Sabtu, 13 November 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


UPSR 2010: Presiden PAS ucap tahniah

Posted: 13 Nov 2010 05:41 AM PST

Marang, 12 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

"Jadikan kecemerlangan tersebut sebagai panduan untuk mencari keredhaan Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laman twitter.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimana pun kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dinasihatkan tidak berputus asa dan terus berusaha lagi untuk masa hadapan disamping sentiasa berdoa kepada Allah Taala untuk kejayaan yang akan datang dalam PMR dan SPM.


Tiada ulasan: