Isnin, 22 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Mampukah BN Ditumbangkan?

Posted: 22 Nov 2010 04:49 PM PST



Kita sering diajukan persoalan tersebut. Adakalanya kita memberi jawapan yang enak - enak dan lunak untuk didengar. Kita memaksa diri kita dibuai mimpi yang indah dengan mengimpikan kemenangan yang hebat dan berjayanya Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya. Bila difikirkan balik sedapnya angan - angan itu tiada tandingnya.

Tapi pernahkah kita berfikir secara mendalam apakah mampu Bn ditumbangkan? Dengan kaedah apa yang kita harus lakukan untuk membenam Bn. Apakah cukup sekadar dengan ceramah perdana, tulisan - tulisan pedas dan kritis dari blogger - blogger terhadap Umno dan Barisan Nasional? Apakah kita sudah memastikan Harakah dan Roket sampai ke tangan orang kampung?

Jika ditanya kepada saya, jawapannya TIDAK! Tidak sama sekali. Jangan mimpi jika mengikut logik akal Bn dapat ditumbangkan. Perjalanan kearah kemenangan secara total masih terlalu jauh. Kita mungkin menang bergaya di Semenanjung tapi di Kepulauan Borneo iaitu Sarawak dan Sabah masih lagi menjadi taruhan sejati buat Bn. Kawasan tersebut kawasan tabung keselamatan undi Bn. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika Sarawak dan Sabah terus - menerus menjadi kawasan paling selamat buat Bn apakah mampu kita melihat Pakatan Rakyat menggantikan Bn?

Ada juga mengeluarkan idea, BN tidak kuat tapi Pakatan Rakyat yang bodoh. Bodoh kerana diri - sendiri bercakaran. Saya malas mahu mengulas apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat. Saya mengharapkan lepas sahaja perhimpunan Agung mereka semuanya tamat. Saya bukan ahli parti. Ikutkan jika Bn itu adil dan SPR itu adil sudah lama saya menghumban keluar Pakatan Rakyat khasnya wakil - wakil rakyat PKR. Tapi atas dasar mahu menamatkan keangkuhan pemimpin Umno buat sementara waktu saya tekadkan hati juga untuk terus menyokong Pakatan Rakyat. Ketika PKR sedang bergolak, media Umno dengan senang hati memainkan isu tersebut. Setiap hari, tanpa penat. Bohong kalau tiada rakyat Malaysia yang termakan dengan dakyah tersebut. Imej PKR semakin busuk kerana percakaran yang mereka lalui sekarang ini. Sekarang langkah untuk memulihkannya berada ditangan Anwar Bin Ibrahim. Jika berjaya dia menghimpunkan kembali ratusan ribu anak muda maka selagi itulah Bn akan gagal merampas negeri - negeri yang sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kekuatan utama Pakatan Rakyat adalah anak muda. Baik sebahagiannya besarnya dari orang Islam dan Melayu hinggalah ke Cina dan India. Jika pemimpin utama tidak menunjukkan minat mereka kepada anak muda maka jangan harap parti tersebut akan berkembang. PAS beruntung kerana TG Nik Aziz dilihat garang dan tegas. Cukup untuk menimbulkan rasa hormat dan dokongan penuh daripada anak muda. Jangan terkejut sekarang populariti Menteri Besar Kedah dikalangan anak muda melonjak naik. Kesannya kerana media perdana memutarkan bibit - bibit beliau memarahi media. Ya, akan ada yang kata itu tindakan tidak wajar. Tapi buat anak muda Kedah ianya sudah cukup menimbulkan rasa hormat dan sokongan penuh kerana beliau menunjukkan sifat penentangan yang kuat. Mungkin ada yang tidak percaya, silalah pergi ke Kedah dan soal anak - anak muda yang berada di sana. Jika keadaan terus - menerus sebegini maka PAS di sesetengah negeri berada di dalam keadaan yang cukup selesa. Bagaimana PKR?

Sengaja tidak mahu menyentuh DAP kerana parti tersebut sememangnya mendapat sokongan kuat daripada anak muda Cina dan India. Saya hanya khuatirkan pada PKR. Parti yang asalnya menjadi harapan anak muda dan menjadi kebanggaan anak muda untuk membawa benderanya kemana sahaja. Jika Anwar Ibrahim atau siapa sahaja yang berada dalam parti tersebut gagal menjadi ikon untuk anak muda. Maka siap - sedia untuk menghadapi kemerosotan undi dari anak muda.

Jadi dengan penulisan yang panjang lebar. Cuba kita renung sejenak khasnya PAKATAN RAKYAT. Mampukah kita semua menumbangkan Bn?

Dari
Dragsuperstar

Guan Eng Bidas MCA

Posted: 22 Nov 2010 05:07 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengingatkan para pemimpin MCA terutama Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha bahawa rakyat adalah tuan sebenar, bukan kontraktor atau kementerian itu.

Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, Cho Ha harus memberi penjelasan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda JV) mengeluarkan surat jaminan bagi melindungi kepentingan awam berhubung kemungkinan berlakunya banjir di Pulau Pinang.

"Apa salahnya MMC-Gamuda keluarkan surat jaminan kerana Kementerian Pengangkutan juga pernah mengeluarkan surat jaminan untuk syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion. Jadi, kita dapat lihat betapa pemimpin MCA hanya teruja dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat dan ini merupakan budaya yang sangat tidak sihat, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Cho Ha baru-baru ini mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa tindakan mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada MMC-Gamuda melibatkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP) bernilai RM13 bilion sebagai tidak berasas.

Kerajaan negeri Pulau Pinang, walaubagaimanapun, telah menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar itu selepas (MMC-Gamuda JV) memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, dengan tindakan Cho Ha itu, banyak pihak kini tertanya-tanya apakah tindakan Menteri Pengangkutan itu membayangkan bahawa kerajaan ingin mengatakan syarikat swasta lebih penting dari warga awam atau sebaliknya.

Sehingga hari ini, katanya, kontraktor terbabit telah memberi kerjasama yang baik dan tidak membantah apabila arahan berhenti kerja itu dikeluarkan.

Ujar beliau lagi, Cho Ha juga memutar-belit isu ini dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri sengaja menjadikan kehidupan lebih sukar dengan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam projek-projek mega sedangkan jika dakwaan ini benar, masakan kerajaan negeri akan meluluskan projek bernilai RM13 bilion itu.

Pada masa yang sama, Cho Ha sepatutnya jelas bahawa isu ini hanyalah satu, yakni gesaan kerajaan negeri kepada kontraktor untuk mengeluarkan surat jaminan bertulis berkenaan langkah-langkah mencegah banjir tetapi beliau sebaliknya pula menegaskan tiada keperluan mengenainya.

Perkara ini telah selesai apabila kontraktor mematuhi sepenuhnya permintaan kerajaan negeri mengenai surat jaminan bertulis tersebut, jelasnya.

"Banjir besar yang melanda Kedah telah menunjukkan bahawa ukuran kawalan banjir biasa oleh kontraktor selepas runding cara sepenuhnya bersama JPS dan JKR tidak lagi boleh digunakan. Kerajaan negeri, oleh itu, memilih untuk mengguna pakai pendekatan pro-aktif dalam pengurusan krisis banjir dengan mengambil pendekatan awalan yang bermatlamat mengurangkan kesan buruk akibat banjir," tambahnya dalam kenyataan yang sama.

Tambah Guan Eng lagi, Kong Cho Ha seharusnya menyedari bahawa kediaman dan kehidupan rakyat serta berbilion ringgit hasil pelaburan taman industri berteknologi tinggi di Prai dan Bukit Minyak berdepan risiko banjir.

Pulau Pinang dan 1.6 juta penduduk pulau mutiara ini tidak mampu menanggung bebanan akibat banjir seperti yang berlaku di Kedah baru-baru ini dan semua langkah berjaga-jaga harus diambil bagi memastikan jika banjir berlaku, kerugian dalam diminimakan, katanya lagi.

Selepas Kongres, KEADILAN bersih pengkhianat

Posted: 22 Nov 2010 05:03 AM PST

Proses pembersihan pengkhianat akan dimulakan selepas kongres parti itu Ahad ini.

Pemenang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyatakan demikian di Parlimen hari ini.

Ikrar Azmin itu ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu membangunkan 'prinsip kesetiaan' demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan saja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

Campur Tangan Anwar Laporan Untuk Hancurkan PKR!

Posted: 22 Nov 2010 04:50 AM PST

Laporan pemilihan : Ada campur tangan serius Anwar
Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

NONEBadrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

*
Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
*
Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
*
Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
*
Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
*
Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
*
Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.


NONE Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

-Metro Maya

AUKU Terbatal Secara Tidak Langsung

Posted: 22 Nov 2010 04:35 AM PST

Mahasiswa di negara ini tidak perlu lagi takut dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sebelum ini menyekat kebebasan
mereka untuk menyertai pergerakan politik.

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris, dengan keputusan yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN)menerima kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung dengan parti itu, ia sekaligus membatalkan AUKU secara tidak langsung.

Pertubuhan NGO mendapat sambutan yang menggalakkan dari belia mahupun mahasiswa di negara ini termasuk ABIM sendiri.

"Walaupun secara bertulis AUKU itu menghalang pergerakan politik mahasiswa, tetapi dari segi amalan hari ini, ia sudah terbatal secara tidak langsung dengan pendirian baru kerajaan.

"Maka saya melihat mahasiswa pada hari ini tidak perlu merasa takut untuk membuat pendirian politik kerana dengan keputusan kerajaan ini, ia secara langsung membatalkan berpolitik oleh mahasiswa yang terlibat dalam pertubuhan NGO," ujar Razak kepada ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Melalui pindaan terhadap AUKU tahun lalu, kerajaan telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan bukan politik.

Jemputan untuk NGO-NGO ini bersama BN akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswa yang aktif dalam Pertubuhan bukan kerajaan ini akan mengheret sama mahasiswa ke kancah politik biarpun jelas ia terlarang dalam AUKU yang dicipta kerajaan sendiri.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan dewan tertinggi BN meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan dan persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti.

Pengumuman Najib itu kemudiannya mendapat bantahan dari beberapa NGO antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang tidak sependapat dalam idea itu buat masa ini.

PKPIM bahkan menyelar tindakan BN itu dan menyifatkan tindakan itu bertentangan dengan norma masyarakat demokratik.

Sementara itu, Razak menambah, NGO tidak harus mensia-siakan peluang yang ada untuk menonjolkan kecenderungan masing-masing tanpa ada perasaan bersalah.

"Bagi saya ini memberi peluang kepada NGO untuk menentukan sikap politik mereka dengan lebih jelas lagi sama ada memihak kepada kerajaan atau pembangkang," beliau berkata.

Bahkan ujarnya, dengan sikap baru yang ditunjukkan oleh kerajaan ini, maka tidak ada sebab mahupun alasan kepada kerajaan untuk bersikap kritikal terhadap pandangan NGO termasuk dari mahasiswa.

"Pihak kerajaan selepas ini tidak boleh lagi menyalahkan mana-mana NGO yang sekiranya mereka menunjukkan sikap yang jelas terhadap fahaman politik yang bertentangan dengan mereka.

"Sebelum ini (kerajaan) agak kritikal atau melihat pendirian NGO yang bertentangan dengan dasar kerajaan sebagai sesuatu yang tidak baik, NGO lepas ini boleh lebih terbuka untuk membuat pendirian politik," tambah Razak lagi.

Katanya ABIM dan NGO lain akan mendesak kerajaan supaya merealisasikan pendirian kerajaan itu selari dengan keterbukaan mereka menyeru NGO bergabung dengan parti itu.

Beliau juga menyeru Pakatan Rakyat untuk turut serta menggubal dasar-dasar tertentu supaya boleh mendapat sokongan daripada NGO di negara ini.

BN Gagal Bawa Aspirasi Rakyat

Posted: 22 Nov 2010 04:31 AM PST

Langkah Barisan Nasional(BN) membuka keahlian pertubuhan bukan kerajaan(NGO) untuk bergabung dalam komponen itu adalah satu isyarat bahawa BN gagal membawa inspirasi rakyat.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Strategik PKR, Tian Chua di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata bahawa BN dengan bentuk dan rangka yang ada sekarang tidak boleh berterusan dan sebab itu mereka cadangkan satu perubahan.

"BN sekarang sudah menjadi badan 'penyambung' bagi Umno dan kesemua mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen atau Menteri secara langsung boleh dipilih oleh Perdana Menteri atau Presiden Umno tanpa melalui mana-mana organisasi parti," ujar Tian ketika ditemui Tv Selangor di lobi Parlimen, petang tadi.

Tambah beliau, BN cuba merekacipta satu organisasi baru hanya bertujuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang tanpa memikirkan sama ada BN masih lagi relevan dan membawa cita-cita rakyat.

"Mereka hanya kumpulkan kekuatan bagi memastikan BN mendapat undi mengatasi Pakatan Rakyat.

Tian juga meramalkan, riwayat komponen BN seperti MCA, MIC Dan Gerakan dijangka tamat apabila badan gabungan yang dikepalai Umno itu menawarkan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) bergabung dengan parti itu.

Sementara itu, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu.

Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung.


Dari TV Selangor

Keterangan Dr Razali Dubur Saiful “kosong".

Posted: 22 Nov 2010 04:23 AM PST

Pakar perubatan Dr Mohd Razali menegaskan bahawa dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan "kosong' walaupun Saiful mengadu tidak membuang air besar selama 48 jam.

Razali mendakwa bahawa walaupun seseorang tidak membuang air besar begitu lama, maka dubur beliau tidak boleh dalam keadaan kosong,

Peguam Anwar Sankara Nair menyifatkan keterangan Dr Razali sebagai "luar biasa."

Dr Razali berkata beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful pada 28 June 2008 atau 56 jam selepas pengadu mendakwa di liwat.

Pada pemeriksaan itu, Dr Razali mendakwa walaupun dubur pengadu tidak mengandungi najis, namun beliau menjumpai sampel air mani tertuduh.

Dr Razali bagaimanapun tidak yakin samada sampel itu diletakkan dalam balang kalis udara kerana tugas itu dijalankan oleh doktor lain.

Pada sebelah pagi, Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Anwar mendapatkan laporan awal pemeriksaan doktor terhadap Saiful ini.

Alasan yang diberikan hakim ialah laporan itu hanya boleh diperolehi jika dikemukakan oleh pendakwaraya atau jika Dr Razali merujuk kepadanya semasa memberi keterangan.

Laporan itu penting kepada peguambela kerana ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai pemeriksaan ke atas Saiful yang tidak dimasukan dalam laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Ketika memberi keterangan bulan lalu, Dr Razali enggan merujuk kepada laporan pemeriksaan awal itu walaupun gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh peguam Karpal Singh.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan HKL yang muktamad diterima sebagai bahan bukti walaupun sebahagian daripada laporan itu tidak dikemukakan.


Dari TV Selangor

BN Tukar Ciri Logo, Rakyat Fikir Tukar Kerajaan

Posted: 21 Nov 2010 09:25 PM PST

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN tidak lama lagi.

Tindakan ini menggambarkan sesebuah perjuangan yang panjang serta berpengalaman lebih 50 tahun sememangnya tidak lagi relavan, sebuah parti yang lama usianya, sepatutnya memiliki kelebihan dalam soal selok belok hal-hal urusan memerintah Negara, namun tindakan Najib mahu menukar logo BN adalah gambaran BN sudah berada dipenghujung usia dan memerlukan penjenamaan semua untuk menyelamatkannya, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui disini.

Logo merupakan lakaran inti perjuangan sesebuah pertubuhan baik politik mahupun bukan politik, jika soal induk boleh ditukar-tukar, ini sesuatu yang sangat jangggal, maka rakyat perlu bertekad untuk menolak BN yang sudah ketinggalan zaman itu.

"Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan" jelas nya.

Demkian menurut Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, mengulas tindakan BN bercadang mengubah ciri logo mereka.

BN seakan dapat menghidu bahawa rakyat sudah mula loya dengan lambang dacing BN, ia juga boleh disifatkan sebagai dacing yang sudah berkarat, tetapi bukan soal dacing itu yang menjadi faktor kebencian rakyat, penipuan serta ketidaktelusan BN mentadbir Negara menjadi faktor rakyat menolak mereka.Katanya.

"Saya yakin, walaupun BN mengubah ciri logo mereka kepada kononnya lebih mesra rakyat, BN tetap BN, mereka tetap meneruskan gerak kerja pembohongan terhadap rakyat Malaysia.

Setelah gagal menyuntik semangat kepada ahli serta penyokong mereka (BN), sekali lagi atas faktor desakan itu, BN terdesak dengan berharap supaya logo yang diperbaharui nanti diharap dapat mengembalikan sokongan rakyat dengan diberikan nafas baru terhadap logo tersebut.

Ketika ditanya raspon YB adakah Pakatan Rakyat akan tergugat dengan strategi tersebut,"kita tetap bertekad meneruskan agenda menyampaikan maklumat isu Negara kepada rakyat, gerak kerja ini tidak akan terhenti selagi Pakatan Rakyat belum mentadbir perak dan Putrajaya, tegasnya.

Menurutnya lagi tindakan menukar logo tidak lebih dari usaha menyelamatkan BN yang hampir karam itu. Rakyat sudah muak kepada komponen parti masing-masing iaitu UMNO, MIC dan MCA serta komponen BN yang lain. Sikap rasis pemimpin BN sentiasa terserlah dan tindakan dan ucapannya, jadi rakyat sudah menolak parti masing-masing. Maka penjenamaan logo BN adalah untuk menyelamatkan mereka meninggalkan BN.

"Apapun saya yakin usaha Najib akan gagal dan menumui jalan buntu kerana rakyat sudah tahu siap dia pemimpin BN walaupun logonya secantik mana pun" Katanya.

"Situasi sekarang Nampak seperti BN takut untuk menghadapi penghakiman yang bakal dilakukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," ujarnya lagi semasa akhir sesi temubual.



Oleh : Hafizi Pauzi

PRU 13: Hanya si tidur nyenyak tidak dengar loceng amaran

Posted: 21 Nov 2010 09:23 PM PST

Perkembangan terkini politik Malaysia memperlihatkan usaha sungguh-sungguh dari Umno/BN untuk 'merampas' negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Tentu saja tumpuan utamanya ialah negeri Selangor di mana setiap hari pemimpin Umno/BN serta media yang mereka kuasai mengkritik setiap sudut kerajaan Selangor – bermula sejak kejatuhan BN dalam PRU Ke-12 2008 lapan lagi.

Momentum Umno/BN untuk merebut kembali kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti melonjak sejak ke kemenangan mereka di Bagan Pinang, kemenangan tipis PAS di Manik Urai, kekalahan Pakatan di Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi.

Kesungguhan mereka untuk merebut kembali kemenangan ini jangan sama sekali dipandang remeh oleh Pakatan Rakyat, dengan ilusi bahawa mereka tidak akan berjaya, justru rakyat sudah melakukan perubahan sejak 2008, sementelah lagi majoriti pengundi bukan Melayu menyokong mereka. Dengan itu kononnya tidak ada apapun yang boleh merisaukan.

Jika ada pendukung Pakatan Rakyat membuat tanggapan seperti ini, segeralah membetulkan persepsi yang salah ini dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Terimalah hakikat kelemahan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, di Bagan Pinang dan Galas, sementara di Manik Urai PAS menang tipis. Ini loceng amaran yang sangat kuat yang hanya tidak didengar oleh mereka yang tidur nyenyak.

Perlu diingat, parti lawan memiliki segala kekuatan - wang yang banyak, tipu muslihat, ugutan, menggunakan jentera kerajaan, undi pos, mengumpan rakyat terpencil di kawasan pedalaman dan segalanya, tentu saja ini sebagai cabaran kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi kekuatan ini.

Selangor, negeri yang menjadi sasaran utama Umno/BN selain Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, adalah sebuah negeri termoden, bersifat kosmopolitan dengan nisbah penduduk bandarnya hampir sama banyak dengan penduduk luar bandarnya.

Maknanya Selangor adalah sebuah negeri pelbagai kaum dan agama, dengan puluhan institusi pengajian tinggi dengan jumlah golongan terpelajar begitu besar. Oleh itu tentu saja ada pemikiran sesetengah orang bahawa dengan golongan terpelajar yang ramai di Selangor ini, ditambah dengan sifatnya sebagai negeri masyarakat majmuk, tidak sukar untuk Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya dalam PRU akan dating.

Pemikiran ini perlu diperbetulkan kerana di sana, masih ramai rakyat Selangor – terutamanya di kawasan pedalaman seperti di Ulu Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Dengkil, Semenyeh dan kawasan seumpamanya – masih belum sampai maklumat secukupnya mengenai kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang diakui telah banyak melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Selangor dan ini tidak payah dihurailkan satu persatu di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para exconya serta para pegawai bawahannya bertungkus lumus untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri itu.

Namun mestilah diakui bahawa sektor penerangannya, baik di peringkat parti di dalam PR, mahupun jentera kerajaan peringkat daerah dan mukim, belum lagi menyebarkan penerangan seluas-luasnya. Bagaimana pula dengan peranan Ahli Majlis Daerah, Penghulu, JKKK, ketua kampung, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain dalam tugas memberikan penerangan mengenai pelbagai program pembangunan Negeri Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyediakan peruntukan jutaan ringgit untuk jentera penerangannya. Bagaimanakah program penerangannya yang boleh memberi kesan maksima, bagaimana dengan taburan gerak kerjanya, adakah sasaran program penerangan itu tepat atau sebaliknya.

Bagaimana pula kebijaksanaannya menangkis tuduhan, tohmahan malah fitnah dari parti lawan dan bagaimana pula methodnya ketika berinteraksi dengan rakyat.

Inilah persoalan yang berlegar dan cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana situasinya tentu sebanyak sedikit berbeza dengan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Bagi negeri Kedah, ada simpati yang mendalam dari pelbagai pihak terhadap rakyat Kedah yang mengalami banjir besar di mana pelbagai lapisan rakyat
menunjukkan simpati dan menghulurkan bantuan.

Memang ada isu yang ditimbulkan oleh parti lawan, namun kebanyakan isu itu dapat dijelaskan sebaik-baiknya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, para exco dan pimpinan yang lain. Jentera penerangannya, nampaknya lancar dan berkesan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, walaupun 'diserang' habis- habisan oleh parti lawan dengan resepi perkauman yang pelik-pelik, tetapi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dan para exconya dapat menjawab dan menangkis dengan berkesan pelbagai tuduhan perkauman.

Pulau Pinang yang majoriti penduduknya berada di kawasan bandar atau semi bandar mudah disampaikan maklumat. Dengan itu tidak mudah bagi Umno/ BN untuk merampas negeri itu dalam PRU akan dating.

Sementara itu, Kelantan sudah sinonim dengan PAS, justru dengan segala kekuatannya, sukar bagi Umno/BN untuk merampas negeri pimpinan ulama itu. Namun dengan kemenangan tipis PAS di Manik Urai dan kekalahannya di Galas, adalah wake-up call, loceng amaran yang amat kuat kepada PAS untuk membetulkan kedudukannya, mana-mana yang tidak betul.

Tidak mungkin boleh diterima pemikiran, kalau ada, bahawa PAS Kelantan sudah amat teguh dan tidak tidak mudah dicabar. Kelemahan jentera kerajaan di peringkat ground-lavel, jajahan, kampung dan sebagainya masih wujud.

Isu pemberian dan pengambilan tanah, isu air, kebersihan, perumahan dan sebagainya masih ada yang belum diselesaikan.

Oleh kerana Kerajaan PAS Kelantan sudah 20 tahun memerintah, secara otomatis memberikan gambaran bahawa Kerajaan PAS Kelantan sudah tidak boleh lagi memberikan alasan bahawa masih ada program pembangunannya yang belum terlaksana.

Kesimpulannya di sini, Kerajaan Pakatan Rakyat mestilah bersiap sedia secukupnya untuk menghadapi cabaran Umno/BN dalam PRU akan datang.

Untuk itu segala krisis dalaman dan luaran dalaman, jika ada dalam Pakatan, mestilah diselesaikan segera.

Tidak syak lagi, pertarungan dalam PRU Ke-13 nanti akan lebih sengit dan getir, justru suasana PRU 2008 dulu mungkin berbeza dengan suasana dalam PRU Ke-13 nanti. Oleh itu, jangan berilusi bahawa kemenangan 2008 itu akan berulang jika tidak bekerja keras mempertahankannya.

Tiada ulasan: