Ahad, 14 November 2010

.

.


Susupan Tengah Malam

Posted: 13 Nov 2010 05:27 AM PST

Hayati Dan Laksana Saranan Presiden

SARANAN presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar parti itu menang dengan kekuatan sendiri dan bukan kerana kelemahan Umno adalah tepat, dan perlu dihayati seterusnya dilaksanakan oleh semua ahli. Sebagai parti Islam terbesar dan tertua (masih hidup) di negara ini seharusnya Pas mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk merealisasikan perjuangannya.

Menurut Abdul Hadi ada tiga asas penting bagi Pas untuk muncul sebagai parti terkuat kemudian memungkinkan Pas menerajui pemerintahan Malaysia di masa akan datang.

1. Kekuatan aqidah di kalangan ahli.
2. Mempunyai cawangan yang banyak dan ahli yang ramai, dan
3. Strategi yang berkesan dan digerakkan kepada peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap merasmikan seminar "Pas Sedia Ganti Umno" di Shah Alam hari ini. Seminar itu dihadiri para pemimpin Pas di semua peringkat dari seluruh negara. Dengan adanya seminar berkenaan ia menunjukkan iltizam dan keazaman Pas untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara ini.

Tiga asas demikian hendaklah difahami serta dilaksanakan oleh ahli Pas sungguh-sungguh. Terutama mengenai aqidah dari kalangan ahlinya. Dalam sudut ini ada dua aspek, akidah agama (Islam) yang menjadi pegangan Pas dan aqidah (pegangan, prinsip dan dasar) perjuangan Pas. Dasar atau prinsip ini termasuk uslub yang diterima pakai oleh Pas yang bersesuaian dengan siasah Islam.

Ahlinya hendaklah senantiasa memperkukuhkan aqidah Islamiah mereka dan tidak lari dari matlamat asas Pas yang ditubuhkan untuk membangunkan Islam. Tidak mudah hanyut atau tergadai dengan keadaan-keadaan ataupun anjakan politik baru. Disebabkan kelonggaran pegangan aqidah ini kekuatan Pas yang dibina atas prinsip Islam dan ukhwah itu akan longgar dan runtuh sejak akhir-akhir ini. Satu sisi yang dapat dilihat kepada hubungan sesama pemimpin Pas kurang mesra ataupun wujud gap tertentu.

Jika ini tidak diatasi macam mana Pas akan lahir sebagai parti tonggak untuk menerajui kerajaan kelak. Lantaran itu Pas perlu kembali ke zaman silam (ukhwah) di samping mengaturkan strategi canggih dalam politik tetapi tidak lupa membawa ahli ke dalam usrah atau memperbanyakan majlis berbentuk ilmu meningkat iman dan takwa. Pas perlu sedar bahawa parti itu adalah wasatan ambiak.

Peranan ini boleh dimainkan oleh Dewan Ulama. Banyak para agamawan muda yang menyertai Pas kini mereka boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan ilmu mereka kepada ahli Pas dan menyuburkan semangat wasatan ambiak dalam Pas.

Medan atau majlis ceramah hari ini nampaknya mengasingkan ahli dengan ilmu. Ceramah lebih kepada penjelasan isu politik dan dalam masa sama menjadi medan mengintrodinasi ke atas orang ramai agar menyokong Pas secara ekstrim dan membenci musuh juga secara ekstrim. Ada sesetengah penceramah yang diundang langsung tidak mempunyai knowledge Islam atau siasah Islam.

Penegakkan dan pengukuhan aqidah agama dan perjuangan ini bukan saja dari kalangan ahli tetapi pemimpin tertinggi juga. Ada sesetengah pemimpn kelihatan longgar dan rapuh aqidahnya sedia menukar ataupun menerima konsep matlamat menghalalkan cara untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan. Fenomena atau pun sindrom ini perlu dibendung oleh Pas.

Perkara kedua juga penting. Pas perlu menubuhkan seberapa banyak cawangan dan memiliki ahli seberapa banyak yang boleh. Tetapi malang kepentingan ini nampaknya tidak diambilkan oleh Pas. Pas tidak melihat keperluan untuk memiliki cawangan seberapa banyak yang daya. Walhal dengan ada cawangan yang banyak ia mudah menggerakan parti berkenaan dalam menghadapi pilihan raya.

Negeri-negeri di sebelah Selatan, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ternyata Pas tidak mempunyai cawangan yang banyak. Kekurangan atau ketiadaan cawangan ini menyebabkan Pas tidak dapat menyalurkan maklumat atau propaganda mereka kepada orang ramai kerana tidak ada saluran.

Jadi saranan presiden itu hendak diambil tindakan segera. Pas perlu menubuhkan jawatan kuasa kempen penubuhan cawangan baru dan menambah keahlian secara menyeluruh. Peruntukan juga perlu disediakan untuk tujuan ini.

Manakala strategi yang berkesan seperti mana disarankan itu sukar untuk dilaksanakan. Presiden atau Pas sendiri perlu menggariskan strategi yang hendak dilakukan. Harus ada blue print berhubung perkara itu. Apakah keberkesanan yang dimaksudkan itu. Ini memerlukan...garis panduan jelas. Dan strategi ini pula biarlah berbagai-bagai.

Lazimnya untuk mendapatkan idea dalam menuangkan startegi ini ia memerlukan pemimpin yang kreatif, inovatif dan rajin. Sudah sampai masa bagi Pas menukar perlahan-lahan beberapa pemimpin tua dan lapok di dalam parti berkenaan yang sudah kekeringan idea. Pemimpin yang bulu hidung dan bulu telinga sudah beruban perlulah ditukar atau berundur secara terhormat.

Sikap malu alah atau masih menggunakan perkakas lama tidak sesuai dan memberi kebaikan kepada Pas. Pas perlu mengorbankan pemimpin yang demikian. Mereka juga sepatutnya insaf dan sedar dengan berundur sebelum mereka diminta berbuat demikian. Biarlah golongan muda atau pelapis berada di barisan hadapan. Mereka sebenarnya tidak boleh membuat ukuran dengan mata sendiri tetapi harus menerima pakai kritikan umum sebagai kayu pengukur.

Presiden perlu memantau dan menilai ini semua. Kalau presiden sendiri bersikap melindungi pemimpin tua yang tidak dapat memberi atau menyumbangkan idea kreatif apa yang disarankan itu akan menjadi sia-sia saja.

Banyak pemimpin muda dalam Pas yang datang dari berbagai profesyen yang boleh dimanfaatkan. Mungkin mereka tidak mempunyai kekuatan dari segi pemahaman konsep kepimpinan ulama dan sukar mengekalkan Pas sebagai parti Islam progresif. Ini bukan alasan untuk tidak menggunakan mereka. Mereka boleh dijana dan dicetak fikrahnya seperti mana dikehendaki Pas.

Adalah sesuatu yang merugikan Pas kalau pemimpin muda yang bersemangat dan sedang ghairah untuk berbakti kepada Pas tidak dimanfaat sepenuhnya. Lama kelamaan kalau mereka dihalang dengan berbagai alasan yang remeh, mereka akan menjadi mandul atau pun secara perlahan akan mendiamkan diri.

Saranan presiden itu baik dan boleh dijadikan cetusan ke arah menjadikan Pas sebuah parti pembinaan agama, bangsa dan negara sebagai mengganti atau mengambil alih tugas Umno yang telah lebih setengah abad memerintah negara. [wm.kl 10:00 pm 12/11/10]

Posted: 07 Nov 2010 05:16 AM PST

Sikit Lagi Kisah OBMDT Dan OBT

HARI ini orang berkopiah merah di tengah (obmdt) yang menggasak orang berkopiah tajam (obt) di Gua Musang minggu lalu membuat laporan polis kerana beliau mendakwa menerima ancaman menerusi SMS dan juga di ruang Fb ekoran tersebarnya rakaman perbalahan beliau dengan OBT. Laporan polis itu dibuat di balai polis Kubang Kerian, Kota Bharu.

Molek juga dia buat laporan polis untuk menjaga keselamatan dirinya dan juga keluarganya. Insiden yang berlaku tempoh hari menimbulkan kemarahan ramai. Mereka yang menjadi penyokong dan murid OBT (Tok Guru Nik Aziz) sangat kesal dan akan marah kepada OBMDT. Mereka kesal kalau tok guru mereka diherdik dan dilayan begitu kurang beradab sekali. Mereka tidak akan melihat dalam you tube itu bahawa OBT juga ada silapnya dan turut menjadi panas baran.

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa antara mereka. Oran boleh fikir sendiri bila melihat rakaman pendek itu dan juga ulasan khusus leh OBMDT. Tetapi apa yang hendak saya timbulkan di sinilah, ialah sikap ataupun dendam OBMDT terhadap IBT. Katanya dia tidak mahu bersalam dengan OBT kerana OBT berkawan dengan DAP. Itu saja sebabnya.

Di sini saya rasa OBMDT tidak faham siasah dan juga keadaan berorganisasi. Malang kalau bekas seorang pensyarah sepertinya menjadi jahil demikian rupa sekali. Soal berkawan dengan DAP - yang dimaksudkan OBMDT sebagai kafir, itu bukan keputusan OBT itu bersendirian.

Kerjasama Pas dengan DAP menerusi Pakatan rakyat adalah atas keputusan majmuk didalam parti berkenaan. Ia dibuat secara konsensus dan bukan keputusan OBT bersendirian. Ia adalah keputusan bersama. OBT hanya mengimplimentasikan apa yang diputuskan. Kalaupun tok guru tidak mahu tetapi parti mahu, beliau kena ikut dan kena bersetuju juga. Di dalam Pas tidak ada autokrasi.

Sepatutnya OBMDT marahkan kepada Pas seluruhnya. Dia kena maki Pas dan bukan maki OBT sahaja. Dia kena cari siapa yang mempunyai idea untuk berkawan dengan DAP. Kumpulan mana yang beriaya dan percaya kepada DAP. Cara terbaik ialah beliau menghantar memorandum keapda Pas. Atau ajak Pas berbincang dengan baik, beri pandangan kepada Pas. Gunakan ilmu kahsyaf yang beliau ada itu untuk membimbing Pas bukannya mengherdik dan bergasak dengan OBT.

***

Percayalah apa juga alau dilkihat dengan nafsu tidak akan selesai. nasfu selalunya didokrong leh syataian. Syiatan suka mendampingi orang yang bmembesrakan nafsunya.

Ulasan OBKMDT kononnya dia khasyaf saya rasa sudah melampau. Orang boleh mempersialkan dakwaan beliuau itu. Di sini teirngat kepada sebuah buku yang ditulis oleh Harun Yahya... yang berasal dari Turki. Dalam sebuah bukunya eliau menghuraikan apa yang kita nampak semuanya berasa dari kita. Misalnya kita nampak warna merah... sebenarnya merah itu sudah ada pada KITA.

Berdasarkan tero itu apa yang berlaku kepada OBKMDT itu yang mana beliau dakwa beliau nampak tangan OBT takkala hendak bersalam dengannya dia nampak macam syaitan. jadi kalau berdasar teori ditemui leh harun Yahya itu yang syaitan alah OBKMDT bukannya OBT kerana syaitan itu lebih dulu ada kepadanya. Saya harap dalam kes mereka ini teori itu tidak boleh dipakai.

Tiada ulasan: