Blog-list Malaysia |
- Semoga Rakyat Tak Mudah Tertipu Dengan Lakonan BN
- GERAKAN Buat Hal Lagi..
- Ingatan Untuk Warga Emas P. Pinang Yang 'Dilembukan'
- Media Barua Cuba Pecahkan Perpaduan Rakyat Kedah
- PAS Silap Pilih Kawan - Senatak
| Semoga Rakyat Tak Mudah Tertipu Dengan Lakonan BN Posted: 07 Nov 2010 05:47 AM PST Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam. Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.
Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah. Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah. "Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily. Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat. "Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya. Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran. Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat. Tuduhan melulu
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi. "Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN. "Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz. Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.
"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya. Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata. Semakin buruk Sementara itu, keadaan banjir di daerah Kota Setar semakin buruk dengan lebih ramai penduduk di daerah itu dipindahkan sehingga petang ini, namun jumlah mangsa banjir di Kedah keseluruhannya berkurangan.
Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula masih kekal 9,531 orang daripada 2,591 keluarga manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena berkurangan kepada 1,003 orang daripada 143 keluarga dan di Pendang seramai 242 orang melibatkan 62 keluarga. Beliau berkata, daripada 83 pusat pemindahan yang masih dibuka, 45 ialah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang. Bekalan air hampir pulih
Beliau berkata, 11 kawasan di daerah Kota Setar dan beberapa kawasan di daerah Pokok Sena belum mendapat bekalan air sepenuhnya manakala di Padang Terap, masalah bekalan air pulih sepenuhnya. "Kami akan berusaha untuk pulihkan bekalan air ini secepat mungkin supaya semua penduduk mendapat bekalan air bersih dengan cepat," katanya. Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pelajaran Kedah berkata kira-kira 30 sekolah di daerah Kota Setar masih ditutup kerana dinaiki air dan ada juga yang dijadikan tempat penempatan banjir. Jurucakap itu berkata, lapan sekolah di Kubang Pasu masih ditutup, empat daripadanya dijadikan pusat penempatan banjir dan empat lagi dinaiki air manakala di Padang Terap, semua sekolah telah dibuka seperti biasa.
Sementara itu, KM28 Lebuhraya Utara Selatan ke utara dan selatan yang ditutup sebelum ini telah dibuka satu lorong ke utara dan satu lorong ke selatan. Lapangan terbang dijangka beroperasi Sabtu depan Dalam pada itu, lLpangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di alor Setar dijangka kembali beroperasi paling awal pada Sabtu depan, kata Pengurusnya, Azmi Darus. Beliau berkata, sebelum beroperasi, pihaknya perlu melakukan kerja pembersihan dengan teliti dan memastikan sistem lampu landasan dapat berfungsi dengan baik demi keselamatan pesawat. "Pada masa ini 60 peratus air dalam kawasan landasan telah surut dan kami memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memastikan landasan selamat digunakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Lapangan terbang itu ditutup akibat banjir sejak Selasa lalu. LTSAH mengendalikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sehari, AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali) dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali). Lapangan terbang yang mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan 45 meter lebar itu terletak 13 kilometer dari Alor Setar dan boleh mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun. | |||||||
| Posted: 07 Nov 2010 03:58 AM PST Perwakilan GERAKAN hari ini menyelar tindakan kepimpinan "abang dalam BN" yang didakwanya terlalu sombong, sekali gus menyebabkan mereka hilang sokongan. Isu itu dibangkitkan dalam perbahasan usul ucapan dasar presiden di hari terakhir persidangan parti itu ke 30 di Menara PGRM, Kuala Lumpur hari ini. "Dalam BN, Umno berdiri melampaui yang lain. MCA, MIC, GERAKAN, PPP hanya penonton," kata Gan. Beliau memberi contoh bagaimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, mengumumkan mata pelajaran sejarah wajib lulus di program Umno, ketika ia jelas hal dasar kerajaan. "Kenapa tidak umumkan selepas sidang media selepas mesyuarat kabinet atau dalam acara lain?" soalnya. | |||||||
| Ingatan Untuk Warga Emas P. Pinang Yang 'Dilembukan' Posted: 07 Nov 2010 01:22 AM PDT Jangan pulangkan wang warga emas melalui Umno BATU MAUNG, 7 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menghalang mana-mana warga emas untuk mengembalikan wang penghargaan sebanyak RM100 seorang yang diterima sebelum ini. Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno. Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam. Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Pulau Pinang mendakwa mengumpulkan sejumlah wang penghargaan warga emas tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang tersebut. "Kita tidak pernah menghalang warga emas yang ingin memulangkan wang penghargaan tersebut, tetapi mereka haruslah menurut prosedur yang telah ditetapkan. "Ianya harus dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui pejabat daerah dengan menyertakan butir-butir peribadi sepertimana yang tercatat pada permohonan mereka dalam sistem daftar yang ada serta tidak melalui Umno atau saluran lain," ujarnya lagi. Beliau juga mengingatkan warga emas supaya tidak menggunakan Umno sebagai saluran kerana parti tersebut akan mempolitikkan isu tersebut. Tambahnya lagi, seandainya Umno benar-benar ikhlas untuk mengembalikan wang tersebut, maka tindakan terbaik yang boleh mereka ambil ialah membantu warga emas supaya menghadirkan diri ke pejabat daerah serta memadamkan nama mereka dari senarai nama penerima. Pada minggu lalu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mendakwa akan mengembalikan wang yang telah dikutip melalui akaun kerajaan negeri tanpa mengikuti prosedur yang telah ditetapkan. "Umno tidak boleh memasukkan wang yang mereka dakwa sebagai kutipan dari warga emas kerana tindakan tersebut adalah salah dan tidak menurut cara yang betul. "Apa yang dibimbangi kemungkinan besar wang yang didakwa sebagai wang pemulangan dari warga emas itu bukan datang dari warga emas yang sebenarnya, tetapi dari sumber yang tidak sahih atau pun rasuah dan dari sumber yang haram," tegasnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim. | |||||||
| Media Barua Cuba Pecahkan Perpaduan Rakyat Kedah Posted: 07 Nov 2010 01:07 AM PDT Pada 5hb Nov 2010 yang lalu saya sekeluarga cuba pulang ke kampung di daerah Kubang Pasu yang sedang ditenggelami banjir terbesar di dalam sejarah Negeri Kedah. Destinasi saya ialah ke Sungai Korok Jitra dan Perlis . Saya mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber seperti PLUS, JKR dan Polis Daerah Kota Setar untuk mencari jalan ke kampung. Terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi ini yang memberikan maklumat. Memang banjir kali ini sungguh menggerunkan! Pemandangan umpamakan lautan. Saya sekeluarga hampir putus asa untuk mencari jalan ke kampung untuk melihat sanak saudara yang ditimpa musibah dan ujian ini. Tapi dengan kesabaran dan keberanian meredah banjir saya teruskan juga niat ini untuk melihat mereka dan akhirnya tercapai. Apa yang hendak dikhabarkan disini tentang betapa suci murni dan tulus ikhlas semua petugas yang bertungkus lumus siang dan malam menangani banjir ini. Dan paling tidak dilupakan tentang sifat orang-orang kampung di laluan saya dari Kampung Kuala Sungai, Kubang Rotan , Kubang Jawi, Kubang Siam dan Alor Janggus yang sangat perihatin. Mereka dengan sukarela menunggu di setiap persimpangan ban ditengah-tengah sawah untuk menunjukkan jalan dengan begitu mesra dan ramah sekali hingga membuatkan saya sangat terharu. Malah ada seorang pemuda yang lebih prihatin lagi menunjukkan arah jalan dengan memandu motosikalnya bagaikan seorang marshal konvoi dan melepaskan kenderaan saya di penghujung jalan. Saya sangat terharu dan teruja. Apabila sampai di kampung halaman yang hampir tenggelam saya masih dapat melihat lampu dan dapat berehat sambil melihat TV. Syukur bekalan elektrik masih ada tetapi dikampung sebelah lagi nampaknya dalam bergelap. Sewaktu melihat berita TV mengenai banjir hati saya agak terkilan dan luka lantaran dakwaan dan tuduhan pimpinan kita yang masih berbau politik walaupun rakyat dalam kepayahan. Dakwaan orang itu dan ini diberi bantuan dan tidak diberi bantuan oleh kerajaan Negeri Kedah. Kita tidak dengar dakwaan seumpama itu ke atas Kerajaan Negeri Perlis. Kenapa???? Jawapannya mudah. Kerajaan Negeri Kedah di perintah oleh PAS. Inilah masa terbaik untuk pemimpin UMNO mengadu domba dan memecah belahkan masyarakat dengan menunjuk-nunjukkan kebaikan mereka dan memburuk-burukkan orang lain. Inilah perangai jahat pemimpin UMNO yang saya tidak boleh terima sama sekali. Mereka menggunakan media sebagai alat propaganda mereka. Sepanjang perjalanan saya ke kampung tidak terlintas dan nampakpun sebarang pemisahan masyarakat kampung disegi politik UMNO ataupun PAS. Apa yang saya nampak semua orang bertungkus lumus membantu mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan fizikal dan harta benda yang ada. Keadaannya sangat berbeza sejkali dengan kenyataan pemimpin kerajaan pusat khususnya UMNO mengenai banjir. Jelas sekali siapa sebenarnya pemecah belah masyarakat di negara kita. Pada saya pemimpin UMNO adalah manusia nombor satu yang akan dipanggil di padang mahsyar nanti dalam kategori pemecah belah ummah kerana mereka juga adalah orang Islam yang akan sama-sama dibariskan di sana nanti. Mereka sangat cekap dan berselera dalam hal ini demi menjamin kelangsungan pemerintahan secara keji dan jijik. Padanlah dalam pilhanraya DUN Galas, ada yang menunjukkan pancing yang diikat wang kertas sebagai tindakan sinis terhadap pemimpin UMNO yang selalu bertindak demikian dalam kepayahan rakyat. Saya yakin dan percaya pemimpin UMNO akan menggunakan strategi jijik seperti ini dalam apa jua bentuk kepayahan rakyat pada masa akan datang. Ingatlah cerita bagaimana dajjal yang datang memancing ketika kita semua diambang maut. Mereka yang lemah pastinya tergoda dan yang kuat imannya pasti dapat menyepak terajang si dajjal itu. Pesanan untuk para pimpinan Kerajaan Negeri Kedah agar tidak bertindak demikian kerana ini bukan cara pemerintahan Islam. Jika ada mohonlah kemaafan dan taubat kepada Allah Subhanahu wataala. Oleh Pidadua. | |||||||
| PAS Silap Pilih Kawan - Senatak Posted: 07 Nov 2010 01:07 AM PDT Kekaalahan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan penolakan rakyat terutamanya di Kelantan terhadap parti Islam itu, kata Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor. Menurutnya, kredibiliti Pas dilihat kian luntur akibat sanggup mengetepikan prinsip agama yang sepatutnya diberi penekanan dalam perjuangan dan membela nasib rakyat, hanya semata-mata kerana kepentingan politik. Katanya, tindakan Pas yang terus mengangkat manusia yang rendah nilai moralnya seperti Anwar Ibrahim (Datuk Seri) menjadi pemimpin walaupun semakin jelas petunjuk dan pendedahan dibuat mengenai siapa penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dibuat, turut menjadi punca hilangnya kepercayaan penyokong Pas kepada parti itu. "Kekalahan di Galas sebagai satu petunjuk kepada Pas dari rakyat supaya parti Islam itu tidak bersekongkol dengan pemimpin yang melampaui batas seperti Anwar Ibrahim. "Pas juga hilang banyak pengaruh khususnya orang Melayu kerana turut bersekongkol dengan parti yang melampaui batas seperti DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, DAP sejak ditubuhkan sentiasa melakukan pelbagai cubaan halus termasuk tindakan pemimpinnya yang dilihat yang mencemuh dan menghina asas perlembagaan yang memberi tempat utama kepada perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera. Menurutnya, Pas yang sebelum ini mendakwa mendaulatkan Islam kini semakin dipengaruhi oleh DAP hingga mengetepikan prinsip Islam yang menjadi asas parti dengan menjadi 'sahabat baik' parti ini hanya kerana mahu merebut undi. "Saya berharap dan berdoa kekalahan di DUN Galas memberi iktibar kepada Pas untuk tidak lagi menjadi kuda tunggangan kepada Anwar Ibrahim dan DAP yang ternyata sudah melampaui batas," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan