih setia dan terus berusaha untuk meraih sokongan untuk calon PAS.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penung dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.56am Di Pusat Pengundian Sek Men Indra Putra Gua Musang, YB Dr Siti Mariah melaporkan - Suhakam telah mendirikan khemah dan pusat aduan ramai bagi mengawasi perjalanan pilihanraya kali supa dijalankan dengan telus dan adil. Baguslah mereka datang dan teruskan ditempat lain, kita mahu keadilan ditegakkan dan ada lah tempat mengadu.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli iaitu Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

10.45am Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Galas dan Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut pula terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Dilaporkan kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Berita ini memeranjatkan dan GB amat hairan dengan kejadian tersebut. Apakah ...

Walau apapun berita mengenai kebakaran ini akan dikemaskini dan diulas kemudian.

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Naib Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.31am Isteri calon PAS bergambar bersama penyokong PAS di Kg Pulai.

Bernama pula melaporkan adanya pergaduhan kononnya dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, didakwa sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Walaubagaimana pun laporan Bernama yang sentiasa senget sebelah itu tidak akan dipercayai oeh rakyat kerana ternyata di dalam manpa-mana PRK penyokong UMNO BN yang keterlaluan.

10.30am Kelihatan TGNA diwawancara oleh stesyen TV Astro Awani sebentar tadi. Beliau menyeru semua penyokong supaya tidak terlibat dengan sebarang percubaan provokasi. "PAS sudah membuktikan yang kita bukan parti yang buat kacau. Kita bergerak secara 'wasata' (tepat)".

10.20am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

10.12am Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

Kiri kanan jalan menuju ke pusat pembuangan undi para penyokong mengibarkan banner. Antaranya muslimat memegang poster "Minyak Naik Lagi?"

Calon PAS tiba di pusat pengundian Sek Keb Lepan Jaya, Lepan Tupai. Di sini jalanraya agak sesak memandangkan bentuk muka bumi yang berbukit. Walaupun kabus yang tebal di kawasan ini memberi kesejukan, namun suasana penyokong di sini lebih hangat berbanding di pusat-pusat pengundian lain.

10.10am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

10.06 am Masyarakat Tionghua turut bersama menyambut pengundi dengan memegang bendera dan poster calon PAS di Galas

10.04am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

10.02am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

10.00am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.55 am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asl

9.53 am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Calon PAS dan isteri berada di Kg. Pulai. Di Sek Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang cawangan Pulai ini hanya ada satu saluran sahaja.

9.49 am Calon sudah sampai di pusat pengundia Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya, Lepan Tupai dengan diiringi oleh Tuan Guru Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Dato' Anuar Tan. Suasana peraih undi dan penyokong masih terkawal.

9.47 am Calon PAS yakin kemenangan berpihak kepada parti Islam, Insya Allah.

Beliau ketika diusik oleh pengundi tentang kesihatannya berkata, "Alhamdulillah, saya sudah semakin kurus sekarang," jawabnya sambil tersenyum.

9.27 am Calon PAS sudah tiba ke pusat pengundian Sek Keb Seri Wangi. Suasana terkawal walaupun terdapat sedikit perang mulut antara kedua-dua penyokong.

Calon BN Abdul Aziz juga tiba di Sek Keb Seri Wangi.

9.20 am Bilangan penyokong PAS mendahului penyokong UMNO. Mereka datang daripada segenap pelosok negeri dan mula membanjiri pintu masuk pusat-pusat pengundian. Masing-masing dengan baju, topi, payung dan pakaian berlogo PAS. Kebanjiran penyokong dengan laungan takbir dan aksesori ini memeriahkan suasana pilihanraya

9.15 am Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.06 am Penyokong Umno membuat kecoh di hadapan Sek Tg Indera Petra dengan kata-kata provokasi. Penyokong PAS melaungkan takbir dan ada pihak cuba meleraikan keadaan

9.01 am Cuaca mendung hari ini tidak membataskan perjalanan calon melawat pusat-pusat pengundian. Sekarang ini calon sudah calon PAS sudah tiba di Sekolah Tengku Indera Petra dan menegur sapa pengundi-pengundi di sana. Keikhlasan beliau berjabat tangan dan memesrai rakyat disenangi olah ramai pihak. Tiada pertengkaran dilaporkan di sana sehingga kini.

8.46 am Isteri calon, Puan Zainab Jalar baru selesai membuang undi dengan ditemani oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed di Sek Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang, Kg Bharu.

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26 am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25 am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

7.55 am: Tok Guru Nik Aziz dan Dr Zul sudah sampai di Sungai Terah. Berhenti di Masjid Sg Terah bersebelah dengan Sek Keb Tg Mohd Faqry Petra untuk menunaikan solat Hajat

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


BATU SAPI

11.10am: Datuk Yong Teck Lee tiba dan bersalaman dengan pekerja SPR dan juga pengundi.

Bekas ketua menteri itu juga kelihatan tenang dan ceria.

Katanya, jumlah yang keluar undi sebanyak 23 peratus setakat jam 10 pagi tadi dianggap perkara biasa.

"Jumlah peratus yang tinggi akan beri saya keutamaan yang lebih."

Menurut Yong lebih ramai pengundi yang berusia keluar melaksanakan tanggungjawab mereka berbanding pengundi muda.

Yong berjumpa dengan ketua MCA Sabah, Edward Khoo. Mereka kelihatan mengadakan perbualan yang mesra dalam dialek Hakka.

11.00am: Jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 28.59 peratus atau 7,313 orang.

10.55am: Hujan renyai-renyai di sekitar pusat pengundian SMK Agama - pekerja dan penyokong parti masing-masing berlari mencari tempat teduh.

Hujan berhenti kira-kira 10 minit kemudian tetapi awan gelas masih kelihatan menunjukkkan tanda-tanda hujan lebat tidak lama lagi

10.24am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba dengan diiringi oleh Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di SMK Agama.

Beliau bergegas meninggalkan pusat itu dan dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat polis di Sandakan pada jam 1 petang nanti.

10.29am: Jumlah keluar mengundi sehingga jam 10 pagi adalah 23.05 peratus atau 5,897 orang.

10.03am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Agama di Taman Mawar dengan pegawainya untuk memantau perkembangan di pusat pengundian.

9.56am: Calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin tiba di perhentian pertamanya diSMK Agama di Taman Mawar, dengan diiringi naib presiden PBS, Dr Yee Moh Chai dan ADUN Sekong Samsudin Yahya.

Dengan tenang, Tsen yang dikerumuni wartawan berkata dia berpuas hati dengan jumlah pengundi yang keluar.

"Ini membawa balik kenangan lama apabila saya mengiringi mendiang suami saya melawat pusat pengundian," katanya.

9.24am: Presiden Sapp yang juga calon Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee berkata beliau optimistik dengan peluangnya pada pilihan raya hari ini.

"Keputusan dijangka sengit tapi saya yakin (akan menang)."

Yong membidas BN dan Pakatan Rakyat yang didakwanya menakut-nakutkan pengundi dengan jerita slogan mereka serta kibaran bendera parti.

"Ini bukan budaya di sini. Jika pengundi dijerit, ini akan menakutkan mereka," katanya.

9.40 am Berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Batu Sapi, menuju ke pusat pengundian. Ia akibat kenderaan termasuk bas mini yang digunakan bagi menurunkan pengundi. Pihak polis sibuk mengarahkan lalu lintas di beberapa persimpangan tetapi keadaan masih belum pulih.

9.35 am Pengundi-pengundi tiba untuk membuang undi pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan, pagi ini

9.30 am Keadaan cuaca cerah dan pasukan keselamatan di tempatkan di luar perkarangan tempat mengundi bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.

8.41 am Yong Teck Lee tiba kawasan pengundian pertama di SMK Agama Taman Mawar. Beliau, seperti pencabarnya Linda Tsen Thau Lin dan and Ansari Abdullah, bukan pemilih di kawasan tersebut.

Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Kesesakan jalan raya mula berlaku di depan pusat pengundian SMK agama di Taman Mawar apabila pemilih bula bergerak.

Bagi DUN ini, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calob Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR)

Daripada 12 pusat pengundian, dua akan ditutup lebih awal - satu pada jam 3 petang dan satu lagi pada jam 4 petang - disebabkan jumlah pemilih yang kecil di kawasan tersebut. Semua peti undi lain ditutup pada jam 5 petang.

Sebelas sekolah dipilih sebagai tempat pengundian manakala sebuah lagi perpustakaan daerah digunakan.


kemaskini bersambung di bahagian 2

[Bergambar] Doa Iringi Perjalanan Dari Yang Berkhidmat Kepada Yang Berhormat (updated)

Posted: 03 Nov 2010 05:39 PM PDT


Perjalanan Dari Yang Berkhidmat Kepada Yang Berhormat

















Doa Tuan Guru Nik Aziz
Semasa PRU 12


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."


Tiang Gol Padang Pilihanraya Juga Akan Patah (updated)

Posted: 03 Nov 2010 04:40 PM PDT

Kepala Batas: "Beberapa hari lalu, dia beritahu dapat nombor dua dalam peperiksaan tahunan dan di sekolah dia aktif," kata bapa saudara Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, yang meninggal dunia pagi semalam kerana kecederaan dialami akibat ditimpa tiang gol di sekolahnya, Isnin lalu.

Shahizan Mohd Said, 29, yang ditemui di Taman Sri Desa berkata, selepas kejadian jam 12 tengah hari itu, Mohd Khairi dihantar ke Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
"Saya dimaklumkan Mohd Khairi kehilangan banyak darah dan doktor memberitahu dia bukan saja cedera, malah saraf otaknya rosak dan itu antara sebab dia meninggal dunia," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa terjatuh sebelum dihempap tiang gol menyebabkannya mengalami pendarahan di hidung dan telinga, selain kecederaan dalaman.

Guru sekolah yang dimaklumkan kejadian itu menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

Bagaimanapun, keadaan mangsa bertambah teruk menyebabkan dia dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia jam 8 pagi semalam.

Tinjauan Harian Metro di sekolah berkenaan mendapati dua tiang gol diikat tali penghadang selain dilekatkan notis 'Awas'.


TRAGEDI...tiang gol yang menimpa Mohd Khairi Iskandar sehingga meragut nyawanya dalam kejadian Isnin lalu.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pajak Song, jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa pagi semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, tiada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -hm

Ulasan GB

Kepada Muhyiddin, soal sekolah yang terletak di bawah kementerian kamu sendiri tak terjaga sehingga ada pelajar yang mati lantarannya, mahu bising-bising menuduh kononnya PAS keluarkan fatwa baru untuk pilihanraya kecil Galas.

Kata Muhyiddin lagi semalam, "Kita tidak mahu rakyat cakap kita kerajaan yang `cakap tak serupa bikin, Itu munafik namanya".

Jelas yang munafik ialah kerajaan BN. Cakap tak serupa bikin. Konon BN mampu lakukan apa saja. Sedangkan tiang gol buruk sebuah sekolah pun tak berganti dan tak terjaga. Munafik! (pinjaman perkataan kamu sendiri).. Semalam tiang gol sekolah patah dan seorang pelajar mati kerananya.

Hari ini "tiang gol" yang sentiasa di alih-alihkan oleh SPR pula untuk memberikan kemenangan kepada BN di dalam setiap kali padang pilihanraya akan patah juga dan ada yang terkorban disebabkannya!


Wan Ahmad Wan Omar Bersikap Double Standard (updated)

Posted: 03 Nov 2010 03:08 PM PDT

Ratusan beratur di panas terik untuk dapat RM100

Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.

Barisan itu sejak pagi tadi dikatakan hampir tidak bergerak namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?" soalnya.

Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.

Beberapa pekerja parti MCA juga kemudian turun dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada bayaran akan dibuat.

Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas.

Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah.

"Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku," marah seorang penjual daging. -mk


Habuan RM100 1Malaysia di Galas

GUA MUSANG: Dalam keghairahan menagih kemenangan, timbul dakwaan pemberian "habuan" RM100 kepada mereka yang mengambil bahagian dalam "perarakan 1Malaysia" di Galas Ahad lalu.

Para pegawai DAP pagi tadi memberitahu FMT bahawa terdapat serbuan orang ramai di sebuah rumah kedai bersebelahan kedai serbaguna untuk mengambil wang tersebut.

Apabila wartawan kami memeriksa kawasan itu di sepanjang Jalan Lama Gua Musang sekitar jam 10.00 pagi tadi beberapa orang awam kelihatan naik ke tingkat dua rumah kedai itu, manakala yang lain kelihatan lekas-lekas beredar dari tempat itu.

Apabila ditanya, mereka menjawab tujuan mereka ke situ ialah untuk memeriksa tekanan darah secara percuma. Ada yang mendakwa bahawa beliau pergi untuk mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.

Ada yang berkata, MCA mempunyai banyak program/majlis dan menghalau wartawan FMT ini dengan menyatakan tidak ada benda yang menarik untuk dilihat di sini.

Bagaimanapun, salah seorang dari peserta secara rahsia memberi isyarat dengan menggosok ibu jari dengan jari telunjuk bahawa terdapat pemberian wang di situ.

Berbaris untuk mendapat "habuan"

Berikutan terdapat orang awam sedang berbaris di tingkat dua, wartawan kami melihat sekumpulan lebih kurang 10 orang mengelilingi meja di mana seorang wanita yang memakai baju T polo berlambang 1Malaysia sedang duduk.

Mereka mengeluarkan kad pengenalan dan wanita itu meneliti pada kertas yang kelihatan seperti senarai nama pengundi.

Apabila disoal, ada majlis ke di sini, wanita itu menjawab, "adakah anda seorang pemberita? Kami sedang mendaftar mereka yang akan menghadiri jamuan makan malam MCA. Cukup? Terima kasih. Salah seorang pembantu cuba menutup pintu tapi beliau memekik "tak payah".

Terdengar beliau berkata, "jika ada orang bertanya awak, hanya katakan pendaftaran ini hanya untuk jamuan makan malam, okay!"

Di luar, seorang lelaki memakai baju T berlambang 1Malaysia dilihat mengedar risalah untuk majlis Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong di sebelah petang.

Apabila ditanya, beliau segera menafikan ianya melibatkan wang dan menyatakan mereka pergi ke atas untuk mengambil boucer untuk jamuan makan malam. Beliau enggan memberitahu berapa ramai dalam senarai.

Seorang lagi lelaki, apabila ditanya tentang wang dengan selamba menjawab, "ini untuk perarakan 1Malaysia, setiap orang mendapat RM100 tapi saya berada di sini dengan kawan.

Bagaimanapun, seorang peserta menunjukkan satu sampul surat berwarna putih dengan perkataan "makanan" dan "penginapan" termasuk dua keping wang RM50 didalamnya kepada wartawan Merdeka Review.

Menurut portal berita itu, seorang lelaki turun dari tingkat dua disoal adakah wang itu sebanyak RM500 tapi lelaki itu memberi isyarat dengan jari telunjuk menunjukkan satu. -MR




SPR sifatkan pemberian wang kepada penduduk sebagai rasuah

GUA MUSANG, 3 Nov — Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing Isnin lepas boleh disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mengikut Seksyen 10 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi.

"Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut," katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.

Katanya badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu telah memberikan pandangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan perkara tersebut kepada agensi tersebut untuk diambil tindakan.

Wan Ahmad berkata soal membeli undi ini boleh membawa implikasi yang tidak baik terhadap perjalanan pilihan raya itu sendiri.

Mengenai bantahan PAS tentang soal pengiraan undi di luar kawasan peti undi melibatkan empat kawasan peti undi iaitu di Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Pos Hau, beliau berkata ia bukan satu amalan baru.

Katanya, mengikut Peraturan Pilihan raya (Penjalanan Pilihan Raya 1981) Seksyen 23 A (2) SPR diberikan kuasa untuk menentukan kaedah untuk mengira undi dalam suasana yang mana keadaan itu tidak sesuai dengan tindakan itu.

Sementara itu, beliau menyifatkan kempen pilihan raya kecil di Galas ini sebagai yang terbaik dan terbersih dengan hanya empat kes pelanggaran undang-undang berlaku dalam tempoh sembilan hari kempen.

SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi esok tinggi iaitu 80 peratus dan menjamin pilihan raya kecil ini dilaksanakan dengan lancar ekoran persiapan yang telah dilakukan.

Keputusan dijangka diperoleh seawal pukul 8 malam esok selepas semua kertas undi melibatkan 13 peti undi dikira. — Bernama



Ulasan GB

Sewaktu GB melewati sebuah kedai di sebuah bandar petang tadi, sekumpulan orang yang sibuk berbicara hal politik tanah air, GB terdengar mereka memaki-maki Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar. Kata mereka, Wan Ahmad penjilat UMNO paling besar.

Apabila tiba rumah sewaktu GB bersiap mencari-cari berita untuk mengemaskinikan blog ini, GB terbaca beberapa kisah di atas.

Putarbelit berita ketiga dari Bernama adala jelas, dilaporkan TG Nik Aziz hanya menyerahkan sejumlah wang, tetapi tidak disebutkan bahawa wang itu adalah wang zakat.

Di malaysiakini pula dinyatakan oleh Timbalan pengerusi SPR itu, wang zakat itupun dikira sogokan.


Sedang tiga orang asli memeluk agama Islam di tangan MB Kelantan tersebut dan mereka adalah termasuk di kalangan asnaf (yang berhak menerima zakat).

Betapa besar dosa wartawan dan timbalan pengerusi SPR yang mempermain-main hal ini. Ada ker kamu-kamu berkemampuan mengajak orang bukan Islam menganut Islam sepertimana dilakukan oleh MB Kelantan tersebut? Jika tidak jangan perolok-olokkan pemberian zakat kepada muallaf tersebut.

Dan lagi.. berita mengenai pemberian wang secara terbuka oleh BN di Bukit Sapi dan Galas tidak pula ditanya oleh wartawan media pencacai kepada Wan Ahmad, dan Wan Ahmad pula lansung tidak menyebut mengenainya.

Ternyata besar sekali penipuan dan double standard manusia yang bernama Wan Ahmad Wan Omar ini. Begitu juga berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar pencacai termasuk Bernama, sekalipun sepatutnya sebagai agensi berita nasional, ia bertindak sebagai media bebas, namun tak pernah sekali ia bebas di dalam menerbitkan berita-berita khusus yang menyentuh politik.


Mengenang hal tersebut, memang patut pun rakyat yang GB temui tadi menyumpah dan memaki-seranah Timbalan pengerusi SPR.

Sehingga ada yang mencadang perhimpunan BERSIH patut diadakan sekali lagi untuk betul-betul membersihkan SPR supaya ia benar-benar menjadi sebuah badan yang bebas, telus, amanah dan berwibawa.

Isu Pengiraan Undi Orang Asli: PAS Serah Surat Bantahan

Posted: 03 Nov 2010 08:15 AM PDT

PAS hantar surat bantahan isu kira undi Orang Asli

GUA MUSANG, 3 Nov — PAS menyerahkan surat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang ini berhubung keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli — yang mempunyai 942 pengundi — tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Surat bantahan itu diserahkan wakil calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Abdullah Hussein kira-kira pukul 3 petang tadi.

Turut hadir peguam Asmuni Awi dan surat tersebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Pengurus Muhammad Yusof Hassan.

PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad manakala Barisan Nasional (BN) memilih Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff pada pilihan raya kecil Galas.

"Saya selaku wakil pilihan raya kepada Dr Zul (Zulkefli) dengan ini membantah dan menuntut supaya pengiraan undi bagi undi yang dibuang di kesemua pusat mengundi hendaklah dilakukan atau dikira di tempat di mana undi-undi itu dibuang," kata Abdullah selepas menyerahkan surat bantahan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Dalam surat bantahan itu, menurut Abdullah, pihaknya tidak nampak kewajaran mengapa pengiraan undi itu tidak dapat dilakukan di pusat-pusat di mana undi-undi tersebut dibuang.

"Jumlah pemilih di kesemua Daerah Mengundi yang terlibat terlalu kecil jumlahnya iaitu antara 160 hingga 278 orang. Oleh itu masa yang diperlukan untuk proses pengiraan adalah pendek iaitu kurang dari dua jam termasuk proses pengiraan semula.

"Waktu mengundi di kesemua Daerah Mengundi tersebut ditutup jauh lebih awal iaitu pukul 1 tengah hari berbanding pusat-pusat mengundi lain.

"Oleh itu proses pengiraan boleh dilakukan seawal 1.30 tengah hari dan selesai selewat-lewatnya pukul 3 petang.

"Oleh itu tidak timbul masalah kelewatan untuk membawa keputusan tersebut dan kertas-kertas undi yang telah dikira ke pusat penjumlahan oleh kerana proses pengiraan telah selesai," katanya.

Malah Abdullah berkata sekiranya kertas-kertas undi dibawa keluar dengan helikopter untuk pengiraan kaedah yang sama boleh digunakan untuk membawa keluar keputusan dan kertas undi yang telah dikira.

"Membawa keluar kertas undi untuk pengiraan di tempat lain dari pusat-pusat membuang undi akan menimbulkan kesukaran kepada ejen pengiraan calon.

"Intergriti pihak SPR sendiri akan tercalar kerana beberapa kontroversi yang akan timbul sekiranya pengiraan undi tersebut dilakukan di tempat lain selain dari pusat mengundi," katanya.

Awal pagi ini Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya mempunyai kuasa dalam menentukan tempat mengira undi sama ada di pusat-pusat pengundian ataupun di tempat lain termasuk pusat penjumlahan undi jika difikirkan perlu dalam kes-kes khas.

Sambil menasihatkan mana-mana pihak tidak bimbang, Noordin berkata, langkah sedemikian diambil dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Sehubungan itu, SPR memberi jaminan kepada PAS bahawa tiada penipuan akan berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi DUN Galas membabitkan empat kawasan Orang Asli yang didakwa PAS semalam.

"SPR mempunyai kuasa untuk tentukan macam mana nak kira kertas undi.

"Dalam isu Orang Asli ini, kita bawa balik ke pusat penjumlahan kertas undi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cuaca.

"Kalau cuaca sekarang yang tidak menentu dan hujan, kalau kira di sana, bila masa baru kita akan balik ke sini. Bukankah ia akan lebih melambatkan?" kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Petang semalam, PAS menggesa SPR mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Malah Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata SPR tidak mempunyai sebarang alasan untuk membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli.

"Apa halangan kalau ia dikira di sana? Saya tidak nampak apa halangannya pun.

"Kalau dibawa dengan helikopter kita syaki hal-hal diingini akan berlaku. Lagipun peti undi di sana tutup pukul 1 tengah hari, bukan banyak pun nak kira.

"Alasan yang diberikan SPR itu amat diragui," kata Halim pada sidang media Markas Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di sini pagi tadi.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang. -TMI

Ulasan GB

GB sudah mengulas hal ini di SPR Berkeras Untuk Guna Helikopter. PR Perlu Tegas.

Petikan:


SPR berdegil untuk gunakan helikopter dengan berkeras menyatakan mereka mempunyai kuasa menentukan dimana undi hendak dikira. Alasan: cuaca tidak menentu. Kita menyatakan itu alasan untuk melakukan penipuan. Jawapan kita: kira dulu, lepas itu baru bawa balik naik helikopter. Biar lambat tetapi adil, telus dan berwibawa.

Tambahnya dalam helikopter ada polis. Kami kata polis tidak semestinya adil. Beribu kejadian di dalam negara memperlihatkan pihak polis sentiasa bersikap berpihak dan berat sebelah.

SPR benar-benar cuba memperbodohkan PR, memperbodohkan rakyat.

PR perlu bertindak pantas dan tegas.

1) Hari ini juga, kerahkan semua wakil rakyat PR (Parlimen & DUN) buat bantahan. Ketua Pembangkang dan Presiden PAS perlu berperanan aktif. JANGAN LEMAH UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK. Jangan bertindak selepas dah kalah. Tak berguna.

Usah sibuk nak fikir dan berebut jadi Perdana Menteri jika hal sebegini pun tak mampu di atasi.

2) Buat laporan polis SEGERA mengenainya.

3) Dapatkan perintah mahkamah hari ini juga halang SPR mengira undi di Pusat Penjumlahan.

4) Desak Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR dipecat atau letak jawatan segera.

5) Pastikan rakyat di Galas berperanan untuk membantu tindakan PR untuk mengira undi di pusat kiraan undi bukan di pusat penjumlahan.

6) Ahli Parlimen PR perlu bentang usul supaya SPR diwakili oleh wakil semua parti. Jika usul ditolak, bentang usul tak percaya kepada Speaker.

7) Lain-lain yang difikirkan perlu. (Panggillah sesi brainstorming. Apa nak jadi pemimpin-pemimpin PR yang lembek dan asyik leka & kena perlekehkan dengan agen-agen BN saja ni?)



Batu Sapi: 601 Anggota TLDM Mengundi Secara Pos

Posted: 03 Nov 2010 08:00 AM PDT

601 Anggota TLDM Mengundi Secara Pos Di Batu Sapi Hari Ini

SANDAKAN: Seramai 601 pemilih undi pos hari ini melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Mohd Hamsan Awang Supain.

Beliau berkata proses pengundian di Dewan Sukan Taman Samudera di Batu 5, Jalan Labuk membabitkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Undi pos bermula semalam yang membabitkan 1,014 pemilih pos terdiri anggota polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya. Keseluruhan pemilih undi pos berjumlah 1,615 orang.

Proses undi pos yang dijalankan bermula semalam berjalan lancar.

Undi pos akan dikira esok dengan undi pemilih biasa di Dewan Masyarakat Sandakan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dijangka diketahui pukul 8 malam esok.

Terdapat 24,047 pemilih biasa layak mengundi esok di 12 pusat mengundi membabitkan enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Barisan Nasional, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat. - BERNAMA

Asri: Bukan Kepada Anwar Semata-mata, Tetapi Lebih Kepada Dinosour UMNO

Posted: 03 Nov 2010 07:30 AM PDT

Asri: Nasihat saya untuk 'dinosaur politik' Umno bukan hanya Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai 'dinosaur' dalam Umno pun perlu bersara bagi memberi ruang kepada muka-muka baru seiring dengan landskap politik semasa negara ini.

Justeru tegas beliau, nasihatnya agar Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara daripada politik tidak hanya terhad kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan kepimpinan Anwar masih "relevan" berkata, pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "tidak realistik".

"Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur-dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga pensyarah pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia berkata, AMK sebagai sayap pemuda PKR sepatutnya tidak melenting apabila orang awam sepertinya memberi nasihat kepada Anwar, penasihat PKR.

Ini kerana kata beliau, politik baru yang dipopularkan oleh PR sejak tsunami politik pada 8 Mac 2008 sepatutnya tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk memberikan pendapat dan hujah demi kepentingan negara.

Katanya lagi, saranannya semalam agar Anwar bersara dari menjadi ahli politik sebenarnya tidaklah bermaksud untuk memadam segala rekod sumbangan ketua pembangkang itu kepada negara.

Namun, rekod sumbangan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bermakna boleh menafikan bakat pemimpin-pemimpin muda yang lain untuk mengepalai PR, lalu mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Umno-BN kelak.

Sehubungan itu, Asri yang dikenali sebagai tokoh rentas parti turut membetulkan persepsi tidak tepat oleh dua calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin berhubung konotasi 'bersara' yang ditujukan kepada Anwar semalam.

"Saya kata bersara bukan dalam erti kata dia (Anwar) tidak boleh memberi pandangan dalam berpolitik, ramai tokoh-tokoh politik yang bersara masih boleh memberikan pandangan."

Menurut beliau, pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pascabersara sebagai Perdana Menteri sekarang tetap dihormati dan berpengaruh dalam menentukan iklim politik negara.

"Pendapat Tun Dr. Mahathir sehingga hari ini terus didengar oleh Umno walaupun beliau sudah bersara kerana bersedia memberi laluan kepada muka-muka baru," ujarnya.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata Asri sambil menambah, bekas perdana menteri itu dianggap hebat kerana bersara pada masa sesuai demi melancarkan survival politik BN.

"Tun Abdullah bukan tidak hebat, (pilihan raya umum ke-11) 2004 imejnya yang sederhana berjaya menenggelamkan populariti beberapa pemimpin pembangkang," ujarnya.

Pun begitu, beliau menafikan spekulasi umum bahawa nasihat terbuka kepada Anwar itu ekoran perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.

"Saya antara yang bersimpati dengan ujian Allah yang menimpa dia (Anwar), saya antara yang meminta supaya perbicaraan kes dia dibicarakan secara adil dan bermaruah," tegasnya.

"Apa pun dalam masa yang sama saya tetap menuntut perbicaraan yang adil untuk Datuk Seri Anwar, jangan dinafikan hak beliau," katanya lagi sambil menambah, Anwar tidak boleh dilayan sebagai penjenayah atau dianggap bersalah melainkan setelah dibuktikan bersalah.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PR memerlukan kepemimpinan muda yang baru sekiranya mahu mengambil alih Putrajaya daripada Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Kalau pembangkang mahu momentum atau anjakan baru dalam politik tanah air, pembangkang sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh baru," jelasnya.

Dalam reaksinya semalam, Shamsul Iskandar menyifatkan kenyataan Asri sebagai tidak relevan kerana Anwar baginya adalah pencetus pada gelombang PR pada pilihan raya umum yang lalu.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai "Chegubard" turut menolak nasihat Asri kerana masih menganggap Anwar sebagai pemangkin pada perubahan landskap politik Malaysia, di samping tidak menafikan soal faktor kesedaran di kalangan rakyat sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berkata, Asri bebas memberi pendapat tetapi hanya rakyat dan ahli yang menentukan sama ada Anwar bersara atau tidak.

Namun anak sulung Anwar ini berkata, nasihat Asri itu tidak akan mematahkan semangat Ketua Umum PR itu untuk membawa PR menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Prinsip Datuk Seri Anwar untuk lawan tetap lawan sama ada ada jawatan politik atau tak seperti dalam penjara dulu," ujarnya. -TMI

Gunung Anak Krakatau Pula Mengamuk, Muntahkan Abu Panas Beracun

Posted: 03 Nov 2010 06:45 AM PDT

Gunung berapi mula muntahkan batu, pasir serta abu panas beracun

JAKARTA: Selepas Gunung Merapi meletus minggu lalu, sebuah lagi gunung berapi di Indonesia, Gunung Anak Krakatau, dilaporkan semakin aktif memuntahkan batu, pasir dan abu panas beracun.

Ketua pusat pemantauan Anak Krakatau di kampung Hargo Pancuran, Andi Suhardi, berkata muntahan abu dan lahar gunung berapi yang terletak berhampiran pulau Krakatau di antara Sumatera dan Jawa kini, tujuh kali ganda lebih banyak berbanding seminggu lalu.

"Anak Krakatau biasanya mengalami gegaran antara 90 hingga 100 sehari, tetapi sejak Gunung Merapi meletus, gegarannya boleh mencapai 700 kali sehari. Kami membuat pemantauan rapi terhadap kemungkinan berlakunya letusan besar," katanya.

Andi berkata pihaknya sudah mengeluarkan amaran kepada penduduk sekitar agar menjauhi Anak Krakatau pada jarak sekurang-kurangnya beberapa kilometer.

"Kami juga menasihatkan nelayan agar tidak menghampiri perairan di sekitar anak Krakatau pada jarak tiga kilometer. Asap tebal yang dikeluarkan Krakatau mengandungi bahan toksik yang berbahaya untuk kesihatan," katanya.

Walaupun gegaran Gunung Anak Krakatau meningkatkan selepas letusan Merapi, pakar gunung berapi mendakwa kedua-dua gunung tidak mempunyai kaitan.
"Tidak wujud hubungan antara Merapi dan Anak Krakatau kerana kedua-duanya mempunyai poket magma yang berasingan," kata ketua pasukan pemerhati gunung berapi di Bandung, Agus Budiyanto.

Sementara itu, Gunung Merapi tidak menunjukkan tanda lemah sebaliknya terus mengeluarkan kepulan asap hitam dengan lahar berapi.

Saintis memberi amaran walaupun ia kelihatan perlahan tetapi letusan boleh berterusan hingga berminggu seperti satu 'maraton' dan bukannya satu 'pecutan'.

Aktiviti berkenaan turut diiringi dengan aktifnya 21 gunung berapi lain di Indonesia, dua kali ganda daripada senarai yang biasanya dipantau kerajaan yang menimbulkan persoalan mengenai punca yang menyebabkan berlakunya aktiviti di lingkaran paling aktif dunia itu.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian letupan terbaru Merapi yang dihadapi Indonesia ketika negara itu turut dilanda tsunami berikutan gempa bumi yang memusnahkan kawasan di wilayah terpencil negara itu.

Dua bencana alam yang berlaku di kawasan berasingan negara itu meragut hampir 470 nyawa. – Agensi/AP

[Bergambar] Mangsa Banjir Di Perlis Meningkat

Posted: 03 Nov 2010 06:15 AM PDT

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Perlis

KANGAR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh Perlis meningkat kepada 11,411 orang daripada 2,301 keluarga.

Angka itu meningkat hampir sekali ganda berbanding jumlah yang dicatatkan pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, mereka ditempatkan di kira-kira 50 pusat pemindahan.

Menurutnya, walaupun beberapa kawasan di utara Perlis telah mulai surut dan 1,162 mangsa sudah dibenarkan pulang petang ini, namun jumlah keseluruhan yang masih berada di pusat-pusat pemindahan adalah sebanyak 11,411 orang.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati mangsa-mangsa banjir supaya mengutamakan kesihatan dan meminum air bersih.

Katanya, bencana itu membabitkan banyak mangsa dan mereka terdedah dengan ancaman penyakit jika tidak berhati-hati.

Mengenai rungutan penduduk bahawa bekalan elektrik dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa kawasan, Md Isa berkata, ia dilakukan demi keselamatan penduduk di kawasan banjir.

"Tiada pilih kasih. Rumah saya pun kena potong bekalan elektrik pada sebelah pagi," katanya. -Bernama












[Bergambar] 25,000 Dipindahkan Di Kedah. MB Kedah Lawat Pusat Penempatan Banjir

Posted: 03 Nov 2010 05:30 AM PDT

Lebih 25,000 orang dipindah akibat banjir di Kedah

ALOR SETAR: Lebih 25,000 penduduk daripada 6,415 keluarga di empat daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lalu.

Daripada jumlah itu, 15,613 penduduk daripada 4,178 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, 3,105 mangsa daripada 801 keluarga (Padang Terap), 5,331 penduduk daripada 1,202 keluarga (Kota Setar) dan 1,039 penduduk daripada 234 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sebanyak 94 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 45 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, lima di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar.

Sementara itu, beliau berkata, 803 orang mangsa banjir daripada 183 keluarga di Padang Terap dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 1 tengah hari ini.

Antara kampung yang dilanda banjir di Kubang Pasu ialah, Kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang. Bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 9.58 meter (paras bahaya 9.14m).

Tinjauan di daerah Kota Setar mendapati air semakin naik sehingga 0.7 meter walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut:

KOTA SETAR
1. Jalan Pantai Johor – Gunung Keriang
2. Jalan Kuala Sungai – Sungai Baru
3. Jalan Alor Setar – Kepala Batas
4. Jalan Kepala Batas – Bukit Pinang
5. Jalan Hutan Kampung – Kepala Batas
6. Lebuhraya Darulaman (beberapa bahagian)

POKOK SENA
1. Jalan Lengkuas – Derang
2. Jalan Derang – Batu 11 Pokok Sena

KUBANG PASU
1. Jalan Tanah Merah – Wang Tepus
2. Jalan Kepala Batas – Kemunting
3. Jalan Jitra – Sungai Korok
4. Jalan Tunjang – Teluk Malek
5. Jalan Teluk Malek – Kampung Naga
6. Jalan Jitra – Bukit Wang
7. Jalan Napoh – Wang Tepus
8. Jalan Changlun – Kodiang
9. Km 10.2 hingga Km28 Lebuhraya Utara Selatan

PADANG TERAP
1. Jalan Kampung Kubu – Simpang Nai Teh
2. Simpang Nai Teh – Kampung Tengah
3. Jalan Kuala Nerang – Kampung Tanjung
4. Jalan Kampung Tanjung – Puncak Janing
5. Jalan Kuala Nerang – Durian Burung
6. Jalan Batu 19 Kuala Nerang – Kampung Rambuntan
7. Jalan Masjid Kuala Nerang – Kampung Rambutan
8. Jalan K. Nerang – Barokhas
9. Jalan Kampung Tanjung – Tok Pelu -- BERNAMA

Foto ehsan wartakedah:









Lapangan Terbang Alor Setar Ditutup Untuk Semua Penerbangan

Posted: 03 Nov 2010 04:30 AM PDT

Lapangan Terbang Alor Setar Ditutup Kepada Semua Penerbangan Kecuali Perkhidmatan Helikopter

Gambar: Beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awan Malaysia(JPAM) bersama kakitangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim(LTSAH) membuat tinjauan di landasan kapal terbang di Kepala Batas dekat sini hari ini. Tinjauan mendapati landasan kapal terbang turut ditenggelami air. Foto Bernama.

PETALING JAYA - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah akan ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan, kecuali perkhidmatan helikopter, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chong Ha.

Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas terutamanya di wilayah utara Semenanjung Malaysia mengakibatkan banjir melanda kawasan berkenaan dan memaksa penutupan lapangan terbang itu sejak Selasa.

"Kami ingin memohon maaf disebabkan keadaan yang tidak dijangka ini berikutan keadaan cuaca," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, di sini Rabu.

Lapangan terbang itu mengendalikan penerbangan MAS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur tiga kali sehari; penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali); dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).

Lapangan terbang itu terletak 12 kilometer dari Alor Setar dan dapat mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.

Kong berkata lapangan lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu masih beroperasi seperti biasa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata pelanggan syarikat penerbangan negara yang telah menempah tiket penerbangan ke Alor Setar dan tidak dapat menaiki penerbangan disebabkan penutupan lapangan terbang dibenarkan menjadualkan semula penerbangan atau memilih destinasi paling hampir. -- BERNAMA


Mas batal penerbangan ke Alor Setar

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan penerbangan ke dan dari Alor Setar berikutan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim setelah air membanjiri landasan.

Pengarah Operasi MAS Kapten Mohamed Azharuddin Osman berkata, lapangan terbang itu akan ditutup sehingga Khamis.

Beliau berkata, penumpang penerbangan ke Alor Setar yang terjejas itu boleh menukar tiket mereka secara percuma untuk ke destinasi lain seperti Pulau Pinang atau Langkawi.

Azharuddin berkata, mereka juga boleh menukar tarikh perjalanan mereka tanpa bayaran dalam tempoh tertentu atau tiket mereka dibayar balik mengikut prosedur biasa bergantung kepada jenis tambang tiket.

Dalam satu kenyataan di sini, MAS berkata syarikat penerbangan akan memantau keadaan dan menyaran penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan itu di talian bebas tol 24 jam Pusat Panggilan di 1 300 88 300 atau pejabat tiket untuk maklumat terkini mengenai jadual penerbangan.-Bernama

Termakan Coklat Berulat

Posted: 03 Nov 2010 04:00 AM PDT

Pasir Gudang - Seorang ibu terkejut sebaik melihat coklat yang sedang dimakan anak bongsunya yang baru berumur dua tahun sudah berulat, sedangkan baru dibeli suami di sebuah kedai runcit Taman Cahaya Masai, di sini.

Noridah Mohamed berkata, kejadian lebih kurang jam 2.30 petang Ahad lalu itu sangat mengejutkan mereka sekeluarga kerana coklat yang berharga RM1 dari sebuah syarikat pengeluaran makanan terkenal itu menjadi kegemaran anak-anaknya.

Menurutnya, kejadian yang tidak disangka itu membuatkan mereka sekeluarga serik untuk mendapatkan barangan berjenama syarikat itu lagi kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

"Kami pelik macam mana coklat itu boleh rosak dan berulat, sedangkan masa tamat tempoh tercatat di kotak pada April tahun depan. Malah keempat-empat kotak coklat yang dibeli itu semuanya sama.

"Nasib baik anak bongsu kami yang sudah termakan tidak sakit, tetapi agak meloyakan tertelan coklat yang sudah berulat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di sini, semalam.

Sementara itu, suaminya, Harun Yusoh, 46, berkata, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Scientec pada hari yang sama kerana bimbang dengan kesihatan anak bongsunya yang telah termakan coklat berulat.

Menurutnya, kejadian yang pertama kali berlaku ke atas keluarganya diharap menjadi iktibar kepada orang lain agar lebih berhati-hati membeli barangan makanan.

"Kita harap pihak syarikat berkenaan lebih bertanggungjawab dengan produk makanan yang dikeluarkan dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengancam kesihatan pengguna.

"Kita kesal kerana anak yang masih kecil telah termakan coklat yang sudah berulat dan tidak akan membenarkan anak-anak mendapatkan coklat berjenama itu lagi pada masa akan datang," katanya.-SH

Ulasan GB

...... sedang mencari petunjuk Tuhan untuk memahami apakah rahsia di sebalik ini.

Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas

Posted: 03 Nov 2010 03:00 AM PDT

Muhyiddin yakin BN rampas balik Galas, majoriti besar

GUA MUSANG, 3 Nov - Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti besar esok.

Bercakap pada satu majlis di sebuah sekolah Cina di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Umno dijangka menang di kesemua 13 daerah mengundi.

Kempen pilihan raya kecil ini berakhir malam ini manakala pengundian berlangsung mulai pagi hingga petang esok. Keputusan dijangka diketahui sekitar 8 malam.

"Perang belum berakhir lagi. Kita belum lagi menang sehingga keputusan diumumkan malam esok," kata timbalan perdana menteri.

"Insya-Allah, kita akan menang di kesemua 13 daerah mengundi," kata Muhyiddin ketika berucap di hadapan 800 penyokong BN di sini.

Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di tujuh daripada 13 daerah mengundi.

BN menewaskan di kesemua enam daerah mengundi melibatkan Orang Asli dan masyarakat Cina kawasan luar bandar di Kampung Pulai.

"Kami bukan (bercakap) megah di sini, tetapi kita ada calon yang berupaya untuk berkhidmat kepada rakyat," kata Muhyiddin.

Muhyiddin juga meminta hadirin menyokong calon BN Abdul Aziz Yusoff ekoran hubungan mantap dengan Putrajaya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September lepas.

Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.


N45 Galas: PAS Terdesak Pertikai SPR

GUA MUSANG: Tindakan PAS cuba membantah proses membawa peti undi menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik esok jelas menunjukkan bahawa parti itu berada dalam keadaan terdesak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PAS begitu tertekan untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hingga terpaksa mempertikaikan amalan biasa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses berkenaan.

"Itu tanda mereka berhadapan dengan tekanan hingga perkara yang biasa dilakukan oleh pihak SPR turut dibantah.

"Selama ini pun perkara begini tak berbangkit atau keputusan pilihan raya di cabar hanya kerana membawa peti undi ke pusat penjumlahan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry di Sungai Terah di sini, Rabu.

Beliau mengulas tindakan PAS yang mahu mengemukakan bantahan terhadap SPR berhubung proses membawa peti undi yang belum dikira ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik.

PAS tidak bersetuju dengan kaedah yang digunapakai oleh SPR itu yang didakwa boleh menimbulkan keraguan.

Selain itu Muhyiddin turut berharap agar PAS menghormati peraturan yang sedia ada dan bersifat lebih rasional.

"Bagi saya hormatilah peraturan-peraturan yang sedia ada, jangan kita terdesak atau jadi tak berapa rasional.

"Memang perlu angkat peti undi, itu biasa berlaku dengan kawalan polis dan pihak berkuasa. Pihak parti tak akan terlibat bersama. Walaupun kita boleh memerhati, tapi ini diuruskan oleh pihak berkuasa," katanya.

Diminta mengulas mengenai gambar yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing kelmarin, Muhyiddin berkata perkara tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Itu bukti jelas, Nik Aziz boleh jelaskan apa yang dilakukannya, tapi berdasarkan kenyataan SPR perbuatan itu salah.

"Sama ada tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) itu kita serah kepada mereka. Bagi saya ia jelas bertentangan dengan undang-undang," katanya. -mstar


Ulasan GB

Dari dua kenyataan Muhyiddin seperti yang dilaporkan oleh media, seolah-olah menunjukkan bahawa proses membawa peti undi menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik esok seperti dirancang untuk memberika kemenangan dengan majoriti yang besar kepada BN.

Dan justeru itu maka Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa petanda berlakunya kegelapan di dalam sistem demokrasi negara.



Tiada ulasan: