Isnin, 15 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Baru 2 tahun....Tok Guru dah 20 tahun!

Posted: 15 Nov 2010 06:48 PM PST

Kini giliran MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak pula diserang habis-habisan oleh UMNO. Sebelum itu KM Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MB Selangor Datuk Khalid Ibrahim.

MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz sudah "lali dan kalih" di serang UMNO. Bayangkan selama 20 tahun "diserang, ditembak, dibom , dibedil " habis-habisan. Pemimpin UMNO Kelantan silih berganti bermula Mahathir, Anuar Musa, Mustafa Mohammed, Awang Adek. Semuanya rebah dan bergelupur macam ayam kena sembelih.

Akhirnya UMNO Kelantan kehabisan peluru dan terpaksa gunakan penghuni "kaki lima" UMNO Mat Nor Idris memaki hamun MB Kelantan.

Barangkali semua MB dan KM Pakatan Rakyat perlu "menadah kitab" mendengar petua bagaimana MB Kelantan menghadapi serangan UMNO bukan setakat 2 tahun tetapi sudah 20 tahun. Satu pencapaian yang hebat!

Melihat kepada reaksi MB Kedah Ustaz Azizan melayan RTM dan TV3 baru-baru ini, kemungkinan besar beliau mula mengubah taktik. Dari bertahan kepada menyerang. Seperti strategi Rasulullah mengubah dari bertahan seperti Ghazwah Ahzab kepada menyerang musuh. Hasilnya sungguh berkesan.

Melihat 2 tahun pertama pemerintahan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, taktik menyerang digunakan sehingga UMNO terpaksa bertukar ganti pemimpinnya. Jika asyik bertahan, memberi peluang musuh menyerang dari segenap penjuru.

Mulai tahun 2011, Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Kedah mesti ubah taktik. Masa bertahan sudah tamat. Ubah kepada menyerang pula. Buat serangan serentak. Biar UMNO/BN tiada fokus menghadapi serangan serentak timur, barat dan utara.


Dari Tok Pepijat

Banjir bermakna RM masuk poket.

Posted: 15 Nov 2010 06:42 PM PST

Tahukah anda saat manakah UMNO paling suka ? Mengapa?

Saat yang UMNO paling gembira dan berjoget sakan ialah dikala bencana berlaku seperti banjir, pilihanraya kecil (PRK) dan kehilangan kerajaan negeri.

Mengapa?

Jika banjir berlaku, itu bermakna "duit turun dari langit". Bayangkan UMNO Pusat datang membawa duit umpama Santa Claus memikul karung atau barangkali macam "Dajal" membawa bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan syarat menyokongnya.

Ingat! Duit bantuan itu bukan 100% rakyat atau penyokong akar umbinya dapat. Semestinya golongan bawahan sekadar dapat "sisa-sisa" sahaja. Bermula pemimpin atasan dapat elaun turun padang, kemudian juak-juaknya turut menghirup dengan lahapnya "RM".

Keadaan yang sama berlaku semasa PRK. Jika kerajaan negeri UMNO tumpas seperti di Terengganu 1999 maka berpuluh-puluh projek bernilai jutaan ringgit untuk penyokongnya untuk terus bernyawa.

Terkini, anda lihat semasa banjir di Kedah. Apabila TPM Muhyiddin menyelar Kerajaan Negeri, dalam masa yang sama penyokong UMNO berjoget sakan memasukkan RM dalam poket mereka hasil bantuan Kerajaan Pusat UMNO.

Boleh anda teka jika bantuan banjir untuk rakyat dari Kerajaan Pusat UMNO sebanyak RM500 satu keluarga, berapa banyakkah RM masuk dalam poket Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan JKKKP?



Dari Tok Pepijat

Anwar Tenang, Umno Cemas, Rakyat Bijak...

Posted: 15 Nov 2010 07:51 AM PST

Keadilan semakin mendapat tempat dalam perhatian media perdana. Bicara massa perdana Utusan, Berita Harian, TV1 dan TV3 terpaksa untuk mengulang tulis dan tayang konflik pemilihan KEADILAN. Anwar terus diserang melalui isu Pemilihan tidak telus. Ini tanda Anwar Ibrahim dan KEADILAN masih relevan dalam landskap politik tanah air. Semuanya termasuk media perdana, ulama',pimpinan UMNO prihatin terhadap perkembangan memberangsangkan parti KEADILAN ini. Pimpinan UMNO/BN sehingga tidak tidur malam hanya untuk memikirkan tentang KEADILAN berbanding untuk melawan rasuah membarah dalam parti dan kerajaan teraju mereka.

Akhirnya media perdana akur, daripada mereka terus menjadi jurucakap UMNO/BN dengan slogan 1Malaysia yang tidak diendah rakyat, masalah kepimpinan UMNO/BN yang lebih lemah dan rasuah yang membarah, lebih baik mereka memaparkan isu, perjalanan, masa depan serta kepimpinan KEADILAN bagi menaikkan rating popular akhbar dan siaran mereka. Isu Pakatan Rakyat baik kepimpinan, pemilihan dan gerak kerja menjadi perhatian umum.

Ini suatu perkembangan yang menarik dan baik untuk KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Media Perdana terpaksa cari makan dengan isu KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Lihat sahaja isu banjir di Kedah, serangan memburukkan imej MB Kedah begitu teruk dilakukan dengan tohmahan bahawa MB tidak turun kawasan banjir. Ini tanda UMNO/BN cemas. Daripada Kedah hingga ke Selangor diserangan habis-habisan PR. Namun rakyat bijak menilai. Jika tatkala KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT jadi pembangkang, media mendapat nikmat 'cari makan' dengan isu pihak ini, maka lebih untung jika KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT menjadi kerajaan, sudah pasti banyak isu kebajikan, masa depan negara yang lebih baik disajikan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk memberikan ruang berita lebih positif untuk massa perdana.

Perspektif bicara kita mudah, jika Anwar Ibrahim atau KEADILAN tidak memberi cabaran kepada UMNO/BN, sudah pasti tidak perlu untuk dihujankan fokus serangan imej terhadap parti ini. Namun, disebabkan KEADILAN menjadi antara faktor penentu masa depan Pakatan Rakyat dan dilihat semakin kuat apatah lagi keberanian untuk menjalankan proses pemilihan 'satu ahli satu undi', maka mahu tidak mahu UMNO/BN melihat ini sebagai kanser yang akan menyerang saraf mereka. KEADILAN lebih berani menterjemahkan demokrasi yang lebih terbuka untuk anggotanya dan umumnya rakyat. Ini dilihat baik untuk rakyat. Ini kelebihan Anwar, beliau cukup tenang berdepan dengan semua ujian ini. Rakyat menilai kekuatan pemimpin seumpama ini. Ternyata sekali lagi UMNO/BN cemas.

Pilihanraya akan berlangsung pada tahun hadapan, terpaksa UMNO/BN seberapa segera menyerang faktor penyatu Pakatan Rakyat, iaitu faktor Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN. Serangan perlu fokus, Anwar Ibrahim mesti diserang kanan dan kiri. Baik menggunakan undang-undang, fitnah, barisan MP lompat, pimpinan UMNO dan media massa.

Pimpinan UMNO nampaknya kurang berani menyerang Anwar Ibrahim secara langsung kerana mereka tahu Anwar dan Pakatan Rakyat dipihak yang benar atau mereka sengaja berhelah dengan menggunakan barisan MP lompat dan media perdana untuk terus-terusan mengkritik secara keras. Ini untuk menjaga nama baik UMNO, yang busuk nama barisan MP lompat dan media perdana. Lihat, tatakala UMNO/BN hilang sokongan politikpun mereka sanggup mempergunakan orang lain termasuk media dengan merosakkan imej media perdana yang sepatutnya menjadi agen makluman polisi kerajaan untuk rakyat dan bebas kepada menjadi agen fitnah parti UMNO/BN. Mungkin media perdana tidak salah, yang salahnya beberapa pimpinan UMNO/BN yang secara salah member tekanan terhadap media perdana untuk terus memburukan imej Anwar Ibrahim dan PR.

Anwar Ibrahim cukup tenang berdepan semua ujian ini. Bermula daripada dibuang daripada kerajaan 12 tahun sudah, fitnah liwat dan hari ini parti yang diasaskannya juga diserang bagi memburukkan imej. Serangan dibuat tanda UMNO/BN cemas dan terpaksa membuat ini semua bagi mengekalkan kuasa menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tahun hadapan. Najib Tun Razak demam mendengar masa depan KEADILAN yang lebih baik ini.

Rakyat lebih bijak menilai, anak muda membuat konklusi bahawa lagi diserang KEADILAN, ini bermakna parti ini kian penting dalam arena politik negara dan punyai masa depan yang baik. Kerana media juga melihat masa depan KEADILAN yang baik untuk mentadbir Malaysia. Sebab itu mereka memberikan fokus kepada jatuh bangunnya PKR. Maka anggota parti akan melihat siapa yang melatah dan siapa yang bersedia secara matang untuk memimpin Malaysia.

Media yang telus akan dapat melihat beza banding 53 tahun UMNO/BN memerintah dengan hanya 2-3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir di Kedah, Kelatan (20 tahun), Pulau-Pinang dan Selangor dengan baiknya, berkebajikan,telus dan komited untuk rakyat. Rakyat begitu faham akan mainan media jika ada yang berat sebelah, akhirnya serangan media perdana yang keterlaluan akan diterjemahkan sebagai keprihatinan rakyat untuk bersama membaiki, menyokong dan memberikan harapan masa depan untuk KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT.


Dari Blog Nazree Yunus

Zaib Ibrahim Bakal Penerima Hadiah Nobel?

Posted: 15 Nov 2010 06:27 AM PST

DURI busuk yang bernama Zaid Ibrahim kini sudah tercabut dari daging bernama PKR, khususnya Anwar Ibrahim. Saya tidak mahu mengatakan Zaid adalah alat ataupun perkakas kepada Umno dengan tindak tanduknya. Saya tidak fikir begitu. Orang yang cerdik dan kaya macam Zaid tidak mungkin sedia untuk berbuat demikian menjadikan dirinya perkakas.

Apabila Zaid keluar PKR (apakah dia pernah menjadi ahli secara rasmi), maka habislah cerita. Beliau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan PKR dan juga Anwar. Beliau boleh mengulas dan mengkritik atas kapasitinya sebagai seorang ahli politik yang profesional yang maha hebat di negara ini.

Kalau Zaid masih lagi membalun PKR statusnya samalah dengan dua tiga orang wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti berkenaan kerana baru berbau akan kebusukan Anwar. Sebelum ini mereka memeluk dan mencium Anwar tetapi selepas keluar baru merasai tangan mereka berbau tatkala memegang atau bersalam dengan Anwar.

PKR dan Anwar atau sesiapa saja tidak perlu mendengar apa-apa kritikan dan pandangan dari Zaid lagi. PKR boleh biarkan begitu saja pandangan Zaid. Lainlah kalau dia masih 'ahli' PKR dengan memegang berbagai jawatan itu PKR perlu mendengarnya kalaupun tidak mahu bertindak atas pandangan dan kritikan itu.

Ke mana Zaid selepas ini? Beliau memberi tahu yang tidak ada mana-mana parti yang inginkan beliau. Umno katanya tidak sudi memandangnya. Begitu juga Pas. Tetapi kalau kena cara Pas boleh menerima Zaid. Kalau Inchek Ibrahim Ali, Pas boleh menerimanya apakah dosa dan busuknya dengan Zaid. Kalau silap dan kekurangan Zaid hanya 'mabuk' saja. Tetapi apakah Inchek Ibrhaim tidak mabuk, rasanya mabuk Inchek Ibrahim lebih teruk dari Zaid!

Seburuk Zaid dia tidak menghentam Nik Aziz. Dia tidak mengatakan huduh kepada Nik Aziz. Apakah itu tektik untuk menarik Nik Aziz. Sebelum inipun dia jual bangunan Umno Kota Bharu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan. Apakah itu sebahagian daripada tektik dan pelaboran Zaid ke dalam Pas? Begitu juga bila Zaid cadangkan beberapa nama pemimpin Pas yang relevanan untuk jadi penyelaras Pakatan, apakh itu tektik atau Zaid akan bersama mereka? Semacam ada kerja mahu mengait buah di dahan lembut oleh Zaid.

Tertakdir kalau Pas meneriam Zaid tidak mustahil juga masalah sama akan berlaku. Kalau Zaid menyertai Pas, dan Pas tidak mengikut kehendaknya, misalnya menghalang dia hendak jadi presiden, pasti Zaid akan meratah Pas dan Nik Aziz sekali macam dia ratah dan makan mentah PKR dan Anwar. Kalau tidak percaya Pas boleh cuba beri peluang kepadanya.

Saya secara peribadi suka dan gembira campur bahagia kalau Zaid tidak menyertai mana-mana parti politik. Lebih afdal kalau beliau tubuh parti politik sendiri. Kita mahu tengok sejauh mana sambutan partinya nanti. Zaid boleh jadi presiden yang lebih baik dari Najib, Anwar ataupun Abdul Hadi. Atas keyakinan bahawa Zaid mulia, suci dan bersih tentu partinya itu akan mendapat sambutan hangat dalam masa terdekat.

Mungkin ahli Pas, Umno dan PKR yang kecewa dengan parti masing-masing boleh menyertai parti Zaid. Parti Zaid mungkin sesuai dengan naluri mereka. Orang hebat seperti Zaid, orang bersih sepertinya dan orang suci, mesti akan mendapat sokongan. Anwar Ibrahim pun akan tenggelam. Begitu juga Abdul Hadi Awang juga akan tenggelam dalam kehebatan dan keagungan Zaid.

Zaid boleh membawa partinya bertanding dalam pilihan raya umum nanti. Kalau menang dan tidak cukup kerusi untuk tubuh kerajaan, Zaid boleh bergabung dengan Umno. Tentu mudah bagi Umno dan Zaid untuk bergabung di antara satu sama lain kerana mereka pernah duduk dalam kloni yang sama.

Marilah kita mengucapkan selamat berjuang dalam wadah baru kepada Zaid Ibrahim. Semoga beliau akan memjana demokrasi yang sihat dan subur. Demokrasi yang benar-benar adil dan tidak korup yang diharapkan oleh segenap ahli politik dunia. Mudah-mudahan juga dunia akan mengiktiraf Zaid sebagai tokoh demokrasi tulen dan seterus penerima hadiah novel kerana berjuang untuk melahirkan demorkasi tulen dalam negara Malaysia.

Harapnya selepas ini Zaid akan terus dikenang dan mendapat liputan meluas dari akhbar. Rumahnya akan dikerumini para media massa yang ingin mendengar bual dan cakap Zaid. Dan selepas ini juga kita berharap nama Anwar tidak akan disebut-sebut lagi. Nama Abdul Hadi tidak diingat lagi. Semuanya akan teralih kepada tokoh baru yang hebat dan suci bersih, Zaid bin Ibrahim. Selamat!

Dari
M S O

Sebelum Pilihan Raya Umno-BN Tunjuk Semangat Muhibbah, Lepas Menang ?

Posted: 15 Nov 2010 06:24 AM PST

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membidas sikap hipokrit pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan bersifat inklusif dalam semangat 1Malaysia semata-mata untuk memenangi pilihan raya tetapi berubah kepada semangat perkauman dan rasis setelah mencapai kejayaan di peti undi.

Kata beliau ini jelas dilihat dua hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, kedua-duanya pada 4 November lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Cinba bahawa tanpa sokongan kaum Cina, matlamat Visi 2020 mungkin tidak tercapai.

"Namun kurang seminggu daripada kemenangan Umno-BN di Galas dan Batu Sapi kita melihat pelbagai kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan terhadap kaum Cina dan India.

"Pada 9 November Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghina kaum Cina dan India apabila beliau berkata kurangnya bilangan anggota tentera dari kalangan kedua-dua kaum tersebut adalah disebabkan kurangnya semangat patriotisme," tegas Kit
Siang dalam kenyataannya.

Keesokan harinya pula akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang menganggap rusuhan kaum 13 Mei sebagai hari yang mulia dan ia sepatutnya di sambut oleh rakyat Malaysia.

Kit Siang kesal soalan tambahan beliau kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung tindakan akhbar tersebut mengagungkan peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Oleh kerana Utusan Malaysia adalah lidah Umno, artikel tersebut seharusnya dipandang serius kerana ia memberi tamparan kepada dasar 1Malaysia Najib.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengharapkan konsep dan dasar 1Malaysia mempunyai keredibiliti sekiranya terdapat banyak percanggahan yang bersifat Jekyll-Hyde?" soal beliau.

53 Tahun Rompak Hasil Negara, Kini Umno-BN Minta Tolong Bank Dunia

Posted: 15 Nov 2010 06:21 AM PST

etelah Umno-Barisan Nasional gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia mencatatkan hutang paling tinggi dalam sejarah, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa melutut kepada Bank Dunia untuk membantu mengurangkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lal, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen.

Malaysia katanya turut berharap kajian tersebut akan meningkatkan kredibiliti kerajaan.

"Kita mahu pihak ketiga sebagai penimbang tara," kata Ahmad Husni.

"Laporan audit tahunan berhubung perbelanjaan agensi kerajaan menunjukkan "beberapa penemuan negatif dan kami berharap dengan penglibatan Bank Dunia, pada masa akan datang kita harap dapat melihat pencapaian yang lebih baik," katanya.

Jurang fiskal yang bermula sejak krisis kewangan Asia lebih daripada sedekad lalu akan membantu meningkatkan kemungkinan mengangkat kedudukan kredit Malaysia, yang ketika ini di bawah China dan Taiwan.

Keyakinan tinggi pelabur terhadap sistem kewangan negara di Asia Tenggara diharap dapat membantu usaha Najib untuk menarik pelaburan dan meremajakan ekonomi negara yang mungkin dikalahkan oleh jirannya, Singapura tahun ini.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia.

Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi, memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatani serta mengurangkan kos operasi yang akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2015.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan kesan daripada rancangan itu akan menyebabkan KDNK merudum daripada 5.6 peratus tahun ini kepada 5.4 peratus, tahun depan.

Namun, Najib sehingga kini masih belum memperincikan rancangan pengurangan subsidi atau memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ketika pembentangan Bajet 2011, 15 Oktober lalu.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi.

"Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa."

Ahmad Husni turut memberitahu kerajaan sedang bekerjasama dengan perunding bagi mendapatkan semula pendapatan berjumlah RM5 bilion yang menurutnya gagal dipungut.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan akan mendapatkan dana tambahan yang diperlukan itu.

Konvensyen DAP Dan Pakatan Rakyat Di Pulau Pinang

Posted: 15 Nov 2010 06:10 AM PST


Sila ambil perhatian dan tandakan diari saudara/saudari pada tarikh-tarikh berikut:

1) Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang
Tarikh: 21-11-2010 (Ahad)
Masa: 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam
Tempat: Dewan Tunku, KOMTAR, P.Pinang

2) Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang
Tarikh: 12-12-2010 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Tunku, KOMTAR, P.Pinang

3) Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan
Tarikh: 19-12-2010 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Dewan Milenium, Kepala Batas, S.P.U., P.Pinang

Semua ahli-ahli parti dari peringkat akar umbi adalah dijemput hadir. Yang bukan perwakilan bolehlah hadir sebagai pemerhati.

Selamat tinggal Zaid...

Posted: 15 Nov 2010 06:03 AM PST

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan terus bergerak ke hadapan walaupun tanpa penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar daripada parti.

Saifuddin berkata, keadaan ini terbukti melalui sokongan rakyat terhadap parti itu dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini.

Katanya, pada tahun 1999, parti itu mendapat 789 ribu undi, manakala 2004 memperolehi lebih 400 ribu undi, sementara pada 2008, PKR mendapat 1.5 juta undi.

"(Oleh itu) tanpa atau dengan Datuk Zaid Ibrahim, rekod kita itu menceritakan tentang keindahan parti (ini)...Sila daftar (menjadi) ahli parti kami," kata Saifuddin yang disambut dengan ketawa kecil kira-kira 20 pemberita.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin berkata, tindakan Zaid untuk berundur daripada PKR juga tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu.

"Anggota akan terus berjuang dengan PKR. Saya ucapkan selamat berjaya (kepada Zaid).

"Untuk parti, kita akan terus mara ke hadapan," katanya dan menambah, beliau belum menerima surat rasmi daripada Zaid yang mengumumkan niat untuk berundur daripada parti itu pagi ini.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai penubuhan sebuah "parti Keadilan baru" oleh Zaid, Saifuddin menyifatkan tindakan itu sebagai satu perkembangan baik kepada politik negara.

"Ia meriah. Tetapi yang saya tahu, sudah ada parti politik baru dah ditubuhkan dan telah pun ada pemilihan untuk jawatan dalam parti itu...

"Tetapi saya tidak mahu mendedahkan parti apakah itu dan saya dapat tahu bahawa Zaid telah pun meletakkan orang-orangnya dalam parti baru itu," dakwanya seperti dilaporkan Bernama.

Zaid yang juga bekas menteri kabinat menyertai PKR pada Jun tahun lalu selepas meninggalkan parti Umno.

Ramai Pengundi POS baru Di P.Pinang?

Posted: 15 Nov 2010 05:52 AM PST

PAS Pulau Pinang mencurigai penambahan jumlah pengundi pos di beberapa kawasan negeri itu melalui beberapa kes yang penukaran status pengundi yang dikesan.

Setiausahanya Mohd Fadzil Kemi berkata, keadaan itu dikhuatiri akan digunakan oleh BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun depan.

Katanya, keadaan itu dikesan berdasarkan penambahan sebanyak 630 orang pengundi pos di dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Pengundi di kawasan tersebut dipecahkan kepada tiga kawasan DUN -- Sungai Dua, Permatang Berangan dan Teluk Ayer Tawar.

Apa yang mencurigakan, pengundi pos berkenaan sebelum ini telahpun mengundi sebagai pengundi awam, namun kini didakwa telah hilang kelayakan tersebut, katanya.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Fadzil juga berkata PAS Pulau Pinang telah mengenalpasti sekurang-kurangnya seramai empat orang pengundi yang mengalami nasib seperti itu.

Pengundi awam jadi pengundi pos

"Kita ada buat siasatan ke atas empat sampel. Sebelum ini mereka pernah mengundi sebagai pengundi awam, tapi sekarang hilang kelayakan tersebut sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk menjadi pengundi pos.

"Bagaimana mereka boleh jadi pengundi pos secara automatik sedangkan mereka perlu isi Borang 1 terlebih dahulu.

"Mereka kena mohon dulu, kemudian barulah disahkan oleh SPR," katanya yang menjelaskan, sekalipun pengundi itu layak sebagai pengundi pos, individu berkenaan masih belum hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan pengundi berkenaan daripada Daftar Pengundi Induk ke dalam senarai pengundi baru merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih).

"Pengundi ini kita memang kenal. Mereka adalah anak kepada kawan-kawan kita juga, secara umumnya mereka ini adalah isteri kepada anggota tentera di sini.

"Yang kita lagi hairan, kenapa tentera itu mengundi di tempat lain, tapi isteri dia mengundi di tempat lain," katanya yang juga timbalan pengarah jabatan pilihan raya PAS negeri.

Katanya lagi, "pengundi baru" itu didaftarkan di satu lokaliti mengundi yang "tidak wujud sebelum ini."

"Memang ada satu kem tentera di kawasan ini, tapi yang duduk di situ tak sampai 1,000 orang pun.

"Tapi ada seramai 2,300 orang pengundi pos, kemudian ditambah lagi 630 orang, jadi dekat 3,000 orang. Ini yang tak masuk akal," katanya lagi.

Selepas Wan Azizah, Anwar Pulak Terima Surat Terbuka?

Posted: 15 Nov 2010 12:06 AM PST

MUNGKINKAH musim surat terbuka sekarang? Ada surat terbuka untuk Presiden PKR, ada surat terbuka untuk Anwar dan berbagai lagilah bentuk surat terbuka yang telah kita lihat sejak kebelakangan ini. Dr Asri pun rajin mengarang surat terbuka buat Anwar di saat Anwar bergelut di dalam PRK Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas. Niatnya baik, katanya. Bila sebut pasal niat, aku tidak mahu komen kerana aku tiada `kasyaf' seperti seorang tua yang `gila kasyaf' di Kelantan tu.

Di dalam banyak-banyak surat terbuka tu, ada satu surat dari seorang yang katanya reformis
lama dan begitu banyak jasanya kepada Anwar dan keluarga. Surat itu ditujukan kepada Anwar berkaitan `kemelut' yang dihadapi oleh PKR sekarang. Benarkah ada kemelut yang maha hebat atau di`kemelut'kan oleh media haprak itu saja? Maka, disusunlah segala ayat di dalam surat terbuka beliau itu yang banyak menceritakan segala jasanya kepada Anwar dan keluarga, termasuklah cerita anak Anwar bermain kucing dengan anaknya. Dan, bermacam-macam lagilah si reformis ini mengungkit jasa-jasanya kepada Anwar.

Di dalam suratnya itu juga, beliau sempat `memburukkan' nama Azmin Ali. Wah!!! seperti ada sesuatu pula apabila beliau mengaitkan Azmin Ali dengan jasa-jasanya kepada keluarga Anwar. Maklumlah, Azmin sedang bertanding sekarang. Aku tidak tahu apa maksudnya surat itu kerana seperti yang aku katakan awal tadi aku bukan `ustaz gila kasyaf' seperti yang terdapat di Kelantan tu.

Apabila membaca surat terbuka beliau yang panjang seolah-olah teks khutbah itu, aku mencari di mana isi yang mahu beliau sampaikan. Hampir keseluruhan kandungan surat itu beliau menceritakan susah payahnya beliau menjaga Anwar dan keluarga suatu ketika dahulu. Kisah SMS tidak berjawab pun diceritakan di dalam surat itu. Tentunya kalau aku sebagai Anwar, wajib aku berterima kasih kepada beliau atas segala jasa-jasanya.

Terfikir oleh aku, adakah beliau seorang sahaja yang merasa susah sedemikian? Jika bukan beliau seorang, mengapa yang lain tidak mahu menceritakan atau mengungkit segala jasanya kepada Anwar? Apa yang aku tahu, sampai ada yang masuk lokap dan penjara demi Anwar waktu itu. Mungkin beliau ini salah seorang yang pernah dipukul, diseksa atau dimasukkan ke penjara kerana Anwar. Mungkin juga beliau lebih hebat dari reformis yang lain seperti Nora yang perempuan itu. Sebab itu, beliau menyenaraikan segala jasa-jasanya kepada Anwar dan keluarga melalui surat terbukanya untuk ditatapi umum. Aku amat simpati.

Jikalau niat beliau menulis surat terbuka dengan cara sedemikian semata-mata untuk menyedarkan Anwar tentang pengorbanan orang lain, aku rasa tidak perlu beliau menulis panjang menyenaraikan segala jasanya selama ini. Dan, lebih tidak perlu lagi beliau mengambil kesempatan untuk memburukkan atau mengaibkan Azmin serta beberapa pihak lain. Apabila beliau berbuat seperti apa yang beliau telah lakukan itu, maka aku rasa tiada keikhlasan beliau untuk menegur Anwar agar Anwar memperbaiki apa yang perlu diperbaiki.

Wajar baginya menulis surat terbuka itu dengan hanya memberikan teguran dan cadangan yang baik agar pandangannya itu lebih dihormati. Tidak perlu diulas atau diungkit segala jasa-jasanya kerana semua sudah tahu bukan beliau seorang tetapi ribuan orang yang juga bersusah payah kerana Anwar, bahkan sehingga kini pun masih ada lagi yang sanggup bekorban kerana membantu perjuangan yang dibawa oleh Anwar.

Anwar telah melakukan sedaya upaya untuk membalas segala pengorbanan mereka yang dahulunya bersusah payah. Adakah di dalam ribuan bahkan jutaan rakyat yang merasa susah kerana berjuang bersama Anwar sanggup menuntut pembalasan untuk diri mereka masing-masing? Sudah tentu Anwar tidak mampu membalasnya, sebab itulah awal mula ketika Anwar dibebaskan beliau kerap kali mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sanggup bersusah kerananya dan beliau mohon agar Allah jua yang dapat membalas segala jasa mereka.

Demi untuk menunjukkan Anwar tidak melupakan pengorbanan rakyat terhadapnya, maka Anwar sanggup memasuki gelanggang politik semula. berpencak dengan mereka yang sedang berkuasa sekarang semata-mata untuk membela nasib rakyat. Bukan sedikit yang Anwar perjudikan untuk membalas jasa rakyat terhadapnya. Anwar memperjudikan maruah diri dan keluarganya akibat mainan fitnah dari penguasa yang zalim sekarang. Adakah yang lebih berharga dari maruah diri? Tetapi, itulah yang Anwar perjudikan untuk kita semua.

Walaupun reformis si penulis surat terbuka itu tidak mahu mendoakan orang lain, aku tetap mendoakan agar Anwar dan keluarganya sentiasa dilindungi Allah SWT. Begitu juga dengan Si Penulis surat terbuka itu, aku doakan agar Allah membalas segala jasa dan pengorbanannya seperti yang telah beliau senaraikan itu. Aku sentiasa percaya, mendoakan orang lain adalah satu amalan yang baik kerana aku bimbang jika aku mati nanti, tiada orang yang mahu mendoakan aku jika aku kedekut untuk mendoakan orang lain. Wallahu Aklam.


Oleh: WFAUZDIN NS

Pemimpin PR Harus Berani Macam MB KEDAH

Posted: 14 Nov 2010 10:58 PM PST

TABIK buat MB Kedah kerana bertegas dengan media pencacai lagi haprak itu. Larangan beberapa media yang seringkali berbohong dan berniat jahat itu untuk hadir di dalam Persidangan Dun Kedah amat-amatlah terpuji dan sepatutnya diikuti oleh kesemua negeri di bawah PR.

Sememangnya media balaci ini terlalu `besar kepala' dan ego kerana mereka menganggap mereka mempunyai pengaruh besar. Biarlah Zaid Ibrahim sahaja yang `melutut' dengan media yang pernah mengaibkan maruahnya dengan isu arak dan judi sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dahulu. Zaid menyanjung kebebasan media sekaligus mungkin mengiktiraf apa yang datang dari media itu `umpama Al-Quran'.

Bukan ahli politik sahaja yang dilihat amat takut dengan media seperti ini. Golongan artis pun selalu takut dengan mereka, biarpun bukan sedikit artis yang telah digossip dengan cerita-cerita yang menjatuhkan maruah mereka. Namun, siapa artis yang berani memboikot media?

Adakah parti kita di dalam PR juga mesti takut dengan media? Sebab kita tidak peka dengan peranan jahat media ini lah yang menjadikan mereka `besar kepala'. MB Kedah telah mengajar kita bagaimana untuk berdepan dengan media haprak berlidah syaitan ini. Sebab terasa sakit dengan tindakan MB Kedah itu, terpekik terlolong pemimpin Umno/Bn mengkritik tindakan MB Kedah.

PR harus bermuafakat dan mengambil satu keputusan muktamad untuk memboikot beberapa media seperti ini. Bertindaklah bersungguh-sungguh jangan seperti `hangat-hangat tahi ayam' sahaja.

ZAMBRY Istihar Raya Haji PADA 17 ZULHIJJAH?

Posted: 14 Nov 2010 10:52 PM PST


Dok Mengelamun Lagi MB Perak Nie... Mana punya tukang telek yang MB Perak Pakai hahaha...

Belum Terima Surat Dan Kami Tak Terkejut Jika Zaid Keluar Parti!

Posted: 14 Nov 2010 10:47 PM PST

Sekretariat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan mahu meninggalkan parti itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, surat peletakan jawatan perlu diserahkan kepada parti terlebih dahulu sebelum PKR mengesahkan Zaid keluar parti.

"Ia seperti kerja, kalau nak berhenti, pertama serahkan surat letak jawatan kepada majikan, kemudian mereka akan buat keputusan. Kita masih belum menerima apa-apa surat daripada Zaid setakat ini yang mengatakan mahu keluar parti," katanya.

Bagaimanapun Saifuddin berkata bahawa beliau tidak rasa terkejut sekiranya laporan media mengatakan Zaid mahu keluar parti adalah benar.

"Tidak, ia bukan satu kejutan kepada kita. Tidak, tidak sama sekali," kata beliau.
Laporan akhbar hari ini menyebut Zaid — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, keluar PKR, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, "saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti."

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Minggu lalu, Zaid meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid menyertai PKR pertengahan 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut sumber terdekat dengan Zaid, hari ini mendakwa akhbar The Star "terlalu cepat membuat kesimpulan" dengan mengatakan Zaid keluar PKR.

"Saya tidak rasa Zaid mengatakan sesuatu yang ekslusif dengan The Star yang mana beliau tidak kata kepada akhbar lain. Saya percaya apa yang Zaid kata berdasarkan pemilihan bagi jawatan timbalan presiden.

"Saya rasa The Star terlalu cepat membuat kesimpulan dalam perkara ini. Jika beliau ingin berkata sesuatu beliau akan kata dengan jelas dan terang," kata sumber itu.

Hang Makan Babi Ka?

Posted: 14 Nov 2010 10:40 PM PST

Tergelak sendirian apabila mendengar kisah wartawan Islam dari Utusan Meloya meroyan dan Berita hari hari hairan cuba mendapatkan komen dari MB Kedah mengenai pusat penyembelihan babi di Kedah.

Begitu sungguh sungguh mereka menunggu MB kedah semata mata nak kan komen MB mengenai babi ini tetapi malang sungguh mereka akhirnya pulang dengan hampa dan malu besar, kenapa?

Sebabnya mereka memberi masalah ialah kerana sedikit habuan dunia dan antara masalah yang dibawa oleh golongan ini ialah cuba menunjukkan bahawa sebuah kerajaan yang bercita cita menegakkan syariat dan syiar Islam yg disebut sebut sebelum ini dikatakan sebagai bohong.Caranya ialah menggunakan larangan agama yang jelas tetapi tidak dibebankan kepada orang orang bukan Islam.

Inilah jadahnya, apabila wartawan beragama Islam itu datang berjumpa MB Kedah kerana assigment yang diberikan kepada mereka. Assigment ini pula bukanlah assigment yang beretika kerana awal awal lagi mereka tahu Babi sudah lama bertapak di Kedah, malah bertahun tahun Kedah diperintah oleh BN tidak pun pernah wartawan utusan meloya meroyan dan berita hari hari hairan datang untuk membuat cover up.

Wartawan yang bebal ini nampaknya tidak menyangka seorang MB yang berilmu boleh menangani masalah kebebalan mereka dengan cukup mudah apabila MB bertanya mereka, "Hang makan babi ka?". Terpingga pinga wartawan wartawan tersebut kerana mereka baru sedar bahawa mereka juga beragama Islam. Kalau mereka tak makan babi kenapa sibuk sibuk pula bertanyakan pasal babi? Setelah mereka menjawab "tak", MB berkata lagi "suruh wartawan yang makan babi datang tanya"......

Percubaan yang kebudak budakkan wartawan wartawan yang meneirma assigment kerana sibiji jagung dipatahkan hanya dengan soalan mudah dan murah..Akhirnya isu babi di Kedah gagal dimanupulasikan oleh akhbar pengampu besar ini.

Zaid Cakap Berbelit-belit...

Posted: 14 Nov 2010 10:29 PM PST

Seminggu selepas menarik diri daripada pertandingan jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.

"Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.

"Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.

"Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi," katanya kepada portal berita, Free Malaysia Today yang dimilikinya.

Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan PKR yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

Adalah dipercayai bidasan terbaru, naib presiden PKR, Azmin Ali pada Jumaat lalu ada berkaitan dengan keputusan Zaid untuk meninggalkan parti itu.
Rosakkan reformasi

Berucap pada penyokongnya di sebuah ceramah di Shah Alam, Azmin berkata zaid tidak boleh dibiarkan "merosakkan perjuangan reformasi".

"Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita," Azmin dilaporkan berkata.

Tanpa menamakan Zaid dalam bidasannya, Azmin berkata pemimpin berkenaan tidak pernah menyertai protes jalanan dan belum pernah ditangkap dan justeru, tidak akan memahami apa erti reformasi sebenar.

Dalam perkembangan berkaitan, The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka," katanya kepada akhbar itu.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini.
"Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti," katanya.

Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.
Tak lama lagi

Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin PKR, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di PKR.
Dalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan "Keadilan baru" jika dipecat dari PKR.

Bagimanapun, menurut sumber yang rapat dengan Zaid, kemungkinan besar ahli politik yang 'maverick' itu disalah petik bahawa beliau telah meninggalkan parti itu.

Ketika dihubungi pagi ini, sumber itu berkata Zaid akan membuat penjelasan hari ini di blognya.

Zaid kini dilaporkan berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Zaid tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.

"Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi," katanya menerusi SMS...


ps : - ha..ha..ha..jadi sesumpah la pulak,,bukan katak maa..tapi sesumpah...!!!

Tabung khas bantu Melayu PP, Dah 50 tahun baru ingat Melayu di PP...!!!

Posted: 14 Nov 2010 10:26 PM PST

Kerajaan telah menubuhkan dua tabung khas bagi membantu golongan bumiputera di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai terhimpit ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kedua-dua tabung berkenaan melibatkan peruntukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berjumlah RM150 juta untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula 2011.

Jelasnya, tabung berkenaan akan memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah dan perumahan serta modal insan yang menjadi antara permasalahan utama orang Melayu di negeri itu.

"Untuk tabung pembangunan sektor hartanah dan perumahan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan fokus utamanya kepada pembinaan rumah mampu milik terutama di bahagian pulau bagi memastikan orang Melayu berkemampuan memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

"Sementara RM50 juta lagi diperuntukkan untuk sektor pembangunan modal insan yang akan menumpukan kepada peningkatan penguasaan kemahiran di kalangan orang Melayu," katanya

Tiada ulasan: