Rabu, 17 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Presiden MCA salahkan Aidil Adha kerana kedai ditutup?

Posted: 17 Nov 2010 07:37 PM PST

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

"Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu," soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

"Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke," cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

Zaid kini hanya ‘barang lusuh’ dan sudah karat?

Posted: 17 Nov 2010 07:23 PM PST

Esok, Datuk Zaid Ibrahim dijadual mendedahkan dengan lanjut "peristiwa di sebalik tabir" yang membawa kepada keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semalam, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti, sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.

Dalam satu mesej Twitter, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha semalam, seorang pengikut isu Zaid-PKR berkata, "bukan cubaan lagi tetapi Zaid dah betul-betul korbankan dia punya prinsip, mahu tinggalkan PKR." Seorang lagi pengikut pula berkata: "Apakah Zaid bakal dikorbankan bagi PKR semata-mata anak emas Anwar jadi timbalan presiden."

Mesej yang lain pula menyebut, "saya akui Zaid agak meributkan tapi ia tak melemahkan semangat keseluruhan PKR, dah diduga dari awal Zaid seorang yang 'flip flop'."

Di sebalik pelbagai mesej dan pandangan yang disebarkan menerusi SMS, blog dan laman-laman web, beberapa penganalisis politik mengakui tindakan Zaid, yang berjaya dalam karier sebagai peguam, meninggalkan PKR memberi kesan langsung ke atas landskap politik parti tersebut, Pakatan Rakyat serta rakyat yang selama ini mengikuti perkembangan politik bekas calon Timbalan Presiden PKR itu, tetapi tidaklah sampai mengubah landskap politik negara.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkongsi pandangan bahawa Zaid itu menyerlahkan sifat kepuakan dalam parti serta menimbulkan krisis keyakinan dalam PKR sendiri.

Yang ketara selepas keputusan Zaid ini ialah wujudnya kepuakan dalam PKR yang menggambarkan kerapuhan dan menimbulkan krisis keyakinan rakyat ke atas PKR sendiri.

"Penyokong PKR selama ini memberi harapan yang tinggi bukan sahaja pada parti itu, tetapi Pakatan Rakyat sendiri dan kemelut politik yang berpanjangan dalam pemilihan sudah pastinya mempengaruhi trend sokongan rakyat.

"Bagi penyokong setia PKR akan terus menyatakan bahawa parti itu masih kuat tetapi bagi kumpulan pengundi atas pagar yang mempunyai sifat tidak kepartian yang mengundi berasaskan isu dan calon yang pada 2008 menyokong PKR akan berwaspada... harus diakui ada kesan," ujar Sivamurugan.

Disebabkan itu, beliau berhujah tapak sokongan Zaid dalam dan di luar PKR tidak boleh dinafikan.

"Sebelum meninggalkan PKR, rakyat suka pada ideologi beliau terutamanya dalam kalangan masyarakat bukan Melayu serta masyarakat Melayu yang mempunyai sifat moral dan liberal yang menganggap inilah pemimpin yang mampu (dan), malah boleh menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Karisma dan prinsip Zaid ketika meletakkan jawatan sebagai menteri dan kemudian dipecat Umno telah meraih banyak sokongan.

"Pemilihan kali ini akhirnya menunjukkan Zaid mempunyai pengikutnya sendiri terutama mereka yang melihat wujudnya salah laku, tidak ada usaha memperbaiki kelemahan (proses pengundian) dari awal," ujar Sivamurugan.

Pengalaman Zaid dalam arena politik kepartian mungkin mengajarnya untuk tidak menyertai PAS kerana tindakan tersebut akhirnya membawa pada konflik kepentingan dan konflik dalaman dalam Pakatan Rakyat yang membabitkan PAS dan PKR pula.

Apakah Zaid akan menyertai PAS? Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar yang turut mengakui Zaid sebenarnya tiada latar belakang pengikut yang besar berkata beliau boleh memohon jika mahu menyertai PAS.

"Sesiapa sahaja termasuk Zaid jika mahu boleh memohon untuk menyertai. Kami akan mempertimbangkan," kata Mahfuz yang menghormati keputusan Zaid keluar PKR, tetapi yakin tidak akan memberi kesan jangka panjang.

Zaid dilihat sebagai gelombang ketiga pemimpin PKR keluar parti berusia 11 tahun ini. Gelombang pertama dilihat melibatkan Dr Chandra Muzaffar, bekas timbalan presiden dan Datuk Marina Yusoffa yang ketika itu merupakan naib presidennya.

Gelombang kedua melibatkan tindakan sekumpulan Adun dan lima Ahli Parlimen meninggalkan PKR selepas pilihan raya umum 2008 dan kini membentuk Konsensus Bebas.
Ia diikuti Zaid sekarang.

"Beza antara Chandra dan Zaid ialah Chandra keluar ketika tidak mahu mempertahankan jawatannya (pada 2001) manakala Zaid keluar semasa bertanding jawatan timbalan presiden," kata seorang pemerhati perkembangan PKR kepada The Malaysian Insider.

Tetapi kedua-dua keluar dengan alasan mereka secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada kepimpinan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi perlu diakui di sini bahawa Zaid, walaupun dikatakan pernah berhadapan dengan hubungan dingin dengan PAS satu ketika dulu, tetapi pasti Islam ini telah mempertahankan beliau ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu. Ia satu kredit bagi Zaid.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Amer Saifude Ghazali pula berkata, apa pun tindakan Zaid selepas ini, impak berantainya tergantung pada tapak sokongannya dalam dan di luar parti.

Amer secara peribadi memberitahu bahawa tapak sokongan Zaid tidaklah kuat hatta boleh menggugat gergasi politik PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri, apatah lagi mengubah lanskap politik tanah air.

Ini kerana katanya, Zaid sejak menyertai PKR 18 bulan lalu sebenarnya tidaklah mempunyai tapak sokongan yang kuat.

"Dia tidak ada suatu kawasan yang kuat, dia tidak ada tapak sokongan yang kuat, maka tidaklah memberi impak kalau keluar parti sekalipun.

"Kemasukannya pun (sertai PKR) dalam keadaan yang begitu cepat dan keluarnya pun dalam keadaan yang cepat, saya lihat tidak memberi apa-apa kesan," ujar beliau.

Parti baru

Justeru kata Sivamurugan, Zaid tidak mustahil menubuhkan parti baru sebagai kuasa politik ketiga sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ada juga yang mengatakan apa akan terjadi sekarang sekiranya Zaid menyertai DAP kira-kira 18 bulan yang lalu.

Dengan beranggapan bahawa beliau sudah tidak lagi akan diperlukan oleh mana-mana parti

"Sejauh mana opsyen ini berkesan atau tidak, bergantung pada pengamatan pengundi sendiri... terutama mereka yang mengundi atas pagar, mereka akan kembali pada kestabilan selepas melihat suatu harapan demokrasi yang tidak dapat dipenuhi.

"Mungkin itulah yang memberi kelebihan kepada BN, yang harus dilihat oleh Pakatan (Rakyat) adalah bagaimana mahu memperbaiki sokongan yang semakin terhakis itu yang bukan sahaja disebabkan faktor Zaid, tetapi proses pemilihan PKR itu sendiri.

Zaid bersama penyokongnya, tetapi apakah sokongan itu sudah cukup untuk menentukan masa depan perjalanan politiknya.

"Kalau pilihan raya diadakan dalam jangka masa enam bulan, sudah pasti sokongan rakyat lebih berat pada BN kerana isu ini masih lagi panas dan boleh mempengaruhi (rakyat dan akar umbi PKR). "Tetapi, BN tidak boleh bergantung pada kelemahan PKR dan Pakatan Rakyat semata-mata kerana pengundi baru dan pengundi atas pakar sebenarnya tidak hanya melihat satu-satu isu, tetapi lebih dari itu," jelas Sivamurugan.

Penganalisis politik Prof A. Aziz Bari memberi pendapat sebaliknya berhubung impak berantai akibat tindakan Zaid.

"Saya tidak fikir apa yang Zaid lakukan itu akan memberi kesan kepada landskap politik Malaysia, meskipun ia akan menambah warnanya," ujar Aziz.

Aziz menambah tindakan Zaid itu mungkin akan memperkukuh lagi muafakat politik dalam PKR serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Pakatan Rakyat akan lebih kukuh kerana seorang lagi yang selama ini dianggap musuh dalam selimut telah mengeluarkan dirinya sendiri... duri dalam daging sudah gugur sendiri," jelas Aziz.

Menurut Aziz, sekiranya Zaid mahu meneruskan niatnya sebelum ini iaitu menubuhkan sebuah parti politik baru serpihan pada PKR sekalipun, tindakan Zaid itu tidak akan memberi impak yang besar pada PKR dan Pakatan Rakyat sendiri.

Bahkan kata Aziz lagi, inisiatif Zaid menubuhkan parti itu mungkin diragui sendiri oleh BN, khususnya Umno yang pernah disertai Zaid sebelum ini.

Zaid akan terus diragui Umno mungkin disebabkan sikapnya yang kritikal dan lantang amalan politik Umno sebelum ini.

Seorang pengikut rapat Zaid berkata tidak mungkin Zaid akan kembali ke Umno. "Beliau akan rela bersama Pakatan Rakyat walaupun sudah keluar PKR," katanya.

Ini menimbulkan sama ada Zaid akan menggunakan platform sebagai "badan bebas" sekiranya usaha mahu menubuhkan parti politik tidak menjadi kenyataan.

Zaid kemungkinan akan menjadi rakan mesra Pakatan Rakyat di sebalik dakwaan awal bahawa kepimpinan PKR akan memastikan parti baru Zaid, jika ditubuhkan pun, akan dihalang menyertai perikatan berusia dua tahun ini.

"Saya tak fikir ada kesan kerana belum ditubuh (parti keadilan baru) pun sudah ada yang meraguinya.

"Umno secara rasmi melalu Setiausaha Agungnya (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) telah menyatakan tidak akan menerima," ujar Aziz sambil menyatakan bahawa beliau tidak terperanjat dengan respon Umno terhadap Zaid kelmarin.

Zaid, bagi Aziz tidak ubah seperti "barang lusuh" dan "barang buangan" buat Umno setelah beliau pernah sebelum ini disingkirkan dari Umno kerana seringkali mengkritik pentadbiran Umno-BN.

"Ini tidak memeranjatkan kerana Zaid adalah barang lusuh dan barang buangan. Lagipun Zaid sudah dipecat dari Umno kerana politik," jelas Aziz.

Pun begitu, Aziz menjangkakan bahawa Umno akan memperguna status terbaru Zaid yang tidak lagi bersama-sama PKR dan Pakatan Rakyat demi menglirukan rakyat.

"Pastinya Umno gembira kerana Zaid akan jadi pengacau daun dan mengelirukan rakyat, khususnya yang bingung."

Walaupun Zaid sebelum ini telah pun menafikan bahawa dirinya akan dijadikan alat politik bagi Umno, Aziz tetap melihat sebaliknya.

"Ertinya Zaid akan menyumbang pada kebangkitan Umno... ertinya Zaid adalah badut Umno secara tidak langsung," jelas Aziz.

Justeru, Aziz tidak menolak kemungkinan bahawa Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan meluluskan permohonan Zaid untuk menubuhkan parti serpihan PKR, sekiranya Zaid mahu meneruskan niat menubuhkan "Parti Keadilan Baru" seperti yang diumumkannya sebelum ini.

Amer Saifude, pensyarah sains politik Universiti Malaya juga berkata, Zaid tidak mungkin memohon menyertai semula Umno.

Ini kerana Zaid pernah melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dahulu dan dikenali sebagai seorang yang berprinsip sebelum ini.

Pun begitu katanya, persepsi baik yang ada pada peribadi Zaid sejak menyertai Pakatan Rakyat adalah tidak memadai untuk Zaid meneruskan agenda perubahan dan demokrasi di luar PKR dan orbit politik bertentangan dengan Pakatan Rakyat.

Disebabkan itu, Amer berkata, sekiranya Zaid mahu terus relevan dalam orbit politik nasional, Zaid perlu terlebih dahulu membina tapak sokongan di kalangan rakyat.

Zaid juga mempunyai opsyen untuk berkecimpung pula dalam areana politik kepartian atau gerakan sivil selepas ini.

"Kalau dia sudah tidak mempunyai tapak yang kuat, dia perlu membina tapak yang kuat dahulu tidak kira di dalam politik atau NGO (badan bukan kerajaan).

"Zaid tidak ada banyak pilihan sebenarnya kerana semua orang (PKR) dilihat tidak menerimanya, dia perlukan tapak yang baru yang membolehkannya terus memberi sesuatu untuk rakyat," jelas Amer.

Pun begitu, Amer berkata Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang terus dilanda masalah sejak musim pemilihan PKR dua bulan lalu wajar tidak memandang enteng dengan protes Zaid.

Seiringan dengan pandangan-pandangan itu, penganalisis Muhammad Hisommudin Bakar menarik perhatian bahawa ketokohan Zaid yang keluar meninggalkan PKR masih belum mampu menandingi ketokohan pemimpin de facto PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Hisommuddin berkata, maklum balas rambang yang dikendali beliau melalui firma kajian umum Ilham Centre memberitahu, akar umbi PKR turut terkesan oleh tindakan Zaid itu.

"Beberapa siri kajian lapangan politik, Datuk Zaid Ibrahim bukanlah satu faktor besar perubahan landskap politik berbanding ketokohan Anwar Ibrahim, namum sumbangan dan pengorbanan beliau tidak dinafikan dalam memperjuangan keadilan," ujarnya.

Wayang tinggi Anwar-Zaid

Akibat dari itu, Hisommudin berkata, langkah dan keputusan Zaid berundur dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR adalah amat mengecewakan bagi mereka yang bergelar reformis.

Bahkan, kata Hisomuddin sendiri, rakyat sendiri kian keliru dengan agenda perubahan yang mahu ditiupkan oleh Zaid dalam Pakatan Rakyat selepas beliau mengumumkan untuk keluar meninggalkan PKR.

"Bacaan politik beliau (Zaid) kini sukar difahami oleh pendukungnya sendiri dan rakyat keseluruhannya.

"Jika benar ingin melihat PKR progresif, sewajarnya beliau (Zaid) harus bersabar dalam sistem sedia ada walau apa pun kekurangannya.

"Beliau masih baru dalam PKR dan tentulah memakan masa untuk parti melakukan perubahan," ujar Hisommudin.

Bagaimana pun, Hisommudin berkata, akar umbi PKR yang ditemui berpendapat, Zaid bertindak agresif menegur secara terbuka beberapa pemimpin PKR pada musim pemilihan 2010 ini mungkin disebabkan citarasa demokrasi Zaid terhadap PKR.

"Zaid mungkin mengidamkan segala perubahan dan cadangannya diterima pakai segera, namun, dalam politik, itu menentang status quo sebegitu dalam pendekatan tergesa-gesa bukanlah penyelesaian segala-galanya," ujar Hisommudin.

Namun Hisommudin berkata, akar umbi parti umumnya tidak menerima kaedah Zaid menegur Anwar secara terbuka menggunakan media.

"Langkah beliau bertembung dengan (Penasihat PKR) Anwar Ibrahim adalah langkah yang kurang hikmahnya... terutama apabila menggunakan media arus perdana, bukan soal betul atau salah tetapi itulah persepsi akar umbi.

"Selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang dan ikon kepada gerakan rakyat, tindakan Anwar Ibrahim perlu tegas dalam melayan tekanan politik (Zaid) terhadap beliau kerana beliau lebih banyak diuji dalam dunia politik... maka setakat ancaman keluar parti oleh Datuk Zaid bukanlan satu cabaran besar baginya," jelas Hisommudin.

Oleh itu kata Hisommudin, akar umbi PKR melihat tindakan Zaid itu lebih bersifat politik emosi.

Maka, apa pun keputusan Zaid selepas meninggalkan Pakatan Rakyat, sama ada menubuhkan parti politik yang baru atau bergiat dalam gerakan sivil, Hisommudin berpendapat, Zaid wajar terlebih dahulu melihat pandangan awam rakyat secara menyeluruh.

"Datuk Zaid juga wajar membuat kajian bagaimana pandangan rakyat secara holistik sebelum mengambil langkah seterusnya dalam pendirian politiknya," katanya.

Ini kerana dikhuatiri beliau terus hanyut dengan mainan emosinya sendiri akibat terlalu obses dengan prinsip beliau dan juga kebenciannya terhadap perjalanan politik PKR.

Seorang pemimpin Umno menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai "wayang tinggi" Anwar-Zaid. Kedua-dua bekas pemimpin Umno sedang memainkan watak masing-masing dengan cukup menarik dan sebagaimana dikatakan oleh Aziz, mewarnai politik negara.

Justeru respons Anwar selepas ini cukup menarik untuk dilihat dan akan menentukan sama ada Zaid akan terus jadi barangan lusuh yang berguna — kepada BN dan Pakatan Rakyat ataupun sebaliknya. Zaid, di sebalik kejayaannya muncul peguam berjaya, masih mencari ruang untuk membuktikan yang beliau juga seorang ahli politik berjaya.

TV3 Sudah Tak Ada Cerita!

Posted: 17 Nov 2010 07:15 PM PST

APABILA sudah kehabisan modal, akhirnya TV 3 di dalam Buletin Utamanya kembali menyiarkan kenyataan tokoh DAP, Karpal Singh yang suatu ketika meminta DS Anwar berundur dari memimpin PR. Aku sendiri pun dah naik lupa kisah silam itu, tetapi TV 3 masih mengingatinya. TV 3 bukan tidak tahu hubungan tokoh DAP itu sekarang dengan Ketua Umum PKR amat rapat sekarang sehinggakan beliau dilantik oleh DS Anwar sebagai Ketua Peguambelanya di dalam kes fitnah Liwat II.

Hubungan ini tentulah tidak menyenangkan Umno, dan umum mengetahui TV3 tidak akan membiarkan Umno susah hati. Begitu juga hubungan DS Anwar dengan pemimpin PAS seperti Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS. Maka, TV3 terpaksa melakukan banyak `kerja syaitan' untuk menjadikan hubungan mereka ini renggang.

Usaha TV3 untuk memecah belahkan ahli-ahli PKR dengan isu Zaid Ibrahim ternyata gagal. Kebijaksanaan DS Anwar menghadapi usaha giat TV3 ini menyebabkan media pencacai dan murahan ini bankrap idea. Tiada jalan lain, kisah-kisah lama akan dimainkan semula asalkan setiap Buletin Utamanya mesti diisi dengan slot `memburukkan DS Anwar dan PKR'.

Tidak ramai rakyat yang bodoh lagi untuk menerima apa yang disiarkan di dalam TV3 ini. Jika dilihat semenjak zaman berzaman TV3 memburukkan DS Anwar, secara lojiknya DS Anwar sudah lama tersungkur dari arena politik tanahair. DS Anwar bukan seperti Pak Lah, jauh seperti Almarhum Tun Ghafar yang tersungkur di arena politik hasil daripada propaganda media. TV3 silap memilih sasaran seperti juga Zaid silap untuk berdepan dengan DS Anwar.


Oleh: WFAUZDIN NS

Program Qurban Pakatan Rakyat Permatang Tengah

Posted: 17 Nov 2010 12:37 AM PST

Pakatan Rakyat Permatang Tengah, Permatang Pauh menganjurkan program ibadah qurban bersama penduduk sekitar.



Turut hadir bagi memeriahkan program tersebut TKM1 Datuk Mansur Othman.







Sebanyak 4 ekor lembu yang disumbangkan penduduk kampung untuk diberi kepada fakir miskin dan selebihnya dibuat kenduri bagi menyambut hari raya aidil adha pada tahun ini.





Majlis kenduri Qurban yang bermula dari jam 1.00ptg sehingga jam 4.00ptg telah dihadiri seramai 500 orang penduduk sekitar Permatang Tengah.

100 Tingkat Beza Dengan 100 Keluarga

Posted: 17 Nov 2010 12:28 AM PST

Najib dengan angkuh mengatakan kerajaan akan membina Menara Warisan yang bernilai RM 5 Billion. Menara yang kononnya akan menjadi kembar kepada KLCC. Menara yang dikatakan akan menjadi tarikan pelancong.

Tapi pernahkah Najib memikirkan nasib keluarga – keluarga miskin yang berada di negeri – negeri yang bernaung di bawah bendera Malaysia ini. Pernahkah Najib melawat negeri – negeri yang masih punyai kemiskinan tegar di negara ini. Najib tidak pernah merasai kesusahan orang kampung terpaksa menoreh getah dan membuat bermacam – macam kerja untuk menyara anak bini mereka.

5 Billion jika digunakan secara telus dan jujur, sudah pasti ramai keluarga – keluarga yang susah dapat manfaat tersebut. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung yang masih punyai jalan merah. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung tidak punyai signal syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan lain – lain. Jangan nafikan. Ini adalah fakta yang boleh kita perolehi jika kita rajin merantau di negeri – negeri yang berada dalam Malaysia ini. Saya orang Semenanjung boleh melihat kemiskinan tegar tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

Apa salahnya 5 Billion itu disalurkan kepada makanan ruji. Kebanyakkan rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja sektor swasta. Masih ramai diantara mereka jika adanya kenaikan harga gaji, sudah pasti teramat sedikit. Sedangkan harga barang semakin naik menggila. Harga makanan semakin naik. Poket kami semakin kering. Jika benar Belanjawan ini untuk rakyat, salurkan 5 Billion itu kepada makanan ruji.

Ini bukan mental subsidi, tapi sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang memikirkan masalah rakyat. Subsidi jika kena pada tempatnya mampu melahirkan rakyat yang sihat dan tidak kebuluran. Bagi mereka yang sudah kaya – raya pasti akan menganggap subsidi makanan mentaliti yang kuno. Tapi cuba teropong ke bawah, lihatlah orang kampung yang masih ada lagi yang makan makanan yang tidak sihat. Kerana apa? Kerana makanan yang sihat tidak mampu mereka beli kerananya semua sudah mahal.

5 Billion jika disalurkan kepada kos perubatan sudah pasti ianya menyenangkan hati rakyat. Hanya ini mampu membuatkan mereka merasa selesa. Hanya ini mampu membuatkan mereka yakin bahawa kerajaan ini sememangnya mahu melihat rakyatnya sihat. Perbanyakan klinik kesihatan desa. Hanya ini cara mereka mendapat rawatan yang kualiti. Tingkat servis atau perkhidmatan di klinik – klinik desa agar mereka yang sedang sakit demam atau sebagainya tidak menunggu lama. Ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

5 Billion jika disalurkan kepada bangunan 100 tingkat hanyalah pembaziran nyata. Jika dibuat pada ketika ekonomi kita sedang gagah dan kuat tidak mengapa. Dalam waktu sekarang, disaat masih ramai lagi yang menagih bantuan kepada 5 Billion itu tidak disalurkan kepada mereka. Kita orang bandar jangan angkuh. Sila lihat apa yang terjadi kepada saudara – mara kita yang berada di kampung. Baik yang Melayu, Cina, India, Iban dan lain – lain.

5 Billion jika disalurkan kepada 100 orang keluarga yang susah. Sudah pasti nilainya lebih bermakna daripada bangunan 100 tingkat. Bangunan yang boleh dibina kemudian hari. Yang penting adalah rakyat. Rakyat yang menjadi aset penting kepada negara. Tanpa rakyat hilanglah Malaysia. Tanpa rakyat siapalah Rosmah?
Malu jika sebuah kerajaan negeri mampu memberi pelbagai bantuan. Kerajaan pusat sepatutnya mampu buat lebih daripada itu.

Buat rakyat Malaysia yang punya otak dan akal. Berfikirlah dengan baik. Kita sebagai rakyat Malaysia semakin terdesak. Kita semakin kurang duitnya dalam poket kita. Apa yang perlu kita buat. Ubah sebelum parah!!



Oleh dragsuperstar

Tiada ulasan: