Khamis, 4 November 2010

.

.


Pilihanraya Kecil Galas

Posted: 04 Nov 2010 02:14 AM PDT

Proses Pengiraan Undi Di Galas Sedang Berlangsung

55: 50 pm - Berbagai spekulasi mengenai keptusan di Galas. Beberapa pemerhati Pas yang menghubungi berbelah bahagi. Ada yang yakin Pas menang dan ada yang sudah mengaku kalah dan sudah meninggalkan bandar Gua Musang.

Di pihak Umno pula walaupun yakin menang tetapi belum berani mengesahkan. Setakat ini mereka yakin BN menmang sekitar 300 undi. Angka ini juga sama dengan peramal dari pemerhati Pas.

Seorang Adun Pas pula memberi tahun mereka dapat 200 undi Orang Asli dan semua saluran di kawasan bukan Orang Asli meningkat kepada Pas. keputusan rasmi juga belum ada. Menurutnya pekerja Umno sedang mengumpul gambar Najib. Saya percaya mereka akan membawa ke Dewan Sivi ke tempat penjumlahan undi.

Media yaqng berkubu di Pusat Media pula rata-rata yakin UBN akan memang.


5: 20 pm - Semua 12 pusat pengundian di Galas telah ditutup tepat jam 5:00 petang, Menurut SPR, peratus keluar mengundi sebanyak 76%. Angka ini belum dicampur dengan peratus keluar mengundi di empat pusat pengundian di kawasan Orang Asli. Bagaimana pun pihak SPR yakin peratus akan melebuhi 80%.

Peratus keluar mengundi pada tahun ialah 80.89. Waktu ini pengiraan undi di pusat pengundi sedang rancak dilakukan. Kurang sejam lagi keptusan tidak rasmi dijangka diketahui. [*** 5:20 pm 04/11/10]

Langsung Dari Galas

Posted: 04 Nov 2010 12:51 AM PDT

Analisa dan Prediction Awal
UBN Menang Bawah 700 Undi Di Galas?


PERKEMBANGAN terbaru dan juga dari permerhatian dari beberbagai sudut, ternyata Pas berat untuk menggalas harapan bagi mengekalkan kerusi Dun Galas. ternyata penampilan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya memberi masalah kepada Pas. Walaupun pengaruh dan populariti Tengku Razaleigh sudah merosot, namun nostalgia mengenai kehebatannya di Galas kubu kuatnya itu masih terasa.

Paling jelas sekali ialah bagaimana Tengku Razaleigh menguasai Tok Batin-Tok Batin Orang Asli. Undi Orang Asli yang sebelum ini meloncat hampir 100% kepada beliau kini kembali pulih. Orang Asli mempercayai semula kepada janji Tengku Razaleigh yang meletakkan calonnya Abdul Aziz Yusuf sebagai 'kuli' baru Tengku Razaleigh di Galas.

Dipercayai pada pilihan raya hari ini UBN menguasai undi Orang Asli melebih 90%. Ini bermakana Pas sekali kalah teruk di kesemua peti undi di kawasan Orang Asli. Perlu diingat Pas tidak pernah mana di satu peti undi pun di kawasan Orang Asli.

Begitu juga dengan orang Melayu khususnya golongan muda yang sebelum ini tidak begitu mengingati Tengku Razaleigh tetapi kini mereka kembali mengingatinya semua. Mungkin kerana menyedari pilihan raya ini penting hanya bagi Tengku Razaleigh maka mereka berubah.
Pengundi dari saluran 1 - orang tua masih banyak mengenang dan malu mata dengan Tngku Razaleigh.

Adalah dipercayai Pas sukar untuk meraih sokongan undi Melayu lebih dari 50% undi dan ini menyukarkan Pas untuk menang.

Apa yang mengejutkan keputusan bakal diumumkan kira-kira tiga jam lagi ialah mengenai undi orang Cina. Sebelum ini semua orang optimis, Cina akan memberi undi kepada Melayu. Menurut sumber bilik gerakan UBN di Bukit Cekati pengundi Cina beralih angin sejak 48 jam lalu. Sebelum ini pemerhati mengira Pas akan berjaya menguasai undi Cina hingga 85%.

Mulanya dikira undi Cina akan menimbus undi Orang Asli sehingga 50 hingga 60%. Kegagalan undi Cina menimbus undi Orang Asli ini menyebabkan Pas menghadapai kesusutan undi sekitar 600 hingga 700 undi. Kegagakan Pas meraih undi Cina melebih 80% ini juga memberi naas kepada parti berkenaan.

Saya mebuat perikaraan mudah untuk melihat bagaimana keputusan pilihan Galas nanti sekiranya momentun dan dapatan di atas tadi benar dan tidak berubah selepas pukul 4:00 petang.

Sekiranya peratus mengundi keluar sekitar 80% ini bermakna kira-kira 9,000 orang pemilih keluar mengundi. Eceran daripaa itu saya mengira Pas mendapat undi Melayu bawah 48% undi atau sebanyak 3,400 manakala undi untuk UBN 3,700 undi. Undi Cina Pas dijangka akan mendapat sekitar 70% undi atau di bawah 65% undi atau 1,600 undi paling ntinggi, manakala UBN pula mendapat 500 undi. Sekiranya berlaku peralihan angin ini bermakna UBN dapat meriah undi Cina hampir 800 undi.

Bagi undi Orang Asli Pas dijangka Pas dapat paling tinggi 10% undi iaitu kira-kira 150 undi berbanding dengan UBN bakal menerima 1,650 undi.

Untuk undi Orang India Pas akan meraih sebanyak 20% undi atau 20 undi manakala UBN akan memperolehi sebanyak 80 undi.

Jumlah undi keseluruhannya Pas bakal memperolehi sebanyak 4,200 undi manakala UBN dijangka memperolehi sebanyak 4,800 undi. Ini bermakna UBN akan menang selesa sekitar 600 undi hampir menyamai majoriti yang diperoleh Che Hashim Sulaima dalam tahun 2008, 646. Majoriti di bawah 1,000 ini tidak akan memnberi erti banyak kepada Tengku Razaleigh yang mengharapkan undi untuk UBN akan berganjak hampir dua kali ganda, iaitu atas 1,000 undi.

Anagka ataupun dapatan ini berdasarkan pengamatan dan maklumat terperinchi mengenai jumlah pengundi dan peratusnya masih belum dikeluarkan. Perkiraan ini berdasarkan permerhatian dan dikira peratus mengundi 80% sahaja. Angka ranalan ini akan berubah sekiranya peratus keluar mengundi berganjak dari apa yang diramalkan itu dan juga kalau berita mengatakan pengundi Cina berubah angin itu tidak benar. [0*** 4:15 pm 04/11/10]

Langsung Dari Galas

Posted: 03 Nov 2010 09:14 PM PDT

Pandangan Luar Pas Sudah Atasi UBN Di Galas

[kemaskini] Orang Asli Sokongan UBN? 3:20 pm - kesemua peti undi di pusat pengundian melibatkan Orang Asli, di Pos Broke, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bijau dan Hau sudah dibawa dengan helekopter ke pusat pengiraan undi di Dewan Sivik. Peratus keluar mengundi di kalangan orang Asli dikatakan hampir mencecah 100%. Ini bermakna seramai 1,800 Orang Asli keluar mengundi.

Adalah dijangka lebih 80% Orang Asli mengundi BN. Ini dilihat kepada gambaran luar di mana rata-rata Orang Asli yang keluar mengundi memakai baju warna merah. Apakah warna merah akan memenangkan UBN di Galas? Sekiranya undi Pas gagal meraih 49& undi Melayu ini bererti Pas akan kehilangan kerusi Galas. Tunggu selanjutnya...

2:40 pm - sehingga kini sudah lebih 61.39% atau kira-kira 7,092 orang pengundi yang keluar mengundi di Galas. Peratus mengundi mungkin mencecah sekitar lebih 80%. Dalam tempoh dua jam sebelum berakhir masa pengundian jam 5:00 petang munking peratus yang disasaran SPR berjaya diperolehi.


Dalam perkiraan Pas parti itu akan menang sekiranya peratus keluar mengundi rendah. Seperti biasa kalau peratus keluar mengundi tinggi ia boleh mencemaskan Pas.

Secara umum dilihat kepada senario pilihan raya di Galas kali ini Pas menguasai undi Cina diyakini Pas mendapat lebih 70% undi Cina. Manakala UBN pula menguasi undi Orang Asli sehingga mencecah hampir ke 80%. Perebutan kini tertumpu kepada undi Melayu yang menguasai 61.67% dari kesemua jumlah pengundi.

Kedudukan kedua pihak kini saling pintas memintas. Kalau ini berlaku, undi luar sekitar 1,200 undi akan menentukan kemenangan antara Pas dengan BN.


Setakat ini pengundi luar yang datang menuntut elaun perjalanan di pejabat Pas dan UBN hampir sama rata. Di Bukit Cekati orang ramai beratur panjang untuk mendapat elaun yang dipercayai bernilai RM250 orang sahaja. Apakah pengundi luar 'makan' - mengambil elauan dari ekdua pihak?

Kalau hal demikian berlaku susah untuk membuat penilaian awal siapakah yang mendapat undi dari pengundi luar. Sekiranya pengundi luar datang untuk tujuan mengundi dan bukan kerana untuk mendapatkan wang, tentulah mereka akan memilih Pas sebab selalunya pengundi Pas komited dengan pilihan raya.

PEMERHATIAN umum meletakkan dari segi moral, semangat dan sokongan Pas telah mengatasi BN di Galas. Boleh dikata di semua 12 saluran pengundian, Pas mendominasi dengan kehadiran jumlah penyokong dan perayu undi yang ramai.

Hanya di beberapa pusat pengudian saja kelihatan jumlah penyokong sama ramai. Ketika ini bandar Gua Musang dilaporkan telah sesak teruk. Ini berikutan kenderaan luar dipercayai pengundi luar sudah dibawa masuk ke Gua Musang.

Sementara menurut seorang Adun Pas yang bertanggungjawab mengawal sebuah pusat pengundian ramai anak-anak muda yang balik mengundi mendatangi ke pejabat Pas untuk mengambil wang perbelanjaan. Tawaran yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pas untuk pilihan raya kecil itu, Abdul Halim Abdul Rahman untuk membiayai perbelanjaan menjadi tarikan. Halim menawarkan RM200 untuk penmgundi di Kuala Lumpur dan RM250 untuk pengundi di Johor.

Kira-kira 1,200 pengundi yang dikenal pasti berada diluar dan dipercayai Pas menguasai lebih 50%.

"Ada yang datang berseluar jens dan rambut gendrong dan jika dilihat kepada air muka mereka mengundi Pas," kata Adun berkenaan.

Mereka datang menuntut wang perbelanjaan itu sesudah mereka selesai menunaikan kewajiban.

Tuntutan wang tambang pulang mengundi bukan saja di pihak Pas tetapi UBN juga menyediakan peruntukan sama tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Mana-mana pengundi yang tergamak mengambil kesempatan dipercayai tuntutan akan diperolehi sehingga RM500 sekiranya mereka menyengat di kedua-dua parti. [**** 12:00 t/hari 04/11/10]
'

Dari Galas Silau Kuala Lumpur

Posted: 03 Nov 2010 08:20 PM PDT

Pejabat Pas Terbakar Pentada Buruk Di Galas?

DALAM bertungkus lumus untuk mempertahan kerusi Dun Galas, Pas kini dikejutkan dengan berita malang, bangunan Pejabat Agong Pas terletak di Jalan Pahang terbakar. Kebakaran itu berlaku awal pagi tadi dan melibatkan tingkat bawah.

Tungkat bawah menempatkan bilik pameran dan juga kedai. Menurut Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayub beliau tidak dapat mengesahkan apakah punca kejadian. Ketika ini bomba sedang memadamkan kebakaran dan menganalis punca kejadian.

Apakah tragedi ini menadakan ada berita buruk bagi Pas di Galas? [*** 10:20 04/11/10]

Selingan Istimewa

Posted: 03 Nov 2010 07:24 PM PDT

Mengenali Wajah Sebenar Mohd Noor Idris
Menerusi Debat Lakonan Bikinan Umno


MENEJLANG pilihan raya umum ke 12 dua tahun lalu UBN telah melancarkan satu projek untuk menjatuhkan maruah Pas dan menimbulkan kebencian umum kepada parti Islam itu. Projek berkenaan ialah satu sandiwara debat kononnya di antara Umno dengan Pas yang menghuraikan isu kafir mengkafir.

Debat berkenaan dirakam secara tertutup di Jakim dan disebarkan kepada umum. Tujuan ialah untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan (Takfir) oleh Pas terhadap Umno yang menuduhkan Umno kafir. Debat itu dipengerusi oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

Debat itu dilakonkan dua kumpulan, satu kumpulan Pas dan satu kumpulan Umno yang juga terdiri dari mereka yang murtad dari perjuangan Pas. Mereka yang menjadi ahli panel mewakili Pas ialah bekas Pesuruhjaya Pas Terangganu, Haji Ghazali, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Malaysia, Wan Ismail Wan Ahmad, bekas aktivis Pas yang cuba menjadikan Pas sebagai gerakan ekstrimis, Omar Khalid dan bekas ahli Pas Mohd Noor Idris. (Mohd Noor Idris ini adalah orang berkopiah merah di tengah yang menghina dan menggasak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Mursyidul Am Pas itu mengunjungi rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad dua tiga hari lalu seperti mana dimuatakan dalam you-tube).

Sementara di pihak Umno pula terdiri dari bekas calon Pas DUN di To Uban, Pasir Mas Mustapa Taib yang kini Pegawai Khas (Agama) Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed dan seorang lagi bekas Naib Presiden Pas Nakhaei Ahmad.

Di dalam debat ini Mohd Noor kononnya menjadi ahli Pas. Beliau mendedahkan bagaimana tindak tanduk Pas mengkafirkan orang Umno dan menganggap negara ini bukan negara Islam. Apa yang disuarakan oleh Mohd Noor itu merupakan pandangan dan pegangan beliau ketika berada di dalam Pas. (Sedutan debat di dalam you tube di atas)

Apa yang terluah menerusi debat ini, orang mengetahui siapa sebenarnya yang mengkafikran Umno dan kini cuba pula mengkafirkan Pas selepas mereka keluar dari Pas. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tetapi penjenguk dapat menilai sendiri segala tindak tanduk oportunis mereka.

Walaupun tujuan debat itu mendedahkan akan kebobrokan Pas, tetapi ia secara tidak langsung menyerlahkan sikap ahli panel berkenaan terutama orang berkopiah merah di tengah.

VCD debat berkenaan yang mengandungi tiga keping diedar secara percuma sebagai propaganda Umno untuk memburukkan Pas. Kepada sesiapa yang belum mendengarnya dan ingin memilikinya boleh menghubungi saya menerusi email. Iklan VCD itu akan dikeluarkan nanti dan sedikit bayaran urusan pengiriman akan dikenakan. [**** 10:50 am 04/11/10]

Langusng Dari Galas

Posted: 03 Nov 2010 06:55 PM PDT

Perkembangan Mutakhir

10:00 am: Insiden yang tidak mahu dilihati dikatakan sudah berlaku pagi ini. Penyokong BN dan penyokong Pas bergaduh di antara satu sama lain. Kejadian pertama berlaku di Taman Wangi di mana kedua penyokong bertumbuk dipercayai kerana provokasi.

Kejadian kedua berlaku di bandar baru Gua Musang. Kejadian bermula seawal pagi bila mana penyokong Pas dikatakan memasuki kawasan UBN. Ekoran kejadian menyebabkan polis terpaksa campur tangan.

Sementara itu peratus keluar mengundi sehingga jam 9:30 pagi ini sebanyak 9.9% atau kira-kira 1,147 pengundi. Pengundian sedang rancak berkalan dan dijangka akan bertambah rancak menjelang tengah hari. Sama-sama doakan semoga pilihan raya Galas akan mencatat rekod pilihan raya paling bersih. [gmusang 04/11/10]

Galas Sebelum Tidur

Posted: 03 Nov 2010 08:46 AM PDT

Pengundian Di Galas dan Batu Dan Batu Sapi Sudah Bermula

[kemaskini] TEPAT jam 8:00 pagi tadi semua 12 pusat pengudian telah dibuka. Petugas atau perayu kedua-dua pihak sejak awal pagi lagi sudah memenuhi bangal panas untuk membantu para pengundi mendapat butiran mengenai diri masing-masing. Sementara perayu undi pula yang siap dengan bendera parti sudah berjujutan jalan-jalan menunju ke pusat pengundian.

Pusat pengundian akan ditutup jam 6:00 petang. Adalah dijangka selepas jam 7:00 petang keputusan awal sudah dapat diketahui. Persoalan kini berapa peratuskan yang keluar mengundi? Peratus keluar mengundi akan memberi bayangan parti mana menawan kerusi berkenaan. InsyaAllah saya akan mencatat dari masa ke semasa perkembangan di Galas untuk penjenguk blog ini.

Sementara itu sesuatu yang menyenangkan sepanjang malam terakhir menjelang hari mengundi pagi ini tidak ada kejadian tidak diingini berlaku. Nampaknya pilihan raya Galas masih mengekalkan sebagai pilihan raya yang aman, mesra dan menyerlahkan pilihan raya anak beranak.

Beberapa Butiran Mengenai Galas

1. Ada dua faktor menolak terhadap BN yang menyebabkan parti itu tenat. Pertama penolakan oleh ahli Umno baru terhadap Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka ini tidak berkerja sepenuh hati, datang hanya tunjuk muka saja. Selain itu Tengku Razaleigh juga yang optimis menang tidak suka kepada ahli Umno baru datang membantu calonnya.

2. Pekerja BN yang datang dari luar baik Kelantan atau luar Kelantan tidak diberikan tugas khas. Mereka datang untuk meramaikan pos-pos sahaja. Kempen dari rumah ke rumah tidak berjalan seperti biasa. Sementara ada kelihatan Pajero atau van yang membawa kotak yang tertera gambar Najib dan Shahrizat yang di dalamnya mengandungi maggi, beras, gula, serbuk dan air mineral. Sebahagian besar peninjau politik BN sudah pulang.

3. Dalam satu kes kotak yang dibahagikan itu diberikan kepada beberapa orang Pas. Mereka menerima seadanya dan menganggap kotak itu dibeli dengan wang kerajaan. Apabila ditanya apakah mereka akan menyokong BN, mereka menjawab mereka orang Pas asal. Jawaban ini menunjukkan kotak berkenaan tidak membawa banyak kesan untuk BN.

4. Pas masih dengan keadaan merendah diri. Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman mengakui BN mempunyai kekuatan untuk menang. Sekali lagi dengan pengakuan ini menandakan Pas akan kalah, tetapi dari sisi strategi kenyataan atau pengakuan itu untuk menggerakan jentera Pas agar berkerja lebih keras. Ini tektik lama yang rasanya sudah tidak relevan lagi.

5. Sekumpulan penjudi Melayu di sebuah pekan di luar Gua Musang sudah membuat pertaruhan dengan kadar 'sali' - sama, iaini bayaran sama kalau masuk RM100 akan dibayar RM100. Penjudi ini berpihak kepada Pas.

6. Apakah pandangan atau pemerhatian kaki judi ini benar?

7. Di pihak Pas kalau Galas mereka berjaya tawan, mereka berjaya membunuh dua ekor burung dengan sebutir batu. Membunuh Tengku Razaleigh dan Umno Baru sekaligus. Sebaliknya kalau kalah ia tidak menjejaskan apa-apa.

8. Terbaru maklumat dari bilik gerakan BN (Baru) sehingga jam 10:00 malam ini BN memerlukan kira-kira 200 undi lagi untuk menjamin kemenangan. Maklumat itu juga selari dengan maklumat beberapa agensi rasmi dan tidak rasmi kerajaan.

9. Kemenangan kepada Pas bergantung kepada jumlah peratus keluar mengundi. Kalau peratus keluar mengundi tinggi mencecah 85% ke atas Pas akan kalah tipis di bawah 300 undi. Kalau peratus mengundi rendah sekitar 82% ke bawah Pas akan menang. Menurut perkiraan Pas dari hasil culaan mereka sehingga petang ini mereka sudah mempunyai 3,547. Ini bermakna Pas memerlukan kira-kira 1,000 undi lagi untuk menafikan BN di Galas. [gmuasang 12:00 t/malam 04/11/10]

Langsung Dari Galas

Posted: 03 Nov 2010 06:41 AM PDT

Tok Guru Ziarahi Puteri Umno

MENJELANG Asar tadi Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.

Kedatangan Tok Guru itu sebagai rahmat kepada Nirmila dan keluarga berkenaan. Orang kampung itu yang kebanyakan waris warasnya juga turut sama mengambil kesempatan untuk menatap wajah Tok Guru dari dekat.

Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.

Bagi mereka yang pertama kali menatap wajah MB itu dan juga melihat persiapan menyambut kedatangannya mungkin tidak percaya. Ianya terlalu simple dan bersahaja. Kedatangan itu tak ubah seperti kedatangan seorang datuk ke rumah anak cucunya. Apa lagi Tok Guru begitu melihat kanak-kanak melintas dan mendekatinya dipegang dan gosok kepalanya satu persatu penuh kasih sayang dan mesra.

Dalam kunjungan ringkas itu Nirmila sempat menceritakan kepada MB Kelantan itu mengenainya rumahnya yang daif. "Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.

Memahami maksud puteri Umno berkenaan Tok Guru menjelaskan kerajaan Kelantan tidak berapa banyak duit, tetapi adalah sikit-sikit. "Kerajaan kita tidak banuak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya samblo menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.

"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.

Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan itu memberi menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila. [gmusang 10:00 pm 02/11/10]

Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru.
Tok Guru menanyai nama anak Nirmila sambil diperhatikan oleh Nik Azmi dan ayahnya.

Kata Tok Guru: apa yang menjadi keutaman Pas ialah mendekati umat kepada Islam. Nirmila dan suaminya mendengar penuh prhatin tazkirah ringkas itu.

Nirmila bersama suami dan anak-anak serta bapa mertuanya bergambar kenangan dengan Tok Guru.

Tok Guru pulang kelihatan Rusdhan Mustafa ahli Pas seumur hidup mengiringi Tok Guru.

Inilah rumah puteri Umno, usur dan tidak melambangkan kekayaan parti yang diikutinya itu.

Langsung Dari Galas

Posted: 02 Nov 2010 11:19 PM PDT

Suasana Di Galas Tenang Dan Sejuk

KURANG 17 jam lagi pengundi di Galas dan Batu Sapi akan berlangsung. Saya percaya semua pihak yang bertanding baik di Galas atau Batu Sapi sudah pun melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kempen mereka. Para petugas sudah melaksanakan tugas masing-masing sesempurnanya bagi menjamin calon masing-masing. Lapan jam terakhir ini, sebelum kempen akan tamat secara rasmi menjelang pukul 12:00 tengah malam, semua parti akan menghabiskan segala peluru yang tersisa.

Apa yang dinamakan buah kilas juga akan dilepaskan. Sekiranya tidak ada apa-apa buah kilas atau peluru terakhir bermakna pilihan raya Galas ini akan berlansgung dengan aman.

Biasnya menjelang tengah malam semua poster dan juga bahan kempen akan ditaburkan. Senjata sulit termasuk rasuah, ugutan dan sebagainya akan dilakukan menjelang tengah malam dan akan membawa ke pagi. Tetapi nanpaknya suasana ini tidak akan berlaku di Galas.


Saya tidak dapat memberi gambaran tepat mengenai kedudukan di Batu Sapi. Mulanya berhajat untuk ke sana kelmarin 1 Oktober, tetapi demi untuk menyaksikan pengumuman keluar parti oleh Sdr Soberi Shafii saya membatalkan niat itu dan hadir ke sidang akhbarnya. Walaupun Soberi tidak memberi impak besar kepada politik Pas atau UBN di Galas, tetapi saya yakin dengan apa yang ada kepadanya, beliau tetap memberi kesan berpanjangan tersendiri ekoran keinsafan yang berlaku ke atas dirinya. Semoga Allah akan membimbing beliau untuk menemui wadah yang hak dan benar. Tidak lupa juga didoakan semoga beliau akan bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat.

Saya sampai ke Galas lewat petang semalam. Wajah Gua Musang ternyata sudah berubah dibandingkan dengan sebelum hari penamaan calon. Di merata tempat sudah dipenuhi dengan bendera, banner, poster calon dan bahan kempen lain. Dalam pengamatan saya keseluruhan yang berlaku di Galas tidak memberangsangkan. Pilihan raya ini dingin atau pun sejuk.

Pilihan raya ini persis berlangsung sebagai formaliti sahaja. Seolah calon yang dikehendak menggantikan Che Hashim Sulaima sudah ditentukan awal-awal. Keadaan sejuk atau dingin ini bukan saja di satu pihak tetapi kepada kedua pihak. Ternyata sekali pendekatan kedua-dua diambil sedarhana. Tengku Razaleigh Hamzah menjadi faktor utama. Mungkin kalau bukan Tengku Razaleigh pilihan raya ini hangat dan lebih meriah lagi. Kenapa?

Keadaan ini dapat dilihat kepada perang poster yang tidak sengit atau menggambarkan perlawanan sebenarnya. Pemasangan poster begitu sipan dan tidak kelihatan mencabar di antara satu sama lain. Hampir kseluruhan di 13 kawasan peti keadaan biasa dan tenang. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan persaingan sengit. Pilihan raya ini benar-benar berjalan secara anak beranak.

Orang luar juga tidak ramai yang datang tertumpu di Gua Musang. Apa dinamakan pelancong pilihan raya tidak ketara sangat. Demikian juga dengan broker atau pencari makan pada pilihan raya ekcil tidak kelihatan langsung. Galas bukan tempat mereka menangguk di air keruh atau membondong duit poket. Galas bukan telaga rezeki.

Kalau pun ada sedikit perlawanan ialah pemasangan bendera di puncak Gua Musang. Bendera Pas sejak hari penamaan calon lagi sudah dipacak di gua berkenaan. Semasa saya melalui jalan utama untuk ke Pusat Media tadi kelihatan bendera dacing juga sudah tertebing di atas puncak gua berkenaan.

Begitu juga isu kempen digunakan tidak keras ataupun melampau seperti biasa. UBN ada juga mencuba untuk menaikkan papan tanda yang agar kertelaluan - menunjukkan pemimpin DAP dalam masjid tetapi cepat cepat dipatahkan oleh pihak SPR. Demikian juga dengan polis. Semua peti undi ditempatkan pos polis. Kedatangan polis yang ternyata ramai tidak menganggu keadaan tetapi lebih kepada menjamin keselamatan.

Selalunya kehadiran polis dijadikan sebagai strategi untuk menakutkan pengundi. Tetapi tidak kali ini. Polis nampak mesra dan sedia membantu kepada semua pihak. Tetapi ada yang tidak sedap apabila terdapat beberapa orang SB duduk di pos UBN dan meminum sirap ataupun berbual-bual dengan petugas UBN. Apakah mereka masuk untuk menyiasat ataupun memberi isyarat tertentu kepada pengundi.

Kesimpulannya mengenai pilihan raya ini baik bentuk kempen, propaganda kedua-dua pihak masih berada digaris tengah dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Kalau hal ini berkekalan saya percaya Galas menjadi pilihan raya kecil paling aman, selamat dan mesra sekali. Biarlah keadaan ini akan berterusan sehingga ke malam pengistyharan calon yang menang nanti.

Ulasan seterusnya akan menyusul. [gmusang 2:45 pm 03/11/10]

Tiada ulasan: