BRIGED MP SEGAMBUT |
- MASIH BOLEHKAH MUSTAFA DIPERCAYAI:SELEPAS DIA BERSAMA ZAID?
- MALU JADI PELACUR:MENGAPA MEREKA BUAT JUGA?
- UMNO KHIANATI RAKYAT?
| MASIH BOLEHKAH MUSTAFA DIPERCAYAI:SELEPAS DIA BERSAMA ZAID? Posted: 28 Nov 2010 06:56 AM PST Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus komited dalam PKR walaupun ada percubaan menariknya menyertai parti baru yang akan ditubuhkan Datuk Zaid Ibrahim. "Ada percubaan meminta saya ke sana. Dan (juga sebelum ini) diminta untuk tidak bertanding (timbalan presiden), tetapi saya akan terus bertanding dan memberikan ruang kepada JPP (menangani aduan). "Ada yang menggamit, tetapi saya tegas dan komited dengan PKR," katanya yang tewas teruk dalam pemilihan merebut jawatan timbalan presiden di tangan pesaingnya Azmin Ali.Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin. Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan. Zaid - bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan - semalam dilapor mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan. Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibu negara, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada bulan yang sama. Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak. |
| MALU JADI PELACUR:MENGAPA MEREKA BUAT JUGA? Posted: 27 Nov 2010 06:33 PM PST BANTERAS...antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi, kelmarin. CEKUP...seorang pelacur menutup muka kerana tidak dapat menahan malu. Operasi khas hasil maklumat awam serta risikan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman bermula kira-kira jam 6.30 petang. Difahamkan, dalam serbuan itu seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa didapati cuba menahan kesedihan dengan wajahnya merah padam kerana dipercayai mahu menahan malu. Bagaimanapun, sejurus dibawa menaiki trak polis, wanita berkenaan terus menangis teresak-esak sambil ditenangkan seorang rakan senegaranya yang turut memberikan reaksi sama sambil berpelukan. |
| Posted: 27 Nov 2010 04:19 PM PST Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan. Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan. "Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat," ujarnya. Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang. "DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara," ujarnya. Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu. Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. "Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?" soalnya. Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. "Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini," katanya. Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri. "Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan," ujarnya lagi. |
| You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Ada yang menggamit, tetapi saya tegas dan komited dengan PKR," katanya yang tewas teruk dalam pemilihan merebut jawatan timbalan presiden di tangan pesaingnya Azmin Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan