Selasa, 2 November 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BENARKAH DS ROSMAH GANTI NAJIB JALANKAN TUGAS RASMI? ISTERI SEBAGAI PEMANGKU PM KE?

Posted: 02 Nov 2010 08:01 AM PDT

Di HKL, Rosmah dilihat begitu bersemangat menggantikan suaminya hadir pada majlis-majlis yang telah disusun awal untuk perdana menteri. itulah kalimat yang kita baca dari portal berita tentang keadaan kesehatan ds najib


lalu mengapa isteri beliau yang menggantikan tugas resmi negara? apakah perlembagaan negara kita telah bertukar begitu cepat dan pantas? ataukah aku yang masih keliru?

HARGA MINYAK BILA BILA MASA BOLEH MELAMBUNG:SEDIAKAH EKONOMI RAKYAT BAWAHAN?

Posted: 02 Nov 2010 01:49 AM PDT

harga minyak bakal mencekik darah?

UMNO UTAMAKAN GALAS DARI SULTAN KELANTAN?

Posted: 01 Nov 2010 11:59 PM PDT

JANJI PIALA MALAYSIA AKAN DISERAHKAN KEPADA SULTAN RUPANYA HANYA MAINAN BELAKO.SULATAN DAPAT SISA BEKAS SAHAJA..SUNGGUH MALANG CARA MEREKA BERPOLITIK

AIR KELAPA DAN DAUN BAMBU TANDA CINTA ROSMAH PADA PM NAJIB

Posted: 01 Nov 2010 09:47 PM PDT

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi.

Rosmah berkata Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.

"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Kilometer 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur.

Rosmah berkata beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.

Ditanya sejak bila perdana menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 lagi.

"Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah," katanya.

Di HKL, Rosmah dilihat begitu bersemangat menggantikan suaminya hadir pada majlis-majlis yang telah disusun awal untuk perdana menteri.

Secara bergurau, Rosmah berkata beliau perlu bekerja kuat dan menggandakan usaha bagi memenuhi semua program yang telah dirancang.

Dalam lawatan itu, Rosmah turut menyampai sumbangan peribadi berupa wang dan hamper bagi pihak perdana menteri kepada lima mangsa kemalangan yang masih dirawat di HKL.

"Kita juga memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Kita harap sumbangan ini akan mampu mengurangkan penderitaan mereka," katanya.

Rosmah meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melawat lima mangsa itu, termasuk pemandu bas terbabit, Muthumani Subramaniam, 36 tahun.

Dalam kemalangan Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa 44 anggota belia 4B dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands, menyebabkan tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah.

MENGAPA ASRI DESAK ANWAR BERSARA DARI POLITIK?BANGANG

Posted: 01 Nov 2010 07:41 PM PDT

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi "nafas baru" atas alasan banyak "rentak tari politiknya makin tidak seimbang."
Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.
"Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'," kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai "penggerak ketiga" dalam arena politik semasa.
"Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.
"Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama," kata Asri lagi.
PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.
Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.
"Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.
"Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata tokoh agama ini.
"Maaf atas pandangan ini," kata Asri (gambar) sambil

TAKUT KEBUSUKAN POLITIK MEREKA TERBONGKAR PELAJAR PULA KENA TANGKAP ?

Posted: 01 Nov 2010 05:53 PM PDT

Empat mahasiswa yang ditangkap pihak polis atas dakwaan berkempen di Galas, mengemukakan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Mereka ialah Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar, Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, kesemuanya ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri KPT, Datuk Saifuddin Abdullah di parlimen hari ini.
Mereka antara lain menuntut kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang didakwa menyekat peranan mahasiswa memberi kesedaran politik kepada rakyat.
"Gamis turun ke Galas atas pendirian mahasiswa bukan mewakili mana-mana parti politik.
"Kami ditangkap atas tuduhan berkempen, melanggar Auku, sedangkan risalah yang kami edar langsung tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Ahmad Syukri.

5x naik lagi harga minyak sudah berapa bro:BODOH PUNYA RAKYAT 5CENT 5CENT TAKPA

Posted: 01 Nov 2010 05:22 PM PDT

Berkuatkuasa 2 November, harga minyak petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadikan harga terkini minyak petrol jenis terbabit kepada RM2.15 seliter.

Kali terakhir harga minyak petrol RON97 dinaikkan adalah pada 15 Julai lalu yang menyaksikan harga lima barangan keperluan asas dinaikkan

Tiada ulasan: