BRIGED MP SEGAMBUT |
- BUKTI FITNAH UMNO?
- APAKAH UMNO BELI UNDI DIGALAS BERJAYA?
- SAHKE? INI BUKTIRASUAH UMNO BUAT?
- UMNO TIDAK BERHAJAT NAK ISLAMKAN ORANG? TU PASALKA TUDUH ZAKAT RASUAH?
- kes altantuya: NAJIB SUDAH AMAN ?
- INI BUKAN RASUAH...HA HA HA
- LAGI PRK DI LENGGENG SELEPAS BATU SAPI?
- KENAIKAN HARGA MINYAK MEWAJARKAN UMNO UNTUK DITOLAK DIPRK GALAS DAN BATU SAPI
- BENARKAH UMNO BAHAGIAN RAMPAS DUIT PEMBANGUNAN AHLI PARLIMEN?
- TUDUH UMNO KAFIR ADALAH FITNA? LIM ARAH SAMAN MEREKA
- JANGAN LUPAKAN UMNO?
| Posted: 04 Nov 2010 07:51 AM PDT November 04, 2010 ![]() Lim menegaskan bahawa beliau tidak berada di pentas ceramah Sungai Terah seperti yang dituduh. — Gambar fail Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur. "Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang," kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini. Dalam notis ralat itu, Pengarang Berita Harian turut menyuarakan rasa kesal ekoran laporan tidak tepat yang dirujuk kepada Lim sebagai berkata. "Kesilapan dikesali — Pengarang," kata notis itu lagi. Semalam, DAP menyifatkan laporan yang disiarkan Berita Harian kelmarin sebagai tuduhan palsu. Dalam kenyataannya di lobi Parlimen, Lim menegaskan bahawa beliau tidak berada di pentas ceramah Sungai Terah, Gua Musang seperti yang dituduh Berita Harian dan Ali. Beliau juga menafikan dakwaan Ali kononnya cuba mencampuri urusan masyarakat Islam dengan menuduh "Umno orang kafir" seperti yang dilaporkan Berita Harian. The Malaysia Insider difahamkan, penafian Lim itu dibuat selepas wakil Pemuda Umno Putrajaya Hishamudin Yahaya membuat satu laporan polis ke atasnya kelmarin. Ekoran itu, Lim turut mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman ke atas Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka. "Yah, saya melihat permintaan maaf (tersebut), saya tidak tahu bagaimana mereka (Berita Harian) boleh tersalah lapor seperti itu, terutama Ketua Menteri Melaka. "Kami akan membuat sidang akhbar kemudian untuk memberitahu tindakan susulan kami," kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini. | ||
| APAKAH UMNO BELI UNDI DIGALAS BERJAYA? Posted: 04 Nov 2010 05:34 AM PDT
| ||
| SAHKE? INI BUKTIRASUAH UMNO BUAT? Posted: 04 Nov 2010 12:49 AM PDT Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.
Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250. Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku. Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini. Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof. | ||
| UMNO TIDAK BERHAJAT NAK ISLAMKAN ORANG? TU PASALKA TUDUH ZAKAT RASUAH? Posted: 03 Nov 2010 11:41 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.
Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu. "Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS. Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini. "Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup," katanya. | ||
| kes altantuya: NAJIB SUDAH AMAN ? Posted: 03 Nov 2010 10:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Nov — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan tiada siasatan susulan akan dijalankan berhubung dakwaan detektif bebas P. Balasubramaniam, yang mengaitkan perdana menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Peguam Negara memutuskan demikian selepas dua akuan sumpah berkanun yang bercanggah dibuat oleh Balasubramaniam pada 2008 — selang sehari — dianggap sudah ditutup. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis ketika ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2011 berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan sedemikian kerana akuan bersumpah yang bercanggah tidak akan membawa kesan ke atas perbicaraan kes bunuh Altantuya. "Meskipun adanya percanggahan antara akuan bersumpah, percanggahan itu tidak memberi kesan terhadap keputusan kes Altantuya. "Lebih-lebih lagi individu berkenaan (Balasubramaniam) dipercayai masih berada di luar negara," kata Nazri. Katanya, keputusan untuk menutup kes berkaitan dakwaan Balasubramaniam dibuat dengan mengambil kira pertimbangan mendalam ke atas hasil siasatan polis dan juga keterangan saksi-saksi. Nazri berkata, siasatan ke atas Balasubramaniam pada awalnya dikendalikan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan — menyentuh aspek "menyediakan kenyataan palsu." Di bawah undang-undang itu, seseorang yang disabitkan keslahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda. Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat dakwaan Balasubramaniam berhubung pendedahan terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia itu empat tahun lalu. Aduan yang disiasat oleh SPRM ini dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas kenyataan Balasubramaniam dikeluarkan menerusi rakaman video yang dibuat di Singapura. Pendedahan itu dibuat akhir tahun lalu. | ||
| Posted: 03 Nov 2010 09:31 PM PDT Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi. Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan. Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.
Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik. "Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?" soalnya. Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan. Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu. Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.
Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas. Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah. "Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku," marah seorang penjual daging. | ||
| LAGI PRK DI LENGGENG SELEPAS BATU SAPI? Posted: 03 Nov 2010 07:26 PM PDT Mahkamah Tinggi Seremban hari ini, memerintahkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, 52, membela diri bagi tiga pertuduhan membabitkan kes rasuah terhadapnya. Hakim, Datuk Ahmad Nafsy Yassin membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan supaya pembelaan tertuduh dipanggil untuk ketiga-tiga pertuduhan.Pada pertuduhan pertama, Mustafa (gambar) didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akt aPencegahan Rasuah (APR) 1997 kerana secara rasuah pada 28 Ogos 2008 meminta melalui Mustafa Pendek suapan sebanyak RM3,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir. Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesalahan itu dilakukan di Lot 1321 Mukim Pantai, Seremban. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) APR 1997 kerana secara rasuah menerima suapan sebanyak RM2,000 daripada orang yang sama untuk tujuan sama.Kesalahan tersebut dilakukan di Restoran Jahrin Maju, No. 17, Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada kira-kira 5 petang pada 31 Ogos 2008. Manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa dibawah Seksyen 10(a)(aa) apabila pada 30 Ogos 2008 secara rasuah meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada individu yang sama (Manimaran a/l Marumuthu) sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir dan tidak akan mengambil tindakan sekiranya menjual pasir tanpa permit. Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat BPR Negeri Sembilan. Terdahulu, pada 14 April 2010, Mahkamah Sesyen Seremban, telah membebas dan melepaskan tertuduh dari ketiga-tiga pertuduhan. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes 'prima facie'. Pihak pendakwaaan telah menfailkan rayuan selepas itu. Pihak Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais dan Wong Poi Yoke manakala tertuduh diwakili oleh Feisal Mustapha. | ||
| KENAIKAN HARGA MINYAK MEWAJARKAN UMNO UNTUK DITOLAK DIPRK GALAS DAN BATU SAPI Posted: 03 Nov 2010 06:26 PM PDT kenaikan minyak yang baru sahaja diumumkan sudah layak untuk membuat perhitungan dengan umno dan memberikan undi kita pada pas dan pakatan di dua prk galas dan batu sapi. ingat kenaikan minyak tersebut menyiksa hidup kita secara berpanjangan.. dengan mengambil duit kita rm satu ringgit ke 50cent ke sehari..bayangkan kalau setahun kita isi minyak berapa duit kita yang terbang? jadi sebaiknya umno diterbangkan sahaja bukan duit kita ok.. undilah pas dan pakatan | ||
| BENARKAH UMNO BAHAGIAN RAMPAS DUIT PEMBANGUNAN AHLI PARLIMEN? Posted: 03 Nov 2010 05:16 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?" Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu. Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini. Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno. "Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'. Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan. "Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India. Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya. Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno. "Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India. "Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya. Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini. "Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat. "Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya. Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau. "Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga. "Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau. Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru. "Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang. "Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi. Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau. "Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi. | ||
| TUDUH UMNO KAFIR ADALAH FITNA? LIM ARAH SAMAN MEREKA Posted: 03 Nov 2010 11:06 AM PDT Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen pilihan raya kecil di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang, semalam.
"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau. "Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Berita Harian dalam laporannya semalam membidas Lim dan DAP yang didakwa semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir.
"Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain." "Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya," Ali Rustam dipetik oleh Berita Harian. Malah lebih mendukacitakan kata Lim, Pemuda Putrajaya Umno membuat laporan polis ke atasnya berhubung laporan palsu itu. Sehubungan itu, Lim berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini. Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, Lim berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga hadir pada sidang media ini menuntut Berita Harian menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf. "Tiada pemimpin DAP yang kata Umno kafir. Kita bukan Islam macam mana nak tuduh orang lain kafir?" soalnya. Ditanya sama ada parti itu akan menuntut bayaran ganti rugi atau pampasan daripada akhbar berkenaan, Guan Eng berkata perkara itu membabitkan maruah dan bukannya kerana wang. | ||
| Posted: 03 Nov 2010 09:31 AM PDT JANGAN LUPA APA UMNO BUAT PADA RAJA RAJA ... DAN JANGAN LUPA PULA SIAPA YANG MENJUAL TANAH WAKAF KITA? SIAPA YANG MENGUBAH TANAH WAKAF MENJADI HARTA MEREKA? KAH KAHJANGAN LUPA SIAPA YANG BUNUH ULAMA? |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Hakim, Datuk Ahmad Nafsy Yassin membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan supaya pembelaan tertuduh dipanggil untuk ketiga-tiga pertuduhan.
KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

JANGAN LUPA APA UMNO BUAT PADA RAJA RAJA ... DAN JANGAN LUPA PULA SIAPA YANG MENJUAL TANAH WAKAF KITA? SIAPA YANG MENGUBAH TANAH WAKAF MENJADI HARTA MEREKA? KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan