Sabtu, 20 November 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Pilihanraya mungkin antara April dan Jun 2010

Posted: 20 Nov 2010 10:14 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh petugas parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka diadakan antara April hingga Jun tahun hadapan.

Bercakap dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya malam tadi, beliau juga tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

“Pilihan raya sudah hampir dengan kita. Saya menjangkakan pilihan raya berlaku antara bulan April hingga Jun tahun hadapan, itu paling awal. Ini bacaan politik berasaskan situasi politik yang ada di negara ini.

“Saya boleh membuat kesimpulan, kalau pilihan raya Sarawak diadakan pada April tahun hadapan ini menunjukkan kemungkinan pilihan raya itu diadakan sekali dengan pilihan raya umum,” kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Turut serta pada majlis itu seorang lagi naib presiden, Salahudin Ayub.

Kata Mahfuz, PAS perlu menyiapkan jentera medianya sendiri di setiap lajnah bagi melawan manipulasi media Umno yang membuat laporan berat sebelah.

“Amat perlu untuk media kita membuat serangan balas kepada serangan media mereka. Sebab itu dalam situasi sekarang, tidak cukup Harakah dan akhbar alternatif yang lain tetapi dalam lajnah penerangan sendiri perlu ada pasukan media sendiri menggunakan segala teknologi maklumat yang ada,” katanya.

Beliau turut memuji langkah PAS Wilayah mengadakan program mengutip dana sedemikian bagi membuat persiapan awal.

Kemenangan Di Galas dan Batu Sapi bukan petanda baik bagi BN

Sementara itu, Salahuddin berkata, kemenangan BN di pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi baru-baru ini bukanlah petanda baik bagi BN untuk mengekalkan kemenangan mereka dalam PRU akan datang.

“Berdasarkan dua pilihan raya kecil yang berlangsung, penganalisis politik berpandangan keputusan itu tidak mencerminkan pandangan umum di peringkat nasional.

“Walaupun BN menang selesa kita melihat cara media melaporkan kemenangan itu juga tidak begitu memberangsangkan mereka, laporan cuma satu hari sahaja,
kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, pemimpin Umno BN sendiri tiak begitu ghairah meraikan kemenangan itu, seolah-olah masih berada dalam kebimbangan dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Kemenangan itu tidak menjadi topik penting bagi Umno untuk dibanggakan dan suhu perbahasan di Parlimen dan bila melihat riak wajah pemimpin Umno mereka tak begitu ghairah untuk meraikan kemenangan yang mungkin berlaku atas beberapa faktor itu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga ujarnya, tidak mengeluarakan satu kenyataan yang tegas bagi mengakui kemenangan mereka dan bersedia menghadapi PRU awal.

Justeru ujarnya, PAS dan Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang yang luas untuk menguasai PRU 13.

“PAS sebagai parti yang berpengalaman luas, harus bijak mengambil peluang ini dengan mengadakan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi BN,” katanya.


Yang Terbaik Untuk Zaid

Posted: 20 Nov 2010 06:45 PM PST

Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my)

MINGGU lalu penulis telah bertanya, bagaimakah kerjaya politik Datuk Mohd Zaid Ibrahim akan berakhir dalam PKR. Hari ini kita semua sudah memperolehi jawapannya – beliau mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Langkah paling logika yang akan diambil oleh tokoh politik paling kontroversi tahun ini adalah untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hasrat untuk menubuhkan parti baru ini pun telah siang-siang lagi diumumkan oleh Zaid iaitu ketika beliau mengadakan roadshow di Kedah, Khamis lalu untuk menjelaskan kepada ahli-ahli PKR mengapa beliau bertindak menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Kini segala-galanya bergantung kepada Pendaftar Pertubuhan. Secepat manakah proses pendaftaran parti politik baru yang akan diketuai oleh Zaid Ibrahim akan diluluskan.

Yang Terbaik Untuk Zaid

Semalam (Ahad), penulis membuat andaian di dalam kolum penulis di Mingguan Mstar bahawa apabila Zaid mengumumkan untuk menubuh parti baru yang akan dinamakan Keadilan Baru seandainya dipecat, ternyata itulah yang sedang dialu-alukannya. Ternyata andaian penulis silap.

Beliau tidak menunggu untuk dipecat sebaliknya beliau mengumumkan keluar dari Keadilan. Namun itulah yang disyorkan oleh penulis kepada Zaid semalam. Jalan keluar terbaik untuk Zaid adalah untuk dia meninggalkan parti itu dan tubuh partinya sendiri. Itu lebih baik dan itu lebih sesuai untuk orang yang berperwatakan sepertimana Zaid Ibrahim ini.

Ini kerana dia masuk parti orang yang dah bersarang dan bertapak lama dan cuba merubah parti itu ikut acuan dan cara pemikirannya. Anwar, Wan Azizah dan Azmin adalah PKR dan PKR adalah mereka. Mereka orang lama yang dah berjuang dan bercalar balar berperang ketika zaman reformasi dan zaman jatuh bangun PKR dulu tiba-tiba nak disuruh berhenti oleh Zaid. Mana ada jalan.

Paling senang buka parti baru sebagaimana yang dia sendiri tengah pertimbangkan itu. Penulis percaya, Pendaftar Pertubuhan boleh dengan segera mempermudahkan permohonan Zaid sekiranya dia membuat permohonan. Sehubungan dengan itu juga, Zaid boleh menggariskan piagam dan halatuju parti baru yang diterajuinya itu mengikut acuan dan kepercayaannya selama ini.

Angka Yang Mengugat

Bila berbuat demikian, dia tidak perlu lagi nak kena rujuk kepada pucuk pimpinan atau orang atas kerana dia yang paling atas. Pada masa yang sama, semua 3,988 penyokong Zaid yang sehingga dia menarik diri daripada bertanding telah memberi undi dan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya boleh beramai-ramai keluar PKR dan sertai Keadilan Baru.

Jumlah itu pun dah cukup ramai dan ini belum termasuk lagi ahli di cabang-cabang lain yang belum sempat mengundi Zaid. Dengan jumlah undi asas 3,988 yang diterimanya, penulis berani membuat kesimpulan, jika hari ini Zaid mengisytiharkan tubuh parti baru, paling minima pun, tidak kurang daripada 6,000 orang anggota Keadilan yang akan keluar untuk turut serta bersamanya.

Itu kita cuma ambil angka konservatif belum termasuk lagi bukan ahli Keadilan yang menyokong cara politik Zaid yang serba berani ini. Campur sana campur sini, "satu Malaya" termasuk Sabah dan Sarawak, senang-senang Zaid boleh kumpul antara 10,000 hingga 15,000 ahli baru dalam tempoh satu minggu sahaja.

Ini adalah satu angka yang mengugat PKR sebenarnya. Maka tidak hairanlah "musuh politik" Zaid paling utama, Azmin Ali dengan segera pada hari Jumaat cuba "memujuk" Zaid agar tidak terburu-buru dalam langkahnya untuk menubuhkan parti baru. Azmin menasihati Zaid agar terus berjuang dalam PKR walaupun terdapat perbezaan pendapat dan cara berpolitik. Azmin lantas mengingatkan Zaid ketika dia menyertai PKR dahulu, ia adalah atas semangat bersama untuk meneruskan agenda melakukan perubahan dan reformasi.

Malangnya, Zaid tidak lagi berkongsi semangat dan citarasa yang sama kerana baginya, yang tidak sama ialah mereka bukan dia. Maka sebab itulah dia sedang 'mengamuk' sekarang


Tiada ulasan: