D'Perbatasan |
- Umno-BN bina Menara Felda baru, 800,000 generasi kedua peneroka diabaikan
- Khir Toyo Tersingkir?
- Pakatan Rakyat Tegas Pertahan Perlembagaan Negara
- Pebicaraan Anwar : Majlis Peguam bidas Mahkamah (Ada Klip Video)
- SUA PKR Pertahan Pemecatan Jenapala Sah
- Pemuda PAS Wilayah Sokong Tindakan Kerajaan Selangor
- Kalau Khairy jatuhkan Pak Lah, tunggulah Rosmah "jahanamkan" Najib!
- Tukar Saja Nama DEB Kepada DEK "Dasar Ekonomi Kroni"
- PKR Perlu Laksana Gerak Kerja Lebih Tersusun
- Protes ‘Selamatkan Keadilan’ tidak menjadi
- AMK Gerak Reformasi 3.0 Menjelang PRU-13
- Syed Husin Ali Rasmikan Kongres AMK Dan Wanita
- Kepimpinan Najib, Anwar penentu kejayaan mutlak BN-Pakatan
- PAS ingatkan Muhyiddin belia Malaysia bukan kayu
| Umno-BN bina Menara Felda baru, 800,000 generasi kedua peneroka diabaikan Posted: 26 Nov 2010 06:13 AM PST Lebih 800 ribu peneroka dan keluarga generasi kedua FELDA memerlukan tempat kediaman yang selesa demi meneruskan kelangsungan hidup, kata Pengerusi Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (ANAK), Mazlan Aliman.Menurut beliau, walaupun kerajaan sebelum ini memperuntukkan Projek Perumahan Warga Felda (PWF), namun skim berkenaan hanya menyelesaikan kira-kira lima peratus masalah kediaman untuk generasi kedua FELDA. Justeru tindakan FELDA yang bertegas mahu membina Menara FELDA dengan kos mencecah satu bilion ringgit, tatkala generasi ke dua yang ada dianaktirikan- adalah tidak wajar sama sekali. "Lebih baik wang itu digunakan sebagai kos awal untuk membina rumah-rumah generasi kedua yang sangat mendesak ketika ini. "Anak-anak peneroka sebenarnya memerlukan satu jaminan masa depan untuk kediaman. sebab itu kalau lebih RM1 bilion yang diperuntukan untuk membina bangunan itu, digunakan untuk membina rumah kos rendah dengan satu pakej jadual pembayaran mudah, saya fikir itu jauh lebih manfaat. Ribuan rumah kos rendah dalam tempoh 5 tahun(dapat didirikan), dan ramai anak peneroka dapat manfaat," jelas Mazlan kepada Tv Selangor. Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa, Menara FELDA dijangka memberikan keuntungan kepada generasi muda FELDA pada masa akan datang. Malah Ahmad beralasan, pada masa kini sahaja nilai hartanah di sekitar ibu negara itu melonjak naik dan memberi keuntungan kepada FELDA, walaupun menara itu masih belum dibina. Mazlan berkata hujah Ahmad itu bukan sahaja rapuh dari sudut manfaat untuk peneroka Felda, ia juga mencerminkan keikhlasan Umno-BN dalam merealisasikan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". "Semua bercakap tentang nilai semasa, dari segi nilai hartanah. Satu-satu perancangan oleh Barisan Nasional tidak melihat kepada keutamaan di mana wang rakyat dibelanjakan. Ini alasan sama yang digunakan Ahmad ketika menjawab berhubung pembinaan Menara Warisan sebelum ini, kata Mazlan. Lantaran itu katanya, Ahmad perlu sedar dan meneliti masalah peneroka sebelum sibuk mencanang kononnya Menara FELDA yang bakal dibina menjanjikan masa depan kepada generasi muda itu," kata beliau, "Bayangkan pada ketika ini ada lebih 800 ribu generasi kedua, yang sebahagian daripada mereka bekerja sebagai buruh di ladang. Mereka tidak ada pendapatan tetap.Kalau mereka hendak membuat pinjaman bank untuk membeli rumah kos rendah, mereka tidak layak kerana tidak mempunyai slip gaji," jelas Mazlan lagi. Tambah beliau, FELDA sebelum ini di bawah skim PWF telah mendirikan sekitar 3,000 unit rumah di Bukit Goh, Mempaga, Lepar Hilir, Keratong, Pasak, Maran, Bera, Kemaman dan Gua Musang. Walau bagaimanapun, ia tidak mampu menampung permintaan lebih 800 ribu generasi kedua FELDA, manakala mereka yang layak pula hanya yang berpendapatan RM1,000 ke atas dan mempunyai slip gaji sahaja. Mazlan menegaskan adalah tidak adil setiap keputusan yang melibatkan FELDA tidak dibincangkan terlebih dahulu bersama masyarakat FELDA. "Sebenarnya pembinaan Menara Felda itu dirancang untuk dibina tanpa mengambil kira pandangan masyarakat Felda. "Projek itu disusun sungguhpun ibupejabat Felda di Jalan Gurney yang sudah sedia ada belum digunakan secara maksimum, tetiba dibuat pula yang lain,kita tidak nampak kepentingannya ketika ini. " Bayangkan RM622 juta untuk Menara bru Felda, belum mengambil kira lagi dengan harga barang mentah semasa, kemudian mungkin pengubahsuaian dalaman bangunan, termasuk mengisi perabot, saya percaya nilainya mungkin menghampiri RM1 bilion," ujar Mazlan lagi. |
| Posted: 26 Nov 2010 06:10 AM PST Datuk Seri Dr Khir Toyo dijangka tidak lagi memegang tampuk Umno Selangor selepas desas desus hebat kedengaran mengenai penyusunan semula Badan Perhubungan Umno Negeri itu yang dijangka berlaku tidak lama lagi.Bakal pengganti jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor dikatakan jatuh ke tangan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar yang dilihat lebih 'aktif' dan 'menonjol' menentang Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Infomasi ini terbit di sebuah laman blog pro-Umno yang dilihat hampir dengan kepemimpinan Umno negeri dan sering dipetik oleh akhbar arus perdana. Mengikut laman blog parpukari.blogspot.com itu, Jawatan Timbalan Pengerusi bakal diisi oleh ADUN Kuang Abdul Shukor Idrus yang ketika ini menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor. Lebih mengejutkan, Senator yang baru dilantik, Ezam Mohammad Nor dikatakan bakal menjawat jawatan Ketua Penerangan. Laporan Malaysiakini menyatakan hal itu kini dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu ini. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno Oktober lalu mengumumkan untuk membuat perubahan kepemimpinan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Perubahan itu diumumkan berikutan beberapa teguran yang ditimbulkan oleh para perwakilan dalam perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun tiada pula penjelasan mengenai kedudukan Khir, yang merupakan Menteri Besar Selangor sebelum ini menggantikan Datuk Abu Hassan Omar pada 2004 sebelum Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum lalu. |
| Pakatan Rakyat Tegas Pertahan Perlembagaan Negara Posted: 26 Nov 2010 06:01 AM PST Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasannya bahawa Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan perlembagaan negara khususnya isu bahasa,Islam,hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.Anwar berkata demikian dalam program Wacana Intelektual : Islam dan Masyarakat Majmuk yang diadakan di Petaling Jaya malam tadi. Sebelum ini Umno-Barisan Nasional menyerang Pakatan Rakyat mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik di bawah Pakatan Rakyat yang mahu menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya terus menyokong Barisan Nasional. "Dalam Pakatan Rakyat umpamanya yang kita tandatangani bersama oleh Tuan Guru Hadi Awang,Lim Kit Siang dan saya itu prinsip asas perlembagaan tidak dipertikai,bukan ikrar,tetapi ditandatangani atas nama ketiga-tiga parti dan dipersetujui sebagai agenda bersama,Artikel 152,153, bahasa,soal Islam,hak keistimewaan orang Melayu dan soal kedudukan Raja-Raja Melayu," tegas Anwar. Anwar juga membidas Umno yang cuba menimbulkan ketakutan rakyat bahawa perlembagaan negara akan tergugat jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. "Oleh kerana tidak sampai ke rakyat, maka perhimpunan agung Umno maka jika ada orang nak menipu nak ke Putrajaya, bercerai nyawa daripada badan, tidak akan kita serahkan kerana mereka mencabar prinsip perlembagaan dan bahaya orang ini untuk meminda perlembagaan, tengok di antara propaganda dan realiti padahal dokumen ini ada dalam blog saya,sebaran PAS, Keadilan dan DAP tetapi ditutup dan ditanam kebimbangan seolah-olah majmuk ini menjadi problematik dan terhakisnya kekuatan Melayu dan malangnya ada teman-teman yang bingung dengan isu yang asasi ini,"katanya. Turut hadir dalam wacana ini ialah Datuk Siddiq Fadhil. |
| Pebicaraan Anwar : Majlis Peguam bidas Mahkamah (Ada Klip Video) Posted: 26 Nov 2010 05:57 AM PST Majlis Peguam Malaysia berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus enggan membenarkan beliau mendapat dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan guaman Anwar meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenarkan mendapat kenyataan Saiful kepada polis dan bahan bukti lain. Semalam mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL), Dr Siew Shueue Feng. Laporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit. Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan menganggap keputusan mahkamah sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh. "Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil), " kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang merangkumi hak mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan. Ragunath juga menerangkan seksyen ini dibuat bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan perbicaraan adil. "Kami percaya seksyen 51 A KPJ ini dibuat bagi memperkembang dan memperkuat prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," kata beliau. Antara dokumen yang dihalang oleh Mahkamah untuk Anwar ialah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi. Ragunath menyatakan bahawa amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak bias. "Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di Mahkamah," kata beliau. Ragunath mendakwa keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem pengadilan negara ini. "Majlis Peguam Malaysia mendesak Mahkamah melaksanakan seksyen ini ...bagi mengekalkan hak seseorang yang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman, " kata Ragunath lagi. |
| SUA PKR Pertahan Pemecatan Jenapala Sah Posted: 26 Nov 2010 05:55 AM PST Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan 'pemecatan' P Jenapala kerana didakwa berdasarkan rekod di ibu pejabat parti itu."Saya lihat surat itu, saya beritahu kepada pihak media bahawa (P) Jenapala dipecat ," katanya dalam sidang media di Kongres Pemuda dan Wanita PKR di Petaling Jaya hari ini. Jenapala ialah bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR yang dipecat dari parti itu. Saifuddin berkata demikian bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berhubung dakwaan pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Februari 2009 yang kononnya dikeluarkanya sewaktu memegang jawatan tersebut. Memetik laporan Malaysiakini Salehuddin membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi pada jam 3 petang tadi. "Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu. "Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri. "Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," tambahnya. Saifuddin dalam respon segera berkata, pihaknya mengalu-alukan siasatan oleh pihak polis dan sebagai setiausaha agung beliau memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh. -TVs |
| Pemuda PAS Wilayah Sokong Tindakan Kerajaan Selangor Posted: 26 Nov 2010 05:39 AM PST Dewan Pemuda PAS WIlayah Persekutuan menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. DPPWP juga kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan. Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat. DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendesak agar Yang Di Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang. DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum rakyat ke Istana Negara. Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus ini. Hatta pihak Menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti SYABAS hari ini? Dalam hal ini, rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno-BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini. Hakikatnya mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus! dan Kerajaan Negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri. Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan. Herman Samsudeen Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
| Kalau Khairy jatuhkan Pak Lah, tunggulah Rosmah "jahanamkan" Najib! Posted: 26 Nov 2010 05:31 AM PST Usia Parlimen yang bermula selepas pilihan raya umum, Mac 2008, belum pun genap tiga tahun, atau lebih tepat 36 bulan. Tempoh Parlimen yang baru bermula daripada tarikh sidang pertama dijalankan, iaitu pada penghujung April 2008.Ini bermakna kita ada lima bulan lagi sebelum genap tiga tahun usia Parlimen. Selalunya pilihan raya diadakan, paling awal pun, hanya selepas tempoh 36 bulan itu. Sewaktu Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menerajui kerajaan, Parlimen dibubarkan apabila mandat kerajaan hampir berakhir. Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir mengambil alih pemerintahan, tempoh Parlimen hanya sekitar empat tahun sahaja. Berdepan suasana politik yang begitu gawat dalam era reformasi, selepas memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim pada September 1998, Mahathir menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen ketika usia kerajaan hanya tiga tahun lima bulan. Penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dilihat tidak begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal selepas menang besar pada 2004, apatah lagi kedudukan ekonomi negara tidak memihak kepadanya, manakala isu kenaikan harga minyak menjadi bualan ramai dan menimbulkan keresahan umum, namun beliau terpaksa memilih Mac 2008,antaranya, bagi menghalang Anwar bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 itu. Meskipun Abdullah terpaksa berundur lebih awal sebagai perdana menteri dan presiden Umno, ekoran prestasi buruk BN dalam pilihan raya berkenaan, beliau tetap diingati sebagai negawaran yang bersedia memberikan tempoh berkempen yang lebih lama, iaitu 13 hari. Minggu pertama kempen dilihat begitu suram tetapi kembali panas dan mendebarkan beberapa hari sebelum pengundian. Dalam beberapa pilihan raya umum sebelum itu, tempohnya tidak pernah melebihi sepuluh hari, malah ada yang sesingkat lapan hari, sekadar mencukupi tempoh minimum tujuh hari. Selain mencatatkan tempoh berkempen paling pendek, Dr Mahathir juga pernah mengadakan pilihan raya umum semasa musim haji! Kita mengharapkan tempoh kempen nanti boleh dilanjutkan sehingga 21 hari, seperti permintaan Bersih. (Sebagai pengamal media dan "membesar" bersama Harakah, saya sentiasa mengenang satu lagi "sumbangan" Abdullah, iaitu mengembalikan penerbitan Harakah kepada dua kali seminggu, berbanding Dr Mahathir yang mencantas lidah rasmi PAS itu kepada kekerapan hanya dua kali sebulan, selepas dikejutkan dengan keputusan pilihan raya umum,November 1999). Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata buat pemerintah mengaut keuntungan politik semaksimum mungkin. Memang keputusan muktamad berada di tangan Agong, namun jarang kehendak Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tidak dilayan. Bagaimanapun pilihan raya umum ke-12 mengajar kita bahawa mood pengundi kini sukar diramal, tidak sepertimana sebelum ini yang agak mudah ditelah atau dibaca.Kebijaksanaan rakyat menggunakan hak memilih kerajaan baru melalui peti undi agak luar biasa. Agensi perisik profesional, apatah lagi peramal amatur, pun boleh dikelirukan. Najib memang ada kelebihan sebagai perdana menteri baru, mungkin mengulangi faktor sama yang ada pada Abdullah pada pilihan raya 2004. Begitu pun, suasana enam tahun lalu sudah jauh berbeza dengan apa yang dihadapi Najib sekarang. Imej Abdullah begitu menyerlah ketika itu. Tempoh lima bulan selepas menggantikan Mahathir dihiasidengan pelbagai slogan muluk dan tindakan kosmetik yang mengkagumkan! Sewaktu mengetuai kempen BN dalam pilihan raya umum ke-11, Abdullah belum terpalit dengan dakwaan amalan kronisme dan pilih kasih, sehingga timbul istilah "4K" dan penguasaan "Tingkat 4" ke atasnya. Mahathir juga mungkin tidak terfikir untuk melancarkan serangan terbuka terhadap Abdullah. Nama Khairy Jamaluddin, Kalimullah Hassan atau Patrick Lim (lebih dikenali sebagai Patrick Badawi) belum cukup popular untuk menghakis sokongan pengundi kepada BN. Apakah imej Najib kini sebaik Abdullah di awal pemerintahannya dahulu? Bagi saya, tidak. Laluan Najib tetap sukar. Selama 20 bulan menjadi PM, beliau sudah terpalit dengan pelbagai cerita negatif. Usah melihat siri pilihan raya kecil di Galas dan Hulu Selangor sahaja. Imbangi juga dengan kegagalan BN mempertahankan kerusi di Kuala Terengganu dan Sibu. Menarik sekali ingatan Dr Koh Tsu Koon kepada pemimpin BN terhadap kemenangan berganda baru-baru ini: "Seperti kata pepatah, kehadiran dua ekor burung pipit bukan bererti musim bunga sudah tiba. Ini kerana mungkin haiwan terbabit berada di situ disebabkan terselamat daripada cuaca dingin musim sejuk yang masih lagi belum berakhir." Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu mungkin tidak begitu menarik imiginasi pengundi lagi, tetapi bagaimana dengan kes rasuah berkaitan pembelian senjata, misalnya? Lebih jauh daripada itu, amalan politik Umno-BN yang bersebati dengan korupsi tetap terasa hanyir. Beberapa pendekatan barunya seperti konsep 1-Malaysia mungkin bertujuan menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu, namun sikap perkauman Umno juga semakin terserlah. Tidak kurang juga yang mengkritik slogan baru Najib yang dilihat belum sempat difahami dengan baik oleh rakyat. Kontrak kerajaan masih diagihkan secara rundingan terus kepada elit penguasa dan suku-sakat mereka, walaupun dilaungkan ia dibuat secara tender terbuka. Paling menonjol, isu yang mengheret Abdullah kecundang lebih awal, iaitu faktor "penasihatnya" yang tamak dan sombong turut melumurkan kesan negatif buat wajah Najib. Bedanya, tiada "Khairy atau Kalimullah" yang menonjol dalam pemerintahan Najib tetapi rakyat muak dengan karenah dan "kelaku" isterinya, Rosmah Mansor. Ketamakan "Wanita Pertama" itu lebih menjolok mata dan menjengkelkan. Najib mengakui selepas melakukan transformasi ekonomi dan sistem dalam kerajaan, tumpuannya menjurus kepada penambaikan politik. Siri jelajahnya ke seluruh negara sebagai Presiden Umno akan bermula. Ada pihak menjangkakan tumpuan diberikan kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutama Kedah dan Selangor. Mungkin Kelantan dan Pulau Pinang agak sukar direbut dalam pilihan raya akan datang. Apabila isu banjir terburuk di Kedah dipolitikkan sebegitu rupa, sehingga menimbulkan kemarahan Menteri Besarnya, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang selama ini jarang menuturkan sesuatu yang menyakitkan pemimpin kerajaan Pusat, maka ia mendedahkan tembelang Umno yang begitu gelojoh mencari jalan pintas walaupun dengan taktik kotor. Begitu juga dengan serangan bertubi-tubi di Selangor. Elok juga diuar-uarkan kemungkinan pilihan raya lebih awal. Pakatan Rakyat harus meneliti persiapan dan ketahanan diri. Usah pandang mudah isu-isu dalaman yang dipamerkan media. Rakyat kini mahu memilih kerajaan yang lebih kredibil, bukan lagi menyokong pembangkang yang kuat. Jangan biarkan "jentera BN" memesongkan persepsi mereka. Apa pun harus diingat, laluan Pakatan ke Putrajaya masih berliku sekiranya tiada lonjakan sokongan pengundi baru ataupun masyarakat Melayu desa terhadapnya. Saya tidak begitu bimbang pengundi Cina beralih angin mengulangi teori pendulum, namun "simpanan tetap" BN di Sabah dan Sarawak belum ada tanda-tanda akan terusik. Lebih merisaukan adalah dengan kecenderungan masyarakat India ... Namun segalanya masih boleh diubah dan dipengaruhi, kan? Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN |
| Tukar Saja Nama DEB Kepada DEK "Dasar Ekonomi Kroni" Posted: 26 Nov 2010 05:27 AM PST Nurul Izzah Anwar membidas bekas ketua pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor kerana cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaksa beliau menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB)."Merujuk kepada kenyataan terbaru Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina DEB sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat," kata beliau. Kata Nurul Izzah, pegangan dan pandangan Anwar mengenai DEB sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB, tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. "Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK iaitu Dasar Ekonomi Kroni?" kata beliau. Nurul Izzah menambah, Anwar yang juga Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah, kelemahan sistem pendidikan yang hanya mampu melahirkan golongan pekerja yang 80 peratus berkelulusan SPM, ketirisan ekonomi melalui penswastaan dan pemberian konsensi penjanaan kuasa dan lebuh raya tol yang berat sebelah, pembaziran melalui projek-projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan pendapatan rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya. "Dan pendekatan Datuk Seri Anwar telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan dalam Model Baru Ekonomi telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan perkauman seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini," katanya. Dalam satu ceramah di Klang kelmarin, Ezam menyifatkan Anwar sebagai ancaman sebenar kepada kestabilan kaum dan masa depan negara berdasarkan percaturan politiknya. Menurut Ezam, Anwar melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri. Katanya, tindakan Penasihat PKR itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas bertentangan dengan semangat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membentuk perpaduan dengan sifat kejujuran, kasih sayang serta prinsip setiakawan. "Kita tidak boleh bina negara ini dengan pembohongan, sifat tidak jujur dengan menyatakan perkara-perkara yang palsu. "Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan. Adakah orang seperti ini mahu kita jadikan sebagai pemimpin negara," katanya ketika berucap dalam ceramah bertajuk 'Siapakah Anwar Ibrahim' anjuran MCA Bahagian Klang. Tambah Ezam, percaturan politik tidak bertanggungjawab Anwar itu dilihatnya sendiri apabila pemimpin pembangkang itu mengarahkannya untuk 'menyerang' DEB kononnya sebagai punca kepada amalan rasuah di negara ini. Mengenai bahaya salah guna kuasa, kata Nurul Izzah, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Anwar. "Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambah kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan," katanya. Oleh itu kata Nurul Izzah, beliau amat pelik apabila Ezam yang menjadi pengasas badan antirasuah, Gerak dan ketika itu cukup bangga menerima gelaran "Pejuang Rasuah No. 1" telah bertukar nada daripada 'Kotak Rahsia' kepada 'Katak Rasuah' dengan propaganda untuk menjadi pelindung, pejuang dan pencanang amalan rasuah politik BN, rasuah ekonomi DEB dan rasuah kuasa kehakiman pula. "Oleh itu, siapa sebenarnya berbahaya kepada BN dan siapa sebenarnya berbahaya kepada negara?" katanya beliau. Kata Nurul Izzah, Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang kaum, yang telah dikembangkan menjadi Pakatan Rakyat, yang komited kepada falsafah 'Ketuanan Rakyat' berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada 'Ketuanan Umno', yang mengamalkan rasuah politik untuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan Umno. Pendekatan Pakatan Rakyat ini telah pun disahkan kemurniannya apabila baru-baru ini Umno telah menggunakan rasuah politik terbaru dengan membuka keahlian terus ke dalam BN, kata Nurul Izzah yang baru-baru ini muncul tempat pertama dalam saingan jawatan naib presiden PKR. |
| PKR Perlu Laksana Gerak Kerja Lebih Tersusun Posted: 26 Nov 2010 12:08 AM PST Usaha mewujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lebih tersusun dan dari segi organisasi harus bermula dari sekarang tegas Dr Syed Husin Ali.Justeru PKR perlu berwaspada dan melaksana gerak-kerja penambahbaikan dengan segera jika tidak mahu gagasan Pakatan Rakyat menerima nasib yang sama perikatan-perikatan pembangkang yang lalu. "Hanya dengan demikian baru kita boleh menangkis segala serangan dari luar. Sekarang ini PKR dan tokoh utamanya, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, menghadapi bermacam-macam rancangan dan percubaan untuk melemah dan memporak perandakan. Beliau menjelaskan Umno-BN menyedari bahawa PKR memainkan peranan yang besar dalam membentuk Pakatan Rakyat. "Mungkin benar kerana ia paling muda dan baru sekarang mengalami segala perit getir yang dilalui lebih awal oleh PAS dan DAP untuk menjadi lebih kuat. Namun musuh-musuh kita, terutama pimpinan Umno menyedari PKR memainkan peranan besar untuk menguatkan Pakatan," kata Syed Husin. "PKR melalui Anwar berjaya menyatukan dan memantapkan Pakatan. Itulah sebabnya sasaran musuh kini ditumpukan terhadap PKR dan Anwar," tambahnya lagi. Syed Husin berkata sejarah menjadi saksi kepada usaha pemerintah mengagalkan perikatan-perikatan pembangkang melalui pelbagai taktik-taktik halus. Beliau meminta akar umbi supaya menelaah momentum Angkatan Perpaduan Ummah yang terhenti setelah imej pemimpinnya Tengku Razaleigh Hamzah dicemar dengan tuduhan jahat seperti ejen Kristian. Taktik yang sama juga digunakan untuk menyerang pemimpin yang mampu mengikat kerjasama komponen Pakatan Rakyat. "Ketara sekali pihak berkuasa dengan rakus memperalat media, mahkamah dan polis untuk menghukum Anwar," katanya. "Media dan individu-individu tertentu sambut menyambut mendendangkan lagu sumbang selah dalam orkestra kokak, menuntut Anwar meletakkan jawatan. Mereka tiada hak. Anggota-anggota parti melalui wakil-wakil mereka dalam Kongres seperti inilah yang berhak menentukan kedudukan ketua umum kita," tambah Syed Husin. Beliau turut mencurigai kewujudan entiti politik 'Third Force' yang kini diuar-uarkan sebagai pencabar utama Pakatan Rakyat. "Jika terbentuk, badan ini boleh memberi nafas kepada Umno-BN. Ia akan juga menyulitkan Pakatan untuk mencapai kemenangan besar. Perkara ini perlu ditangani dengan bijaksana," tegas Syed Husin. |
| Protes ‘Selamatkan Keadilan’ tidak menjadi Posted: 26 Nov 2010 12:01 AM PST Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK) menjadi tumpuan selepas ucapan perasmian oleh timbalan presiden, Syed Husin Ali ekoran kehadiran sekumpulan kira-kira sembilan orang yang memakai baju hitam dan lilitan tangan yang bertulis 'selamatkan Keadilan'.Mereka yang dipercayai sebahagian daripada perwakilan - yang berkumpul di pintu depan Dewan MPPJ - tempat kongres itu berlangsung - dikatakan merancang untuk mengadakan protes kecil dan sidang akhbar berhubung proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu. Bagaimanapun, selepas setengah jam, tidak ada tanda-tanda protes itu akan berlaku. Apabila wartawan bertanya kepada kumpulan tersebut, mereka menjawab, sedang menunggu calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard keluar. Bagaimanapun, CheguBard tidak kelihatan keluar, dan semua perwakilan masuk semula ke dewan untuk mendengar ucapan dasar ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Bila wartawan bertanya lagi, kumpulan itu, menafikan protes itu akan diadakan kerana menurut mereka Kak Wan (presiden PKR) telah berjanji untuk menyiasat aduan berhubung proses pemilihan PKR. "kami penuh yakin dengan janji (Datuk Seri) Wan Azizah,' kata salah seorang daripada mereka, yang enggan memberitahu namanya. |
| AMK Gerak Reformasi 3.0 Menjelang PRU-13 Posted: 25 Nov 2010 11:50 PM PST Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memberi fokus kepada pelan bertindak yang komprehensif — Reformasi 3.0 — bagi memastikan kejayaan cita-cita memerdekakan Malaysia daripada cengkaman Barisan Nasional (BN)."Kini kita tiba di persimpangan besar Reformasi 3.0 yakni usaha menyeluruh kita memuktamadkan cita-cita menuju Putrajaya. "Ini adalah landasan bertolak dalam perjalanan kita membebaskan Malaysia daripada BN. "Pemilihan 2010 adalah titik mulanya. Kebijaksanaan anggota untuk memilih pemimpin yang paling sesuai untuk memimpin PKR, khususnya AMK yang menjadi barisan hadapan dan benteng pertama perjuangan, akan menjadi penentu masa depan reformasi," kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin. Sehubungan itu beliau mengemukakan tiga garis besar untuk memandu AMK iaitu memperkasakan organisasi dan pengurusan AMK, penggemblengan tenaga dan jaringan generasi muda dan membentuk semula citra Malaysia berpaksikan nilai. Dalam ucapan dasarnya yang bertemakan "Himah Suluh Keadilan", Shamsul Iskandar berkata, AMK berjanji akan memberi tumpuan kepada usaha memperjuangkan hak penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat perbicaraan yang adil dalam kes liwatnya. Shamsul Iskandar menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional AMK di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi Katanya, usaha untuk Anwar mendapatkan perbicaraan yang adil harus menjadi misi utama sayar pemuda parti itu. "Usaha menuntut hak Anwar Ibrahim mendapat perbicaraan yang adil ini harus menjadi misi utama kita (AMK). Saya mahu melihat tenaga dan komitmen yang dipusatkan kepada misi ini lebih daripada komitmen dalam pemilihan yang baru lalu. "Justeru saya mengharapkan seluruh anggota Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Ketua-ketua AMK Negeri yang bakal dilantik bersama Majlis Pimpinan di negeri masing-masing memainkan peranan utama di dalam misi ini," katanya. Beliau mendakwa perjuangan keadilan untuk Anwar adalah usaha membebaskan sistem kehakiman negara daripada cengkaman BN."Sebelum ini rakyat menerima sahaja dengan pasrah keputusan mahkamah. Tetapi kes Anwar Ibrahim telah membuka mata rakyat dan membina keberanian rakyat untuk mempersoalkan keputusan-keputusan yang bertentangan dengan akal budi. "Tindakan-tindakan pendakwaraya dan hakim dalam perbicaraan beliau ternyata menyalahi norma undang-undang. Bukti dan keterangan cuba disorok dengan menghalang akses untuk pembelaan. Malah hakim sendiri bertindak seakan-akan pendakwa dengan menyerang peguambela," katanya. Shamsul Iskandar turut mendakwa BN melakukan segala ikhtiar agar ketua pembangkang itu sekali lagi dipenjarakan. "Jangan kita biarkan ini terjadi kerana ia akan melengkapkan cengkaman Umno-BN sekaligus menafikan hasrat rakyat untuk melihat tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya ," katanya. Selain itu, Shamsul Iskandar turut mengingatkan anggota sayap supaya menumpukan kepada gerak kerja parti dan tidak tertumpu kepada merebut jawatan semata-mata. "Jumlah jawatan adalah terhad dan tidak semua anggota akan berpeluang menjadi pemimpin. Namun tidak menjadi pemimpin tidak bermakna kita tiada peranan dalam menggerakkan parti dan perjuangan. "Para anggota dan pemimpin akar umbi yang sebenarnya mempunyai peranan besar memastikan parti terus cergas. Kita bakal berhadapan dengan tugas dan cabaran yang lebih hebat tidak lama lagi. Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang menuntut kita untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kompak," katanya. Dalam ucapan dasar itu, beliau mengingatkan ahli AMK supaya terus memperkukuhkan parti itu. Shamsul Iskandar juga turut mempertahankan sistem pemilihan parti itu yang berkonsepkan "satu ahi, satu undi", yang menghadapi pelbagai kritikan daripada dalam dan luar sambil menyifatkan ia hanya "ciptaan manusia" "Sistem yang digunakan adalah ciptaan manusia. Sudah tentu tidak sempurna. Pelaksananya juga manusia. "Pengalaman akan menjadikan kita lebih cekap dalam melaksanakannya. Teguran dan saranan akan membantu memperbaikinya," katanya. Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata, jika aduan dan teguran dibuat demi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem yang digunakan, tindakan segera mestilah diambil. "Tetapi kita tidak akan sekali-kali kompromi dengan tindakan menyerang dan menghina parti, menggunakan media musuh untuk membuat pelbagai fitnah dan tohmahan tanpa sebarang bukti yang kukuh. "Mereka ini menjadi perkakas BN menyerang untuk melemahkan kita," katanya. |
| Syed Husin Ali Rasmikan Kongres AMK Dan Wanita Posted: 25 Nov 2010 07:30 PM PST Kongres Parti Keadilan Rakyat ke-7 pagi ini dengan sayap parti Angkatan Muda Keadilan dan Wanita memulakan persidangannya pada hari ini di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya.Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali merasmikan kongres kedua-dua sayap parti itu yang merupakan buat kali terakhir. Dr Syed Husin menjelaskan, keputusannya tidak mempertahankan jawatan dibuat adalah pilihan sendiri. "Ini hasil pilihan saya sendiri. Saya telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari jawatan timbalan presiden. Bukan ketua umum, bukan Azmin Ali," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK). "Sekarang ini saya lihat KEADILAN berada dengan asas yang kukuh, walaupun masih terdapat banyak lagi kelemahan serta masalah. Dalam usianya yang pendek, kita telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun Parti tidak berjaya diganggu gugat, sama ada dari dalam dan luar. Ia tetap berdiri kukuh. Saya yakin segala pengalaman yang dilalui - pahit, maung dan apatah lagi manis akan mematang dan memperkasakan lagi kita dan Parti kita," katanya. "PAKATAN menyatukan parti-partiterbesar di luar pemerintahan sebagai hanya satu gabungan. Namun begitu ia harus menarik juga parti-parti kecil yang masih belum menyertainya, dengan syarat mereka menyokong penuh Dasar Pakatan Rakyat yang telah disetujui pada 19 Disember 2009 . Kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya akan datang," katanya lagi. "Anggota-anggota Parti mempunyailatarbelakang berlainan; mereka mempunyai orientasi politik yang berbeza-beza. Sehingga sekarang ada di antara mereka yang masih terbawa-bawa oleh pengaruh lama mereka.Bahkan masih ada, walaupun bilangannya sangat kecil, yang menimbulkan syak wasangka atau permusuhan dengan membangkitkan latarbelakang tertentu. Masalah besarnya ialah bagaimana hendak memupuk kesedaran bahawa kita semua, walau dari manapun asalnya, sekarang adalah anggota KEADILAN," ujarnya. "Tujuh belas perkara dalam Fasal 5 Perlembagaan dan kenyataan serta ucapan pemimpin itu harus dihadamkan oleh setiap anggota dan dijadikan panduan untuk segala tindakan politik. Segalanya dapat dirumuskan kepada empat cita-cita atau visi Parti. Empat perkara yang harus diusahakan dan perlu dicapai ialah, Keadilan untuk Semua, Kepedulian Rakyat, Perpaduan Negara-bangsa, dan Kemurnian Moral serta Etika," katanya."Bilangan anggota Parti perlu ditambah. Kuantiti saja tidak mencukupi, ia mesti diimbangi dengan kualiti. Mutu anggota perlu ditingkatkan dengan pemahaman dan penghayatan dasar perjuangan Parti. Semangat serta keazaman untuk berjuang gigih dan berkorban untuk Parti dan rakyat mesti sebati dalam hati sanubari anggota,"katanya. "Semoga Allah membenarkan yang benar dan menghukum mereka yang zalim. Kita sebagai anggota Parti mesti sentiasa menegakkan keadilan serta kebenaran dan menentang kezaliman serta kebatilan,"ujarnya. "Parti kita selesai melaksanakan proses pemilihan demokratik yang memberikan setiap anggota satu undi untuk memilih pemimpin di peringkat Cabang dan Pusat. Ini merupakan inisiatif pertama yang dijalankan oleh parti politik di negara ini dan mungkin juga yang terunik di seluruh dunia," katanya. "Saya kira, dalam ucapan hari ini saya telah meninggalkan pesan yang saya rasakan perlu. Saya berharap dan berdoa agar Wanita, Angkatan dan Parti Keadilan Rakyat seluruhnya akan berkembang lebih besar dan menjadi lebih kuat, " katanya. Dalam ucapannya, beliau berasa gembira berbaur sedih kerana menyampaikan kerana ini ialah kali terakhir beliau berucap untuk merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda. |
| Kepimpinan Najib, Anwar penentu kejayaan mutlak BN-Pakatan Posted: 25 Nov 2010 07:16 PM PST Keyakinan pada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat akan menjadi faktor utama bagi pengundi yang belum membuat keputusan dan mereka yang akan buat julung kali keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-13.Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya tergempar akan diadakan seawal Mac depan, kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan PR masih belum mampu menawarkan sebab-sebab terperinci dan meyakinkan bagi rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kemenangan penentu. Sementara PR dikritik berhadapan dengan masalah dalaman selain sudah kehilangan momentum pilihan raya 2008, BN juga masih berhadapan dengan kesukaran untuk mengetepikan persepsi lama rasuah manakala rakyat jelata pula skeptikal dengan pelan pembaharuan dibawa BN di bawah kepimpinan Najib. Pun begitu, penganalisis dan pemimpin politik masih yakin bahawa meskipun sukar untuk mengukur keseluruhan keberkesanan kedua-dua BN dan PR, akhirnya yang akan menjadi penentu ialah siapa terbaik dalam menerajui perikatan masing-masing — sama ada Najib atau Anwar. PR dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. BN sepatutnya mengadakan konvensyen Ahad ini, tetapi ditangguhkan sehingga 5 Disember ekoran kematian bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu. "Faktor-faktor sosiologi adalah penting. Pengundi akan mengundi perikatan yang boleh menawarkan mereka aspek bentuk jaminan keselamatan dan juga satu masa depan yang baik. "Mereka akan memilih, memilih sesuatu yang konkrit, sesuatu yang benar dan tidak (mahu) meletakkan nasib pada aspek yang kabur atau tidak jelas. Pentadbiran Najib digambarkan sebagai lambat menjalankan dasar dengan efektif."Mereka akan memilih seorang pemimpin perikatan yang memperlihatkan prestasi, bukan seorang yang sentiasa defensif," kata penganalisis politik dari UKM, Profesor Shamsul Adabi Mamat kepada The Malaysian Insider. Shamsul juga mendakwa, faktor utama yang akan menentukan sokongan pengundi ialah bagaimana kedua-dua perikatan akan menjana kesetiaan pengundi. "Kesetiaan ditentukan oleh agenda pembaharuan perikatan dan juga pelan pembangunan jangka panjang. "Saya merasakan Barisan Nasional ke depan dalam soal ini sebagaimana ia memperlihatkan kemajuan yang signifikan dalam perhimpunan agung Umno yang baru, dan juga pengenalan keanggotaan langsung BN," katanya. Menurut beliau, perkembangan-perkembangan itu akan memperkukuhkan kesetiaan kebanyakan ahli parti komponen terhadap BN, sekali gus menjadikan perikatan itu lebih stabil berbanding PR. "Meskipun ada masalah sebelum ini, Umno kini kelihatan lebih berfokus untuk bergerak ke depan... kemenangan di Galas adalah kerana kekuatan Umno. "Pengundi bijak, celik di mana mereka boleh melihat merentasi cakap-cakap dan gimik politik. Pemilihan langsung PKR menunjukkan mereka tidak kuat seperti yang mereka fikirkan. "Dan, kepimpinan Anwar berhadapan persoalan yang serius, melihat kepada kewujudan terlalu banyak kritikan terhadap cara beliau mengendalikan kepincangan dalam pemilihan PKR," kata pensyarah universiti ini. Pengendali kajian pandangan umum Ibrahim Suffian percaya bahawa pengundi-pengundi sekarang lebih "mengharapkan" dan mendesak serta tidak boleh dimanipulasikan dengan mudah berbanding pilihan raya-pilihan raya lalu. "Pengundi-pengundi mempunyai akses yang besar kepada maklumat," kata beliau. "Kita sedang menuju pilihan raya di mana pengundi belum yakin sepenuhnya dengan PR, tetapi pada satu sebelah yang lain, mereka jug berpandangan bahawa kerajaan masih perlahan dalam melaksanakan pelan-pelan pembaharuan," katanya lagi. Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata, walaupun BN merasakan pihaknya sudah mewujudkan persekitaran "kelihatan baik", perikatan itu perlu bertanya sejauh mana tindakan-tindakan yang telah diambil setakat ini benar-benar memanfaatkan rakyat biasa. Pun begitu kata beliau, PR kelihatan gagal untuk menggunakan kesempatan walaupun kerajaan pusat BN kelihatan "perlahan" dalam melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ini. "Pada masa yang sama, pengundi menuntut kerajaan alternatif yang kuat daripada pembangkang," kata Ibrahim lagi. Sehubungan itu Ibrahim juga berkata, sementara kebanyakan janji BN kelihatan berlandaskan pada polisi-polisi lama yang sedia ada, pengundi-pengundi sedar bahawa ia juga masih boleh menyelesaikan isu-isu lama berkaitan dengan rasuah dan kos hidup yang tinggi. Ahli Parlimen Umno dari Pulai Datuk Mohamed Nur Jazlan juga mengakui bahawa akhirnya pengundi akan memilih pemimpin yang mereka percaya. "Pada masa sekarang, kajian-kajian menunjukkan keyakinan terhadap Najib masih tinggi," kata beliau sambil menambah, PR pula tiada tahap kepercayaan kepimpinan yang sama khususnya ke atas Anwar. "Serangan ke atas BN sepanjang masa adalah mengenai rasuah, dan kelewatan (pelaksanaan) dasar dengan efektif. "Dalam satu situasi di mana kita melihat pada kekuatan dan kelemahan (sesebuah) perikatan, kita mesti lihat pada aspek kepimpinan untuk membuat keputusan terbaik. "Persekitaran kelam-kabut dalam PKR adalah petunjuk kepimpinan Anwar. Beliau masih belum mampu menerajui perikatannya dan mereka masih berpecah sedangkan Najib dengan segera membetulkan perpecahan yang ada dalam BN," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider.Bagaimanapun menurut ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, kritikan yang semakin meningkat terhadap PR tidak adil. Ahli Parlimen Kuala Selangor ini mempertahankan bahawa negeri-negeri pimpinan PR masih memperlihatkan prestasi yang baik sejak Mac 2008. Beliau merujuk kepada kejayaan dasar ekonomi kerajaan negeri Pulau Pinang dan usaha-usaha PR untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih dan efektif, perakuan yang digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009. "Dalam mempertahankan kami, dalam tempoh dua tahun sahaja, kami telah menunjukkan bahawa kami boleh menguruskan dan mengendalikan negeri-negeri yang kami memerintah. "Meskipun saya mengakui bahawa masalah-masalah dalam PKR bukan sesuatu yang boleh membantu (kami), tetapi menilai Pakatan hanya kerana ini, adalah sesuatu yang tidak adil," kata beliau lagi. "Meskipun Najib janjikan ETP dan MBE, ia kekal janji semata-mata. Ia belum lagi diterjemahkan dalam bentuk perubahan efektif. "Kami telah mentadbir negeri-negeri kami dengan baik, ia boleh dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara," kata wakil rakyat PAS ini. Dzulkefly juga mempertahankan Anwar dengan berkata, pemimpin berusia 63 tahun ini tidak diberikan peluang untuk membuktikan bahawa beliau sebenarnya mempunyai potensi sebagai pemimpin alternatif kepada kepimpinan Najib. Anwar kini berhadapan dengan kes liwat yang kedua. Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany mengakui bahawa rekod prestasi BN tidak begitu menggembirakan sebelum ini, tetapi kepimpinan Najib sejak April 2009 akan diterjemahkan dalam perubahan sebenar bagi negara. "Sudah tentu, sementara kita mengalami kemajuan, kami faham dan menerima bahawa kami juga membawa legasi rasuah. "Tetapi saya melihat bahawa di bawah kepimpinan perdana menteri (Najib), kami mengutamakan masa depan dan cuba membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu," kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini. |
| PAS ingatkan Muhyiddin belia Malaysia bukan kayu Posted: 25 Nov 2010 07:13 PM PST PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca. "Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. "Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya. Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran. "Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja," ujarnya. Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini. Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini. "Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan