dollah yankee |
| PRK Galas: Sori, pengundi Galas tak baca blog politik!!! Posted: 02 Nov 2010 09:56 PM PDT Minta maaf, orang-orang di-Galas tak baca internet. Jadi kalau blogger-blogger yang pro BN/umno rasa kempen-kempen mereka melalui media elektronik atau melalui blog-blog politik boleh meng'saiko'kan kepala otak pengundi-pengundi Galas untuk memancing undi, mereka silap banyak. Jadi, blogger-blogger yang pro BN/umno boleh tulis apa pun, boleh cakap apa juga benda yang tak baik tentang Pakatan Rakyat/PAS, pengundi-pengundi Galas tak akan tahu pun.Kalau kem BN/umno di Galas rasa media-media cetak kepunyaan mereka mampu mereka-reka cipta benda-benda tak betul untuk tatapan pengundi-pengundi Galas, juga mereka silap sebab orang-orang di Galas tidak mesra akhbar-akhbar harian yang ada. Mereka 'fobia' dengan cerita-cerita yang dibuat-buat didalam akhbar-akhbar harian yang pro BN/umno ini. Senang cakap, orang-orang di Galas tak baca paper. Blog dan internet mereka tak baca, paper juga mereka tak baca, jadi sumber dari mana mereka dapat berkenaan dengan isu-isu semasa politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya?? Orang-orang di-Galas hanya dapat maklumat melalui kempen ceramah-ceramah yang telah diatur oleh Pakatan Rakyat, dan dalam ketika mendengar ceramah-ceramah itu lah risalah-risalah seperti Galas Kito, Buletin Darulnaim serta Harakah yang memuatkan cerita-cerita benar berhubung dengan isu royalti minyak, kepincangan pentadbiran kerajaan persekutuan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, pengundi hantu, Tengku Li hilang masa hari penamaan calun dan macam-macam lagi isu-isu yang besar dan kotor dalam BN/umno menjadi pengganti kepada paper dan internet untuk diedar kepada pengundi-pengundi di-Galas dan mereka begitu gembira untuk membacanya dengan senang hati. Di khabarkan juga oleh gurkah-gurkah politik di'port' yang akhbar Berita Hairan dalam usaha mereka untuk membantu BN/umno berkempen dan untuk 'counter-atack' risalah-risalah dri PAS/Pakatan Rakyat itu, juga telah mengeluarkan risalah-risalah tentang salah tadbir kerajaan PAS Kelantan TG Nik Aziz, tapi oleh kerana orang-orang Galas tak baca paper, maka risalah dari Berita Hairan itu banyak tak terusik, dan hanya diedar kepada kalangan penyokong-penyokong dan petugas-petugas pilihanraya BN/umno dari luar sahaja. Ini menunjukan yang orang-orang di-Galas tak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari kem BN/umno itu dan tak termampu mereka untuk cuci kepala otak pengundi-pengundi DUN Galas. "Demo buat lawok dehhh..!!" itu yang orang-orang dan pengundi-pengundi di-Galas kata bila menatap risalah-risalah yang telah di keluarkan oleh Berita Hairan untuk BN/umno. "Kito mesti ikut amanat Tok Guru wehh..!!" kata yang lain selepas 'meng-keronyok' risalah-risalah dari Berita Hairan yang diedarkan kepada mereka. Cina-cina di Galas pula kata "PAS/Pakatan Rakyat perlukan undi orang-orang cina jika mahukan Putrajaya, jadi kita akan bagi laluan kepada Dr.Zulkefli".
dollah yankee - Kah..Kah..Kah.. |
| You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan