BRIGED MP SEGAMBUT |
- AHLI PKR KENA UTAMAKAN PARTI DAN BUKAN ZAID
- JANJI ANWAR DAN PAKATAN DI PRU 13
- ANUGERAH MURID TERBANYAK MENGANDUNG?
- PAS GANTI PAS DIPRU 13:
- 48 JAM TAMAT:ZAID SI MABUK TODI
- TANAH MELAYU TERGADAI AKIBAT KESILAPAN UMNO
- KEDAH:SAMPAI BAJU DALAMPUN PAS BANTU
| AHLI PKR KENA UTAMAKAN PARTI DAN BUKAN ZAID Posted: 12 Nov 2010 06:55 AM PST AHLI PKR KENA UTAMAKAN PARTI DARIPADA INDIVIDU SEPERTI ZAID. NIAT ZAID UNTUK MENUBUHKAN PARTI BARU ITU JELAS ZAID SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI DAN TIDAK MEMIKIRKAN PERJUANGAN PKR SELAMA INI. AHLI PKR KENA PIKIRKAN PARTI BUKAN INDIVIDU. | ||
| JANJI ANWAR DAN PAKATAN DI PRU 13 Posted: 12 Nov 2010 12:53 AM PST SIMPANG RENGGAM 12 NOV: Pemimpin berjiwa rakyat seharusnya mempunyai maruah dan harga diri, ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya pemimpin juga bukan menggadaikannya begitu sahaja apabila ditawarkan imbuhan oleh pihak tertentu. Beliau berucap di dalam satu perjumpaan bersama rakyat di Restoran 88, Simpang Renggam semalam, Anwar berkata dakwaan Umno bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, perlembagaan akan dipinda adalah tidak berasas sama sekali. "Mereka berkata, Kita tidak akan benarkan orang-orang tertentu, Anwar Ibrahimlah siapa lagi (berjenaka), nak rebut Putrajaya, pinda Perlembagaan. Siapa yang kata nak pinda Perlembagaan? "Saudara tahu tak, Perlembagaan dalam PR dipertahankan! Siapa sain? Tuan Guru Ustaz Awang Hadi sain," tegas beliau kepada kira-kira seribu hadirin yang membanjiri pekarangan restoran tersebut. Kata beliau, tidak logik sama sekali jika mengatakan Ustaz Awang Hadi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan agama dan bangsa semata-mata untuk kepentingan diri. "Lim it Siang, bertarung berpuluh-puluh tahun, saya kat UM dah tahu dah siapa dia. Kita gaduh dengan dia, kita tak setuju dengan dia dalam beberapa perkara, kita bagi dia tengok. Satu, dia boleh pertahan, dia berani dia takkan gadai, itu prinsip dia. Kalau dia boleh dikompromi, boleh dibeli dah lama dah!" kata beliau lagi. Anwar seterusnya menjelaskan bahawa beliau bersama Ustaz Awang Hadi serta Lim Kit siang telahpun menandatangani perjanjian bahawa perlembagaan akan terus dipertahankan, bersama-sama dengan bahasa Melayu, agama Islam dan hak keistimewaan raja-raja. "Cuma kita kena faham, kita kena pertahankan bahasa Melayu, bahasa rasmi dan saya tidak akan bertolak ansur. Sekiranya kita mengambil alih Putrajaya, saya beri jaminan kedudukann bahasa Melayu lebih tinggi dimartabatkan penguasaan akan jauh lebiih baik daripada apa yang dijalankan oleh Umno sekarang ini. Saya janji!," tegas beliau lagi. | ||
| ANUGERAH MURID TERBANYAK MENGANDUNG? Posted: 11 Nov 2010 11:04 PM PST Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka. Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!! Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital. Rasanya Datuk Mat Said boleh mohon Malaysia Book of Records bagi mnyenaraikan Malaysia Boleh. Terengganu Boleh. Kita memecah rekord ibu termuda di Malaysia!. Itu belum ajar pendidikan reproduksi (seks) ke sekolah-sekolah tu!.. kalau start ajar nanti bertambah alim le... bertambah le praktikal. Makin ramai le anak 1 Malaysia!!! Alahai! Apa nak jadi ni Datuk Mat Said??? Janganlah dok sibuk berebut jawatan pengerusi Perhubungan UMNO terlupa masalah rakyat? Rakyat dah bagi amanah tu.. janganlah para YB dok sibuk berbalah terlupa nak jaga amanah pulak! -ustazsaifulbahri | ||
| Posted: 11 Nov 2010 10:27 PM PST Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu. "Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily. Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu. "Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno. "Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya lagi. Selain itu kata Idris, PAS turut mengundang pihak luar bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan parti itu dan langkah-langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, beliau berharap agar mereka yang menghadiri seminar tersebut akan lebih jelas mengenai perjananan gerak kerja PAS selepas ini. "Kita harap daripada seminar ini, semua ahli dapat menanamkan dalam fikiran untuk menguasai Putrajaya dan bersiap sedia menghadapi sebagarang kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat ini, katanya. Dianggarkan seramai 800 ahli dari seluruh negara akan menghadiri seminar bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Seminar itu akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup akan disampiaknaoleh Timbalannya, NasharudinMat Isa. Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat. Manakala di sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat. | ||
| 48 JAM TAMAT:ZAID SI MABUK TODI Posted: 11 Nov 2010 07:38 PM PST Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu. Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya. | ||
| TANAH MELAYU TERGADAI AKIBAT KESILAPAN UMNO Posted: 11 Nov 2010 06:46 PM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang. Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang. "Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi. Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut. Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya. "Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau. Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel. | ||
| KEDAH:SAMPAI BAJU DALAMPUN PAS BANTU Posted: 11 Nov 2010 09:36 AM PST
|
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.
"Kita ucap terima kasih kerana tuduhan itu menyebabkan kemarahan kakitangan kerajaan negeri Kedah kepada Umno BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan