Era Pasca |
- ANANDA KRISHNAN > Maxis diminta prihatin penyebaran gambar lucah
- MUHYIDIN KATA RUGI
- Lagi Bukti Jelas Umno BN khianati rakyat
| ANANDA KRISHNAN > Maxis diminta prihatin penyebaran gambar lucah Posted: 27 Nov 2010 11:35 PM PST Syarikat telekomunikasi negara, Maxis diminta lebih bertanggungjawab kepada orang ramai dengan melakukan pemantauan lebih rapi terhadap syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya untuk mengembangkan perniagaan mereka. Beberapa orang pengguna Maxis memberitahu, keprihatinan Maxis dalam perkara itu amat diperlukan oleh orang ramai berikutan terdapat syarikat-syarikat tertentu yang kini semakin giat menggunakan saluran syarikat tersebut untuk menyebarkan gambar-gambar lucah kepada para pengguna. Bagaimanapun mereka mendakwa, mereka amat kesal kerana syarikat telekomunikasi itu seperti sengaja memejamkan mata berhubung perkara itu, dengan membiarkan syarikat-syarikat tertentu yang menjadi pelanggannya terus berbuat demikian sehingga boleh memberikan kesan amat buruk kepada orang ramai, khususnya kepada para pelanggan Maxis itu sendiri. Seorang pengguna, Nasir Nawi yang tinggal di Bukit Sentosa 3, Rawang, Selangor memberitahu, beliau sendiri turut menjadi mangsa berhubung perkara itu, apabila turut terperangkap dengan pihak (syarikat) tertentu yang sering menghantar mesej kepadanya untuk menjadi pelanggan mereka. Menurut beliau, seperti mesej-mesej yang dihantar kepada orang lain juga, mesej yang dihantar kepadanya itu jika mahu menjadi pelanggan kepada syarikat yang membekalkan gambar-gambar seperti itu, individu terbabit hanya perlu menghantar mesej balas dengan perkataan 'On". Sekiranya telah menjadi pelanggan dan mahu berhenti dari menjadi pelanggannya, individu terbabit hanya perlu menghantar perkataan 'Stop" kepada nombor yang telah dinyatakan menerusi mesej itu. "Setelah acap kali menerima mesej itu, akhirnya saya mengambil keputusan untuk turut menjadi pelanggannya. Tujuan saya hanya sekadar ingin tahu apa gambar yang akan dihantar atau yang dimaksudkan itu. "Selepas itu, saya amat terkejut apabila mendapati syarikat tersebut menghantar beberapa keping gambar wanita bertelanjang dalam pelbagai keadaan yang mengghairahkan termasuk gambar perempuan bertelanjang yang sedang mandi. "Pada saya, cukuplah hanya sekadar mengetahui gambar itu. Selepas saya menerima beberapa keping gambar itu, dua tiga hari kemudian, saya terus menghantar mesej "Stop" kepada syarikat terbabit dengan maksud sudah tidakmahu menjadi pelanggannya lagi. "Tempoh saya menjadi pelanggan kepada saya terbabit hanya sekitar seminggu sahaja. Dalam tempoh itu, saya juga menerima penghantaran gambar-gambar berkenaan sekitar 10 keping sahaja. "Pada sangkaan saya, dengan itu, habislah ceritanya. Tetapi rupa-rupanya tidak. Sebaliknya, saya amat terkejut apabila mendapati bil hand phone saya untuk bulan Oktober lalu sehingga RM300. "Memanglah bil RM300 itu bukan hanya untuk bayaran itu sahaja. Ia turut membabitkan bayaran penggunaan saya yang lain termasuk panggilan yang saya buat kepada pihak-pihak tertentu. Tetapi saya sendiri dapat kesan, penggunaan untuk panggilan dan sms yang saya buat tidaklah sehingga RM300. Paling tinggi pun RM100 lebih. Jadi maknanya selebihnya lagi sehingga RM300 itu adalah bayaran yang dicajkan untuk bayaran bagi penghantaran gambar-gambar itu. "Dengan apa yang berlaku itu, ternyata walaupun saya dah menghantar mesej "Stop" kepada syarikat itu untuk tidak menjadi pelanggannya lagi, saya seperti tidak berbuat seperti yang diarahkan, tetapi seperti terus menjadi pelanggannya, tetapi yang peliknya dalam masa yang sama, mereka sudah tidak lagi menghantar gambar-gambar itu kepada saya. Inilah yang menjadi kemusykilan kepada saya," katanya. Beliau yang cukup kesal dengan kejadian itu kemudiannya terus menghubungi pihak Maxis bagi memaklumkan kejadian itu, sebaik sahaja menerima bil daripada pihak Maxis bagi bulan Oktober lalu. Selain itu, beliau juga turut mendesak pihak Maxis agar prihatin dengan perkembangan itu, dengan melakukan pemantau lebih rapi terhadap syarikat-syarikat yang menjadi pelanggannya supaya menyekat syarikat yang menjalankan perniagaan seperti itu dari terus menjadi pelanggannya. "Memanglah dengan apa yang berlaku itu, ternyata bukan Maxis yang menjalankan perniagaan menyebarkan gambar-gambar yang tidak senonoh itu. Memanglah syarikat lain yang menjalankannya. Tetapi mereka melakukannya dengan menggunakan saluran Maxis. Jadi pihak Maxislah yang boleh menyekatnya. "Dengan melakukan tindakan itu, kita pun tahu, Maxis akan kehilangan sebahagian pelanggannya. Tetapi jika Maxis tidak menyekatnya, apakah Maxis tidak akan menanggung kerugian lebih besar? "Jika pihak Maxis terus memejamkan mata dengan perkembangan itu, pasti banyak pelanggan Maxis yang akan kecewa dengan perkhidmatannya kepada orang ramai dan dengan itu, tidak mustahillah jika banyak pula pelanggan Maxis yang akan berhenti dari terus menjadi pelanggannya agar tidak menjadi mangsa," tegasnya. Selain itu, katanya, yang lebih parah lagi, jika perkembangan itu dibiarkan, pasti menimbulkan banyak keburukan kepada orang ramai. Penyebaran gambar-gambar seperti itu amat buruk kesannya terutama kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Jadi, ia pasti akan turut membiakkan lagi kes-kes gejala sosial di negara kita. "Sedangkan pengguna Maxis bukan hanya golongan dewasa yang sudah beristeri dan beranak pinak seperti saya sahaja. Sebaliknya, ia melibatkan pelbagai golongan dan usia termasuk kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Jadi, perkara seperti itu bukanlah perkara kecil kepada masyarakat," jelasnya. Namun beliau amat kesal, setelah hampir sebulan beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak Maxis, syarikat terbabit masih juga bermaharajela dengan perniagaannya itu hingga kini yang sekali gus menggambarkan pihak Maxis masih juga belum melakukan sebarang tindakan bagi menyekat perbuatan itu. Seorang pengguna lain, Kamariah Shamsuddin dari Shah Alam, Selangor yang kini sudah bersuami dan mempunyai 4 orang anak, mengakui turut menerima mesej dari syarikat terbabit berkali-kali dengan menawarkan kepada beliau menjadi pelanggannya untuk mendapatkan gambar-gambar lucah. Namun, beliau tidak pernah melayannya. Sebaliknya, beliau terus delate mesej terbabit setiap kali menerimanya. Tetapi tindakan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan seperti itu kepada orang ramai amat dikesalinya. Beliau berharap agar pihak Maxis tidak lagi memberikan laluan kepada syarikat terbabit kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan akhlak dan moral orang ramai terutama pengguna-pengguna Maxis, tetapi juga diyakini turut mempunyai unsur-unsur penipuan kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dengan cara haram. Manakala beberapa orang pengguna Maxis lain turut sependapat dengan beliau. Mereka berharap agar pihak Maxis dapat melakukan sesuatu tindakanyang berkesan bagi kepentingan akhlak dan moral orang ramai dengan tidak bersekongkol dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak terbabit. -HRKH REHAT SAT! xde kene mengena ngan berita kat atas.. hahaha Gambar pertama saja letak kecik2 nak besar klik sendiri.. malu nak letak besar u... Gambar ke-2 cakap macam ahli politik Umngok lah.. kahkahkah |
| Posted: 27 Nov 2010 05:40 PM PST ngeee... sejak bila mohyidin buat U-TURN? tak pernah dengar perkataan hebat ini dari muhyidin? sejak bila pandai bodek cina? kahkahkah Pilihan Raya da dekat ke? Najib muda masa nih.. masa nih geng ngan KM Penang... kahkahkha Najib geng ngan mendiang tu... berita sebenar.. Pemergian mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia Rabu lepas, adalah satu kerugian besar kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pemergian Dr Lim adalah satu kerugian besar bukan sahaja kepada Pulau Pinang tetapi kepada Malaysia di atas jasa dan sumbangannya. Bercakap kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Lim di Dewan Sri Pinang di sini hari ini, Muhyiddin berkata Dr Lim adalah pengasas pembangunan Pulau Pinang yang moden kerana banyak usaha yang telah dilakukannya untuk membangunkan negeri ini sebagai sebuah negeri perindustrian. "Kita tidak melihat dalam konteks Pulau Pinang sahaja tapi untuk negara juga banyak sumbangan yang mendiang berikan. Dalam soal politik juga kita tahu mendiang adalah salah seorang pengasas kepada Barisan Nasional, pandangan beliau sentiasa diambil kira dari sudut bagaimana hendak meningkatkan hubungan kerjasama antara kaum. "Pertubuhan parti Gerakan adalah satu bukti tentang pentingnya perpaduan rakyat menjadi satu perkara yang diperjuang mendiang Dr Lim. Disebabkan itu, kami merasai pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada Pulau Pinang tapi negara," katanya. Katanya, beliau mengenali mendiang secara peribadi sewaktu Dr Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau Menteri Besar Johor. "Kita mengenali mendiang sebagai seorang negarawan Malaysia yang terulung dan secara langsung rakyat Pulau Pinang khususnya, mengetahui bahawa mendiang adalah pengasas pembangunan Pulau Pinang yang moden, banyak usaha yang telah dilakukan untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian yang termaju di Malaysia," katanya. Muhyiddin berkata beliau dan isteri serta bagi pihak kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mendiang Dr Lim berikutan kematian beliau. Muhyiddin yang diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beberapa pemimpin Umno negeri tiba kira-kira 9.30 pagi dan berjumpa dua anak lelaki mendiang iaitu Lim Chien Aun dan Lim Chien Cheng. Dr Lim, 91, meninggal dunia Rabu lepas setelah hampir sebulan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat diserang angin ahmar. Mendiang meninggalkan isteri, Toh Puan Goh Sing Yeng, dua anak lelaki iaitu Chien Aun, Chien Cheng serta dua anak perempuan Lim Pao Lin dan Lim Pao Yen. — Bernama |
| Lagi Bukti Jelas Umno BN khianati rakyat Posted: 27 Nov 2010 04:57 AM PST Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan. Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. Datuk Shaziman Abu Mansor DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan. "Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat," ujarnya. Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang. "DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara," ujarnya. Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu. Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. "Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?" soalnya. Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. "Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini," katanya. Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri. "Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan," ujarnya lagi. |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan